Sejarah & Politik

Darurat Banjir 1971: Tun Razak dah jangka akan berlaku banjir seperti tahun 1931

Banjir terbesar berlaku di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak pada awal Januari ini telah mengakibatkan ratusan ribu mangsa hilang rumah dan harta. Apa yang lebih menakutkan, berlakunya tanah runtuh di Jalan Bentong-Raub dan Jambatan Attaduri menghala Chikus roboh akibat air deras banjir.

Untuk pengetahuan korang, Malaysia sebenarnya pernah mengalami banjir yang sangat besar hingga berlakunya kemiskinan dan kematian yang tinggi pada tahun 1971. Punyalah teruk sampaikan Perdana Menteri kita pada masa itu terpaksa mengishytiharkan darurat. Jadi, mari kami huraikan mengenai bencana banjir yang pernah berlaku di Malaysia sampaikan Kerajaan terpaksa mengumumkan darurat.

Banjir pada 1971 berlaku selepas paras air Sungai Pahang meningkat

Pada masa itu, KL banjir juga tau! Imej dari Orang Wangsa Maju.

Selepas perayaan Hari Krismas, hujan monsun yang lebat tidak berhenti membasahi Malaysia menyebabkan paras air di Sungai Pahang meningkat. Hal ini telah mencetuskan limpahan air ke darat dan menyebabkan banjir besar berlaku pada awal Januari 1971.

Pada awalnya, hujan monsun itu telah membunuh lebih kurang 24 hingga 28 orang sejak ia bermula pada 26 December 1970. Berdasarkan laporan rasmi, empat orang termasuk tiga kanak-kanak lemas dalam air banjir yang semakin meningkat.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak telah diberikan sidang taklimat mengenai situasi banjir yang berlaku bersama dengan pihak tertinggi di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Jalan Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Kalau korang nak tahu, Tun Abdul Razak pada masa itu sudah menjangkakan bahawa banjir besar akan berlaku sepertimana yang pernah terjadi pada 1931 (di China).

“Banjir tahun ini (1971) akan berlaku seperti banjir pada 1931 (Banjir China 1931)” – Tun Abdul Razak, petikan dari The Bulletin.

Suasana banjir di Kuala Lipis, Pahang. Imej dari Hazis WordPress.

Air banjir mula menenggelami kawasan di negeri Pahang dan dalam masa 24 jam sahaja, kawasan-kawasan di Pahang telah musnah akibat air banjir yang deras. Tun Abdul Razak telah memberikan amaran kepada penduduk kampung supaya berada di tempat tinggi agar tidak hanyut bersama air banjir.

“……untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi dengan segera sebelum mereka terperangkap dengan kenaikan air secara tiba-tiba” – Tun Abdul Razak, petikan dari The Bulletin.

Bukan saja banjir yang berlaku, malah tanah runtuh juga berlaku hingga memutuskan hubungan jalan raya dan kereta api ke bandar-bandar utama di pantai timur dan ke Singapura, kira-kira 200 batu di selatan Kuala Lumpur.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Banjir yang sangat teruk di Melaka. Imej dari Melancong dan Memborong di Melaka.

Keadaan semakin buruk apabila air banjir telah menenggelami Terengganu, Johor, Kelantan, Melaka dan Selangor. Oh ye, korang juga akan terkejut kerana Kuala Lumpur juga tidak terlepas dari bencana ini.

“Aku lahir di Kuala Lumpur tapi belum pernah melihat keadaan begini” – Mangsa banjir Kuala Lumpur, petikan dari video dokumentari Benchana Banjir.

Melihat banyak kawasan yang dimusnahkan dengan air banjir, Tun Abdul Razak telah….

Melaksanakan darurat bagi membendung keadaan banjir di Malaysia

Sidang mesyuarat diadakan bagi membincangkan tentang langkah pemulihan banjir. Imej dari Malaysia Coin.

Banjir besar pada 1971 ini telah menyebabkan seramai 95,000 hingga 100,00 mangsa banjir terpaksa dipindahkan. Jumlah paling mangsa banjir paling tinggi ialah di Pahang iaitu seramai 40,000 orang manakala negeri Johor 17,000 dan Selangor 14,000 orang (selebihnya tidak diketahui).

Lantaran itu, Tun Abdul Razak telah mengisytiharkan Darurat Banjir Kebangsaan di seluruh negara pada 5 Januari 1971. Sebenarnya pengisytiharan ini dilaksanakan bagi membendung keadaan banjir yang telah menenggelamkan hampir semua negeri di Malaysia.

Tun Abdul Razak turut mengumumkan perlantikan dua jawatankuasa kabinet iaitu Jawatankuasa Bantuan dan Pemulihan Banjir untuk menolong mangsa banjir yang telah dipengerusikan oleh beliau sendiri. Sebuah Jawatankuasa lagi ditubuhkan bagi menganalisis kerosakan dan menyarankan langkah-langkah pemulihan ekonomi dan sosial.

Bantuan sudah sampai, harap bertenang semua! Imej dari Lipis Zaini.

Kerajaan juga telah memberikan bantuan keperluan diri seperti makanan, ubat-ubatan, selimut dan khemah kepada mangsa-mangsa banjir. Tidak lupa juga dengan para tentera yang berusaha membawa bantuan keperluan ke kawasan terlibat serta kerjasama antara polis hutan dan tentera dalam membuat rondaan dengan menaiki bot.

Selain itu, sebagai langkah pemantauan keadaan banjir, Kerajaan menubuhkan Markas Darurat Banjir yang bertempat di Bangunan Banjir. Tun Abdul Razak turut mengambil perhatian dan daya usaha dengan melawat kesemua kawasan yang dilanda banjir serta mengarahkan bantuan makanan dan perubatan disalurkan dengan segera.

Demi menjaga hubungan baik dengan Malaysia, Kerajaan British dan Australia telah menyumbangkan bahan-bahan jambatan seperti besi keluli untuk membina sebuah jambatan di Temerloh, Pahang. Hal ini kerana jambatan ini dibina bagi memudahkan penduduk melintas sama ada menaiki kereta atau berjalan tetapi ia dapat bertahan selama lima hari sahaja.

Jambatan ini dibina oleh JKR, tentera dan jurutera. Imej dari Malaysia Coin.

Ketua kampung mengarahkan ‘makwe’ ke kilang kayu semasa banjir

Ratna Bidariyah berkongsi tentang pengalaman banjir 1971. Imej dari Harian Metro.

Pengalaman pahit manis ketika banjir pada 1971 diceritakan oleh seorang penduduk Temerloh yang bernama Ratna Bidariyah atau lebih dikenali sebagai ‘Mak We‘. Menurut Mak We, rumah bertiang kayu dua meter yang dia duduk bersama keluarganya ditenggelami air banjir sehingga ke pintu rumah.

Mak We juga berkata bahawa mereka diarahkan oleh ketua kampung untuk berlindung di kilang kayu terletak dua kilometer dari rumahnya.

“Kami beramai-ramai terpaksa duduk dan tidur di atas kayu di kilang itu dalam keadaan serba kekurangan.” – Mak We, petikan dari Harian Metro.

Rakyat Malaysia harus peka dengan bencana banjir ini kerana ramai masih menganggap ia sekadar bencana yang ringan sahaja. Kalau kita lihat banjir yang berlaku baru-baru ini, ramai orang hilang rumah dan ada yang terkorban akibat lemas dalam air banjir.

Oleh itu, bagi menjaga keselamatan diri-sendiri serta masyarakat, kita harus melakukan langkah keselamatan ketika banjir iaitu:

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend