Perkara-perkara aneh yang berlaku sepanjang PRN Melaka

Hari sabtu ni seluruh orang Melaka yang terlibat akan menjalani proses mengundi bagi menentukan ahli-ahli Dun Melaka dan Ketua Menteri. Lahabau orang Melaka, korang dah ready ke belum nak mengundi? Apa macam orang Melaka, dah sedia ke belum nak menjalani tanggungjawab? Kalau dah ready baguslah!

Okay, kita tak nak bincang mengenai siapakah yang bakal menjadi Ketua Menteri atau kebarangkalian siapakah akan menang di setiap Dun, tetapi kami nak throwback sikit perkara-perkara aneh yang berlaku sepanjang PRN Melaka berlangsung.

Calon PN Dun Kota Laksamana ajar orang masuk Israel

Ye, baca tajuk pun pelik kan, tapi ia memang betul bukan cobaan. Fong Khai Ling calon Dun Kota Laksamana dari Parti Gerakan Malaysia telah viral dengan sebuah video mengenai cara-cara nak menyelinap masuk ke negara Israel.

Cuba cari apa yang pelik dalam resume ni. Imej dari akaun Twitter Parti Gerakan.

Dalam video tersebut, dia telah mengajar orang bagaimana nak masuk Israel memandangkan passport Malaysia valid untuk semua negara kecuali Israel. Ada dua cara yang dia tunjukkan, pertama, kalau seseorang itu beragama Kristian, invidu itu boleh melawat Israel dengan mengikut jemaah Kristian.

Cara kedua adalah menjadi seorang backpacker. Korang boleh memohon visa di Duta Israel di Singapura dan selalunya rakyat Malaysia akan ditemubual orang pegawai di situ. Selepas berjaya mendapatkan visa, korang boleh membeli tiket KL ke Bangkok dan terbang ke Tel-Aviv melalui Israel Airline.

Boleh tengok video penuh di bawah (abaikan caption dalam FB post ni):

Bukan itu saja, Fong Khai Ling ni juga pernah ditegur oleh netizen kerana gambarnya dalam resume tidak formal. Ada yang mengatakan gambar tu lebih sesuai untuk pencarian Dewi Remaja dan bukan pencalonan Dun Kota Laksamana.

Setiausaha Antarabangsa DAP carut orang Melaka

Korang dah tengok ke belum Fakta Soscili kami? Sebab kami juga ada tulis ‘Fakta Soscili’ mengenai Setiausaha Antarabangsa DAP, Teo Nie Ching, yang mencarut orang Melaka iaitu “Lahabau Melaka, jom undi” dalam bingkai gambar profil Facebooknya.

Kesian :,(. Imej dari Imgflip.

Ia telah menimbulkan rasa pelik kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kenapa tiba-tiba dia mencarut. Akan tetapi, dia telah pun meminta maaf kerana menggunakan perkataan “lahabau” tersebut.

Selepas isu ini berlaku, perkataan tersebut menjadi polemik dalam kalangan netizen termasuklah kami kerana ada yang mengatakan ia sebenarnya bermaksud “apa khabar” atau “lama tidak dengar khabar”.

Ohh macam kami cakap tadi kami ada tulis fakta mengenai perkataan “lahabau” ni, boleh checkout di bawah:

Pelbagai reaksi yang dilontarkan dalam ruangan komen. Sebenarnya kami bersifat universal di mana kami menerima pendapat masing-masing, ada yang kata ia perkataan carut dan ada yang mengatakan ia sebenarnya bahasa pasar orang Melaka kalau jumpa kenalan.

Korang juga boleh checkout pelbagai lagi fakta-fakta menarik dengan tulis je #FaktaSoscili dan akan keluar pelbagai fakta-fakta menarik dari kami sama ada sejarah mahupun isu semasa.

Gambar Muhyiddin sebesar alam di sekitar jalan

Walaupun bekas Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atau nama samaran “abah” tidak bertanding dalam PRN Melaka, tetapi ada juga kisah yang ingin kami kaitkan.

Sebagaimana kita tahu, Muhyiddin selaku Pengerusi PN telah diberikan tugas dalam kempen PRN Melaka. Akan tetapi yang menjadi peliknya, gambarnya pula yang banyak dipaparkan sekitar tepi-tepi jalan di negeri Melaka dan bukannya calon-calon yang bertanding.

…dengan slogan “Abah Sayang Melaka”. Imej dari Finance Twitter.

Ahli PH bakar pokok untuk dijadikan bilik operasi

Viral sebuah video di Tiktok di mana orang kampung di Parit Melana meluahkan rasa marah terhadap ahli PH yang telah membakar pokok-pokok dan kebun-kebun untuk dijadikan bilik operasi pusat pengundian daerah mengundi bagi Parit Melana. Akan tetapi, masalah besarnya, mereka ni tidak meminta kebenaran orang di situ.

Individu dalam video tersebut meluahkan rasa kecewa kerana belum lagi mengundi, ahli PH dah buat perkara sebegini. Yela, kemungkinan ia merupakan pokok-pokok yang ditanam oleh penduduk-penduduk di situ, tahu-tahu dimusnahkan.

@abazizabmalikPadu org kampung, kasi viral la apa lg..😂♬ bunyi asal – Ab Aziz Ab Malik

Apakah situasi yang bakal berlaku semasa PRN Melaka nanti?

Semestinya korang akan memikirkan perkara yang sama seperti kami iaitu pengundi PRN Melaka akan berkurang kan? Kalau sama, kita geng!

Dipetik dari Malaysiakini, seorang penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Jeniri Amir, walaupun situasi pandemik COVID-19 agak berbeza dengan PRN Sabah, tetapi akan tercetusnya kebimbangan dalam kalangan pengundi yang menyebabkan peratusan mengundi akan menurun.

Prof. Madya Dr. Jeniri Amir. Imej dari Astro Awani.

Ia juga disebabkan oleh kejatuhan kerajaan Negeri Melaka disebabkan sikap-sikap ahli politik sehingga memerlukan PRN.

“Itu tak dapat dielak. Kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku seperti di Sabah itu memang ada wujud, walaupun di Sabah waktu itu, keadaannya agak lain. Di sabah waktu itu, kita belum ada vaksinasi. Memang akan menurun. Pasti. Saya jangkakan 15 peratus penurunan (peratusan keluar mengundi).” – Prof. Madya Dr. Jeniri Amir, felo kanan Majlis Profesor Negara, dipetik dari Malaysiakini.

Macam yang beliau katakan tadi, ramai orang Melaka mesti bimbang, sedar dan mengambil iktibar daripada PRN Sabah.