Dr Mahathir nak mansuhkan duit ringgit. Dah kenapa?

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Mungkin ada di antara kau orang yang baca temubual Dr Mahathir dengan Channel News Asia baru-baru ni. Kalau masih belum baca, kita orang bagitahulah dekat sini yang Dr Mahathir ada kata-dia mungkin akan ganti ringgit. Maknanya kita akan ada mata wang baru ke?

Bertenang rakyat Malaysia, sebenarnya apa yang Dr Mahathir kata itu cuma kajian dari kerajaan untuk membenteras rasuah. Jadinya, kerajaan sekarang ini tengah bercadang nak buat urus niaga tanpa tunai atau akan tukar mata wang. Bila Dr Mahathir kata tukar mata wang, ia bermakna kerajaan sekarang tengah kaji untuk batalkan duit lama dan keluarkan duit baru.

Tapi duit lama masih lagi laku kat orang yang suka kumpul duit lama. Orang ni dipanggil sebagai – Numismatics. Imej dari lunaticg.blogspot

Jadinya, nanti akan ada tempoh masa untuk rakyat Malaysia tukar duit lama dia orang dengan yang baru. Kebanyakannya duit yang patut ditukar itu pulak adalah RM50 dan RM100 yang mana menyumbang sebanyak 84.6% edaran mata wang di Malaysia.

Proses inilah yang dipanggil sebagai Demonisasi (Demonetisation).

Tapi kenapa kita kena mansuhkan…duit?

Seperti mana yang diberitahu dekat awal tadi, sebab utama benda ini nak dibuat adalah untuk memerangi rasuah dan mengesan setiap wang yang dibelanjakan (terutamanya dari kerajaan).

Berdasarkan berita baru-baru ini, polis sudah merampas RM116 juta dari bekas PM Datuk Seri Najib Razak. Lebih awal dari itu, pada tahun lepas – RM53.7 juta juga pernah dirampas dari pegawai kanan Jabatan Air Sabah. Inilah salah satu dari banyak masalah rasuah yang ada dekat negara kita ini.

Klik imej atau klik sini kalau nak baca pasal rampasan melibatkan skandal air Sabah.

Jadinya, muncullah idea – tak ada wang tunai, maka tak ada lagi rasuah! Tapi muncul pula persoalan – macam mana benda ini nak dilaksanakan sebenarnya?

Untuk maklumat, sekarang ini sudah ada dua jenis duit utama dekat dunia.

  1. Wang tunai – Semua duit kertas (nota ringgit) dan syiling yang ada dalam dompet kau orang.
  2. Digital/maya – Duit yang hanya ada rekod dalam data, macam rekod dalam sistem bank, rekod dari satu bank ke bank lain atau dari simpanan digital ke simpanan digital lain.

Apa yang menariknya, hampir 92% duit dekat dunia sekarang ini dalam digital. Duit inilah yang dipindahkan ke akaun bank kita semua dan kemudiannya kita ada pilihan sama ada nak keluarkannya dari ATM atau tak.

Walaupun perpindahan secara digital ni tak libatkan duit kertas secara zahir, tapi ia masih ada transaksi yang boleh dijejak. Jadinya, kalau sesuatu duit itu digunakan secara salah, ia masih lagi boleh dijejaki oleh polis dan disiasat. Sebabnya, setiap transaksi ada dalam penyata bank.

Lebih senang faham macam ini – kalau tiba-tiba kita jumpa duit yang banyak dalam beg, kita mesti susah nak cari siapa punya duit itu. Tapi kalau dalam digital, senang sahaja kita nak cari.

Dalam kes nak tukar duit pulak, ia akan membuatkan duit kertas atau syiling lama tak sah lagi untuk digunakan. Dengan cara ini secara automatik semua duit berlambak yang disimpan dekat rumah akan tak ada nilainya lagi.

Tak payahlah lagi abang-abang polis kena angkat duit yang berat nauzubillah. Imej dari malaysianreview.com

Tapi, macam mana kerajaan nak ganti semua duit ringgit ini?

Kalau kerajaan betul-betul serius dengan cadangan ini, maknanya kita akan nampak adanya perancangan dan prosedur yang cukup banyak nanti. Sebabnya, buat benda yang macam ini bukannya senang, dulu nak mansuhkan lorong tunai dekat tol pun ambil masa kan?

“Ini bukan perkara yang mudah kerana apabila anda ingin menggantikan mata wang, anda mesti tahu berapa banyak mata wang dalam edaran … kerana kita perlu menggantikan apa yang ada dalam edaran dan ia adalah jumlah yang sangat besar.” – Tun Dr Mahathir, dipetik dari The Star.

Nak cari duit kat pasar malam pun kadang-kadang tu susah. Imej dari hairul.com

Jadinya kat sini, benda pertama yang kerajaan kena buat adalah kenal pasti berapa banyak duit yang ada dalam edaran, sama ada kat dalam atau luar negara. Bank Negara masa itu kena kaji dan kesan rekod berapa banyak duit yang sudah dicetak, diedarkan dan telah dilupuskan (bank pusat akan buat ini setiap tahun untuk pastikan wang itu layak untuk digunakan).

  1. Seterusnya, diorang akan cetak duit baru untuk gantikan yang lama. Percetakan itu kena ada pita khas, dakwat, dan kertas tertentu yang dikenakan kos. Sebagai contoh – kos sebanyak USD13.2 sen dikenakan untuk cetak duit kertas USD100. Jadi, kita boleh bayangkan berapa banyak kos yang kena kalau cetak berbilion duit kertas.
  2. Dalam masa sama, bank-bank biasa pun kena buat kerja lebih untuk tolong Bank Negara tukar duit itu. Jadi akan ada kos lagi. Dalam kes macam ini, Bank Negara boleh buat kos pengecualian transaksi untuk mudahkan urusan bank-bank ini.
Siapa masih ada duit-duit lama ni? Imej dari duniasemasa1.blogspot

Macam apa yang kita boleh nampak, proses ini agak memenatkan sebenarnya… dan persoalan pun timbul, boleh ke dasar ni berfungsi dengan baik? Kita pun tak ada pengalaman banyak pasal benda macam ini.

Nasib baik India pernah buat dulu. Jadi, macam mana caranya?

Pada 8 November 2016 (hari yang sama Trump menang Pilihan Raya), Perdana Menteri India, Narendra Modi sudah buat pengumuman bahawa duit 500 dan 1000 rupee akan dimansuhkan. Duit ni terdiri daripada 86% jumlah wang tunai dalam edaran. Ketika itu, Modi bagi rakyat India tempoh masa sampai 31 Disember untuk tukar duit dia orang dekat bank.

Sebab apa India buat macam itu? Masalahnya tetap sama macam kita. Terlalu banyak black money dan rasuah dekat India. Apa yang menariknya, segala perancangan ini dibuat secara rahsia dan bila Modi umumkan perkara ini, satu India terkejut.

Narendra Modi – Kita akan perang rasuah! Imej dari hmtvlive.com

Kesannya, maka panjanglah orang beratur dekat bank-bank – sampai ada yang mati masa beratur. Segala urusan jual beli dekat India pun terganggu masa itu, sebab penjual (kebanyakannya peniaga kecil) tak nak terima duit lama, sebab tak nak beratur tukar duit dekat bank.

Tapi laporan berita juga ada kata yang orang kaya lagi susah masa itu, sebab banyak duit dia orang yang habis begitu sahaja. Bagaimanapun, bila laporan tahunan rasmi dari Reserve Bank of India (RBI) keluar setahun kemudian, didapati 99% duit yang didemonisasi tu sudah didepositkan balik ke bank pusat.

Apa maksudnya ni?

Maknanya dekat sini, RBI pada mulanya anggarkan yang dia orang akan dapat balik 75% duit tersebut. Tapi 99% duit yang kembali ke dia orang. Maknanya, sama ada India tak ada duit kotor atau ada seseorang yang bersihkannya.

Dengan itu, orang ramai percaya yang adanya lorong tikus dalam isu ini. Rangkaian pengubahan wang haram masih lagi ada dan ia membantu orang-orang kaya untuk uruskan duit dia orang. Salah satu caranya, dia orang ini akan suruh orang miskin depositkan duit dia orang kat bank dan upah orang tadi itu dengan sikit duit. Inilah salah satu cara nak buatkan duit yang tak diisytihar jadi sah.

Kartun yang tersebar kat India. Imej dari goodtimenation.com

Jadinya, kalau aktiviti lorong tikus macam ini boleh jadi dekat India, adakah kita boleh jamin yang ia tak akan jadi kat Malaysia? Kalau kita gagal dalam usaha ini, semua orang yang korup boleh sahaja cari jalan untuk buat duit dia orang yang tak diisytihar jadi sah.

Satu lagi masalah adalah, demonisasi ini cuma bagi tumpuan pada duit. Macam mana pulak dengan barang-barang lain macam – beg Hermes, intan permata dan… tiara?

“…pihak berkuasa cukai patut mendokumenkan semua bentuk pendapatan haram bukan sahaja tunai, tetapi aset fizikal seperti tanah/emas dan aset kewangan seperti saham. Satu lagi bahagian pendapatan haram dipindahkan dengan lancar seperti modal yang dilaburkan dalam aktiviti produktif.” – R Ramakumar, Tata Institute of Social Sciences, Mumbai.

Jadinya, apa yang kita nampak usaha ini tak janjikan hasil yang betul-betul dijamin. Mungkin kita boleh sahaja teruskan serbu rumah orang, cari bukti dan sumbat dia orang ini dalam penjara. Tapi ada lagi satu masalah, bila cara macam ini selalunya ambil masa yang sangat lama. Walaupun untuk satu kes, SPRM kena juga siasat dan cari bukti. Bayangkan, kalau ada beratus orang yang tak bayar cukai dan korup?

Siapa yang ambil rasuah sebenarnya? Imej dari Giphy.

Tapi, mungkin Malaysia ada kelebihan berbanding India, kalau cuba cara ni

Tapi kita juga kena ingat bahawa ada berbezaan antara Malaysia dan India. Mungkin apa yang India buat itu betul, tapi cara dia orang yang agak kurang sesuai. Banyak laporan kelemahan yang ada, sampaikan ada ATM kosong dan ada orang tak datang kerja sebab semata-mata nak keluarkan duit. Yang akhirnya buatkan suasana kucar kacir dan bangkitkan kemarahan rakyat.

Orang ramai beratur kat ATM. Imej dari hindustantimes.com

Malaysia mungkin ada kelebihan sikit dalam hal ini, sebab negara kita lebih kecil dengan jumlah penduduk 32.4 juta orang. Sehingga tahun 2016, jumlah mesin ATM dekat India bagi setiap 100,000 dewasa adalah 21.24, sedangkan jumlah ATM kat Malaysia adalah 44.62 untuk setiap 100,000 orang dewasa dalam tempoh masa yang sama.

Ini menunjukkan kita ada kelebihan sikit dari India dan kalau kita buat demonisasi, ia mungkin akan jadi lebih mudah. Sama ada kita akan buat dengan lebih baik atau tidak, kita kena tunggu dan lihat… tapi dengan bertambahnya rasuah dekat Malaysia sejak beberapa tahun ini, maka nak atau tak – sesuatu kena dibuat.

“…negara rugi berbilion ringgit kerana rasuah setiap tahun dan tindakan drastik harus diambil terhadap mereka yang terbabit dalam rasuah.” – Subromaniam Tholasy, Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Dipetik dari Malay Mail.

About Azar Ishak 276 Articles
Hari-hari Teh O ais, besok kopi plak lah.