Siapa lelaki dari benua Afrika yang mencabar Myanmar di mahkamah dunia ni?

Pada 10-12 Disember yang lalu, telah berlangsung pendengaran awam kes Gambia vs Myanmar. Di mana Gambia yang menjadi wakil bagi 57 negara OIC mencabar dan mendakwa Myanmar telah melakukan genosid (penghapusan sesuatu bangsa atau kaum secara sengaja) terhadap Rohingya, sekaligus melanggar Konvensyen Genosid PBB 1948.

Setelah beberapa tahun kita dengar dan berdepan dengan konflik Rohingya, ia akhirnya telah berjaya dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Sebuah pentas mahkamah tertinggi dunia yang pernah Malaysia sendiri gunakan untuk menuntut hak yang diambil dari negara jiran.

Sepanjang pendengaran awam ni, Myanmar telah diwakili sendiri Aung San Suu Kyi sebagai agen manakala Gambia pula diketuai oleh Abubacarr Marie Tambadou. Mungkin ramai dah tahu Aung San Suu Kyi ni siapa kan? Lagi-lagi dengan reputasinya sebagai Pemenang Nobel Keamanan suatu masa dulu. Tapi, berapa ramai kalau kami tanya kenal tak Ba Tambadou ni? Orang penting yang meyakinkan OIC untuk bawa isu ni ke mahkamah antarabangsa.

“…Saya boleh menghidu bau busuk genosid dari sempadan negara Myanmar…” Flag: Myanmar (Burma) on Google Android 10.0

Kem pelarian Rohingya di Cox Bazar. Imej dari Dhaka Tribune

Kalau korang nak tahu, Majlis Kementerian Luar bagi negara OIC dah bersidang untuk sesi ke-45 di Dhaka, Bangladesh pada 5-6 Mei 2018. Dalam persidangan itu, isu-isu seperti konflik melibatkan muslim minoriti juga dibincangkan.

Dalam persidangan ini juga, semestinya semua negara OIC akan menghantar kementerian luar mereka. Begitu jugalah, negara Gambia yang kita nak ceritakan ni. Sepatutnya yang mewakili Gambia pada persidangan itu adalah Menteri Luar negara mereka. Di saat akhir, Menteri Luar mereka dah membatalkan kedatangannya dengan menghantar wakil lain iaitu Menteri Undang-Undang Gambia, Abubacarr Tambadou (Ba Tambadou).

Ba ketika sesi pendengaran di ICJ, Aung San Suu Kyi termenung di situ. Imej dari TRT World

Sepanjang persidangan itu, Kementerian Luar Bangladesh telah membawa para perwakilan dan delegasi OIC untuk melawat kem pelarian Rohingya di Cox Bazaar. Ketika ini jugalah Ba Tambadou telah berpeluang untuk bersembang dan mendengar cerita daripada para pelarian di sana.

“Pada awal 2018, saya telah melawat kem pelarian di Bangladesh sebagai sebahagian daripada delegasi OIC. Ketika saya mendengar kisah-kisah yang diceritakan oleh para pelarian di kem itu, saya boleh menghidu bau busuk genosid dari sempadan negara Myanmar… Jadi kami telah bertanya; Kenapa?”- Ba Tambodou di mahkamah, petikan dari Ilmfeed

Merupakan peguam di Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi genosid Rwanda Flag: Rwanda on Google Android 10.0

Dua lelaki Rwanda termenung dikelilingi 6,000 kubur mangsa genosid. Imej dari World Vision

Di Gambia, Ba Tambadou bukan sahaja Menteri Undang-Undang, malah merupakan Peguam Negara di sana. Kira rakan sejawat Tommy Thomas lah. Dia berada dalam barisan kepimpinan kabinet di bawah Presiden Adama Barrow sejak 7 Februari 2017. Presiden telah memilih sendiri Ba Tambadou kerana meyakini pengalaman serta kepakarannya dalam bidang undang-undang.

“Sistem keadilan adalah sangat penting di dalam masyarakat, dan jika anda ada seseorang yang sanggup bekerja dengan rakyat Gambia dan siapa yang bagus untuknya, oleh itu, Gambia pastinya akan mempunyai sistem kehakiman yang terbaik.”- Adama Barrow, Prseiden Gambia bercakap pasal Ba Tambadou, petikan dari Wiki

Bila cakap yang dia pakar bab undang-undang, kita nak tahu juga apa yang pernah Ba Tambodou ni buat. Sebelum dilantik menyertai kabinet Gambia, dia merupakan peguam di Tribunal Jenayah Antarabangsa Rwanda berkhidmat sebagai pembantu khas bagi pendakwa raya dari tahun 2012 hingga 2016.

Ban Ki Moon (Setiausaha Agung PBB) sedang sembang-sembang serius dengan staf Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi Rwanda. Imej dari Justiceinfo

Kalau korang nak tahu, negara Rwanda pernah ditimpa bencana genosid apabila kumpulan ektremis Hutu yang berkait dengan kerajaan dah membunuh lebih 800 ribu etnik Tutsi di sana. Kejadian itu dah berlaku selama 100 hari dari 6 April hingga pertengahan Julai 1994. Ketika itu seluruh dunia membisu hinggalah pada Julai 1994, apabila Majlis Keselamatan PBB mengarahkan tragedi tu disiasat dengan menubuhkan tribunal pada 8 November 1994.

Siasatan dan pendakwaan memakan masa yang sangat lama, sehinggalah tribunal ni secara rasminya ditutup pada 31 Disember 2015. Lebih dari 20 tahun ?. Sepanjang tribunal, 96 orang telah didapati bersalah terlibat dengan genosid tersebut. Ada yang masih menyorok dan ada juga yang dah dikenakan hukuman.

Pengalaman menguruskan kes Rwanda memberi inspirasi untuk membantu Rohingya ☠️

Selagi belum selesai, selagi tu ada yang terseksa. Imej dari Reuters

Dari kesemua kisah dan pengalaman Tambadou ni, maka dia telah memperkenalkan satu resolusi untuk membentuk komiti OIC. Bertujuan untuk menyiasat kekejaman terhadap Rohingya.

Pada Mac 2019, di persidangan Kementerian Luar OIC di Abu Dhabi, resolusi dikeluarkan untuk membawa isu Rohingya ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Semuanya menjadi kenyataan apabila Gambia yang disokong oleh 57 negara OIC lain mencabar Myanmar di ICJ bermula 10-12 Disember 2019.

“Buat masa sekarang, saya mempunyai pengalaman lampau berinteraksi dengan mangsa genosid yang terselamat, terutamanya genosid Rwanda 1994.

Saya menghabiskan hampir sedekad setengah sebagai seorang pendakwa raya di Tribunal Jenayah Antarabangsa Rwanda, dan apabila saya mendengar kisah yang diceritakan oleh saksi, saya mengesan ada persamaan yang jelas.”- Ba Tambadou di Mahkamah Keadilan Antarbangsa, petikan dari PRI

Baginya, bukan sahaja proses menghalang kewujudan sejarah kemanusiaan yang berlaku di Myanmar, tapi fakta bahawa pihak berkuasa Myanmar menjalankan operasi tersusun dan sistematik mensasarkan orang Rohingya.

Ba Tambadou bergandingan dengan peguam paling berpengalaman, Paul Reichler ⚖️

Tolong senyap semua. Imej dari Benarnews

Dalam usaha untuk mendakwa Myanmar menjalankan genosid terhadap Rohingya, Ba Tambadou telah bergandingan dengan seorang peguam yang begitu berpengalaman dan jaguh sekali. Dia adalah Paul Reichler yang pernah membantu negara Nicaragua mendakwa negaranya sendiri, US di Mahkamah Keadilah Antarabangsa. Kes tu berkaitan US membantu pemberontak di sana menggulingkan kerajaan serta melakukan aktiviti perlombongan di negara orang.

Tugas Ba Tambodou, Paul Recihler dan ahli pasukan lain waktu ni adalah dengan menuntut supaya Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengakui bahawa Myanmar:

  1. telah mencabul dan terus mencabul undang-undang di bawah Konvensyen Genosid
  2. perlu melancarkan gencatan senjata serta-merta terhadap sebarang tindakan yang salah di peringkat antarabangsa dan menghormati tanggungjawab sepenuhnya di bawah Konvensyen Genosid
  3. perlu memastikan orang yang terlibat melakukan genosid dihukum dengan tribunal yang dipercayai, termasuk undang-undang tribunal antarabangsa
  4. menjalankan tanggungjawabnya terhadap pampasan demi kepentingan mangsa genosid yang merupakan warga kumpulan Rohingya, tidak terhad termasuk membenarkan warga Rohingya yang dihalau secara paksa untuk pulang dengan selamat dan bermaruah, dan menghormati kewarganegaraan penuh mereka, dan hak asasi manusia dan perlindungan terhadap diskriminasi, penyeksaan dan tindakan lain berkaitan, konsisten terhadap tanggungjawab untuk mengelak genosid: dan
  5. memberi jaminan dan janji untuk tidak mengulangi pencabulan terhadap Konvensyen Genosid
Imej dari Medium

Setelah sesi pendengaran awam berlangsung selama 3 hari, nampaknya Myanmar telah menafikan segala dakwaan Gambia ini dah meminta mahkamah menggugurkan kes tersebut. Semestinya kes ni akan makan masa bertahun untuk mendapatkan keputusan, namun Gambia telah meminta mahkamah melakukan ‘langkah sementara’ (provisional measure). Antaranya supaya Myanmar menghentikan sementara sebarang tindakan dan memberi akses dan kerjasama terhadap pasukan siasatan PBB.

Kerana Gambia, konflik di negara jiran kita dibawa ke gelanggang sebenar Flag: Gambia on Google Android 10.0

Di pihak Myanmar, Aung San Suu Kyi masih menerima sokongan padu rakyat Myanmar yang berkumpul di depan mahkamah dan juga sebuah taman di Yangon. Bagi pihak aktivis hak asasi manusia seluruh dunia pula, apabila mendengar Gambia nak bawa isu ni ke mahkamah dunia, ia dah cukup menggembirakan.

Pastinya bagi warga Rohingya, buat pertama kali dalam hidup mereka, nasib mereka dibentangkan di pentas keadilan. Sekalipun sebelum ni dah banyak laporan daripada PBB. Keterujaan ni ditunjukkan sehingga warga Rohingya di kem pelarian bersorak menjerit ‘Gambia! Gambia! Gambia!’.

Gelanggang sebenar!!! Imej dari RFA

Menjadi tugas berat Gambia dan negara yang menyokongya untuk membuktikan genosid dilakukan Myanmar. Namun, semuanya akan terjawab juga melalui usaha dan tekanan yang telah bermula ini. Dalam kes ni, kita juga dah belajar sesuatu dari Ba Tambadou melalui ucapannya di Mahkamah Keadlian Antarabangsa, dia memetik kata-kata seorang ahli falsafah, Edmund Burke;

“Satu-satunya perkara diperlukan bagi kejayaan sesuatu kejahatan, ialah apabila orang-orang baik tidak berbuat apa-apa.”

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT