Disebabkan sondolan seladang, Kapten Syers terkorban? Ini kisah penuh

Siapa dah tengok Mat Kilau? Angkat tangan (kami tak nampak tapi Tuhan nampak, tiber). Baik, mesti ramai kenal dengan watak Kapten Syers, iaitu seorang Pembesar British yang telah membuat onar di bumi Pahang.

Ramai tak puas hati dengan Syers ni, sebab semasa babak Mat Kilau berlawan dengan tentera upahan British, boleh pula dia melarikan diri.

Filem Mat Kilau overrated
Syers yang kat tengah-tengah tu. Imej dari IMDb.

Nak tahu tak, dalam kisah sebenar, Syers mati bukan akibat dibunuh ataupun disebabkan penyakit, tapi kerana disondol seladang. Pelik kan? Hmmm…. sebelum tu…

Siapa Kapten Syers ni sebenarnya?

Semasa pembentukan pasukan polis di Selangor pada 1875, Harry Charles Syers ialah seorang Penguasa Polis dan Penjara Selangor. Dia ni juga mengetuai Pasukan Polis Selangor dan pernah menjadi inspektor sementara masa umurnya 23 tahun. Dia ni bukan boleh cakap omputeh saja, bahasa Melayu dan bahasa Cina pun dia pandai.

Captain Syers pegawai polis Selangor
Inilah Captian Syers yang sebenar. Imej dari Find Grave

Syers ni juga pernah menjadi pengasas kepada Royal Selangor Club yang ditubuhkan pada 1884. Ia merupakan tempat lepak untuk masyarakat kolonial British yang berpendidikan dan berpangkat tinggi.

Pada tahun 1891, dia menjadi Kapten Superintenden dan diangkat menjadi Ketua Polis Selangor pada 14 September 1896. Syers dikatakan antara ketua polis yang berjaya kerana dia mempunyai 530 anggota polis yang dikenali sebagai ‘Selangor Sikh‘.

Jawatan ketua polis itu dipegang sehingga…

Syers terkorban akibat disondol Seladang di hutan

Pada 12 Julai 1897, Syers ni pergi ke hutan di Bentong, Pahang bersama dengan kawannya Robert Meikle untuk memburu. Nak dijadikan cerita, mereka ternampak seladang yang sedang bersendirian (kesian dia takde member).

Syers dan Meikle pun tembak seladang tu sampai cedera, tapi seladang itu berundur. Mereka cuba cari seladang tu, tiba-tiba seladang tadi entah datang dari mana alam terus serang Syers. Si Syers pun tembak seladang tu, tapi dia serang Meikle pula.

Captain Harry Charles Syers
Syers lengkap berpakaian seragam. Imej dari Payung Mahkota Dirgahayu Raja Melayu.

Lepas tu, seladang tu serang Syers sekali lagi. Walaupun Syers berjaya melakukan tembakan, tapi seladang tu masih gagah. Seladang tu menanduk serta melemparkan dia ke udara hingga ketinggian 35 kaki.

Syers berguling tiga kali sebelum kepala terhantuk pada dahan pokok. Selepas dia terbaring, seladang tu sekali lagi melemparkan dia ke udara, dalam 18 hingga 20 kaki. Meikle melepaskan tembakan sekali lagi ke arah seladang.

Meikle telah bergegas ke Padang Ali untuk dapatkan bantuan dari penduduk kerana Syers terbaring kesakitan selama sejam setengah. Meikle telah membunuh seladang tu sebelum bawanya naik bot.

Seladang pembunuh Harry Charles Syers
Ini macam punya seladang memang takut nak buru mat. Imej dari KOSASS.

Seladang tu memang keras kerana 15 tembakan barulah mati. Sedihnya, Syers meninggal dunia selepas tengah malam keesokan harinya ketika masih dalam bot ke Pekan, Pahang.

Syers dikebumikan di Pekan, tapi pada 1899 mayatnya digali atas permintaan Swettenham dengan bantuan Dr. Travers dan dibawa ke Venning Road, Kuala Lumpur (sekarang namanya Jalan Perdana) untuk dikebumikan semula.

Kepala seladang itu dibawa pulang ke Kuala lumpur untuk digantung di Kelab Selangor. James Meikle (anak Robert Meikle) membawa kepada seladang tersebut ke Scotland pada 1931, tetapi dihantar semula ke Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Siapa nak tengok kepala seladang ni, boleh pergi ke Muzium Polis Diraja Malaysia.

Seladang pembunuh
Kepala seladang yang membunuh Syers. Imej dari Muzium Polis Diraja Malaysia.

Ada lagi kisah penjajah British yang lain seperti…

Ada juga Pegawai British yang pernah tulis buku pasal sihir di Tanah Melayu:

Sumber: