Akhirnya penempatan Israel diisytiharkan haram oleh PBB. Tapi sejauh mana ia berkesan?

Kalau korang terlepas pandang hari tu, Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) telah sebulat suara meluluskan Resolusi 2334, iaitu persetujuan sejagat bahawa penempatan Israel kat Palestin tu adalah haram.

Keputusan ni terjadi apabila hampir semua negara-negara ahli UNSC (termasuk Malaysia) telah menyokong resolusi ini dengan hanya satu negara je yang tak membantah atau menyokong, iaitu Amerika Syarikat.

Cuba teka siapa yang tak angkat time nak undi meluluskan resolusi 2334? Gambar dari jpost.com

Tindakan Amerika ni agak  memeranjatkan. Dorang kan BFF Israel, so kenapa dorang tak batalkan resolusi ni guna kuasa veto macam selalu?

So untuk memahami konflik ni, SOSCILI tengok perhubungan antara Amerika Syarikat dan Israel, dan kami dapat tau ini bukan first time benda ni jadik…

Obama bukan Presiden Amerika Syarikat pertama untuk menyinggung perasaan Israel

Amerika Syarikat dan Israel mula menjalinkan hubungan pada tahun 1948 sewaktu penubuhan negara Yahudi tersebut. Waktu tu dunia baru je digemparkan dengan pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi yang juga dikenali sebagai Holocaust.

Mangsa-mangsa Holocaust, gambar dari wikipedia.org

Jadi selepas Perang Dunia Kedua, pelarian Yahudi lain telah diberi satu penempatan baru di Palestin yang time tu berada di bawah pemerintahan British. Lepas Palestin merdeka dari British, orang Yahudi kat sana tiba-tiba mengisytiharkan penubuhan negara mereka sendiri yang sekarang ni dikenali sebagai Israel.

Mula-mula tu Amerika Syarikat memang banyak tolong Israel dengan pelbagai bantuan ekonomi dan ketenteraan hampir setiap tahun. Tapi hubungan teman tapi mesra ni mula retak pada tahun 1977 apabila pentadbiran Presiden Carter menyokong orang Palestin dan ni secara tak sengaja telah mengguris hati orang Israel.

President Carter, gambar dari reuters.com

Dan bukan Presiden Carter dan Obama je yang pernah membuat Israel bengang malah masa kepimpinan H.W.Bush dan Bill Clinton, mereka pun pernah membiarkan UNSC meluluskan beberapa resolusi yang menentang pendirian Israel.

Kali ni, Amerika tak nak guna kuasa veto untuk halang resolusi UNSC

Gambar dari usatoday.com

Kalau korang nak tau, dalam UNSC ada 10  negara bukan tetap  dan 5 buah negara tetap iaitu Amerika Syarikat, Rusia, China, Perancis, dan United Kingdom. Mana-mana negara tetap boleh menggunakan kuasa veto masing-masing untuk menghalang sebarang resolusi. Tapi kali ni, Amerika buat sesuatu benda yang tak dijangka atau lebih tepat, tak buat apa-apa langsung! Keputusan ni telah mengejutkan negara lain terutama sekali Israel dan Palestin.

Dengan lulusnya resolusi ini, UNSC boleh mengisytiharkan bahawa semua penempatan Israel kat Palestin adalah haram dan salah di sisi undang-undang antarabangsa.

Reaksi orang Palestin masa resolusi tu diluluskan. Gambar dari memeful.com

Resolusi ni mula-mulanya dicadangkan, ditulis, dan dibentangkan oleh Mesir tapi kena tangguh setelah mendapat tentangan keras dari Israel. Pastu New Zealand, Senegal, Venezuela, dan Malaysia berjaya bawak balik benda ni ke atas meja undian.

Contoh pelanggaran hak asasi manusia oleh tentera Israel. Gambar dari thepolemicist.net.

Mungkin ada yang tertanya, kenapa sekarang baru Amerika Syarikat nak buat? Kenapa tak buat sebelum ni? Apa yang kami jumpa adalah sebenarnya pentadbiran Obama dan pentadbiran Netanyahu sebenarnya memang dari dulu tak sependapat pasal isu penempatan haram ni. Malah masa Obama jadi Presiden, Netanyahu telah menolak beberapa kali tawaran Amerika Syarikat untuk melobi keamanan antara Israel dan Palestin.

So samada Obama sengaja nak menyusahkan pengganti dia Donald Trump ataupun memang dah fed up dengan perangai Netanyahu tu kita tak boleh nak confirm. Apa yang  pasti adalah ahli politik Israel takkan duduk diam malah dorang plan untuk bertindak balas.

Israel berhenti sponsor beberapa projek PBB sebab merajuk

Keputusan sebulat suara dari UNSC ni telah menyebabkan Netanyahu bengang kat PBB dan juga Amerika Syarikat, so dia plan nak buat beberapa tindakan keras sebagai tanda protes.

Budak kecik biasanya kalau kena kacau dia mesti menangis kuat-kuat macam…. Gambar dari Giphy.com

Salah satunya adalah pembatalan sumbangan dana kepada beberapa organisasi di bawah pentadbiran PBB yang berjumlah sekitar US$7.8 juta. Antara projek yang kena stop sumbangannya adalah United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA) dan Majlis Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR).

Netanyahu juga mengarahkan ahli-ahli diplomat dia menghentikan komunikasi dan mengharamkan semua ahli kabinet untuk travel ke negara-negara yang telah mengundi terhadap resolusi tu, dan siap panggil ahli diplomat Amerika Syarikat di Israel untuk berjumpa.

Gambar dari RT.com

Selain dari tu, Israel dilapor ingin menggesakan projek penempatan mereka terutama sekali kat kawasan timur Baitulmaqdis. Malah bukan je nak lajukan tapi nak berkembang lagi besar. Timbalan Datuk Bandar Baitulmaqdis siap berkata yang mereka plan nak naikkan sampai 5600 unit kediaman baru kat kawasan tu.

Betul-betul mengamuk si Netanyahu ni tapi dia tak takut kena marah dengan UNSC ke? Tapi kalau nak diikutkan pun apa je UNSC boleh buat?

Kesan jangka panjang mungkin akan menyebabkan Israel jatuh tersungkur

Yang sedihnya resolusi yang diluluskan oleh UNSC ni sebenarnya tak membawa apa-apa kesan. Ibaratnya kena tegur macam tu jela, tapi sebuah laporan dari agensi penerbitan, Haaretz, mengatakan bahawa kesan resolusi tu mungkin boleh sakitkan Israel dalam masa jangka yang panjang.

Reaksi orang Israel bila mereka dapat tau yang UNSC sebenarnya ada kuasa. Gambar dari memeful.com

Apa yang mungkin boleh terjadi dengan resolusi ni adalah, Israel akan dibicarakan kat Mahkamah Jenayah Antarabangsa dimana kemudiannya akan ada satu penyiasatan di penempatan timur Baitulmaqdis. Lepas selesai siasatan ada beberapa tindakan boleh dilakukan oleh negara-negara lain.

Contohnya, Kesatuan Eropah (EU) boleh mengenakan sekatan ekonomi terhadap Israel malah ada yang berkata EU siap mampu memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel hanya disebabkan resolusi ni.

Dan tu baru EU belum lagi kesatuan-kesatuan lain, disebabkan Israel ada hubungan dengan kebanyakan negara-negara ahli UNSC, sekatan yang di adakan mungkin boleh melumpuhkan ekonomi dan juga ketenteraan negara Zionis tu.

Gambar dari trendafrica.biz

Persoalannya kat sini pula, kalau ada pun sekatan terhadap Israel sejauh mana je ‘denda’ tu boleh pergi?

Israel mungkin tak dibenarkan untuk mendapat bantuan ketenteraan lepas resolasi ni

Bagi Kesatuan Eropah, mereka boleh melakukan sekatan atas beberapa sebab seperti ancaman pengganas, melanggar hak asasi manusia, merampas tanah negara lain, atau sengaja memporak perandakan negara lain. Jenis sekatan pula berpandukan kesalahan yang dilakukan selagi ia patuh kepada undang-undang antarabangsa.

Antara yang dibenarkan adalah sekatan senjata, sekatan sesetengah barang, perkhidmatan, pelaburan, pembekuan aset, dan juga melarang orang dari negara tersebut untuk travel ke negara-negara Kesatuan Eropah.

Sorry Encik, tak boleh lalu! Gambar dari betanews.com

Buat PBB pula, negara-negara ahli UNSC boleh menjalankan sekatan sekiranya jalan penyelesaian diplomatik tak menjadi. Senang cerita, kalau negara yang dah kena sound tu masih tak faham bahasa jugak, secara automatik negara tersebut boleh kena sekatan dari UNSC.

UNSC punya sekatan ni boleh kata power lagi dari Kesatuan Eropah sebab selain dari sekatan senjata dan sekatan barang, UNSC juga dibenarkan untuk membeku aset dan mengharamkan transaksi duit dari mana-mana parti politik atau golongan elit yang terlibat dengan kesalahan negara tersebut.

Gambar dari memeful.com

Satu kemenangan untuk warga ditindas Palestin

Masa resolusi ni diluluskan, seluruh dewan meeting tu telah tepuk tangan dengan keputusan tersebut. Malah boleh dikatakan semua negara ahli dan juga bukan ahli UNSC telah memuji keputusan tersebut.

Putin yang mewakili Rusia pun setuju bahawa Israel ni dah melampau sangat. Gambar dari memeful.com

Tapi adakah ni bermaksud berita baik untuk warga Palestin? Tu kita taktau lagi. Sebab macam kami kata kat atas tadi, resolusi ni lebih kepada menegur dan kalau ada kesan pun mungkin akan masa yang lama baru boleh nampak.

Di arena politik Amerika Syarikat pula, adakah tindakan Obama ni boleh ditarik balik oleh pelapisnya, Trump, pada Januari tahun depan memandangkan dia telah menunjukkan sokongan terhadap Israel.

Dari satu pandangan ni mungkin boleh terjadi, Trump hanya perlukan persetujuan sekurang-kurangnya dari lapan ahli UNSC tanpa di-veto oleh negara-negara utama. Tapi Hareetz ada melaporkan bahawa tindakan tu dari segi praktikal sebenarnya agak mustahil.

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance