Laman web MySejahtera menggunakan pakej lesen laman web yang percuma?

Ye, kami tahu korang bengang dengan pendaftaran vaksin Astra Zeneca untuk fasa kedua. Mana tak bengangnya, ramai orang tak boleh nak tekan untuk pilih negeri mana. Lepastu, server down ramai orang berperang menekan banyak kali untuk negeri mana, tup..tup tak sampai pukul 1.30 petang, pendaftaran ditutup.

Dah macam berperang semasa mendaftar vaksin AZ tuh. Imej dari giphy.

Oh ye, hari semasa pendaftaran vaksin tu juga, MySejahtera menghadapi high traffic dan ia juga telah mencetuskan kemarahan orang ramai. Namun, disebalik kemarahan orang ramai terhadap pendaftaran vaksin AZ dan masalah MySejahtera, terdapat satu perkara yang ramai tak tahu lagi mengenai laman web MySejahtera. Kenapa eh? Haaa..rilek, awal ni kami explain dulu siapa pengasas bagi MySejahtera ini.

MySejahtera dikendalikan oleh Perunding syarikat Entomo

Logo syarikat Entomo. Imej dari People Matters.

Kalau korang nak tahu, MySejahtera dikendalikan oleh sebuah syarikat yang menjalankan analisis tambahan dan pengurusan prestasi perusahaan iaitu Entomo.

Entomo telah membina rekod prestasi dekad yang hebat untuk pertumbuhan global, mempunyai lebih dari 30 juta pengguna di seluruh Asia, Timur Tengah, Eropah dan AS. Mereka juga dikatakan mengubah prestasi perusahaan untuk pelanggan-pelanggan mereka di semua industri.

Antara jenis-jenis syarikat yang pernah dikendalikan ialah:

  • Syarikat insurans.
  • Syarikat telekomunikasi.
  • Syarikat manufacturing.
  • Syarikat runcit.
  • Syarikat pengangkutan.
  • Syarikat logistik.
  • Syarikat bahan kimia.
  • Syarikat farmaseutikal.
  • Syarikat penjagaan kesihatan.
  • Syarikat pendidikan.
  • Agensi kerajaan.

Nama Entomo tu bermaksud “enterprise of tomorrow“. Dahulunya nama syarikat tersebut ialah KPISOFT tetapi ditukar untuk tujuan rebranding.

“Nama”entomo “adalah singkatan dari” enterprise of tomorrow “. Ia diinspirasikan dari entomologi – kajian mengenai serangga. Keajaiban alam yang bersaiz sederhana dapat bertahan, menyesuaikan diri dan berkembang dengan ketahanan, kerja berpasukan, dan kegigihan luar biasa. Inilah ciri-ciri yang diperlukan oleh syarikat masa depan Identiti jenama baru kami ‘entomo’ mencerminkan komitmen kami kepada pelanggan kami untuk bekerjasama dengan mereka dalam mengembangkan sifat-sifat ini. – Ravee Ramamoothie, Ketua Pegawai Eksekutif, dipetik dari The Edge Singapore.

Itu syarikatnya la, tapi siapa pula pengasas utama untuk MySejahtera ni? Haa… untuk pengetahuan korang, MySejahtera diasaskan oleh seorang Perunding Entomo — Royston Cheah.

Inilah orangnya. Imej dari LinkedIn.

Royston Cheah merupakan Ketua Perunding untuk projek MySejahtera. Selain itu, dia juga Pengurus Projek untuk pelbagai inisiatif pelaksanaan sistem Pengurusan Prestasi dalam pelbagai industri seperti syarikat insurans dan bank.

Info tambahan, applikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Okay, so sekarang ni korang dah tahukan siapa pengasas dan syarikat yang kendalikan MySejahtera. Baiklah, mari kita masuk ke bahagian konflik di mana…

Laman web MySejahtera menggunakan lesen laman web yang percuma

Haa..korang kalau pergi kedai ke mana, scan tak MySejahtera? Imej dari Yahoo News Malaysia.

Laman web MySejahtera ni mempunyai pelbagai info terkini mengenai applikasi MySejahtera. Selain itu, ia juga mempunyai galeri foto dan  video mengenai langkah pendaftaran MySejahtera dan video pengenalan mengenai MySejahtera.

Bukan itu saja, ia dilengkapkan dengan perkhidmatan:

  • MySejahtera Check-In: Satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.
  • MySejahtera Traveller: Fungsi tambahan yang dibina khusus untuk pengembara (warganegara dan bukan warganegara) yang akan balik atau melawat Malaysia.

Lupa pula nak bagitahu, laman web ini juga mempunyai kemudahan untuk korang boleh akses kepada muat turun applikasi MySejahtera.

Baiklah, untuk pengetahuan korang, laman web MySejahtera ini sebenarnya menggunakan lesen laman web yang percuma. Tak percaya? Meh kami buktikan.

Kalau korang perasan di akhir laman utama MySejahtera, terdapat pautan footer credit yang ditulis “Designed by BoostrapMade“. Sebenarnya, jika laman web mempunyai pautan footer credit, ia merupakan laman web yang menggunakan lesen percuma.

Haa tekan sini. Imej dari MySejahtera.

Kalau tak percaya, korang boleh pergi ke akhir laman utama MySejahtera dan akan lihat “Designed by BoostrapMade“. Okay, lepastu tekan “Designed by BoostrapMade” dan tekan License/Pricing. Korang akan nampak di mana ada senarai pakej lesen laman web.

Korang dapat tengok tak? Imej dari Boostrapmade.

Kalau korang perasan, dekat pakej percuma, ia menunjukkan tiada remove footer credit link. Ia bermakna mana-mana website yang menggunakan pakej percuma ni, pautan  footer credit akan muncul dalam laman web.

Kalau masih tak tahu lagi macam mana, meh tengok video ni (boleh tekan di sini).

Jadi, kenapa menggunakan laman web percuma sedangkan MySejahtera termasuk dalam dana RM70 juta untuk pembangunan sistem daftar vaksin?

Pakar IT mengkritik pembangun laman web pendaftaran vaksin

Ambik kau! Imej dari Imgflip.

Kepayahan korang dalam mendaftar vaksin semalam, disebabkan oleh reka bentuk dan paparan antaramuka yang dibina pembangun laman web pendaftaran vaksin itu.

Menurut ahli profesional IT, Kurian Thomas laman web biasa tidak sama dengan laman pendaftaran, yang perlu berinteraksi dengan pelbagai laman web lain untuk menghantar dan menerima data.

“Ini semua bergantung kepada sistem apa yang perlu diintegrasinya. Keadaan yang ideal adalah jika semua sistem dan aplikasi MySejahtera berada pada platform sama. Jika ada sistem berbeza, akan ada kebergantungan. Jika kebergantungan ini perlahan (reaksinya), dan laman web utama asyik mendapat permintaan serentak, ini adalah reka bentuk seni bina yang buruk.” – Kurian Thomas, dipetik dari FMT.

Bukan itu saja, Parti MUDA mengeluarkan kenyataan mengenai penerima kontrak RM 70 juta. Dalam kenyataan ini, mereka menyuruh Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin untuk memberikan jawapan siapakah penerima kontrak RM 70 juta tersebut.

Kenyataan Parti MUDA. Imej dari akaun Twitter Parti MUDA.

Oleh itu, korang rasa apa yang patut dinaik tarafkan untuk laman web pendaftaran vaksin dan program imunisasi covid-19 kebangsaan?