Elaun-elaun yang Ahli Parlimen dapat tapi sebenarnya tak perlu pun

Korang masih ingat lagi tak dengan isu Elaun Pinggan Mangkuk yang digembar-gemburkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tu? Siapa yang lupa, kami akan letak ciapan Syed Saddiq mengenai isu elaun itu di bawah:

Isu ini sebenarnya mengenai kes tuduhan rasuah oleh Syed Saddiq. Dia telah melampirkan keterangan menafikan tidak terlibat dalam gejala rasuah. Pada masa yang sama, dia juga mengatakan ada Elaun Pinggan Mangkuk sebanyak RM42,000 secara one-off.

GIF dari Imgflip.

Banyak lagi elaun-elaun yang mungkin tak masuk akal bagi kita semua seperti…

1. Elaun Pembayaran Tol & Bahan Api Kenderaan

Ada tak korang bahagikan gaji untuk duit tol? Kalau ada, berapa ringgit yang korang letak untuk duit tol, RM 100 atau RM200? Macam admin selalunya kalau nak keluar je baru top-up Toucn n Go, tahu-tahu ada banyak lagi baki. Kenapa kami sebut pasal tol ni…haa tahu tak Ahli Parlimen akan menerima duit tol.

Elaun juga terbahagi kepada dua — Elaun ini layak dibayar kepada ahli Dewan Negara sebanyak RM200 sebulan manakala ahli Dewan Rakyat akan menerima RM300 sebulan.

Tahukah korang Ahli Parlimen juga akan mendapat Elaun Bahan Api Kenderaan sebanyak RM750 sebulan bagi ahli Dewan Negara dan RM1,500 bagi ahli Dewan Rakyat.

Cuba bayangkan kalau kita tak keluar mana-mana lepastu bakinya bertambah je en…

GIF dari Imgflip.

2. Elaun Pakaian Panas, Pakaian Rasmi Istiadat & Bantuan Pakaian ‘black tie

Kalau ada Ahli Parlimen menghadiri satu tugas rasmi di negara yang beriklim sederhana, mereka berhak untuk menuntut Elaun Pakaian Panas berasaskan apa-apa kadar dan atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan atau apa-apa pindaan kepadanya.

Mereka juga akan diberikan RM 1,500 sebagai Elaun Pakaian Rasmi istiadat atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling
Perkhidmatan yang berkenaan atau apa-apa pindaan kepadanya.

GIF dari Imgflip.

3. Elaun Telefon dan diberikan alat komunikasi mudah alih

Keistimewaan diberikan kepada semua Ahli Parlimen untuk telefon iaitu:

1.  Ahli Parlimen diperuntukkan dengan 1 telefon talian terus dalam tempat kediaman persendirian.
2. Ahli Parlimen diperuntukkan dengan 1 telefon talian terus di pejabat perkhidmatan.
3. Kos pemasangan dan sewa telefon ditanggung.
4. Ahli Parlimen layak diperuntukkan dengan sebuah telefon bimbit atau alat komunikasi mudah alih dengan harga tidak melebihi RM2,000 sekali dalam masa 2 tahun dan hendaklah disokong dengan resit asal pembelian.

Sabar jap, bukan tu je, mereka juga akan menerima elaun Telefon pada kadar RM900 sebulan dibayar tanda memerlukan sokongan apa-apa resit. Bayangkan kalau kita beli internet guna elaun ni…

GIF dari Imgflip.

4. Elaun Mesyuarat: Setiap majlis dihadiri akan dapat bayaran

Selalunya kalau kita bekerja, mesti setiap bulan akan ada meeting bulanan bagi membentangkan laporan apa yang kita dah buat untuk bulan itu, samalah macam SOSCILI, takut juga la kami kalau boss marah ke en hmmm….Tapi en, pernah tak lepas meeting korang akan dapat bayaran? Takde en…haa…

Ahli Parlimen akan dibayar pada kadar RM400 sehari kerana menghadiri persidangan Majlis Parlimen. Mereka juga akan dibayar RM300 sehari atas sebab menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel dan lainlain yang dianjurkan secara rasmi oleh Kementerian/Agensi
Kerajaan di peringkat Persekutuan atau Negeri yang daripadanya Ahli Parlimen menerima undangan rasmi untuk menghadirinya.

Imej dari SAYS.

5. Saraan Ahli Parlimen yang lumayan

Untuk yang terakhir ni elaun paling mahal, nak tahu kenapa? Tahukah korang yang Ahli Parlimen akan menerima Saraan Ahli Parlimen. Cuba teka berapa, kami nak korang teka dulu berapa, jangan scroll artikel ni dulu, cuba teka dulu (tipu berdosa ye!)…

GIF dari Imgflip.

Kalau korang tekan bawah ribuan ringgit, ternyata korang salah. Ahli Parlimen akan menerima elaun bulanan sebanyak RM 11,000 bagi ahli Dewan Negara dan RM 16,000 bagi ahli Dewan Parlimen.

Jadi…

Cuba kita bandingkan dengan gaji minimum kita

Baiklah, kita akan bandingkan elaun-elaun di atas dengan gaji minimum pekerja iaitu RM 1200. Kepada sesiapa yang tak tahu lagi, Datuk Awang Hashim berkata Kerajaan telah menambahbaik insentif Malaysianization melalui Pakej PEMULIH dengan menggalakkan majikan menggantikan pekerja asing dengan pekerja tempatan dengan melonggarkan syarat kadar gaji minimum dari RM1,500 kepada RM1,200.

Mungkin pada awalnya kita akan merasakan tak puas hati kenapa perlu kurangkan gaji sepatutnya naikkan gaji la en. Namun, beliau telah mengeluarkan kenyataan bahawa program ini untuk bantu rakyat dengan kelonggaran syarat gaji minimum program ini, mereka yang diberi gaji RM1200 akan dapat insentif tambahan dari kerajaan RM500 setiap bulan.

Jadi, kalau kita ambil gaji RM1,200 dan bandingkan ia dengan elaun yang mereka terima, sangat berbeza:

1. Elaun Telefon: RM900 (bersamaan dengan 75% gaji minimum rakyat).
2. Elaun Mesyuarat: RM400 untuk tiga hari dah sama macam gaji minimum rakyat.
3. Elaun Pakaian Rasmi Istiadat: RM1500 (20% lebih tinggi dari gaji minimum rakyat).
4. Elaun di bawah saraan Ahli Parlimen: Jauh bagai langit dan bumi.

Kalau nak tengok perbandingan yang lain, boleh rujuk ciapan ini:

Tahukah anda Elaun Minyak Ahli Parlimen Malaysia lebih tinggi dari gaji minimum rakyat.

Elaun Minyak: RM1500/bulan
Gaji Minimum: RM1200/bulan#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/r8v7SPpeJI
— Datuk Jahat Hensem (@datukhensem) October 31, 2021

Sila isikan ruangan komen di bawah mengenai pendapat korang, adakah elaun-elaun ini patut dimansuhkan?