SPONSORED

Masjid Melayu ni dirasmikan Tunku. Tapi ia di… Australia?!

Hidup pada zaman yang serba mencabar ni – kebanyakan orang akan memilih untuk pergi melancong untuk hilangkan rasa tekanan dan bergembira. Ada yang berjalan semata-mata untuk melawat tempat bersejarah atau mengalami budaya-budaya asing, dan ada juga pencinta haiwan yang akan berbelanja besar kalau nak pergi tempat yang ada haiwan rare lagi comel.

Ha selfie dengan kawan tu dah biasa. Tapi korang pernah berselfie dengan haiwan terancam tak? Imej dari AIFS.

Kat tempat yang kami nak cadangankan ni dua-dua benda tu pun ada! Ada satu haiwan comel gila yang pernah digelar haiwan paling gembira di dunia tapi malangnya semakin terancam, serta juga sebuah perkampungan Melayu yang memang tak tersangka! Tapi kalau korang nak tau macam mana korang boleh temui dua-dua ni…

1. Lawat Australia dengan penerbangan serendah RM346!

Kalau korang tak tau, lebih 80% daripada binatang-binatang kat Australia hanya boleh ditemui dekat situ sahaja. Jadi kawan kitaorang dari AirAsia pon ada buat promosi gila-gila untuk tunaikan impian korang terbang ke Perth!

Masa korang kecik-kecik dulu, mesti korang fikir tak masuk akal kalau nak ke Australia dengan bajet kecil. Sekarang ni dengan RM346, bolehlah korang bersantai dengan kanggaru atau berenang dengan dolphin dekat Perth. Korang boleh siap ambik selfie lepas tu upload dengan hashtag sejuk bak hang. Mesti member korang akan kagum dengan skil Pocahontas korang.

Kami tak tipu, nanti kena sumpah jadi batu!

Taip kat Perth pon ada macam-macam yang korang boleh buat. Ada satu website ni gempak jugaklah – korang boleh tengok semua aktiviti yang boleh dilakukan kat situ. Sekarang ni, semuanya dah kat hujung jari. Kalau ada internetlah, kalau takde main game dinosaur lompat-lompatlah ye. Korang boleh tengok website tu kat sini.

https://www.youtube.com/watch?v=Zb-tMhCblOw

Ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat kat Perth. Contohnya korang boleh petik buah dan makan, tengok dolphin menari-nari, makan benda sedap atau lawat tempat-tempat yang gempak. Biar kitaorang beritahu korang, kitaorang mulakan dengan…

2. Lawat sebuah masjid yang dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman!

Katanning adalah sebuah pekan di Australia Barat tiga jam dari Perth. Kalau korang tak tau, Katanning ni sebenarnya aneh kerana ia merupakan… sebuah perkampungan Melayu di Australia! Kebanyakan penduduknya sebenarnya berasal dari Pulau Cocos dan Pulau Christmas. Penduduk dari Pulau Christmas berpindah disebabkan kurangnya peluang pekerjaan, terutama sekali bila hasil lombong fosfat kat Pulau Christmas semakin berkurangan.

Tak dekat tau Pulau Cocos dan Pulau Christmas ke Katanning ni. Imej dari google

Bermula tahun 1970-an, segelintir penduduk di kedua-dua pulau ni beransur-ansur pindah ke Katanning. Disebabkan dorang beragama Islam, peluang pekerjaan yang dorang dapat adalah untuk bekerja di pusat penyembelihan kambing biri-biri.

Apa yang menariknya, orang Melayu kat Pulau Cocos, Pulau Christmas dan Katanning ni bukan saja masih kekalkan kemelayuan diorang, tapi dalam masa yang sama tak tinggalkan urusan agama, walaupun terasing di pulau, dengan agama rasmi Australia iaitu Kristian.

https://www.youtube.com/watch?v=Pb-tuVGghJs

Malah tak lama dulu, ada sebuah masjid dirasmikan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman pada tahun 1981. Ada je orang Malaysia yang pernah buat lawatan ke bandar Katanning ni semata-mata untuk menziarahi perkampungan Melayu di negara asing. Jadi kalau korang pun dapat pergi, jangan la tak singgah pulak masjid ni!

Masjid Katanning. Imej dari islammaps.com

Masjid Katanning di Pulau Cocos. Imej dari mforum.cari.com.my

3. Ambik selfie dengan haiwan comel terancam!

Kalau korang ni jenis orang yang suka lepak dekat pulau, korang kena pergi Rottnest Island sebab ada banyak aktiviti yang korang boleh buat kat sana. Korang juga boleh tengok hidupan laut macam anjing laut dan dolphin. Kalau nak jalan-jalan kat sana – dengan mudah je korang boleh sewa basikal untuk ronda satu pulau!

Dekat pulau ni jugak ada satu binatang yang famous, nama binatang tu Quokka. Binatang ni punyalah semangat kalau ada orang bagi makan atau nak ambik selfie dengan dia. Yang sedihnya, binatang quokka ni adalah spesis haiwan terancam disebabkan kebakaran hutan akibat cuaca panas di Australia ?. Jadi kalau korang nak berjumpa dengan binatang ni, korang kena cepat-cepat la sikit!

Kalau korang nak dia teman makan pon boleh. Imej dari Mak Sin Wee.

Kalau korang tak minat sangat dengan binatang comel – korang boleh pergi banyak tempat menarik untuk ambik gambar dan nikmati pemandangan yang indah. Chewah, ayat dah macam buku teks. Salah satu tempat yang menarik kat Australia untuk korang tengok pemandangan adalah Kings Park, Perth. Bukan setakat tengok pemandangan je, korang boleh lakukan banyak aktiviti kat situ.

Hahh…kalau dah penat jalan tu, boleh lepak sini kejap. Imej dari SAYS

Kalau korang teringin nak naik feri pulak – korang boleh pergi kat Elizabeth Quay. Kat sana korang boleh naik kapal dengan bayaran kurang bermula dari 100 dolar. Mesti seronok dapat naik feri sambil tengok pemandangan kat Perth tu. Tapi kalau korang jenis mabuk laut, jangan lupa bawak plastik, nanti termuntah kat member mat salleh lah pulak!

Cuba bayangkan korang kat dalam feri tu. Mesti korang akan excited gila. Imej dari ABC

Kalau korang ada bajet nak shopping, Perth ni memang syurga untuk korang cari kedai-kedai yang tawarkan pelbagai produk. Cuba teka berapa banyak kedai yang ada kat Perth? 100? 200? Hmmm…cuba lagi. Punyalah Perth ni syurga untuk orang membeli-belah – Perth ada 900 pelbagai jenis kedai untuk korang lawat.

Hahh…sambil jalan-jalan cari kedai tu, boleh korang cari kawan baru kat sana. Imej dari Enebcorp

4. Hotel dekat Perth lebih kurang RM200 semalam, kalau duduk hostel lagi murah

Kalau korang pergi melancong, mestilah korang akan terfikir kat mana nak tinggalkan? Melainkan korang ada keluarga atau member kat Perth – korang terpaksa cari tempat untuk tinggal kat sana. Macam biasalah, korang akan ada beberapa pilihan ikut bajet dalam poket. Korang boleh pilih untuk tinggal kat hotel, homestay atau hostel backpacker.

Kalau nak duduk kat hotel, ada je hotel yang harga dia RM200 lebih – contohnya kat Pensione Hotel Perth atau Kangaroo Inn Hotel. Murah kan? Lebih kurang je dengan hotel-hotel bajet kat KL. Ini belum lagi kitaorang sebut pasal homestay atau hostel yang ada kat Perth. Dah sah-sah lagi murah dari hotel, bolehlah korang save bajet tempat tinggal tu untuk jalan-jalan kat Perth!

Bila korang bangun dengan penuh semangat sebab nak jalan-jalan kat Perth. Imej dari Giphy

Hotel-hotel kat sana ada kemudahan asas macam WiFi dan pakej makanan. Kalau korang nak lagi jimat – korang boleh ikuti tips seorang kakak ni masa dia pergi Perth. Dia siap bawak periuk nasi kecil untuk masak nasi, dapatlah keluarga dia jimat sikit bab makanan. Beli lauk je, macam yang korang selalu buat kalau takde bajet nak makan.

Memandangkan Perth tengah alami musim sejuk, kat kebanyakan tempat penginapan ada pemanas. Takdelah korang akan rasa sejuk gila-gila. Kalau kat Malaysia tak perlu, matikan je aircond atau kipas. Kalau korang tak cukup yakin lagi nak pergi sana, cuba korang tengok video budak-budak Malaysia ni, gempak weh!

https://www.youtube.com/watch?v=OLkiKgzzsIQ

5. Petik buah-buahan segar Australia, lepas tu makan dengan keluarga

Kalau korang nak tahu – aktiviti memetik buah ni memang aktiviti popular kat Perth. Kalau korang dengar bunyi kutip buah ni macam membosankan, cuba korang bayang kutip buah dalam suhu yang sejuk dan boleh terus makan buah yang korang dah kutip. Kalau kat Malaysia korang kutip buah, sah-sah berpeluh satu badan! Hilang selera nak makan buah!

Dekat Perth jugak, musim buah berlaku sepanjang tahun. Maksudnya korang boleh pergi bila-bila masa untuk kutip buah – tapi waktu yang best dah tentu-tentulah musim sejuk. Masa musim sejuk korang rasa macam ambik buah dari peti sejuk je, sebab buah-buah tu memang sejuk dan segar. Strawberi yang sejuk dipetik dari pokok dan terus dimakan – fuhh…air liur kitaorang dah meleleh kat keyboard!

Bukan main banyak lagi budak ni petik dan makan apple ye. An apple a day, keeps the doctor away katanyee. Imej dari Corecider

Kalau korang rujuk website yang kitaorang bagi kat atas, sebelum korang nak pergi kutip apple yang tengah ranum – korang kena call dulu kebun tu, tanya elok-elok berapa diorang kenakan bayaran. Kalau korang nak tahu, Perth ni kaya dengan buahan-buahan sitrus, atau bahasa mudahnya buah-buahan yang masam-masam ni.

https://www.youtube.com/watch?v=k-_g7mY49BI

6. Korang boleh berinteraksi dengan haiwan yang tak terdapati di mana-mana lagi

Australia ni memang terkenal dengan pelbagai binatang, dari yang berbisa macam ular sampailah ke haiwan yang comel macam Kanggaru. Tapi kalau korang melancong kat sana, takkanlah korang nak pergi main dengan ular berbisakan? Kat Perth boleh korang lepak dengan kanggaru, kalau kat Malaysia memang sah-sahlah korang takkan jumpa binatang ni. Selfie dengan kambing boleh lerr…

Kat mana lagi korang boleh lepak dengan kanggaru? Kat Perth lah.. Imej dari Trip Advisor

Kalau korang rasa dah power sangat berenang, korang boleh cuba lumba berenang dengan dolphin. Kalau korang menang, maksudnya korang dah boleh join lumba renang kat Olimpik. Kalau korang tak pandai berenang pulak, korang boleh pergi kat Caversham Wildlife Park.
Kat sana bolehlah korang jumpa macam-macam jenis binatang yang menarik macam koala, wombat dan kanggaru!

Kalau korang tak tahu wombat tu apa benda, ini dia binatang comel tu. Imej dari Wikipedia

Ingat tak masa kita kanak-kanak dulu – ada satu kartun yang mak dia hari-hari gosok baju tapi diorang tak pakai baju pun, ingat tak? Penguin! Kalau korang nak tahu, kat Perth ada satu tempat yang dinamakan Penguin Island. Dekat tempat ni korang boleh buat banyak aktiviti yang menarik. Bolehlah korang jalan-jalan sambil jumpa penguin, tapi penguin kat sana tak gosok baju…

Inilah dia Penguin Island, lawa gila babs! Imej dari Planbooktravel

7. Makanan halal dekat Perth boleh didapati dengan harga kurang daripada 12 dolar

Masalah utama pelancong Islam dari Malaysia bila pergi kat negara orang putih – susah nak cari restoran halal dan sedap. Akhirnya diorang akan bawak mi segera untuk pastikan diorang tak puasa sepanjang hari masa melancong. Dekat Perth ni beza sikit, senang je sebenarnya nak dapat restoran halal. Siap ada restoran Malaysia lagi kat sana!

Macam yang kitaorang cakap awal-awal tadi, selalunya pelancong akan hadapi masalah bajet tak berapa nak ada. Menariknya kat Perth ni, korang boleh dapatkan makanan halal dengan harga 0-12 dolar Australia. Murahkan? Hahh…dah siap packing barang belum?

Bila korang makan kat sana, jangan gelojoh sangat eh. Korangkan orang Malaysia! Imej dari Giphy

Masa musim sejuk ni pulak – korang boleh makan makanan yang beri kehangatan pada badan korang. Chewah, macam hangat cintalah pulak! Korang boleh cuba makanan dan minuman ni kalau dah rasa sejuk sangat. Kalau korang makan dalam kesejukan kat Malaysia, tu maknanya korang lupa turunkan suhu aircond atau korang tengah sakit.

Jom…kita makan dulu!

Bercuti kat Perth, dompet tak nangis tapi pengalaman best gila-gila

Dengan kadar penerbangan serendah RM346, korang boleh pergi Perth dan alami semua pengalaman menarik yang kitorang dah ceritakan. Kat mana lagi korang boleh dapat pengalaman yang ada kat Perth dengan perbelanjaan bajet? So, lepas ni korang kena ingat nak melancong kat Perth ni, tak perlu bajet tinggi.

Musim sejuk kat Perth memang selalu akan jadi tumpuan pelancong sebab banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Bolehlah masa korang tengah membawang kat kenduri kahwin, korang kata – masa musim sejuk kat Perth dulu…hahh korang isilah sendiri! Jom ke Perth untuk nikmati musim sejuk tanpa perlu buat dompet merana!

Dah, pergi kemas barang korang untuk ke Perth. Imej dari Giphy

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend