Jenayah & Undang-undang

5 kes pecah amanah dan rasuah menggemparkan Malaysia, tapi kena lepas?

*Artikel ini pada asalnya disiarkan pada 19 Oktober 2016

Dalam sejarah kehakiman Malaysia, banyak juga para pemimpin dan ahli perniagaan berpengaruh yang pernah dibawa ke muka keadilan sekalipun dia masih memegang jawatan di dalam kerajaan. Kes-kesnya pelbagai termasuklah dakwaan terlibat dengan rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah.

Namun, ada beberapa kes yang menggemparkan pernah berlaku melibatkan para pemimpin dan ahli perniagaan, dan mereka terlepas atas sebab-sebab tertentu.

1. MB Selangor Harun Idris, dipenjara kerana perlawanan tinju Muhammad Ali kat Malaysia

Dato' Harun Idris jadi Menteri Besar Selangor selama 12 tahun. Imej dari sustainablelivinginstitute.blogspot

Dato’ Harun Idris juga merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) selama 18 tahun. Imej dari sustainablelivinginstitute.blogspot.com

Harun Idris pernah jadi ketua Pemuda UMNO, juga merupakan Menteri Besar Selangor yang paling lama berkhidmat iaitu selama 12 tahun. Dia meletakkan jawatan sebagai MB pada 27 Mac 1976 dan dipecat dari UMNO selepas dituduh terlibat dalam rasuah.

Dia dituduh terima rasuah sebanyak RM250,000 dari Hong Kong and Shanghai Banking Corporation agar bank-bank tadi boleh buat satu bangunan kat KL.

Pada tahun 1975 pulak, Harun bertanggungjawab mengadakan perlawanan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner di Stadium Merdeka. Tapi perlawanan tu tak dapat sebarang keuntungan. Harun yang ketika itu adalah Pengerusi Bank Rakyat dituduh menyalahguna wang bank sebanyak RM8 juta untuk perlawanan tersebut.

Dato' Harun dan Muhammad Ali ketika di Malaysia. Imej dari mStar.

Dato’ Harun dan Muhammad Ali. Imej dari mStar.

Jadi apa keputusannya?

Harun dijatuhi hukuman penjara 2 tahun selepas didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM 250,000. Dia juga dihukum penjara 6 tahun kerana terlibat dalam skandal Bank Rakyat.

Harun masuk ke Penjara Pudu pada tahun 1978 dan dibebaskan selepas mendapat pengampunan Diraja dari Yang Dipertuan Agong lepas jasa-jasanya dipertimbangkan pada 30 Ogos 1982. Harun Idris meninggal dunia pada 19 Oktober 2003 akibat serangan angin ahmar pada usia 78 tahun. Dia dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang.

2. Tan Sri Eric Chia dan skandal RM76.4 juta

Eric Chia Eng Hock adalah bekas Pengarah Urusan Perwaja Rolling Mill and Development Sdn. Bhd (Perwaja), sebuah syarikat pengeluar besi yang ditubuhkan pada tahun 1982. Eric Chia telah dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan rasuah sebanyak RM 76.4 juta.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Ketika didakwa, dia mengaku tak bersalah dengan tuduhan mengarahkan pembayaran wang sebannyak RM76.4 juta kepada akaun Frilsham Incorporated di Hong Kong. Alasannya untuk kerja teknikal di kilang syarikat tu, sedangkan tak payah sebenarnya.

Tan Sri Eric Chia ketika di hari pertama perbicaraannya. Imej dari Utusan Malaysia.

Eric Chia ketika di hari pertama perbicaraannya. Imej dari Utusan Malaysia.

Tak lama lepas tu, tuduhan dipinda kepada tuduhan meluluskan wang tersebut untuk mengadakan perjanjian dengan NKK Corporation, sebuah syarikat dari Jepun. Kelulusan wang tu tak dapat kelulusan dari Lembaga Pengarah dan Jawatan Kuasa Tender Perwaja.

Jadi apa keputusannya?

Pada 26 Jun 2007, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur buat keputusan yang dia tak bersalah dan dibebaskan. Hakim kata pihak pendakwa gagal buktikan kes prima facie (bukti yang munasabah).

Reaksi Eric Chia di luar mahkamah, bila dibebaskan dari tuduhan rasuah. Imej dari Utusan Malaysia.

Reaksi Eric Chia di luar mahkamah, bila dibebaskan dari tuduhan rasuah. Imej dari Utusan Malaysia.

Sepanjang perbicaraan ini, pihak pendakwa dah panggil 29 orang saksi termasuk dari Hong Kong, Switzerland dan Jepun. Hakim ambil keputusan untuk tolak semua keterangan saksi dari negara-negara tersebut sebab tak ikut salah satu peruntukan undang-undang.

Menurut hakim, pihak pendakwa gagal panggil 2 orang saksi penting.

“Beliau berkata (hakim), mahkamah nampak dengan jelas bahawa terdapat dua saksi penting yang pihak pendakwaan tidak memanggilnya untuk mengesahkan sama ada pembayaran tersebut perlu atau tidak, iaitu peguam Perwaja pada masa itu, R. Durai Rajasingam dan ahli perniagaan Jepun, Nobuhisa Otani.” – Petikan dari Utusan Malaysia.

Menurut peguam Fahri Azzat, dalam kes ni pihak pendakwa dah buat perkara sia-sia dengan panggil 29 orang saksi dari banyak negara. Sebab katanya saksi penting iaitu peguam Perwaja dan seorang ahli perniagaan Jepun tak dipanggil sedangkan diorang ni ada sewaktu jenayah itu berlaku.

Eric Chia meninggal dunia pada 24 Jun 2008 di Hotel Park Avenue miliknya di Sungai Petani.

3. Tan Sri Kasitah Gaddam yang didakwa ketika masih seorang menteri

Kasitah Gaddam adalah bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi sejak zaman pemerintahan Dr Mahathir. Dia mula dituduh rasuah pada 12 Februari 2004. Dia adalah satu-satunya Menteri Kabinet yang didakwa di mahkamah ketika masih pegang jawatan.

Kasitah dibawa keluar oleh Badan Pencegah Rasuah (sekarang SPRM) untuk pergi ke mahkamah. Imej dari Utusan Malaysia.

Kasitah dibawa keluar oleh Badan Pencegah Rasuah (sekarang SPRM) untuk pergi ke mahkamah. Imej dari Utusan Malaysia.

Kasitah dituduh guna kedudukannya sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) dengan meluluskan penjualan 16.8 juta saham SAPI Plantation Sdn Bhd milik LKTNS kepada Brismark Enterprise Sdn Bhd.

Kelulusan tu dibuat lepas dia dijanjikan dengan RM3.36 juta saham SAPI Plantation oleh Pengurus Besar LKTNS, Datuk Wasil Mohd Said. Dia juga dituduh menipu LKTNS dalam urusan yang melibatkan saham dua buah syarikat, agar saham tersebut disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Kedua-dua tuduhan tu dibuat di Bilik Mesyuarat Forum, Hotel Fairlane. Sepanjang perbicaraan kes ni, mahkamah dah panggil 31 orang saksi sejak tahun 2007.

Jadi apa keputusannya?

Pada 12 Ogos 2009 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Kasitah tak bersalah kerana pihak pendakwa gagal membuktikan kes Prima Facie terhadap kedua-dua pertuduhan.

“Berdasarkan pernilaian maksimum terhadap keterangan yang dikemukakan sepanjang kes pendakwaan, intipati penting bagi kedua-dua pertuduhan tidak dibuktikan melalui fakta di mahkamah.

Dalam keadaan itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya,” kata Suraya dalam penghakiman setebal 73 muka surat.” – Petikan dari mStar.

Imej dari Giphy.

Imej dari Giphy.

Mahkamah juga mendakwa, tuduhan yang kata Kasitah menipu dalam urusan saham tak tepat sebab sebenarnya perkara tu dah dibentangkan kat menyuarat LKTNS. Hakim juga kata kegagalan pihak pendakwa panggil 6 Ahli Lembaga Pengarah LKTNS juga dah menjejaskan kes.

“Hakim Suraya menyatakan, kegagalan pihak pendakwaan memanggil enam ahli lembaga pengarah LKTNS yang hadir pada mesyuarat 22 Oktober 1996 telah menjejaskan kes mereka.” – Petikan dari Utusan Malaysia.

Persamaan kenapa Kasitah dan Eric Chia dibebaskan adalah pihak pendakwa gagal panggil saksi penting dan ia dah buat berbicaraan kes terjejas. Oleh tu, Kasitah dilepaskan dari tuduhan tersebut dan dibebaskan mahkamah tanpa dipanggil membela diri pada akhir kes pendakwaan.

Imej dari The Star.

Imej dari The Star.

4. Datuk Seri Salleh Ismail, skandal RM49.7 juta NFCorp

Mohamad Salleh Ismail adalah Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp). Dia juga adalah suami kepada bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil.

Shahrizat dan suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. Imej dari mStar.

Shahrizat dan suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. Imej dari mStar.

Dia telah dituduh pecah amanah yang melibatkan wang sebanyak RM 49.7 juta. Dalam dakwaan itu, dia dituduh memindahkan wang sebanyak RM40 juta milik NFCorp kepada National Meat and Livestock Corporation.

Dia juga dituduh telah salah guna wang bernilai RM 9,758,140 dari NFCorp untuk beli 2 buah kondominium di Kompleks One Menerung Bangsar.

Imej dari Kuala Lumpur Post.

Imej dari Kuala Lumpur Post.

Jadi apa keputusannya?

Berdasarkan laporan, Timbalan Pendakwa Raya bagitau mahkamah, Jabatan Peguam Negara buat keputusan supaya Salleh dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan (boleh rujuk kat atas tadi).

“Walau bagaimanapun, Muhammad Shafee berkata, anak guamnya sepatutnya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu dan bukan dilepas tanpa dibebaskan sebagaimana yang diputuskan oleh jabatan tersebut.” – Dipetik dari Utusan Malaysia

Akhirnya,pada 24 November 2015, Mahkamah Sesyen membebaskan Salleh dari dua-dua pertuduhan tersebut.

“Hakim Norsharidah Awang me­mutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan Mohamad Salleh dike­tuai peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah selain tidak menerima sebarang bantahan daripada pihak pendakwaan.” – Dipetik dari Utusan Malaysia.

Salleh didakwa beli 2 condo kat Kompleks One Menerong. Imej dari Invest Malaysia Properties.

Salleh didakwa beli 2 kondo kat Kompleks One Menerung. Imej dari Invest Malaysia Properties.

Walaupun pada mulanya Salleh dilepas tanpa dibebaskan, tapi di akhir perbicaraan dia dibebaskan terus dari tuduhan. Kalau ikut teori ada 2 kemungkinan kenapa ini terjadi: pertama, kerana pihak pembela Tan Sri Muhammad Shafee merupakan seorang peguam yang berpengalaman dan ada pengaruh yang luas. Kedua, kerana kedudukan isterinya sebagai ahli politik berikan kelebihan kepada Salleh.

Salleh mengucapkan syukur bila mahkamah ambil keputusan untuk membebaskannya.

“Syukur kepada Allah yang merahmati dengan keadilan ini. Allah amat mengasihani, kata beliau.” – Petikan dari Utusan Malaysia

5. Khir Toyo dapatkan lot tanah untuk diri dan isterinya

Khir Toyo dan isteri di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Imej dari The Sun Daily.

Khir Toyo dan isteri di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Imej dari The Sun Daily.

Dr Khir Toyo adalah Menteri Besar Selangor ke-13. Sebelum masuk politik, dia adalah seorang doktor gigi. Khir telah didakwa menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam yang bernilai RM 6.5 juta dengan harga RM 3.5 juta pada 2007 untuk dia dan isterinya.

Rumah banglo Khir Toyo. Imej dari Anak Sungai Derhaka & We Heart It.

Rumah banglo Khir Toyo. Imej dari Anak Sungai Derhaka & We Heart It.

Pada 30 September 2015, gelaran ‘Datuk Seri’ Khir Toyo ditarik balik oleh Sultan Selangor. Keputusan tu dibuat lepas Mahkamah Tinggi jatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadapnya.

Jadi apa keputusannya?

Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman penjara 1 tahun dan Khir dilucutkan hak ke atas hartanah tersebut dan hartanah itu kena diserahkan kepada kerajaan.

Mahkamah Rayuan jugak mengekalkan hukuman yang sama. Khir lepas tu buat rayuan kat Mahkamah Persekutuan untuk meringankan hukuman kepada melakukan khidmat masyarakat iaitu buat rawatan gigi secara percuma kepada golongan miskin.

Imej dari Dinmerican.wordpress

Imej dari dinmerican.wordpress

Tapi Mahkamah Persekutuan tolak rayuan tu dan akhirnya mahkamah kekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadapnya.

“Menurut beliau (hakim), kesalahan yang dilakukan oleh Mohamad Khir menghancurkan keyakinan masyarakat terhadap kerajaan.” – dipetik dari Utusan Malaysia.

Dia telah dipenjara di Penjara Kajang selama 6 bulan dan pada 29 Mac 2016, Khir Toyo dibebaskan dari penjara dengan parol. Sistem parol adalah sistem yang membenarkan banduan menjalani baki hukuman di luar penjara, tapi masih di bawah pengawasan pegawai parol. Akhirnya pada 27 Mei 2016, Khir Toyo dibebaskan secara rasmi dari parol.

Imej dari Giphy.

Imej dari Giphy.

Khir toyo adalah Menteri Besar Selangor kedua yang dipenjara atas tuduhan rasuah selepas Dato’ Harun Idris pada 1976.

Kenapa banyak kes rasuah dilepaskan macam tu je?

Dalam kes-kes kat atas tadi, korang mungkin akan perasan agak ramai yang telah dibebaskan. Ini kerana kebanyakan pendakwa raya tak dapat nak kemukan bukti kukuh. Mengikut Fahri Azzat, perkara asas ini diperlukan dalam pendakwaan:

  1. Seorang tertuduh (orang yang dituduh buat kesalahan)
  2. Keterangan yang cukup menunjukkan tertuduh tu telah terima suapan, manfaat atau apa-apa kelebihan masa jalankan tugas rasminya
  3. Keterangan itu boleh jadi keterangan lisan dari saksi dan keterangan dari segi dokumen
Imej dari nj.com

Imej dari nj.com

Korang mungkin perasan ada dua istilah yang dah berapa kali kami sebutkan, termasuklah:

  • Prima Facie: Tahap akhir kes pendakwaraya. Pada masa ni pendakwaraya kena buktikan kat Mahkamah yang wujud kes jenayah terhadap tertuduh. Kalau Mahkamah dapati ada kes jenayah, maka Mahkamah akan panggil tertuduh untuk buat pembelaan.
  • Dilepas tanpa dibebaskan: Perintah ini biasanya dibuat kalau pendakwaraya gagal melaksanakan kes dengan baik dan pihak Mahkamah tak dapat buat keputusan sama ada tertuduh itu melakukan jenayah atau tidak. Bagaimanapun tertuduh hanya dilepaskan daripada kes tapi tak dibebaskan dari tuduhan dan jika ada bukti baru maka dia boleh didakwa lagi sekali.

Semoga pihak berkuasa dan rakyat tak berlembut dengan pemimpin yang korup

Imej dari pmt2.wordpress.

Imej dari pmt2.wordpress.

Kita memang sangat menghargai ketegasan SPRM dalam menangani rasuah, tak kiralah samada tertuduh tu datang daripad pihak kerajaan ke, pembangkang ke, mahupun ahli perniagaan.

Tapi macam mana pula dengan kita sebagai rakyat? Adakah kita akan berkompromi dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah? Dalam satu kajian oleh Transparency International Malaysia, mereka mendapati bahawa orang ramai tak lagi mempercayai pemimpin yang korup, nak lagi bila kebanyakannya datang merupakan ahli politik.

“Hasil dapatan kajian menunjukkan fakta bahawa orang ramai tidak lagi melihat ahli politik sebagai individu yang berintegriti atau sebagai telus dan bertanggungjawab seperti yang sepatutnya – Datuk Akhbar Satar, Presiden Transparency International Malaysia, dipetik dari Malaysiakini.

 

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend