Hubungan baik Mufti Palestin dan Adolf Hitler cetus dakwaan besar? Ini kisahnya

Adolf Hitler seorang diktator yang terkenal dengan sifat tegas dan bengis namun, dia sangat dihormati semasa zaman pemerintahan diktatornya. Korang mesti pernah dengar pasal Hitler yang sangat anti dengan kaum Yahudi. Sebenarnya, dari zaman remaja lagi Hitler dah benci dengan kaum ni.

Orang yang mencetuskan peristiwa Holocoust. Imej dari ww2db.com

Peristiwa Holocaust yang membunuh 5 juta orang Yahudi pernah menggemparkan satu dunia dan dirancang oleh pemimpin tentera Nazi. Tak ada sorang pun dalam dunia yang membenci orang Yahudi melebihi Adolf Hitler. Jadi, dia meluahkan rasa benci dengan cara yang sangat extreme (betul-betul dendam kesumat ni). 

Ada yang mendakwa Mufti Besar yang berpengaruh di Wilayah Arab juga pernah menjadi dalang dalam peristiwa Holocaust. Sebenarnya, nama ni jarang disebut bila berkait dengan peristiwa hitam itu sebab…

Nama yang kian dilupakan tetapi ada dalam sejarah besar — Haji Amin al-Husseini

Kalau korang nak tahu, Haji Amin al-Husseini pernah didakwa menjadi dalang semasa peristiwa Holocaust oleh Perdana Menteri Israel. Haji Amin al-Husseini, bekas Mufti Besar Baitul Muqaddis yang terkenal dengan sikap anti-semitik dan pernah berkhidmat dalam Tentera Uthmaniyyah semasa Perang Dunia Pertama.

Blame it on the mufti | Middle East | Al Jazeera
Ada yang kata muka Haji Amin Al-Husseini macam muka Ryan Gosling… betul ke? Imej dari Al Jazeera

Dia juga aktif menentang gerakan Zionis pada awal tahun 1920 tapi ditangkap serta diberikan hukuman penjara selama 10 tahun. Disebabkan tempoh penguasaan British ke atas Palestin yang dikenali sebagai era ‘Palestin Mandatori’, hukuman penjara Haji Amin al-Husseini ditarik balik.

Pada pandangan British, dia dianggap membawa pengaruh besar dalam masyarakat Palestin. Kemudian, British mula mengambil kesempatan dengan memberi jawatan mufti besar Baitul Muqaddis kepada Haji Amin al-Husseini.

Jawatan yang diberikan tetap tak menghalang jiwa aktivisnya — benci melihat penaklukan asing di negara sendiri, malah bertekad untuk menghalau pendudukan British di Palestin. Semangat membara Haji Amin al-Husseini yang menyertai gerakan-gerakan aktif, membuatkan British menarik balik jawatan mufti besar pada tahun 1937.

Mandatory Palestine - Wikipedia
Palestin Mandatori. Imej dari Wikipedia

Selepas waran tangkap dikeluarkan, Haji Amin Al Husseini melarikan diri ke Lebanon untuk teruskan usahanya. Fatwa mewajibkan penentangan penduduk Palestin terhadap British juga ditarik balik. Walaupun terpaksa melarikan diri daripada tanah kelahirannya, namun dia tak berhenti berusaha menyatukan semula negara-negara Arab.

Usaha kerajaan British pada tahun 1939 iaitu mewujudkan negara orang Yahudi telah menyambung pertikaian Haji Amin Al Husseini dengan British. Akan tetapi, kerajaan Itali yang di bawah pemerintahan Fasis dan Jerman di bawah pentadbiran Nazi memberi perlindungan ke atas gerakan menghalau kerajaan British dari tanah Arab.

Imej dari imgflip

Sebenarnya, Haji Amin al-Husseini pernah memainkan peranan yang besar dalam sejarah tentera nazi Jerman iaitu…

Membawa masuk tentera-tentera beragama Islam dan memimpin Divisyen ke-13 Waffen-SS Hanzar 

Haji Amin Al Husseini membawa masuk tentera-tentera Bosnia yang beragama Islam ke dalam unit ke-13 Divisyen Waffen-SS, divisyen pertama dari orang luar yang bukan warganegara Jerman dalam tentera Nazi. Walaupun Hitler merancang peristiwa Holocaust, dia ada nilai toleransi yang tinggi sebab menubuhkan beberapa divisyen tentera beragama Islam dan menjadikan sebahagian daripada tentera nazi Jerman.

Rekrut Muslim SS Handzar sedang solat berjemaah pada tahun 1943. Imej dari www.wsj.com

Menurut Jeneral Leon Degrelle, komander Divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga Divisyen Waffen-SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-ketiga divisyen — 60,000 orang. Tambahan pula, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen-SS Hanzar/Handschar/SS Handzar Division yang dipimpin oleh Haji Amin Al Husseini sendiri.

Semasa Perang Dunia Kedua di Balkan, Operasi Divisyen Hanzar berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Rusia. Yang menariknya, tentera udara Rusia hanya memusnahkan sepuluh kapal terbang Divisyen Hanzar. Hebat gila kan?

Pakaian rasmi Divisyen Hanzar sama macam pakaian rasmi Waffen SS yang lain, cuma bezanya — anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus tapi dari segi senjata, diorang diberi senjata yang lengkap seperti anggota Waffen SS lain. Sepanjang Perang Dunia Kedua, Haji Amin Al Husseini tinggal di Jerman untuk menentukan satu pembentukan coordinate antara fahaman Nazi dan polisi Arab. Akhirnya, ia membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.

Haji Amin al-Husseini dan tentera-tentera Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Imej dari Haaretz

Divisyen Hanzar dihantar untuk mengikut latihan ketenteraan di Perancis selepas penubuhan rasmi dan mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944. Satu lagi kehebatan Divisyen Hanzar berjaya menentang gerila komunis Partisan yang dipimpin Josip Broz Tito serta tentera Rusia.

Golongan pro Israel assume Hitler nak gunakan semangat dan nilai Haji Amin al-Husseini untuk kepentingan tentera Nazi. Kepercayaan Hitler dalam karya agung ‘Mein Kampf’ menyifatkan orang Islam terutama orang Arab sebagai individu bertaraf rendah manakala orang Aryan sebagai individu bertaraf tinggi.

Sebaliknya, Hitler mengisytiharkan Haji Amin al-Husseini dan tentera-tentera Bosnia layak berketurunan Aryan tulen sebab berjuang bersama Jerman. Wah makin berdarah lah telinga golongan pro Israel dan mengkritik tindakan Hitler.

Haji Amin al-Husseini melakukan beberapa permintaan secara terbuka untuk melindungi Palestin kepada Hitler:

  1. Menyokong gerakan menghalau British keluar daripada negara Palestin, Iraq dan Mesir.
  2. Memerlukan bantuan tentera Nazi, membuat revolusi secara besar-besaran di negara-negara Arab untuk menghalau keluar orang Yahudi
  3. Tentera Nazi diminta melatih pasukan tentera Arab yang menjadi tahanan perang di Jerman semasa Perang Dunia Kedua.
Pertemuan terbuka antara dua pemimpin yang hebat. Imej dari theconversation.com

Rekod pertemuan Haji Amin al-Husseini dan Hitler — memberi solusi kepada masalah yang dihadapi negara Palestin, semasa berdepan ancaman penubuhan negara Israel. Hitler mengakui Nazi akan membantu apa-apa yang berkaitan penghapusan kaum Yahudi. Selain itu, dia nak tolong mana-mana negara yang mempunyai masalah berkaitan orang Yahudi tetapi dengan syarat harus berjaya menewaskan tentera Soviet dan menguasai laluan utama di banjaran Caucasus.

Fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi semasa Perang Dunia Kedua. Dalam pada yang sama, Tentera Divisyen Hanzar terpaksa menyerahkan diri pada Mei 1945 apabila tentera Jerman juga berundur dari Balkan. Lebih sadis, kesemua tentera dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh British dan Rusia.

Adolf Hitler bertindak menembak diri sendiri apabila Jerman kalah dalam perang tersebut. Macam mana nasib Haji Amin al-Husseini selepas tu?

Hidup seperti pelarian dan hasrat dikebumikan di Palestin ditolak kerajaan haram Israel

Haji Amin al-Husseini mula hidup macam seorang pelarian dan cuba melarikan diri ke Switzerland. Akan tetapi, dia ditangkap oleh tentera Perancis dan dikurung di Paris. Macam British, kerajaan Perancis cuba mengambil kesempatan mewujudkan kerjasama dengan negara-negara Arab sebab pengaruh kuat Haji Amin al-Husseini.

The man responsible for the Nakba
Gambar Haji Amin al-Husseini di Paris. Imej dari ynetnews

Askar Ha-Yishuv (nama asal Israel sebelum Israel ditubuhkan) ada rancangan untuk membunuh Haji Amin al-Husseini tetapi rancangan tu terpaksa dibatalkan. Haji Amin al-Husseini memilih untuk pulang ke negara Arab selepas menyedari dirinya tak dapat memainkan peranan lebih besar di Perancis. Satu operasi rahsia melibatkan kerajaan Perancis membolehkan dia selamat pulang ke Kaherah, Mesir.

File:1954 - Haj Amin Al Husseini and Sayf El Islam Abdallah-Almaza Airport-Cairo.jpg
HajI Amin Al-Husseini di lapangan terbang Kaherah, Mesir. Imej dari commons.wikimedia.org

Haji Amin al-Husseini meninggal dunia di Beirut, Lebanon pada 4 Julai 1974.  Hasratnya mahu dikebumikan di tanah asalnya Palestin tak kesampaian selepas tentera Israel berjaya menguasai bahagian timur Baitul Muqaddis pada tahun 1967. Selain itu, permohonan untuk dikebumikan di situ ditolak oleh kerajaan haram Israel. Selepas dua tahun kewafatan Haji Amin al-Husseini, ahli-ahli Parti Falange yang beragama Kristian memecah masuk ke rumah lalu mencuri serta menghapuskan semua dokumen-dokumen dan rekod yang disimpan rapi.

Parti Falange adalah parti politik sayap kanan dan disokong kuat oleh orang Kristian Maronite. Selain itu, parti yang memainkan peranan utama dalam Perang Saudara Lubnan (1975-1990). Dalam kemerosotan pada akhir 80-an dan 90-an, parti ni membuat comeback pada awal tahun 2000-an dan sekarang menjadi sebahagian daripada March 14 Alliance.

Salah seorang anggota Parti Falange. Imej dari Pinterest

Rekod rasmi bukti penglibatan seorang tokoh Islam dalam bentuk penentangan dan pembebasan masyarakat Arab terutama tanah Palestin lenyap. Ini lah kisah Haji Amin al-Husseini, seorang tokoh Islam yang didakwa oleh Perdana Menteri Israel menjadi pencetus misi pembunuhan jutaan orang Yahudi sedangkan pertemuan antara Hitler dan Haji Amin al-Husseini cuma mahu solusi.

Kesan dari peristiwa hitam Holocaust

Suasana peristiwa Holocaust. Imej dari USHMM.

Dalam kisah Holocaust ni, tak ada kena mengena dengan orang Islam dan orang bukan Barat. Holocoast sendiri berpunca daripada keadaan dunia Barat sendiri. Orang Yahudi di Eropah pula sebahagian daripada dunia Barat. Akan tetapi, kehadiran Israel menjadikan rakyat Palestin yang merupakan sebahagian daripada dunia Arab dan Islam sebagai mangsa.

Dari awal, Adolf Hitler dah merancang semua perkara dan kalau segalanya berjalan mengikut rancangan Hitler, sejarah dan dunia yang kita tinggal pada zaman sekarang mesti jadi sangat berbeza. Atau mungkin, takkan ada saki baki orang Yahudi di muka bumi ni?

 “Saya boleh bunuh semua yahudi ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa yahudi dan cari jawapan kenapa saya membunuh mereka.” – Adolf Hitler

Kata-kata Adolf Hitler yang digunakan oleh orang ramai tapi tak ada siapa yang tahu kesahihan ayat tersebut. Adakah ia pernah menjadi satu quote atau sekadar satu rekaan?