Kemanusiaan

Ramai yang marah Parti Muda sebab nak bagi Raspberry Pi. Tapi apa benda tu?

Baru-baru ini, kecoh di Twitter mengenai ciapan Ustaz Ebit Lew di mana dia tidak mampu membantu pelajar yang mahukan tablet untuk sesi pembelajaran dalam talian. Kemudian, ciapan tersebut dibalas oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Dato’ Dr. Rais Hussin Haji Mohamed Ariff, di mana beliau mencadangkan supaya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman, berikan bantuan gajet kepada pelajar.

Haa ni lah yang viral tuh. Imej dari akaun Twitter Parti Muda.

Selepas itu, ciapan Dr. Rais Hussin itu dibalas oleh Parti Muda iaitu mereka akan memberikan peranti Raspberry Pi kerana ia menjimatkan kos berbanding laptop dan tablet. Jadi, apa benda peranti Raspberry Pi ni? Takpe, jangan khuatir kerana kami akan huraikan tentang komputer itu.

Raspberry Pi bukan buah beri tetapi kredit kad komputer?

Nampak cam saiz kredit kad tak? Imej dari Element 14.

Untuk pengetahuan korang, Raspberry Pi — sebuah komputer berukuran kad kredit dengan kos rendah yang boleh dipasang ke monitor atau TV serta menggunakan papan kekunci dan tetikus yang basic je.

Raspberry Pi juga berfungsi macam laptop biasa je dan macam-macam benda boleh dilakukan seperti menonton video, membuat spreadsheet, bermain permainan video dan word-processing. Ramai juga orang telah menggunakannya untuk tujuan projek-projek digital dan kanak-kanak yang ingin mendalami ilmu sains komputer.

Sebenarnya, ramai yang tak tahu Raspberry Pi ini dicipta oleh Raspberry Foundation iaitu badan amal di St. John’s Innovation Park, UK. Tujuan badan amal ini ialah menyediakan sebuah komputer asas kos rendah untuk lapisan masyarakat yang memerlukan penggunaan komputer untuk kerja.

Bukan itu saja, Raspberry Foundation telah membantu ramai pelajar dalam ilmu sains komputer dan digital melalui kolaborasi bersama dengan kelab dan organisasi golongan muda. Mereka juga akan membantu guru-guru di sekolah dalam meluaskan lagi ilmu sains komputer sama ada dalam sesi pembelajaran atau kurikulum.

Haa ni lah set Raspberry Pi, tinggal cari monitor je. Imej dari PC Mag.

Selalunya set Raspberry Pi ini akan didatangkan dengan papan kekunci, pengecas dan tetikus. Jadi, korang takyah pening kepala kerana beli je benda ni lepastu cucuk je dekat monitor atau TV dan korang dah boleh guna.

Oh ye, ramai yang tertanya kenapa Parti Muda nak bagi Raspberry Pi ni kepada pelajar? Haa kalau korang nak tahu harganya lebih murah dari laptop dan tablet, dalam Rm 500 – RM 800 korang dah boleh dapat dah benda ni.

Murah kan? Imej dari Cytron Martketplace.

Papan komputer boleh cepat panas sebab tiada sistem cooling disediakan

Dengar cerita kalau guna lama sangat, boleh overheat. Imej dari Robu In.

Sebelum kami masuk bab kelemahan Raspberry Pi ni, mari kami huraikan sikit tentang kebaikan jika korang memilikinya. Pertama, ia boleh digunakan sebagai komputer mudah alih iaitu korang bawa Raspberry Pi tu kat mana je mesti boleh guna. Contohnya, korang tengah lepak kat mamak lepastu pensyarah bagi quiz dalam talian secara tiba-tiba, haa minta izin kat mamak nak pinjam TV untuk guna Raspberry Pi tu.

Kedua, walaupun Raspberry Pi ni hanya sebuah komputer single-board, tapi processornya laju gila. Bayangkan bentuk macam kredit kad pun boleh support kelajuan sampai 1.8 GHz. Jadi, lepas ni kalau ada pensyarah bagi tugas untuk disiapkan, korang takleh mengeluhlah cakap PC lembab ke apa.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Contoh Raspberry Pi kalau dipasang dekat monitor. Imej dari Raspberry Pi.

Namun, sebenarnya ada juga keburukan kalau kita menggunakan Raspberry Pi ni antaranya single-board komputer akan mengalami overheating. Hal ini kerana ia tidak mempunyai sistem cooling fan untuk single-board komputernya. Maknanya, korang tak boleh gunanya dengan waktu yang lama kerana boleh menyebabkan overheating di single-board.

Selain itu, Rapsberry Pi juga tidak mempunyai Graphics Processor Unit (GPU). Oh ye kalau korang nak guna untuk tujuan bermain permainan video dalam talian atau edit gambar guna Adobe Photoshop, amat sukar sedikit kerana ia tidak mempunyai GPU di dalamnya tapi masih boleh guna perisian lembut yang asas je.

Adakah Raspberry Pi sesuai untuk pelajar dalam sesi pembelajaran?

Mereka terpaksa guna telefon saja untuk sesi pembelajaran dalam talian. Imej dari Info Rakyat.

Selepas ciapan dari Parti Muda itu, ramai telah memberikan pendapat negatif kepada mereka kerana ramai mengatakan Raspberry Pi bukan memudahkan pelajar tapi merumitkan pelajar. Hal ini kerana ia sangat merumitkan kepada orang buta IT dan sangat susah untuk mengajarkan pelajar cara pemasangannya.

Katanya susah untuk pelajar, betul ke? Imej dari akaun Twitter Amzar Anuar.

Di samping itu, ada juga yang menyarankan Syed Saddiq supaya sediakan kelengkapan penuh seperti sediakan Raspberry OS yang boleh dapat liputan internet lebih dari 3G, webcam dan pasang perisian lembut Zoom.

Hmmm betul gak dia cakap. Imej dari Ruffleseed.

Jadi, korang rasa Raspberry Pi ni relevan ke untuk disumbangkan kepada pelajar?

 

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend