Dari Kadir Jasin yang kritik sistem raja sampai PENGERUSI TABUNG HAJI letak jawatan, apsal?

Sudah lebih sebulan Malaysia dapat kerajaan baru, dan kalau korang perasan sejak Pakatan Harapan menang, punyalah banyak pegawai penting letak jawatan. Korang rasa kenapa diorang letak jawatan eh? Tak suka dengan kerajaan baru? Malas nak jawab telefon pagi-pagi buta? Tak pun, mungkin diorang dah rasa masanya untuk habiskan masa bersama keluarga sebab sebelum ni diorang busy gila babs.

Ramainya orang letak jawatan sampai – kitaorang rasa dah boleh masuk Malaysian Book of Records – bulan yang paling ramai pegawai penting letak jawatan. Jangan-jangan diorang ni ambik inspirasi dengan peletakkan jawatan DS Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional. Najib kata dia letak jawatan sebab bertanggungjawab dengan kekalahan.

Diorang ni sebab apa ye? Mari kita tengok cerita-cerita orang yang letak jawatan sejak sebulan yang lepas…

Najib Razak letak jawatan sebagai Pengerusi Khazanh Nasional. Bukan sahaja jawatan dalam BN.

Nama ni kitaorang tak payah nak perkenalkan lagi, dia merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia sebelum Pakatan Harapan menawan Malaysia. Macam kami dah kata awal-awal tadi, Najib Razak merupakan antara orang terawal letak jawatan sebelum gelombang letak jawatan ni menyerang Malaysia. Mungkin ramai daripada pegawai penting rasa terinspirasi dari langkah Najib letak jawatan sebab BN kalah.

Jelas terpancar di muka Najib yang dia kurang tidur. Imej dari Berita Harian

Dia percaya – sebagai Pengerusi BN dia bertanggungjawab secara moral untuk keputusan PRU14. Oleh sebab BN kalah pada PRU14, maksudnya dia perlu menanggung kekalahan tu dengan cara lepaskan jawatan, supaya nampaklah gentleman. Dia juga kata mahu berikan ruang untuk kepimpinan baru UMNO bersihkan semula parti tu. Siapalah agaknya yer yang akan ganti Najib.

“Ini adalah kerana mengikut prinsip, sesiapa yang menjadi ketua sesebuah parti dan parti itu gagal dalam pilihan raya, maka tanggungjawab moral mestilah diterima sepenuhnya. Dengan hati yang terbuka, saya menerima prinsip tersebut dan sebab itulah saya mengumumkan keputusan untuk melepaskan kedua-dua jawatan tersebut.” – Najib Razak, dipetik dari Berita Harian

Hmmm…masuk akal jugak. Imej dari Giphy

Selain daripada dua jawatan ni, hujung bulan lepas Najib jugak dah letakkan jawatan dia sebagai Pengerusi syarikat Khazanah Nasional. Peletakkan jawatan dia kat syarikat pelaburan tu diikuti oleh bekas Menteri Kewangan Dua negara kita – Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional. Lepas PRU14 ni, banyak member Najib yang letak jawatan.

Ahli Lembaga Petronas nak letak jawatan sebab etika kerja, RM500k dirampas dari Azeez

Kalau korang fikir badan-badan yang ada kaitan langsung dengan politik je yang terlibat dengan fenomena letak jawatan ni, korang dah silap. Petronas yang jadi kebanggaan rakyat Malaysia ni terlibat jugak apabila Datuk Mohd Omar Mustapha yang merupakan Ahli Lembaga Petronas nak letak jawatan. Peletakkan jawatan dia akan berkuatkuasa hujung bulan ni.

Tapi kenapa?! Idola dia Najib Razak ke? Imej dari Giphy

Nampaknya peletakkan jawatan Mohd Omar bukanlah sebab dia mengambil inspirasi daripada Najib, tapi rupa-rupanya PETRONAS ada satu kod tadbir urus yang mengatakan dia tak boleh pegang jawatan tu lebih daripada sembilan tahun selepas dilantik.

“Saya dilantik sebagai seorang Pengarah Bebas Bukan-Eksekutif Petronas pada 15 Sept 2009. Menurut Kod Tadbir Urus Petronas, seseorang ahli Pengarah Bebas Bukan-Eksekutif hanya boleh memegang jawatan ini selama maksima sembilan tahun dari tarikh perlantikan. Tiada lanjutan boleh diberikan selepas sembilan tahun ini.” – Datuk Mohd Omar Mustapha, dipetik dari AWANI

Hahh..siapa tahu nama bekas Pengerusi Tabung Haji yang letak jawatan ni? Imej dari Giphy

Bagi sesiapa yang tak tahu fungsi Tabung Haji ni apa – diorang ni akan uruskan jemaah haji dari Malaysia. Okay, bukan tu yang kami nak ceritakan. Kalau korang nak tahu, Pengerusi Tabung Haji juga antara orang yang letak jawatan selepas kemenangan Pakatan Harapan. Tapi tak macam Pengerusi Petronas tadi, peletakkan jawatan Abdul Azeez Abdul Rahim ni disertai dengan kontroversi.

Bye-bye Tabung Haji. Imej dari AWANI

Kontroversi yang kami maksudkan – SPRM ada serbu rumah Abdul Azeez dan berjaya ramapas RM500,000 wang daripada dia. Sejak akhir-akhir ni, bukan setakat orang letak jawatan je berlaku. Banyak rumah kena serbu, termasuklah rumah encik Azeez ni. Letak duit banyak-banyak kat rumah tak takut ke bang?

Hahh…agak-agak tahu tak siapa letak jawatan? Imej dari Giphy

Kalau korang jawab PTPTN – maksudnya korang adalah orang yang bijak! Saja puji, kitaorang tahu korang dah lama tak dapat pujian. Kalau tadi Pengerusi Tabung Haji letak jawatan, kali ni orang penting nak bagi pelajar hutang pulak lepaskan jawatan. Datuk Shamsul Anuar Nasarah letakkan jawatan dia sebagai Pengerusi PTPTN. Sebab apa pulak tu? Sebab student malas nak bayar hutang eh?

“Katanya, surat peletakan jawatan itu dihantar 15 Mei lalu, susulan kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.” – Dipetik dari FMT

Pening kepala aku budak-budak ni tak bayar hutang! Imej dari ISMAWEB

Dia juga katanya nak fokus kepada kerjanya sebagai Ahli Parlimen Lenggong. Yelah, kerja jadi Ahli Parlimen ni mungkin lebih senang daripada kerja nak tagih hutang peminjam PTPTN-kan?

CEO ASTRO dan Telekom Malaysia pun letak jawatan?!

Kalau ada orang tak tahu apa benda tu ASTRO – dia mungkin tinggal dalam gua atau baru hilang ingatan. Kalau korang nak tahu, Datuk Rohana Rozhan ni dah berkhidmat lebih 10 tahun kat syarikat ASTRO. Jadi kenapa dia letak jawatan sekarang? Dia kecewa dengan kekalahan Barisan Nasional ke? Ada orang kata sebab kebocoran maklumatTapi ada juga sumber terdekat Datuk Rohana yang kata dia letak jawatan bukan sebab tu.

“Peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan tidak berkaitan dengan tuduhan kebocoran data atau pertimbangan politik.” – ASTRO, dipetik dari Berita Harian

Apa-apa pun Datuk Rohana ni gempak gila, dia berjaya tingkatkan pelanggan ASTRO dari 2 juta sampailah jadi 5.5 juta.

ASTRO untung! Imej dari Giphy

Kalau tadi kita sembang tentang CEO ASTRO, ni cerita tentang CEO Telekom Malaysia (TM) pulak. Dia pun dah letak jawatan sebagai CEO syarikat tu. Ramai betul CEO yang letak jawatan – mesti banyak kerja kosong ni, korang tak nak apply? Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly meletakkan jawatan dia berkuatkuasa 6 Jun lepas. Dia baru je join TM tahun lepas.

Dia ni bukan calang-calang orang, sebelum dia jadi CEO kat TM – dia pernah menjadi CEO Celcom dan CEO NTV9. Gempak betul, kat mana-mana dia kerja dapat jawatan CEO. Kita ni, siapa CEO tempat kita kerja pun kita tak kenalkan?

Saya dilahirkan untuk menjadi CEO. Imej dari Malaysiakini

Ketua Pesuruhjaya SPRM didakwa lindungi penjenayah, dua hakim penting letak jawatan

Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan salah seorang daripada pegawai-pegawai penting yang letak jawatan secara berjemaah ni.  Tan Sri Dzulkifli Ahmad melepaskan jawatannya beberapa hari selepas Pakatan Harapan menang. Jawatan dia tu telah diisi oleh Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, pegawai SPRM yang “berehat” sebab dikatakan terlibat dengan kes 1MDB.

Bila dia ditanya tentang bos lama dia tu, Mohd Shukri kata;

“Saya tidak sanggup bekerja di bawah Tan Sri sebab saya menganggap dia sebagai pengkhianat negara. Seorang timbalan pendakwa raya (DPP) mesti buat sesuatu kes itu bertambah kuat, bukan untuk lindungi pesalah.” – Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, dipetik dari MalayMail

Acara letak jawatan beramai-ramai ni turut disertai oleh orang-orang penting perundangan negara. Kalau korang nak tahu, beberapa hari lepas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin meletakkan jawatan diorang. Sebenarnya, masa BN memerintah dulu, salah seorang hakim ni ada isu yang panas apabila dia diberi lanjutan perkhidmatan.

“Pakatan Harapan (PH) turut menyerahkan petisyen berhubung pelantikan Md Raus kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara supaya membuat rujukan permasalahan Perlembagaan untuk ditentukan Mahkamah Persekutuan.” – Dipetik dari BH

Kami sehati sejiwa, letak jawatan bersama! Imej dari AWANI

Diorang berdua ni akan melepaskan jawatan pada 31 Julai 2018 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Kritik sistem beraja di Malaysia, Kadir Jasin letak jawatan elak salah faham

Beberapa minggu lepas nama Kadir Jasin dapat perhatian apabila dia datang dengan idea nak reformasikan sekali Institusi Raja-raja Malaysia selepas PRU14. Artikel yang dia tulis tu dapat kecaman banyak pihak. Kalau korang nak tahu, Anwar Ibrahim pun turut kritik Kadir Jasin sebab keluarkan artikel yang “panas” tentang raja-raja tu. Bagi yang tak kenal Kadir Jasin, dia bekas Tokoh Wartawan Negara.

“Kita menghormati hak semua orang untuk menyatakan pandangan, tetapi mereka perlu menunjukkan rasa hormat dan dibuat secara tertib.” – Anwar Ibrahim, dipetik dari FMT

Saya otai bidang kewartawanan! Imej dari AWANI

Untuk makluman korang – Kadir Jasin ni dulu merupakan Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan. Alaa…badan penasihat kerajaan yang disertai oleh otai-otai ekonomi tu. Dia kata peletakkan jawatan dia untuk elakkan salah faham.

“Saya menulis atas kapasiti sebagai seorang blogger dan tiada kaitan dengan sebarang jawatan yang mungkin saya pegang. Bagaimanapun, wartawan dan pihak lain yang memetik pandangan saya terus mengaitkannya dengan kedudukan saya sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan.” – Kadir Jasin, dipetik dari AWANI

Selamat tinggal abang-abang ekonomi! Imej dari Giphy

Sampai Zidane pun letak jawatan, diorang ni dah kenapa?

Sebenarnya ramai lagi yang letak jawatan selepas PH menang PRU14. Kebanyakan orang yang letak jawatan ni sebenarnya lantikan politik oleh kerajaan sebelum ni, mungkin sebab tulah diorang tak selesa dengan bos baru. Alaa, macam kalau korang dah selesa gila babs kerja dengan bos korang, tiba-tiba bos tu diganti yang dengan orang korang tak suka. Macam tulah perasaan diorang.

Tapi tak boleh bla, ada jugak yang letak jawatan sebab sebelum ni diorang terlibat dengan skandal atau melindungi orang yang bersalah. Ish ish, tak rasa berdosa ke? Paling cool ada yang letak jawatan sebab etika syarikat atau diorang anggap diri diorang gentleman.

Gua gentleman, gua letak jawatan bila gua rasa perlu. Imej dari Giphy

Kalau korang perasan, kat luar negara – bekas jurulatih Real Madrid pun letak jawatan selepas PRU14. Tapi pastinya dia bukan letak jawatan sebab PH menang. Katanya dia bergaduh dengan Presiden Real Madrid – hah…inilah contohnya. Gaduh dengan bos besar, terus letak jawatan!

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka