Sejarah & Politik

Kenapa Sarawak ada hari kemerdekaan yang tersendiri?

Bila cakap pasal Sarawak je mesti korang akan terbayang keindahan alam semula jadi yang cantik serta kaya dengan pelbagai kumpulan etnik. Kalau korang nak tahu kat Sarawak ni ada 27 etnik yang terbesar tau buat setakat inilah dan kesemuanya mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri.

Sebahagian daripada etnik Sarawak. Imej dari KLxpress

Sebahagian daripada etnik Sarawak. Imej dari kl xpress

Selain dari keunikan yang terdapat kat Bumi Kenyalang ni, korang tahu tak pasal tarikh kemerdekaan mereka? Kami tanya staf SOSCILI dan CILISOS dan semua jawab jawab 16 September. Tapi tarikh tu sebenarnya SALAH! 16 September bukan tarikh kemerdekaan bagi Sarawak. Korang jangan silap ye :)

Ok bagi korang yang tak tahu, kat sini kami nak cerita sikit mengenai tarikh kemerdekaan Sarawak. Ia merdeka pada 22 Julai 1963 dan bermula pada tahun ni, rakyat Sarawak akan diberi cuti umum tambahan pada 22 Julai sempena memperingati hari kemerdekaan Sarawak daripada penjajahan British.

“Saya akan menuntut pengiktirafan untuk meraikan Hari Kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai dan menjadikan ia cuti umum di negeri ini.” Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak. Dipetik dari Borneo Post.

Kemerdekaan Sarawak, 1963.

Kemerdekaan Sarawak, 1963. Imej dari Gambar Klasik.

Sarawak ada tarikh kemerdekaan sendiri? Haa macam mana tu? Kalau Sarawak ada kemerdekaan sendiri, macam mana dengan negeri Johor, Pahang, Selangor dan lain-lain tu? Hmm ok sebenarnya macam ni… dulu Sarawak ni adalah negara bersendiri dan tak termasuk di dalam Tanah Melayu

Sarawak menyertai pembentukan Malaysia pada tahun 1961

Pada tahun 1961 selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri kita yang pertama masa tu telah menyuarakan idea pembentukan Gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei.

Wakil-wakil Sarawak selepas balik daripada menandatangani perjanjian membentuk Malaysia. Imej dari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak.

Wakil-wakil Sarawak selepas balik daripada menandatangani
perjanjian membentuk Malaysia. Imej dari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak.

“Kita bukan menyertai Malaysia tetapi kita membentuk Malaysia bersama-sama Borneo-Utara (Sabah) , Singapura dan Tanah Melayu.” – Datuk Amar James Wong, ahli Perwakilan Sarawak di dalam Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC). Dipetik dari Formation of Malaysia.

Antara sebab utama nak bentuk Malaysia adalah :

  • Menyekat pengaruh dan ancaman komunis

Pengaruh komunis makin meluas kat Asia Tenggara dan ia telah merebak ke Singapura. Perkara ni telah membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Tunku Abdul Rahman khuatir ia akan mengancam keselamatan Tanah Melayu. So dengan penubuhan Malaysia ia akan menyekat pengaruh komunis dari merebak.

Ancaman komunis mula merebak ke Asia Tenggara. Imej dari Sejarahk2

Ancaman komunis mula merebak ke Asia Tenggara. Imej dari Sejarahk2

  • Memberi kemerdekaan segera kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura

Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan dapat kemerdekaan lebih awal dengan menyertai penubuhan Malaysia. Ini kerana pada waktu tu Sabah dan Sarawak merupakan negeri jajahan British, manakala Singapura dan Brunei pulak sebagai negeri naungan British.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Mesti ramai yang persoalkan kenapa nak segerakan kemerdekaan Sarawak sedangkan Sarawak dah merdeka dulu baru wujudnya hari Malaysia. Ok menurut Arkib Negara, hasrat Tunku untuk Penubuhan Malaysia tu diwartakan pada tahun 1961. Time tu Sarawak tak merdeka lagi pun. Dan proses penubuhan ni amik masa selama dua tahun baru ianya diisytiharkan.

Selain tu Tunku Abdul Rahman pun berhasrat untuk menamatkan penjajahan British kat Asia Tenggara.

  • Kerjasama ekonomi 

Anggota negara Persekutuan Malaysia kaya dengan sumber ekonomi so bila bergabung ia akan dapat menjalinkan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama.

  • Membela masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak

Jawatan dan kegiatan ekonomi kat Sabah dan Sarawak semuanya dipegang oleh bangsa asing dan penduduk yang terlibat dalam sektor pertanian pulak hanya 3% je.

Semua rakyat yang menjadi warganegara Sarawak sebelum membentuk Malaysia harus diiktiraf sebagai Bumiputera. Imej dari Young Ronin

Semua rakyat yang menjadi warganegara Sarawak sebelum membentuk Malaysia harus diiktiraf sebagai Bumiputera. Imej dari Young Ronin

Golongan Bumiputera kat sana pun tak dapat layanan baik daripada kerajaan British. Malah tahap pendidikan, penguasaan ekonomi, kadar celik huruf dan pengisian jawatan kerajaan untuk bumiputera Sabah dan Sarawak pun terbatas.

Berdasarkan point-point kat atas tu, ternyata sebab-sebab pembentukan ni mempunyai kepentingan bersama. Tapi tak kan lah Sarawak senang-senang je setuju nak gabung pembentukan Malaysia?

Sarawak bersetuju membentuk Malaysia selepas mendapat tentangan

Walaupun pada awalnya Sarawak mendapat tentangan hebat daripada parti-parti politiknya yang tak nak sama-sama membentuk Malaysia dengan alasan kononnya dorang ni semua bimbang dengan bentuk penjajahan baru ke atas Sarawak, (opkos lah dorang tak nak pisang berbuah dua kali)  bimbang orang bukan Melayu dan peribumi hilang identitinya, takut ekonomi Sarawak dikuasai Kerajaan Pusat dan ada jugak yang anggap ia merupakan helah untuk menggantikan penjajahan British.

Bagi nak yakinkan penduduk Sarawak, Tunku Abdul Rahman pun berangkat ke Sarawak dan beliau dapati rakyat Sarawak telah salah faham mengenai gagasan Malaysia ni. Oleh itu, Tunku pun telah mengadakan persidangan Persatuan Parlimen Komanwel kat Singapura

Anggota Suruhanjaya yang ditubuhkan untuk meninjau pandangan penduduk Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia. Imej dari Panatia Sejarah SMTSM

Anggota Suruhanjaya yang ditubuhkan untuk meninjau pandangan penduduk Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia. Imej dari Panatia Sejarah SMTSM

Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) pun ditubuhkan bagi mengumpulkan pendapat rakyat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ni. Dan akhirnya bila dorang semua dah paham, dorang pun sokong (kecuali SUPP)  dan bersetuju untuk sama-sama menyertai Malaysia.

Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Imej dari Cakoroi

Asalnya tarikh pembentukan Malaysia memang ditetapkan 31 Ogos 1963 tetapi terpaksa ditunda kepada 16 September susulan kelewatan pengesahan laporan suruhajaya. Imej dari Cakoroi.

Dan bermula dari tanggal 16 September 1963, Sarawak pun tersenarailah sebagai sebuah negeri yang terdapat kat dalam Malaysia. Tapi ada jugak yang kata sekarang ni Sarawak nak keluar semula dari Malaysia. Pulak?

Setelah Malaysia dibentuk, Sarawak nak keluar Malaysia pulak. Betul ke??

Korang mesti pernah dengarkan desas-desus yang mengatakan Sarawak nak keluar dari Malaysia. Sebenarnya benda ni dah lama pun kita dengar sejak dari awal pembentukan Persekutuan Malaysia lagi isu ni dah hangat diperkatakan.

Mungkin juga ada antara korang yang pernah dengar slogan ‘Sarawak for Sarawakian’. Slogan ni secara tak langsung menyeru penduduk Sarawak bangkit bagi kemukakan pelbagai tuntutan kat Kerajaan Persekutuan. Menurut portal sarawakiana.net, slogan ni telah menghasut penduduk bagi mengelirukan rakyat terhadap kemasukan Sarawak dalam Malaysia.

UPDATE: Kiteorang kat SOSCILI telah ditegur oleh salah seorang penaung slogan Sarawak For Sarawakians.

Jelas beliau, slogan Sarawak For Sarawakian adalah untuk memupuk semangat patriotisme bagi menerap minda rakyat Sarawak betapa pentingnya kefahaman dan kebersamaan dalam memelihara negara ini dengan dipandukan oleh Perlembagaan Sarawak serta asas-asas perlembagaannya yang sah dan teriktiraf. Tapi ia telah disalahguna oleh pihak yang tak bertanggungjawab demi kepentingan politik.

Sarawak For Sarawakian adalah SLOGAN dan bukanlah satu parti politik malahan bukan juga satu NGO kerana ia adalah SLOGAN.

Imej dari My News Hub

Sarawak for Sarawakians. Imej dari My News Hub

Tapi perkara ni telah disangkal oleh Ketua Menteri Sarawak sendiri. Dia kata idea keluar dari Malaysia tu merupakan idea bodoh.

“…tidak ada keperluan untuk Sarawak keluar dari Malaysia kerana segala kemakmuran, kemajuan, kesejahteraan dan pembangunan yang dicapai ketika ini adalah hasil bersama Malaysia.” – Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak. Dipetik dari Astro Awani.

Tambah beliau lagi, tindakan tersebut macam tak logik langsung setelah bertahun-tahun pejuang kemerdekaan Sarawak melalui pelbagai rintangan nak membentuk Malaysia dan sekarang senang-senang nak keluar macam tu je. Selain ketua Menteri Sarawak, Perdana Menteri Malaysia jugak tak benarkan Sarawak keluar dari Malaysia.

“Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan segelintir individu yang bertindak menghasut Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.” – Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. Dipetik dari Berita Harian.

Menurut My News Hub pulak, idea keluar Sarawak ni datang dari pihak pembangkang yang tercabar dengan Najib Razak kerana beliau banyak bawak projek untuk kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak.

Perhimpunan Sarawak for Sarawakians. Imej dari The Borneo Post.

Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Iye dok? Ok lah sebenarnya ada yang kata Sarawak ni seperti di anak tirikan oleh kerajaan persekutuan. Sebagai contoh yang diberikan oleh Datuk Bung Moktar dalam FreeMalaysiaToday ialah isu elaun guru. Guru-guru Semenanjung yang datang ke Sabah dan Sarawak mendapat elaun RM1,500. Tapi bila orang Sabah dan Sarawak datang Semenanjung, dorang cuma diberi elaun sebanyak RM750 je. Dan ini adalah tidak adil!

“… sebab di anak tiri. Seolah-olah Sabah dan Sarawak ini warganegara kelas kedua. Saya tidak tahu ini siapa punya angkara…” -Datuk Bung Moktar Radin, Ahli Parlimen BN-Kinabatangan. Dipetik dari Free Malaysia Today.

So tak kan Sarawak senyap je takde buat apa-apa tuntutan untuk kepentingan negerinya?

Sarawak menuntut kuasa Kerajaan Persekutuan diturunkan

Menurut Ketua Menteri Sarawak, dalam tempoh 50 tahun pembentukan Malaysia ni, Sarawak telah ketinggalan dalam banyak perkara dan kini beliau nak kerajaan pusat kembalikan semula kuasa pentadbiran negeri Sarawak yang pernah diambil oleh kerajaan kerana ia adalah penting bagi pembangunan Sarawak lagi-lagi kawasan luar bandar.

Imej dari Sarawak live

Imej dari Sarawak live

“Sarawak sekadar menuntut hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan ICG, bukan hendak keluar daripada Malaysia atau menentang kerajaan Persekutuan.” – Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak. Dipetik dari The Borneo Post.

So bagi menuntut penurunan kuasa tersebut, beliau telah berjumpa dan berbincang sendiri dengan Najib Razak dan ini adalah beberapa tuntutan kerajaan negeri Sarawak yang mempunyai tiga fasa tuntutan:

“…fasa pertama mengenai hal-hal pentadbiran. Fasa kedua mengenai hak negeri ini (pencerobohan persekutuan terhadap kuasa negeri) dan hal berkaitan perlembagaan. Fasa ketiga mengenai permohonan royalti minyak dan gas…” – Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak. Dipetik dari Sinar Harian.

Najib Razak dan Adenan Satem dalam perbincangan mengenai tuntutan penurunan kuasa kat Sarawak. Imej dari Bernama.

Najib Razak dan Adenan Satem dalam perbincangan mengenai tuntutan penurunan kuasa kat Sarawak. Imej dari Bernama.

53 tahun Sarawak mencapai kemerdekaan daripada British!

Dulu CILISOS ada tulis artikel pasal perkara-perkara yang buat orang Sabah pelik bila datang KL. Antaranya, pakcik teksi yang cakap “Selamat datang ke Malaysia”, padalah Sabah tu Malaysia jugak kot. Satu lagi, masyarakat di Sabah lebih muhibbah dan tak terlalu mengambil kira kaum mahupun agama, semua orang pun bersatu.

Sama jugak lah dengan Sarawak, kadang-kadang kita di Semenanjung tak tahu sangat pasal apa yang berlaku dengan jiran kita kat seberang laut ni, padahal banyak benda yang kita boleh belajar daripada mereka.

Sebenarnya banyak perkara yang orang Semenanjung boleh belajar daripada rakyat senegara kita di Sabah dan Sarawak. Apapun, SOSCILI nak ucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Sarawak yang ke-53, semoga kita semua terus makmur!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend