Parlimen tak bersidang atas alasan ramai warga emas? Mari kita lihat siapa je orangnya!

Pada minggu lepas, viral pasal isu sidang parlimen tidak boleh dijalankan atas alasan majoriti Ahli Parlimen mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19. Menurut Menteri Parlimen dan Undang-undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Kerajaan tidak mahu mengambil risiko kerana hampir 50% Ahli Parlimen berada di dalam kumpulan berisiko tinggi.

“Di Parlimen sekarang ini, ada 220 Ahli Parlimen. Dua meninggal dunia, Gerik dan Batu Sapi. Daripada 220 orang, seramai 77 Ahli Parlimen berumur 61 hingga 69 tahun. Ini kumpulan berisiko. Umur dari 71 hingga 79 tahun ada 19 orang, 80 tahun ke atas ada empat orang.” – Datuk Seri Takiyuddin Hassan, petikan dari Berita Harian.

Hal ini telah menimbulkan kemarahan semua orang kerana ia dianggap sebagai alasan yang tak munasabah. Tapi en, kalau korang baca kenyataan Datuk Seri Takiyuddin ni, beliau hanya bagi senarai nombor sahaja kan. Jadi, korang nak tahu tak siapa je warga emas dalam Dewan Rakyat? Kalau nak tahu, mari baca artikel ini kerana kami akan senaraikan siapakah Ahli-ahli Parlimen dari golongan warga emas.

1. Perikatan Nasional: Legasi Muhyiddin yang dibarisi majoriti warga emas

Senarai kabinet terkini. Imej dari JPM.

Baiklah, mesti ramai sudah tahu siapakah barisan eksekutif atau Menteri dan Timbalan Menteri dalam kabinet. Tapi kami rasa majoriti dari korang masih tak tahu lagi siapa je Ahli Parlimen dalam barisan ini yang mencapai umur warga emas.

Mari kita lihat, calon-calonnya:

  • Tan Sri Muhyiddin Yassin: Perdana Menteri, Ahli Parlimen Pagoh (P143). Umur: 73 tahun.
  • Dato’ Seri Ismail Sabri b. Yaakob: Menteri Kanan Pertahanan, Ahli Parlimen Bera (P090). Umur: 61 tahun.
  • Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili: Menteri Hal Ehwal Sabah & Sarawak, Kota Marudu (P168). Umur: 67 tahun.
  • Dato’ Seri Tuan Ibrahim b. Tuan Man: Menteri Alam Sekitar & Air, Ahli Parlimen Kubang (P024). Umur: 60 tahun.
  • Datuk Seri Mohd. Redzuan b. Md. Yusof: Menteri Tugas-tugas Khas, Ahli Parlimen Alor Gajah (P135). Umur: 63 tahun.
  • Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee: Menteri Pertanian & Industri, Ahli Parlimen Beluran (P138). Umur: 60 tahun.
  • Dato’ Sri Mustapa b. Mohamed: Menteri Ekonomi, Ahli Parlimen Jeli (P030). Umur: 70 tahun.
  • Dato’ Seri Hamzah b. Zainuddin: Menteri Dalam Negeri, Ahli Parlimen Larut (P056). Umur: 63 tahun.
  • Dato’ Saifuddin b. Abdullah: Menteri Komunikasi & Multimedia, Ahli Parlimen Indera Mahkota (P082). Umur: 60 tahun.
  • Datuk Dr. Hajah Zuraida: Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, Ahli Parlimen Ampang (P099). Umur: 62 tahun.
  • Datuk Dr. Haji Abdul Latiff b. Ahmad: Menteri Pembangunan Luar Bandar, Ahli Parlimen Mersing (P154). Umur: 62 tahun.
Teruskan membaca semua! Imej dari Kak Limah.
  • Tan Sri Datuk Seri Annuar bin Musa: Menteri Wilayah Persekutuan, Ahli Parlimen Ketereh (P026). Umur: 64 tahun.
  • Dato’ Sri Dr. Wan Junaidi b. Tuanku Jaafar: Menteri Pembangunan Usahawan & Komunikasi, Ahli Parlimen Santubong (P193). Umur: 75 tahun.
  • Dato’ Haji Kamaruddin b. Jaafar: Timbalan Menteri Luar Negeri, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak (P124). Umur: 69 tahun
  • Dato’ Mansor b. Othman: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Parlimen Nibong Tebal (P047). Umur: 71 tahun.
  • Dato’ Seri Dr. Ismail  b. Abd. Muttalib: Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, Ahli Parlimen Maran (P086). Umur: 66 tahun.
  • Datuk Seri Ahmad b. Hamzah: Timbalan Menteri Pertanian & Makanan I, Ahli Parlimen Jasin (P139). Umur: 72 tahun.
  • Datuk Zahidi b. Zainal Abidin: Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Ahli Parlimen Padang Besar (P001). Umur: 60 tahun.
  • Dato’ Henry Sum Agong: Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Ahli Parlimen Lawas (P222). Umur: 75 tahun.
  • Datuk Aaron Ago Dagang: Timbalan Menteri Kesihatan II, Ahli Parlimen Kanowit (P210). Umur: 62 tahun.
  • Dato’ Che Abdullah Mat Nawi: Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II, Ahli Parlimen Tumpat (P019). Umur: 60 tahun.

Peratus Ahli Parlimen dari kalangan warga emas dalam Perikatan Nasional: 10% daripada 220 Ahli Parlimen.

2. Barisan Nasional: Ahli Parlimen yang terkenal dengan pelbagai isu

Barisan Nasional! Imej dari Berita Harian.

Kami menganggap sebilangan besar masyarakat kita sudah mengenali Ahli-ahli Parlimen di bawah Barisan Nasional. Hal ini kerana mereka ini pernah memegang jawatan dalam Kabinet Malaysia dan mereka juga terkenal dengan pelbagai isu. Mereka juga mempunyai sebilangan besar warga emas yang menjadi Ahli Parlimen.

Jadi, inilah senarai Ahli-ahli Parlimen itu:

  • Dato’ Sri Mohd. Najib b. Tun Abd. Razak: Ahli Parlimen Pekan (P085). Umur: 67 tahun.
  • Dato’ Seri Ahmad Zahid b. Hamidi: Ahli Parlimen Bagan Datuk (P075). Umur: 68 tahun.
  • Dato’ Seri Mahdzir b. Khalid: Ahli Parlimen Padang Terap (P007). Umur: 60 tahun.
  • Tengku Razaleigh Hamzah: Ahli Parlimen Gua Musang (P032). Umur: 83 tahun.
  • Dato’ Seri Dr. Shahidan b. Kassim: Ahli Parlimen Arau (P003). Umur: 69 tahun.
  • Dato’ Seri Haji Idris b. Jusoh: Ahli Parlimen Besut (P033). Umur: 65 tahun.
  • Tan Sri Noh bin Haji Omar: Ahli Parlimen Tanjung Karang (P095). Umur: 63 tahun.
Pening sebab banyak sangat ke? Imej dari giphy.
  • Dato’ Sri Tajuddin b. Abdul Rahman: Ahli Parlimen Pasir Salak (P073). Umur: 73 tahun.
  • Datuk Seri Tengku Adnan b. Tengku Mansor: Ahli Parlimen Putrajaya (P125). Umur: 70 tahun.
  • Dato’ Sri Bung Mokhtar b. Radin: Ahli Parlimen Kinabatangan (P187). Umur: 62 tahun.
  • Dato’ Sri Hasan b. Arifin: Ahli Parlimen Rompin (P091). Umur: 67 tahun.
  • Dato’ Seri Mohamed Nazri b. Abdul Aziz: Ahli Parlimen Padang Rengas (P061). Umur: 66 tahun.
  • Ramli b. Dato’ Mohd. Nor: Ahli Parlimen Cameron Highlands (P078). Umur: 62 tahun.

Peratus Ahli Parlimen dari kalangan warga emas dalam Barisan Nasional: 6% daripada 220 Ahli Parlimen.

3. PAS, PPBM & Bebas: Ahli Parlimen warga emas tidak ramai

Siapa je orangnya? Imej dari FMT.

Baiklah, tadi korang dah baca berapa ramai Ahli Parlimen dari kalangan warga emas dalam Kabinet dan pimpinan BN. Sekarang ni, mari kita lihat berapa ramai je Ahli Parlimen PAS yang umurnya mencecah warga emas, dengar cerita tak ramai pun.

Calon-calonnya ialah:

  • Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang: Ahli Parlimen Marang (P037). Umur: 73 tahun.
  • Haji Wan Hassan bin Mohd. Ramli: Ahli Parlimen Dungun (P039). Umur: 63 tahun.

Peratus Ahli Parlimen dari kalangan warga emas dalam PAS: 1% daripada 220 Ahli Parlimen.

Seterusnya, mari kita lihat Ahli Parlimen dari PPBM (Bersatu) dari kalangan warga emas. Okaylah, Inilah orang-orangnya:

  • Dato’ Hajah Azizah bt. Mohd. Dun: Ahli Parlimen Beaufort (P177). Umur: 65 tahun.
  • Dato’ Syed Abu Hussin b. Hafiz Syed Abdul Fasal: Ahli Parlimen Bukit Gantang (P059). Umur: 60 tahun.
  • Dato’ Mohd. Rashid Hasnon: Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Batu Pahat (P150). Umur:61 tahun.

Peratus Ahli Parlimen dari kalangan warga emas dalam Bersatu: 1.4% daripada 220 Ahli Parlimen.

Oh terlupa, kita juga mempunyai Ahli-ahli Parlimen Bebas dari kalangan warga emas antara emas:

  • Tun Dr. Mahathir: Ahli Parlimen Langkawi (P004). Umur: 95 tahun.
  • Datuk Shahruddin b. Md Salleh: Ahli Parlimen Sri Gading (P149). Umur: 64 tahun.

Peratus Ahli Parlimen dari kalangan warga emas dalam Bebas: 1% daripada 220 Ahli Parlimen.

Sekarang ni, mari kita lihat Ahli Parlimen dari parti-parti Sabah dan Sarawak pula iaitu…

5. Gabungan Parti Sarawak, Parti Sarawak Bersatu, STAR & Warisan

Empat parti di Sabah & Sarawak. Imej dari Wikipedia(1), Wikipedia (2), Wikipedia (3) & Wikipedia (4).

Untuk memudahkan korang membaca, kami menghimpunkan semua parti-parti dari negeri Sabah dan Sarawak. Hmmmm……rasanya tidak ramai juga Ahli Parlimen warga emas dalam kalangan mereka. Takpe, mari kita lihat dulu:

Gabungan Parti Sarawak (GPS):

  • Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem: Ahli Parlimen Serian (P199). Umur: 69 tahun.
  • Dato’ Sri Hajah Rohani bt. Abdul Karim: Ahli Parlimen Batang Lupar (P201). Umur: 66 tahun.
  • Datuk Robert Lawson Chuat: Ahli Parlimen Betong (P204). Umur: 62 tahun.

Peratus Ahli Parlimen dari kalangan warga emas dalam GPS: 1.4% daripada 220 Ahli Parlimen.

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR):

  • Datuk Dr. Jefrey G. Kitingan: Ahli Parlimen Keningau (P180). Umur: 72 tahun.

Peratus Ahli Parlimen dari kalangan warga emas dalam STAR: 0.5 % daripada 220 Ahli Parlimen.

Parti Sarawak Bersatu:

  • Dato’ Masir Kujat: Ahli Parlimen Sri Aman (P202). Umur: 66 tahun.
  • Baru Bian: Ahli Parlimen Selangau (P124). Umur: 62 tahun.

Peratus Ahli Parlimen dari kalangan warga emas dalam Parti Sarawak Bersatu: 1% daripada 220 Ahli Parlimen.

Parti Warisan Sabah:

  • Datuk Seri Shafie b. Apdal: Ahli Parlimen Semporna (P189). Umur: 62 tahun.
  • Datuk Mohamaddin bin Ketapi: Ahli Parlimen Lahad Datu (P188). Umur: 63 tahun.
  • Haji Ahmad b. Hassan: Ahli Parlimen (P175). Umur: 60 tahun.

Peratus Ahli Parlimen dari kalangan warga emas dalam Parti Warisan Sabah: 1.4% daripada 220 Ahli Parlimen.

6. Pakatan Harapan: Ahli Parlimen yang menjadi Kerajaan dalam masa yang singkat

Agak2, berapa ramai Ahli Parlimen dari kalangan waga emas dalam PH. Imej dari Wikipedia.

Kita semua sudah tahu yang Pakatan Harapan pernah menjadi Kerajaan untuk seketika waktu. Namun, mereka juga tidak terlepas dari senarai ini kerana mereka juga mempunyai ramai pimpinan warga emas. Oleh itu, mari kita lihat siapakah orangnya:

  • Mohamad b. Sabu: Ahli Parlimen Kota Raja (P111). Umur: 66 tahun.
  • Tan Kok Wai: Ahli Parlimen (P123). Umur: 63 tahun.
  • Dato’ Seri Anwar b. Ibrahim: Ahli Parlimen Port Dickson (P132). Umur: 73 tahun.
  • Datuk Seri Wilfred Madius Tangau: Ahli Parlimen Tuaran (P170). Umur: 62 tahun.
  • Datuk Seri Salahuddin bin Ayub: Ahli Parlimen Pulai (P161). Umur: 60 tahun.
  • Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail: Ahli Parlimen Pandan (P100). Umur: 68 tahun.
  • Khalid b. Abd. Samad: Ahli Parlimen Shah Alam (P108). Umur: 63 tahun.
  • Chow Kon Yeow: Ahli Parlimen Tanjong (P049). Umur: 62 tahun.
  • Datuk Seri Dr. Dzulkefly b. Ahmad: Ahli Parlimen Kuala Selangor (P096). Umur: 65 tahun.
  • M. Kulasegaran: Ahli Parlimen Ipoh Barat (P065). Umur: 63 tahun.
  • Dato’ Johari b. Abdul: Ahli Parlimen Sungai Petani (P015). Umur: 65 tahun.
  • Dato’ Mahfuz b. Haji Omar: Ahli Parlimen Pokok Sena (P008). Umur: 63 tahun.
  • Datuk Wira Mohd. Anuar Mohd. Tahir: Ahli Parlimen Temerloh (P088). Umur: 69 tahun.
  • Lim Guan Eng: Ahli Parlimen Bagan (P043). Umur: 60 tahun.
Jangan marah. Imej dari Pinterest.
  • Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta b. Md. Ramli: Ahli Parlimen Lumut (P074). Umur: 64 tahun.
  • Fuziah bt. Salleh: Ahli Parlimen Kuantan (P083). Umur: 61 tahun.
  • Fong Kui Lun: Ahli Parlimen Bukit Bintang (P120). Umur: 74 tahun.
  • Sivarasa Rasiah: Ahli Parlimen Sungai Buloh (P107). Umur: 64 tahun.
  • William Leong Jee Keen: Ahli Parlimen Selayang (P097). Umur: 64 tahun.
  • Dr. Lee Boon Chye: Ahli Parlimen Gopeng (P071). Umur: 61 tahun.
  • Dr. Azman bin Ismail: Ahli Parlimen Kuala Kedah (P010). Umur: 60 tahun.
  • Dr. Tan Yee Kew: Ahli Parlimen Wangsa Maju (P116). Umur: 68 tahun.
  • Lim Kit Siang: Ahli Parlimen Iskandar Puteri. Umur: 80 tahun.
  • Maria Chin bt. Abdullah: Ahli Parlimen Petaling Jaya. Umur: 65 tahun.
  • Datuk Christina Liew: Ahli Parlimen Tawau. Umur: 70 tahun.
  • Charles Anthony Santiago: Ahli Parlimen Klang (P110). Umur: 61 tahun.
  • Dato’ Dr. Xavier Jayakumar: Ahli Parlimen Kuala Langat (P112). Umur: 68 tahun.
  • Wong Ling Biu: Ahli Parlimen Sarikei (P208). Umur: 62 tahun.
  • Wong Tack: Ahli Parlimen Bentong (P089). Umur: 61 tahun.
  • Steven Choong Shiau Yoon: Ahli Parlimen Tebrau (P158). Umur: 63 tahun.
  • Hassan b. Abd. Karim: Ahli Parlimen Pasir Gudang (P159). Umur: 70 tahun.
  • Pang Hok Liong: Ahli Parlimen Labis (P142). Umur: 63 tahun.

Peratus Ahli Parlimen dari kalangan warga emas dalam PH: 15% daripada 220 Ahli Parlimen.

Sudah tiba masanya untuk menghadkan umur Ahli Parlimen

Pendapat korang? Imej dari Meme Creator.

Berdasarkan, senarai di atas, kita dapat melihat majoriti Ahli Parlimen terdiri dari golongan warga emas atau umur yang sepatutnya perlu pencen. Jadi, kita seharusnya perlu mengambil berat mengenai isu ini kerana Ahli Parlimen seharusnya dibarisi oleh orang berkemampuan atau umur yang sesuai.

Berdasarkan ciapan dari Adam Mukhriz Muhayeddin, dia memberikan cadangan supaya Ahli Parlimen tidak boleh melebihi daripada umur 60 tahun. Dia juga mencadangkan supaya Ahli Parlimen dihadkan kepada tiga penggal sahaja.

Setuju? Imej dari Adam Mukhriz Muhayeddin.

Korang rasa, apakah syarat-syarat yang harus diletakkan kalau mahu menjadi Ahli Parlimen?