Ini sebenarnya cara British ekploitasi ekonomi Tanah Melayu

Baru-baru ni, Ratu Elizabeth II telah mangkat dan ramai orang daripada seluruh negara menzahirkan simpati atas pemergiannya. Nak dijadikan cerita, ada seorang mamat DJ radio ni bersimpati dengan kemangkatan ratu (okay tak salah pun), tapi dia kata ratu yang mengurniakan kemerdekaan kepada kita.

View this post on Instagram

A post shared by Izwan Azir Saleh (@izwanazirsaleh)

Ramai orang tak bersetuju dengan kenyataan dari dia. Hmmm… timbul satu persoalan, adakah relevan jika kita mengatakan ratu mengurniakan kemerdekaan?

Baiklah, ini penjelasan dari kami. British datang negara kita dengan kata-kata manis. Sebaliknya, mereka ingin mengaut semua hasil kekayaan tanah kita. Boleh dikatakan…

Semua sumber bahan mentah dibolot oleh British

Sejak British datang menjajah, memang mereka saja yang memonopoli ekonomi kita. Semua sumber bahan mentah mereka ambil.

Semasa abad ke-20, keuntungan getah dan bijih timah menyumbang lebih separuh daripada eksport tanah jajahan, dan cukai bagi industri ni sangat menguntungkan British. Bijih timah ni dulu majoritinya dilombong oleh orang Melayu, tapi disebabkan permintaan tinggi pada awal abad ke-19, orang Cina mempunyai minat dalam menguasai industri perlombongan.

Perlombongan bijih timah di Perak yang dieksploitasi oleh British
Lombong bijih timah di Perak. Imej dari Orang Perak.

Menjelang 1910, lombong milik orang Cina menghasilkan 78 peratus bijih timah di Tanah Melayu. Berita buruk melanda apabila British melabur besar dalam mesin korek. Secara perlahan-lahan, mereka merampas pengeluaran bijih timah orang Cina sekitar 1930-an. Orang Melayu memang tidak ada langsung dalam pemilikan lombong bijih timah ni.

Getah sekitar abad ke-20 menjadi bahan eksport utama menggantikan bijih timah. Pada 1913, British memiliki tiga per lima daripada kawasan tanaman di Tanah Melayu. Semasa pertengahan abad ke-20, British memiliki lebih daripada 43% pemilikan tanah di semenanjung Tanah Melayu, Melayu hanya 27%,Cina & India: 23%.

British menguasai getah di Tanah Melayu
Getah juga telah memberikan kesan kepada ekonomi & politik. Imej dari sejarah tingakatan 2.

Kalau bab pekerjaan lagi teruk. Hampir semua jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan persekutuan memang majoriti orang British. Pada 1931, hanya 5% saja jawatan pentadbiran dan professional terdiri dari Melayu dan bukan Melayu, lagi 95% British yang pegang.

Bayangkan, tak ada seorang mamat British langsung yang bekerja sebagai buruh, memang semua orang Melayu dan bukan Melayu.

Sebab itulah, ramai…

Pahlawan Melayu yang berjuang nyawa menentang British

Zaman nenek moyang kita lagi, penjajah British ni memang mengambil hak keistimewaan orang Melayu. Oleh kerana pentadbiran mereka, kuasa raja hilang, sistem cukai diperkenalkan, peraturan baru diperkenalkan serta adat resam kita pun terjejas. Semua penyeksaan ni telah mencetuskan kemarahan ramai pihak termasuk pahlawan Melayu.

Kami senaraikan beberapa kisah pahlawan Melayu yang menentang British demi bebas daripada jajahan mereka:

Dol Said

Dol Said menentang British demi kemerdekaan Naning
Dol Said. Imej dari Pressreader.

Seperti Dol Said, seorang penghulu yang memperjuangkan kemerdekaan di Naning. Semasa British mendapatkan Naning kerana Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, mereka memaksa penduduk membayar satu persepuluh daripada hasil pertanian. Tapi waktu tu, Dol Said berkeras tak nak bayar, yela kau datang tiba-tiba, lepas tu minta cukai pula!

British juga memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menganggu pengaruh dan kuasa Dol Said. Ia telah melarang penghulu daripada membicarakan kes jenayah, tapi Dol Said langgar saja selesaikan kes jenayah tanpa bagitahu British.

Makam Dol Said di Melaka
Makam Dol Said. Imej dari Sang Ekstasi.

Disebabkan Dol Said degil, British menganggap dia penderharka. Penajajah British, Wyllie, bersama 150 orang tentera nak serang Naning pada 15 Julai 1831. Mereka ingat Dol Said celah gigi ke? Dia berjaya menewaskan Wyllie dan askarnya dengan taktik perang gerila serta bantuan luar.

Namun, menjelang Mac 1832, British borak dengan Yamtuan Muda Raja Ali untuk mendapatkan bantuan hulubalang. Pasukan tentera British yang dipimpin Herbert telah berjaya menawan Taboh dan telah membakar rumah-rumah penduduk Naning. Akhirnya, Dol Said menyerah diri kepada British.

Dato’ Maharaja Lela

Dato' Maharaja Lela yang telah menewaskan J.W.W Birch
Maharaja Lela. Imej dari Wikipedia.

Seorang Pembesar Perak yang mendapat gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela” selepas dilantik menjadi mufti. Apa kaitan dia dengan British?

British telah memperknalkan sistem cukai baru dan sibuk campur tangan dalam adat resam orang Melayu. Semua ni kepalanya ialah J.W.W. Birch. Dia ni la Residen British yang dilantik untuk kutip cukai dan zakat serta mentadbir Perak. Tindakan dia membuatkan Maharaja Lela dan pembesar-pembesar lain tak puas hati.

Maharaja Lela bersama Sultan Abdullah, Dato’ Bahaman dan pembesar-pembesar lain telah mengambil keputusan untuk menyerang J.W.W. Birch. Dikatakan dia telah ditumpaskan ketika sedang mandi.

Berikut merupakan cara Maharajalela menumpaskan Birch:

Dua bukti sejarah pahlawan menunjukkan yang kita memang tak selesa langsung dengan kedatangan British. Tidak lupa juga dengan…

Peristiwa hitam di Batang Kali

Orang tak bersalah hilang nyawa, itulah peristiwa hitam yang berlaku di Batang Kali. Semasa 1948, British telah mengisytiharkan Darurat Tanah Melayu, bagi mengekang keganasan politik berhaluan kiri, yang membabitkan Parti Komunis Malaya (PKM).

Kalau nak tahu, Batang Kali ni merupakan markas di mana PKM giat menjalankan aktiviti. Jadi, British telah merancang untuk membuat serangan di situ dengan menghantar sepasukan tentera pimpinan Scots Guards.

Peristiwa Batang Kali
Seorang peguam, Dato Quek Ngee Meng, bergambar di tanah perkuburan mangsa Batang Kali. Imej dari GLOBE.

Pada 12 Disember 1948, Scots Guards dan barisan tenterenya telah mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali. Mereka telah mengambil nyawa 24 penoreh getah yang tidak bersalah. Scots juga telah menuduh sekumpulan penoreh getah tu sebagai komunis tanpa sebarang usul periksa.

Paling teruk, penjajah British ni memaparkan insiden tersebut dalam akhbar bertajuk “Kejayaan Besar Menumpaskan Pengganas”. Padahal ia tiada kaitan langsung dengan komunis.

Tidak salah kalau mahu simpati tapi….

Jika kita mengatakan ratu yang mengurniakan kemerdekaan mungkin kurang sesuai. Hal ini kerana Tanah Melayu tu hak milik kita bukannya British. Satu lagi, kemerdekaan bukan bergantung kepada kuasa penjajah, tapi ia adalah hak kita.

Kalau ratu tak benarkan negara kita merdeka sekalipun, mungkin orang kita masa tu akan lakukan apa saja demi mendapatkan kemerdekaan serta bebas dari jajahan mereka.

Ok, cukup cerita pasal kesan negatif daripada zaman kolonial dahulu kala. Ada juga macam-macam cerita tentang pegawai British yang mengambil minat terhadap ilmu dan budaya Tanah Melayu seperti…

Richard Winstedt yang mengkaji perumpaan dalam bahasa kita

Alfred Wallace, ahli biologi yang jatuh cinta dengan durian

Sumber: