Jenayah & Undang-undang

Raja Petra Kamaruddin: Dari penyokong setia Anwar ke musuh terbesarnya

UPDATE 29/3/2019: Raja Petra Kamarudin dah buang artikel yang ditulisnya bertajuk “Jack Ma slaps Pakatan Harapan” selepas mendapat surat rasmi dari Alibaba Group Holding Ltd. Artikel tu didakwa menipu dan memalukan Jack Ma.


Tahun lepas, orang terkaya Malaysia, Robert Kuok, mengeluarkan kenyataan yang dia sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pemilik blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, atas artikelnya yang mendakwa Kuok pernah menyalurkan dana kepada pihak pembangkang (sebelum PRU-14) dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

Dorang ni macam tengah nak rap battle je. Imej dari Sin Chew dan Malaysia Today.

Tambahan lagi, artikel Raja Petra itu juga menyebabkan berlaku perang mulut antara UMNO dengan MCA apabila beberapa ahli politik MCA mengecam Menteri Pelancongan waktu tu, Nazri Aziz kerana menggelar Robert Kuok “pondan” selepas membaca artikel tersebut. Sebenarnya, ni bukannya kali pertama artikel-artikel Raja Petra menjadi penyebab kekecohan macam ni. Antara contoh lain juga termasuk:

Nampak macam memang ramai je yang nak tendang Raja Petra ni. GIF dari Giphy.

Jadi lepas berita terbaru ni, kitorang pun hairan… siapakah Raja Petra sebenarnya? Macam mana tulisan-tulisannya boleh menjadi begitu berpengaruh? Dan kenapa ada yang menggelarnya pengkhianat kepada pembangkang? Apabila kitorang cuba kaji pasal asal-usul Raja Petra, kebanyakan maklumat yang ada  datang dari kata-katanya sendiri. Tapi dari sini juga kita dapat tahu…

Dia dulu selalu kena buli masa sekolah kat MCKK

Sebagai anak sulung Raja Kamarudin Raja Tun Uda dan Barbara Mabel Parnell, Raja Petra merupakan salah seorang ahli kerabat DiRaja Selangor. Ayahnya, Raja Kamarudin, bekerja sebagai pengarah di syarikat Lever brothers (kini Unilever) lepas habis belajar undang-undang kat England.

Selepas tamat sekolah rendah di Alice Smith School KL, Raja Petra dihantar ke Malay College Kuala Kangsar (MCKK) masa berumur 13 sebab ikut tradisi keluarganya yang belajar kat situ. Menurutnya, kerana dia tak fasih berbahasa Melayu dan sebab dia bercakap Inggeris dengan loghat skema semacam, dia selalu kena buli dan digelar “Mat Salleh sesat” oleh pelajar-pelajar lain kat MCKK.

Dah mak dia memang omputeh, memang la dia pun speaking sikit. Imej dari Malaysia Today.

Untuk beberapa minggu pertama, saya menangis setiap malam dan menghantar surat ke rumah hampir setiap hari meminta ayah saya membawa saya keluar dari sekolah tu.

Akhirnya, waktuTingkatan 3, ayahnya bersetuju untuk bawa dia keluar dari MCKK dan masuk pula ke Victoria Institution KL. Kat situ dia cakap ramai kawannya yang berbilang kaum dan agama. Waktu tingkatan 5 ketika dia berumur 17 pulak, Raja Petra bertemu dengan bakal isterinya Marina, yang pada masa tu masih dikenali sebagai Mable. Diorang berkahwin pada tahun 1973 semasa Marina berumur 18 dan dia berumur 22.

Tapi kisah dorang takda la macam happy ever after je lepas tu. Sebab baru-baru je kahwin…

Diorang terpaksa menjadi peniaga motosikal kerana kematian ayahnya

Malangnya, dua tahun sebelum Raja Petra berkahwin dengan Marina, ayahnya meninggal dunia dan dia terpaksa menyara ibu dan tiga adik-beradiknya sekali. Jadi tak lama lepas berkahwin, Raja Petra dan isterinya memulakan perniagaan mengimport motosikal-motosikal berjenama Kawasaki dari Jepun. Kemudian, bila bisnes dia dah berkembang, dia pindah pulak ke Terengganu untuk cuba jadi pengedar motosikal jenama Yamaha kat situ.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Macam ni la lebih kurang muka rempit zaman 60-an. Imej dari Malaysia Today.

Dari tahun 70-an hingga 90-an, Raja Petra membina kerjayanya sehingga menjadi antara pengedar motosikal yang paling terkemuka di Malaysia pada waktu tu. Katanya, syarikat miliknya punyalah berjaya sampai keuntungan diorang pun berjuta ringgit. Namun, dia juga mengaku yang disebabkan jenis pekerjaannya, beberapa kontrak yang syarikatnya dapat hanya diperolehi setelah membayar rasuah kepada pihak-pihak tertentu.

Saya terlibat dengan rasuah sebab masa tu, memang tak boleh dapat kontrak besar daripada kerajaan kalau tak bayar. Syarikat saya memperolehi lebih kurang RM100 juta selama 20 tahun, tapi ianya semua duit ‘haram’.” – Raja Petra, dalam temu bual bersama Malaysia Outlook.

Agaknya Raja Petra lebih kurang macam ni la sebelum insaf. Imej dari Wolf of Wall Street.

Sebab dia tak rasa sedap hati dengan penglibatannya dalam rasuah sepanjang masa tu, Raja Petra dan isterinya pun pulanglah dari Terengganu balik ke KL di mana dia mula menulis sebagai kolumnis motosikal untuk surat khabar The Star. Tapi kalau nak tanya macam mana daripada peniaga motosikal dia boleh jadi kolumnis The Star pastu menulis pulak pasal politik, sebenarnya penglibatan dia dalam dunia politik dah berlaku lama sebelum tu…

Dia pernah menganggap diri sebagai Muslim “radikal” suatu ketika dahulu

Masa dia belajar kat MCKK dan selalu kena ejek sebab tak pandai cakap BM, dia kata ada satu pelajar yang selalu jaganya daripada pembuli – Anwar Ibrahim. Tapi masa tu, dia tak suka Anwar sangat sebab sejak dari muda, Anwar dah power berceramah. Malaysia pulak masa tu baru je merdeka, jadi Anwar selalu sangat kutuk British. Tapi, mak Raja Petra pulak dari England, jadi tentulah dia pun terasa.

“Pebenda kau cakap pasal mak aku?!” Imej dari Gelombang Rakyat.

Namun, apabila Anwar mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan menjadi presidennya pada tahun 1971, Raja Petra pun menjadi antara penyokongnya. Lepas tu, bila Anwar membuat pengumuman mengejutkan pada tahun 1982 yang dia akan menyertai UMNO walaupun selama tu dia disokong oleh PAS, Raja Petra tetap kekal berkawan dengan Anwar.

Malah, mengikut Raja Petra juga, masa Anwar pegang jawatan presiden ABIM itu lah yang dia dapat dengar ceramah-ceramah Anwar bawah anjuran PAS dan merasakan diri menjadi “Muslim radikal”. Dan selepas Anwar menyertai UMNO kononnya dengan tujuan mengubah parti tu dari dalam, Raja Petra turut membantunya berkempen untuk memenangi kedudukan Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1982 bersama kawan-kawan lama Anwar dari ABIM.

Tetapi, semakin kedudukan Anwar meningkat dalam UMNO, semakin renggang perhubungan kedua-duanya antara Raja Petra dan Anwar. Waktu itu juga, Raja Petra mula menjalinkan hubungan dengan ahli-ahli PAS yang dia jumpa kat Terengganu. Antara tokoh yang dia kenali masa ni termasuklah seorang tok guru yang baru je pulang dari pembelajarannya di Madinah dan Kaherah… Haji Abdul Hadi Awang.

Selamat pilihan raya maaf zahir dan batin. Imej dari Malaysia Today.

Hubungan Raja Petra dengan Hadi Awang bermula bila dia mula menghadiri kuliah-kuliah Hadi. Dari situ, diorang menjadi rapat apabila Raja Petra bersama adiknya, Raja Idris, mengatur lawatan untur ceramah Hadi sebanyak sebulan sekali di KL. Di sinilah dah buat hubungan diorang makin kukuh sehinggakan Raja Petra menganggap Hadi sebagai Tok Gurunya sendiri.

Begitupun, terdapat juga halangan dalam persahabatan diorang, terutamanya semasa pilihanraya tahun 1986 di mana Raja Petra membantu UMNO berkempen di Terengganu atas permintaan Anwar. Akibatnya, Hadi hilang kerusinya di Marang kepada Rahman Bakar yang diberi gelaran “Giant Killer” kerana berjaya menewaskan Hadi.

Walau macam mana pun, Hadi dapat menang balik kerusi dia pada tahun 1990. Dan seperti dikatakan tadi, Raja Petra insaf dan pulang balik ke KL dari Terengganu. Pada tahun 1997, dia diminta menulis untuk surat khabar PAS, Harakah dan dari situlah mulanya dia menulis tentang arena politik Malaysia. Tapi tak lama lepas tu, satu lagi peristiwa berlaku yang menyebabkan Raja Petra sendiri terlibat dalam politik.

Dia kena sumbat masuk penjara sebagai aktivis Reformasi

Aik, boleh senyum lagi dia ni. Imej dari Tumpang Sekole.

Macam yang korang tahu, semua benda yang berlaku kepada Anwar pada tahun 1998 telah mencetuskan pergerakan Reformasi dan menyebabkan beberapa penyokongnya ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Antara mereka yang ditahan termasuklah Raja Petra, yang merupakan salah satu daripada sembilan aktivis Reformasi yang ditangkap polis.

Antara sebab dia ditahan adalah peranannya sebagai Pengarah Kempen Bebaskan Anwar (Free Anwar Campaign atau FAC) selepas mulanya pergerakan Reformasi pada tahun 2000 hingga Anwar dibebaskan pada tahun 2004. Namun, kata Raja Petra dalam artikel yang diterbitnya pada 2016, walaupun dia diminta menguruskan FAC dengan tawaran gaji bulanan RM7,500, dia hanya dibayar gaji sebulan dan terpaksa bekerja tanpa dibayar untuk empat tahun berikutnya!

Tapi… dalam artikel yang ditulisnya pada tahun 2012 pulak, dia berkata dia hanya menerima RM1,000 daripada Wan Azizah dan RM2,000 lagi daripada adik Rosli (adik Anwar), selama kesuluruhan tempoh dia mengarah FAC. Jadi, ada perbezaan sikit antara dua kali yang dia pernah menyebut tentang bayarannya daripada FAC.

Biar betul kiraan mamat ni. GIF dari Imgur.

Pada masa ni, isteri sayalah yang menanggung keluarga kita dengan menyediakan kuih-muih dan karipap yang saya jual dari motor saya.” – Raja Petra, semasa memberitahu peguam Anwar, Pawanchik Merican, tentang kewangan FAC.

Lepas Anwar dibebaskan pada tahun 2004, Raja Petra pun menamatkan pekerjaanya dengan FAC untuk bagi perhatian penuhnya kepada laman web Malaysia Today yang dilancarkan dua minggu sebelum tu. Maka, dari sini lah bermula kerjayanya sebagai aktivis politik di Malaysia.

Pada tahun-tahun awal Malaysia Today, artikel-artikel Raja Petra dilihat sebagai kuat menyebelahi pihak pembangkang. Malah, dia juga pernah mengambil kredit untuk penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 2007, yang dia cakap merupakan antara sebab pihak pembangkang berjaya merampas majoriti dua pertiga BN untuk kali pertama sejak tahun 1969.

Inilaaaaah barisan Bersih… yang ikhlaaas berduduuuk. Imej dari The Nut Graph.

Antara artikel Malaysia Today yang mendapat perhatian orang ramai termasuklah artikel yang dikatakan menghina Agong serta dilaporkan kepada polis oleh bekas Ketua Penerangan UMNO, Mat Taib. Satu lagi siri artikel yang dianggap sebagai tulisannya yang terkenal adalah tuduhannya terhadap Menteri Belia dan Sukan semasa, Khairy Jamaluddin, yang juga merupakan menantu PM masa tu, Tun Abdullah Badawi.

Antara tahun 2005 hingga 2006, Raja Petra telah menerbitkan satu siri artikel yang dikenali sebagai The Khairy Chronicles di mana dia mendakwa bahawa Tun Abdullah merupakan alat gunaan menantunya Khairy. Khairy memanggil siri itu “penipuan”, dan ada ramai lagi yang menganggapnya sebagai fiksyen. Tapi lepas tu, Raja Petra mengeluarkan satu lagi dakwaan yang masih merupakan tuduhannya yang paling meletup sehingga hari ni

Daripada menuduh Rosmah sebagai pembunuh Altantuya kepada penyokong setia Najib

Apa punya plot twist ni. Imej dari Time.

Pada 25 April 2008, Raja Petra menulis artikel mengaitkan isteri Najib Razak, Rosmah Mansor, dengan kes pembunuhan Altantuya Sharibuu. Dalam artikel itu, dia mendakwa bahawa Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh pada tahun 2006. Akibatnya, artikel itu dibalas dengan kenyataan daripada Najib yang menafikan tuduhan-tuduhan Raja Petra, manakala Raja Petra sendiri pula disiasat dan didakwa bawah Akta Hasutan.

Selepas dia didakwa, Raja Petra menaikkan taraf tuduhannya atas Rosmah. Dia pergi pulak ke Mahkamah Tinggi untuk membuat akuan bersumpah mengenai dakwaannya itu. Mengikut dokumen yang ditandatangani dan difailkan oleh Raja Petra, dia bersumpah bahawa dia dimaklumkan dengan pasti yang pembunuhan Altantuya itu telah disaksikan oleh Rosmah.

Tak lama lepas tu, dia didapati hilang dari Malaysia dan disyaki telah melarikan diri ke UK.

Macam boleh layan je filem ni. Imej dari Audio Bookstore.

Sementara semua tu tengah berlaku, kes hasutan terhadap Raja Petra itu telah dilaporkan oleh berita antarabangsa dan juga dikutuk oleh ahli-ahli pembangkang Malaysia, termasuklah Lim Kit Siang, yang membangkitkan kes Raja Petra di parlimen untuk mempersoal sama ada dakwaan terhadapnya merupakan penyalahgunaan undang-undang dan kuasa kerajaan.

Mereka (Najib dan Rosmah) berhak membersihkan nama mereka melalui undang-undang. Jadi mengapa mereka menggunakan kemudahan kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap Raja Petra Kamarudin?” – Lim Kit Siang, dalam ucapannya di parlimen.

Namun, segalanya berubah dengan tetiba secara mengejutkan. Tiga tahun selepas Raja Petra membuat akuan bersumpahnya di mahkamah, dia memberi satu temu bual antaranya dengan TV3 di mana dia menafikan segala dakwaannya terhadap Rosmah ?. Mengikutnya, akuan bersumpah itu hanya menyatakan bahawa dia diberi segala maklumat tentang peristiwa itu oleh orang-orang tertentu, walhal dia sebenarnya tidak pernah menuduh Rosmah.

Sebab yang diberinya untuk akuan bersumpahnya itu adalah dia diminta oleh Anwar dan Tengku Razaleigh (Ku Li) untuk menyebarkan fitnah tersebut. Mengikut penjelasannya, Ku Li sepatutnya mengganti Pak Lah sebagai PM. Tetapi, apabila Ku Li diganti sebagai pengganti (fuh, letih betul dengan drama politik Mesia ni) oleh Najib, dia berpakat dengan Anwar pulak untuk menjatuhkan Najib menggunakan akuan bersumpah Raja Petra.

Opocot mak aku. GIF dari Giphy.

Pada masa yang sama waktu temu bualnya di TV3, Raja Petra juga mengeluarkan beberapa kenyataan yang dianggap ramai sebagai serangan terhadap Anwar. Antaranya termasuk artikel-artikel meramalkan bahawa Anwar akan dipenjarakan kembali, mengisytiharkan dia tidak layak sebagai PM kerana perbuatan homoseksualnya, dan mengatakan bahawa dia tidak kompeten sebagai ketua pembangkang.

Akibatnya, Anwar menjawab bahawa dia telah memutuskan hubungan dengan Raja Petra walaupun menganggapnya sebagai kawan lama yang telah menolongnya sejak dia dipenjarakan. Bagi orang lain, ramai yang percaya bahawa Raja Petra dah “dibeli” oleh kerajaan melalui pembayaran, manakala, ada yang rasa bahawa Raja Petra tengah memeras ugut kerajaan dengan meminta duit. Ada juga yang berkata bahawa dia telah membuat perjanjian dengan kerajaan supaya dapat pulang ke Malaysia satu hari nanti.

Dia ni pulak rasa yang Raja Petra kena bayar untuk PRU ke-14 akan datang. Imej dari Twitter.

Menurut Raja Petra sendiri, dia telah menjadi mangsa penipuan dan dipaksa mengisytiharkan diri muflis disebabkan pekerjaannya dengan FAC yang tak dibayar. Jadi… boleh la kitorang syak bahawa dia sebenarnya ada masalah kewangan dan kini mempunyai sumber pendapatan untuk perbelanjaan hidupnya di UK.

Malah, apabila ditanya sama ada dia dibayar untuk tulisan-tulisannya yang kini kuat menentang pihak pembangkang Pakatan Harapan, ni lah jawapan yang diberinya:

Adakah kamu mengatakan semua wartawan dan penulis di Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Sarawak Report, The Malaysian Insider, Malaysia Outlook, The Malaysian Insight, dan sebagainya, sedang bekerja secara percuma? Adakah kamu akan melakukan kerja temu duga ini jika kamu tidak dibayar gaji?” – Raja Petra, dalam temu bual bersama Malaysia Outlook.

Tada! Imej dari hxsm.

Tapi… kalau kita nak dengar cakap dia untuk tahu kenapa dia “berubah”, dia berkata antara sebab-sebab dia kini bergaduh dengan Anwar adalah kerana isu-isu hudud dan Menteri Besar Selangor yang dia telah bangkitkan kepada Anwar semasa dorang berjumpa di London pada tahun 2010. Katanya juga, dia masih menganggap dirinya sebagai penyokong setia PAS dan masih mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang.

Kami telah memberi amaran kepadanya berkali-kali. Walau bagaimanapun, Anwar enggan berubah, jadi kami tidak mempunyai pilihan selain daripada menolaknya.” – Raja Petra, bercakap tentang amaran yang pernah diberinya kepada Anwar.

Namun, alasannya masih tak menerangkan kenapa artikel-artikel selepasnya itu seolah-olah mempunyai sentimen kuat menyokong kerajaan (BN waktu tu). Contohnya adalah beberapa artikel lamanya yang menggambarkan kerajaan secara negatif (seperti The Khairy Chronicles) dah diturunkan. Juga, kebanyakan artikel terbarunya tentang 1MDB boleh dianggap mempertahankan atau menafikan apa-apa kesalahan dalam kes tersebut.

Sempat lagi kawan lama ni lepak kat London. Imej dari Al-Husseyn.

Sekarang ni, kita kena tengok apa lagi yang agaknya akan berlaku kepada Raja Petra dalam masa terdekat.

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend