Boleh ke big boss PBB yang baru ni selesaikan masalah pelarian Rohingya?

Tepat jam 12 malam 31 Disember 2016, Ban-Ki moon telah melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Agung PBB dan telah digantikan dengan seorang bekas Perdana Menteri dari Portugal,  Antonio Guterres. Dia dah aktif dalam bidang politik dan kemanusiaan lebih dari tiga dekad, dan The Guardian kata dia mungkin boleh jadi Setiausaha Agung PBB yang paling hebat setakat ni.

Ni la Antonio Guterres, amboi happy nya! Gambar dari BBC.com

Malah pemilihan Antonio ni telah mendapat perkenan dari persatuan The Elders, iaitu sebuah persatuan pemimpin global yang dulu diketuai oleh Nelson Mandela dan sekarang ni Kofi Annan. Kami pun tertanya-tanya hebat sangat ke dia ni? So untuk menjawab isu ni kami telah menggali lebih dalam siapa mamat ni, dan ini adalah antara sumbangan yang telah dia lakukan…

1. Berjaya mengurangkan penyalahgunaan dadah di bawah kepimpinannya

Macam kebanyakan negara lain, Portugal masih mengharamkan penjualan dadah haram seperti heroin, cocaine, dan juga ganja. Tapi kat Portugal, kalau kantoi polis hanya kasi surat saman dan arahan pergi jumpa doktor je.

Siap bagi alamat ke klinik sekali gamaknye. Gambar Beritasemasa.com.my

Benda ni mula dilaksanakan pada tahun 2001 apabila Antonio bersetuju untuk mengurangkan hukuman menghisap dadah di Portugal. So daripada dipandang sebagai seorang penjenayah, penagih dianggap sama seperti pesakit-pesakit yang lain.

So katakanlah korang kena tangkap dengan dadah tak melebihi bekalan untuk 10 hari, korang boleh mendapat pelepasan dari penjara dan disuruh jumpa doktor. Kalau jenis yang selalu kantoi tu pula boleh apply untuk kaunseling dan rawatan alternatif (dadah ganti).

Terkejut kan? Imej dari memeful.com

Masa mula-mula Portugal laksanakan benda ni, Antonio telah mendapat kritikan yang pedas dari seluruh dunia termasuk Kesatuan Eropah sebab ‘menghalalkan’ dadah. Ramai menyangka bahawa kes dadah dan HIV akan naik tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Kaedah ni boleh dikatakan berjaya sebab dalam masa sepuluh tahun kes kematian sebab dadah jatuh dari 80 ke 16, kes HIV merudum dari 1016 jadi 56, dan kes penyalahgunaan dadah dari 100 000 telah jadi 50 000 dan tu pun mereka sedang mengambil rawatan alternatif (dadah ganti). Sekarang ni, Portugal telah dijadikan sebagai negara contoh untuk melawan penyalahgunaan dadah.

Imej dari memeful.com

Fuh hebat si Antonio ni, tapi setahun selepas undang-undang ni diluluskan Antonio telah letak jawatan sebagai Perdana Menteri Portugal. Fine mungkin dia boleh selesaikan masalah dadah tapi apa lagi dia boleh buat?

2. Berjaya menaik taraf sistem UNHCR

Bagi yang taktau, UNHCR merupakan satu badan bawah PBB yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal pelarian seluruh dunia. Lepas jadi Perdana Menteri, Antonio sibukkan diri dia dengan kerja-kerja kemanusiaan seperti UNHCR. Malah dia telah menjadi ketua UNHCR selama 10 tahun.

Antonio (biru) sedang bersembang dengan pelarian dari Timur Tengah. Gambar dari unhcr.org

Masa dia kat situ pula, Antonio telah melonggarkan syarat-syarat untuk menjadi seorang pelarian. (Hah nak jadi refugee pun kena tepati syarat-syarat? Ye la kalau tak cukup syarat la korang dianggap sebagai pendatang tanpa izin yang selalu lari bila nampak polis.)

Ini merupakan satu perubahan besar dalam organisasi tu, sebab abad 21 telah menyaksikan antara kes pelarian terbesar dalam sejarah manusia. Dia siap tukar nama pelarian dari “refugee” kepada “people on the move” untuk menjaga sensitiviti.

Pencapaian Antonio dalam UNHCR boleh dikatakan power juga sebab daripada Tsunami 2004, perang Gaza 2009, sampailah ke konflik Syria sekarang ni, Antonio bukan je telah turun padang tapi menjadi ketua untuk operasi-operasi tersebut dalam menyelamatkan orang awam dan menjaga pelarian.

Seronok betul si Antonio ni jumpa budak-budak pelarian Syria di Lebanon. Gambar dari unhcr.org

Antonio juga telah mengembangkan organisasi UNHCR supaya dapat menampung operasi mereka yang besar. Dan untuk penjanaan bajet pula, Antonio berjaya mengorat negara-negara kaya untuk melabur lagi banyak kat UNHCR dan pada masa yang sama memindahkan pejabat mereka ke tempat yang lagi murah sebab sebelum ni mereka terletak kat Geneva yang merupakan antara bandar termahal kat dunia.

Dibesarkan kat dalam sebuah negara yang time tu berada di bawah kepimpinan diktator, Antonio telah berikrar untuk lebihkan di PBB untuk wanita. Malah selain memperjuangkan untuk orang susah, Antonio ni juga boleh dikatakan orang kuat dalam hak kewanitaan.

3. Memperbanyakkan lagi jawatan untuk wanita di PBB

Masa nak undi pengganti Ban Ki-moon, ramai kat PBB mula berbisik mengenai pertabalan seorang wanita sebagai Setiausaha Agung tapi last-last Antonio juga jadi pilihan. Time dia menang haritu pun, Antonio kotakan janji untuk lantik wanita.

Amina Mohammed, gambar dari Huffingtonpost.com

Malah jawatan yang disandang pula bukanlah yang macai tapi tinggi tau. Contohnya, Antonio telah mentabalkan Menteri Alam Semula Jadi Nigeria, Amina Mohammed, sebagai timbalan Setiausaha Agung. Dan dia tak berhenti kat situ, Antonio juga telah mengambil seorang menteri wanita dari Brazil dan juga Korea Selatan sebagai Ketua Kakitangan dan Penasihat Kanan PBB.

Masa dia pilih jawatan tinggi untuk wanita tu pun Antonio ada berkata “Dah tiba masa PBB untuk kena ‘teguran’ yang sepatutnya”. Sebab sebelum tu, PBB sering dipenuhi dengan lelaki je. Jadi untuk lawan balik, dia telah melantik beberapa wanita ke jawatan yang tinggi kat dalam PBB.

Imej dari memeful.com

Perjuangan Antonio dalam membantu orang susah dan memperbaiki hak wanita telah mendapat sokongan dari International Women Health Coalition aka IWHC (sebuah persatuan antarabangsa hak wanita). Tapi cuma ada satu masalah je (bagi IWHC la) yang mereka tak suka pasal dia, iaitu…

Antonio merupakan seorang Katolik yang warak dimana dia tidak menyokong golongan LGBT. Mungkin bagi setengah orang takde hal la kot, tapi untuk IHWC tu merupakan isu besar sebab mereka menyokong hak LGBT, tapi apa-apa hal pun mereka masih meletak keyakinan terhadap Antonio terutama sekali dalam hak wanita.

Antonio dan Angela Jolie kat meeting PBB. Ni bukan set penggambaran eyh. Gambar dari unhcr.com

Dan masa dia jadi ketua UNHCR dulu, Antonio juga telah melantik Angelina Jolie menjadi wakil khas UNHCR. Tapi Antonio ni bukan saje lepak dengan orang yang famous dan berkuasa je, malah orang miskin.

4. Seorang ahli politik yang terkenal dikalangan orang miskin dan juga elit

Masa Antonio mula-mula jadi Perdana Menteri Portugal pada tahun 1995, dia telah menaik taraf ekonomi negara dimana hasil kerajaan tersebut telah diberi kepada sektor kebajikan dan juga menyediakan beberapa program bantuan untuk orang miskin.

Golongan elit juga tak diabaikan sebab sewaktu penggal pertama dia, Antonio telah melepaskan beberapa syarikat besar yang sebelum ni milik kerajaan menjadi 100% swasta (sebab kat negara diktator macam Korea Utara, hampir semua syarikat dimiliki oleh kerajaan).

Gambar dari Theherarld.com.au

Apa yang lagi menarik adalah, waktu lapang Antonio akan dipenuhi dengan mengajar kelas Matematik kat ibu kota Portugal, Lisbon. Kelas yang dia buat tu pula adalah percuma dan khas untuk kanak-kanak dari keluarga miskin.

Dia jarang kasi wartawan ikut sekali ke kelas sebab baginya ni merupakan satu tindakan ikhlas dan bukannya untuk publisiti. Tapi ni tak menghadkan hubungan Antonio dengan orang elit sebab sepanjang dia menjadi Perdana Menteri Portugal dia juga pernah selesaikan masalah diplomatik Kesatuan Eropah sebelum ni.

Sekarang Antonio sudah pun menjadi Setiausaha Agung PBB dan antara agenda utama dia adalah konflik di Syria. Malah Antonio baru je jumpa Presiden Rusia akhir tahun lepas dan telah menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Presiden terbaru Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk berbincang mengenai isu di Syria dan juga Israel.

Antonio bersama Presiden Erdogan sebelum berbincang pasal masalah pelarian Syria. Gambar dari syrianfreepress.wordpress.com

Dengan pengalaman yang dia ada sebagai Perdana Menteri dan ketua UNHCR, Antonio bercadang untuk menggunakan PBB sebagai badan keamanan dunia yang lebih progresif.

5. Kepakaran dalam menyelesaikan konflik berdarah

Sebenarnya time Antonio dipilih menjadi Setiausaha Agong ia merupakan satu perkara yang memeranjatkan sebab kebiasaannya Rusia dan China ni akan menggunakan kuasa veto mereka untuk menghalang aktivis kemanusiaan memegang jawatan tertinggi PBB.

Imej dari memeful.com

Selain dari tolong orang kat UNHCR, Antonio juga rajin menggesa boss besar dia sebelum ni (Ban Ki-moon) untuk mementingkan keamanan dunia. Antara contoh yang berjaya adalah sewaktu konfrontasi Timur Leste dan Indonesia pada tahun 1999.

Kisahnya bermula pada tahun 1975 apabila Timur Leste isytihar merdeka dari Portugal selepas memegang negara tu beberapa abad. Tapi negara jiran, Indonesia, telah gatal tangan dan cuba rampas Timur Leste. Pertempuran yang berlaku sampai akhir 90-an tu telah meragut ratusan ribu nyawa dan sebagai aktivis keamanan, Antonio telah ambil keputusan untuk masuk campur.

Dari tahun 70-an sampailah akhir 90-an, imej macam ni sangatlah normal kat Timur Leste. Gambar dari iconicphotos.wordpress.com

Last sekali Antonio telah berjaya memaksa PBB untuk backup Timur Leste dimana negara-negara seperti Australia, Malaysia, Portugal, serta beberapa negara lain telah menghantar tentera supaya Timur Leste tak dibuli oleh Indonesia lagi. Harini Timur Leste telah pun menjadi sebuah negara yang sedang membangun dan merupakan ahli PBB ke 191.

Resume dah cantik, jadi adakah ni berita baik untuk orang yang tertindas?

Macam kita semua tau sekarang ni masalah kat Rohingya masih lagi belum diselesaikan, lagi teruk ada la. Negara yang ada pemenang anugerah keamanan Nobel telah mendiamkan diri malah menafikan perbuatan terkutuk tu.

Memandangkan Antonio ni terkenal dengan kerja amal, ramai pakar mengatakan bahawa dia mungkin akan melebihkan usaha UNHCR masa dia jadi Setiausaha Agung, harap-harap Antonio dapat bantu orang tertindas bukan saje kat Rohingya, malah Syria dan juga seluruh dunia.

Mangsa Rohingya yang sering jadi mangsa kekejaman pihak berkuasa Myanmar. Gambar dari politicswatch.in

Tapi setakat ni baru seminggu dia masuk kerja so tak boleh nak kata apa lagi la, cuma kita boleh tunggu dan lihat saje. Adakah kepimpinan Antonio ni sama je macam mantan dia, Ban Ki-moon atau pun perubahan yang bagus akan terjadi. Hanya masa akan menentukannya.

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance