Sukan SEA Filipina paling teruk dalam sejarah? Tapi ni apa yang kami dapati

Bila cakap pasal Sukan SEA yang baru je melabuhkan tirainya minggu lepas, semua orang boleh teringat permulaannya yang agak tak memuaskan, sampaikan disamakan macam Fyre Festival di Bahamas.

Macam korang beli barang online, iklan bapak la best, bila sampai? Hmm

Kegagalan penganjurannya juga dilaporkan oleh media-media gergasi macam BBC yang melaporkan tentang stadium tak siapnya, masalah nak check-in hotel, dan pelbagai lagilah sampaikan ia dikecam hebat oleh negara-negara yang terlibat.

Manakala CNN melaporkan yang Speaker dewan Filipina menyalahkan Senator yang lewat meluluskan, dan mengurangkan bajet sepatutnya untuk Sukan SEA ni. Rakyat Filipina sendiri tak puas hati, dan mereka kongsi pelbagai gambar kegagalan penganjuran sebagai bukti, menyalahkan rasuah dan ketidakcekapan pihak penganjur yang dah memalukan nama Filipina di mata dunia. Ini menyebabkan mereka memulakan #SEAGames2019fail di Twitter, sampai viral!

Tapi, sejauh mana kebenarannya?

Kalau korang nak tahu, sebenarnya SOSCILI berkesempatan ke sana semasa sukan tersebut  berlangsung, dengan kawan kitorang dari Taylor’s University College!

Dan dalam tempoh saya ke sana, ini apa yang kami dapati:

Perjalanan yang sepatutnya hanyalah 2 jam lebih, bertambah kepada 7 jam!

Dalam banyak-banyak komplen yang disuarakan oleh kesemua atlet, kebanyakannya adalah mengenai masalah kesesakan lalu lintas. Dan sebagai kontinjen Taylor’s University College, kami tak dapat menafikan yang kesesakan lalu lintas pada hari ketibaan kami memang agak teruk. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 2 jam nampaknya berlarutan sehingga hampir 6 hingga 7 jam.

Reaksi sebenar kitorang dalam van sekurang-kurangnya setiap 1 jam :/

Kalau nak ikutkan jadual, kami sepatutnya sampai di New Clark City dalam dua jam lebih saja. Tapi disebabkan kesibukan yang berlaku, jadi kami saja assume lebih sikit. Tapi nampaknya… kami tak sampai pada masa yang sepatutnya, walaupun dah assume lambat sampai.

Kalau korang nak tahu, jalan raya di Metro Manila dan bandar-bandar utama Filipina memang merupakan salah satu jalan raya paling sibuk di dunia. Malah, kajian oleh aplikasi navigasi Waze pada 2015 mendapati Manila mempunyai kesesakan lalu lintas yang paling teruk di dunia, lebih teruk dari Jakarta!

Cuba teka, mana satu van kitorang? Imej dari scmp

Kesesakan lalu lintas ni dikatakan berlaku disebabkan pertumbuhan ekonomi dan penduduk yang tinggi, dan infrastruktur yang kurang tepat. Jadi, macam mana Filipina nak selesaikan masalah ni?

Dalam kes ni, Presiden Duterte memang kena kecam habislah sebab isu ni merupakan salah satu manifesto dia masa pilihanraya. Disebabkan nak rombak dan buat balik jalan tu supaya kesesakan jalan boleh diperbaiki, jadinya Duterte pun luluskan undang-undang yang menggalakkan syarikat-syarikat di negara tu suruh pekerja mereka kerja dari rumah je daripada buang masa nak hadap kesesakan lalu lintas.

“KAU kerja dari rumah, KAU kerja dari rumah, SEMUA ORANG KERJA DARI RUMAH!!!”

Oh, kitorang sempat singgah makan di restoran makanan segera mereka yang agak famous sebenarnya, iaitu Jollibee!

Masalah check-in hotel yang menyebabkan kami terkandas lagi 2 jam :/

Masalah kami tak terhenti di situ. Sesampainya kami di hotel yang dah ditempah sebulan sebelum tu lagi, kami diduga lagi bila pihak hotel mengatakan yang mereka tak terima tempahan dari pihak kami! Dan nampaknya, ni adalah salah satu kegagalan sama yang dialami atlet yang terkandas berjam-jam lamanya di lapangan terbang, dan ada yang dihantar ke hotel yang salah.

Kesian, sampai mengantuk member. Imej dari foxsports

Bagaimanapun, kesalahan tempahan hotel ni sebenarnya bukanlah berpunca daripada penganjuran Sukan SEA, tapi lebih kepada kesalahan third party dalam hal ni. Jadinya, kami terkandas selama lebih kurang dua jam sebelum dihantar ke hotel lain yang terletak sejam perjalanan dari hotel di mana kami terkandas tu.

Jadi… 7 jam bas + 2 jam terkandas di hotel + 1 jam perjalanan ke hotel baru = not bad lah. Kami tiba di hotel yang dijanjikan cuma untuk letakkan kepala dan berehat sebelum tiba hari esok di mana kami akan tonton perlawanan tersebut yang tak pasti pula bagaimana keadaannya.

Sebelum sempat melelapkan mata, apa yang berlaku sepanjang hari tersebut membawa kepada persoalan…

Sejauh mana teruknya Sukan SEA yang bertempat di Filipina pada tahun ni?

Daripada apa yang dikhabarkan, pelbagai masalah yang melibatkan Filipina sendiri dari pihak penganjur, sehinggalah kepada atlet. Walaupun begitu, kebanyakan masalah yang dinyatakan berita adalah yang bertempat di Manila.

Kalau korang nak tahu, Sukan SEA tahun ni bertempat di beberapa bandar berlainan iaitu di Subic, New Clark City dan Manila sendiri. Dan sukan renang yang kami tonton pula berada di New Clark City Aquatic Centre, Tarlac yang berada 2 jam ke utara dari Manila.

Pada pengamatan kami, ia agak berbeza dengan stadium yang berada di Manila. Nampaknya stadium New Clark City sangat cantik dan tersergam indah, tak macam stadium di ibu negara yang diberitakan BBC.

Dengan seni bina yang cantik, kawasan dalamnya juga agak bersih. Kami sempat menonton beberapa pertandingan renang, yang antaranya diwakili Malaysia.

Pelbagai ragam yang kita lihat, dan salah satunya apabila goggle dan cap perenang Filipina tercabut semasa pertandingan berlangsung.

Penyokong Filipina yang sangat ramah

Tapi yang paling kita ingat mestilah salah satu pencapaian yang membanggakan  daripada Phee Jinq En, perenang dari Malaysia yang diumumkan sebagai pemenang pingat emas.

Jing En, yang bukan saja berjaya memecahkan rekod Sea Games tahun ni, malah rekod kebangsaan. Imej dari NST

Kontinjen kami dari Taylor’s apa lagi, terus bangun dan menyanyikan lagu Negaraku paling kuat ketika atlet Phee Jinq En menerima pingat emas tersebut. Sungguh bangga kami pada masa tersebut.

Selesai je nyanyian tersebut, secara tak sangka pula para penyokong Filipina yang berada di baris depan kitorang beramai-ramai mengucapkan tahniah kepada kami. Ia berlarutan sehinggalah kami berpusu-pusu keluar dari stadium tersebut.

Penyokong Filipina yang mengucapkan tahniah, dan minta kami ambil gambar bersama.

Dah baca sampai sini, korang mesti terfikir, kan… kenapa Taylor’s University College hantar beberapa pelajar mereka, dan offer SOSCILI ke sana? Tak lain tak bukan adalah disebabkan… ada atlet kebangsaan dalam kalangan Taylor’s University College, iaitu Sebastian Soon dan Tia’a Fang Der yang turut bertanding di Sukan SEA pada minggu lepas.

Sebastian Soon, pelajar Taylor’s yang turut mewakili Malaysia dalam Sukan SEA pada tahun ni.

Dan sedar tak sedar, korang percaya tak yang Taylor’s University College dah berusia 50 tahun pada tahun ni? Ianya dulu adalah sebuah institusi yang hanya dikenali sebagai maktab dan menawarkan program pra-universiti 50 tahun dulu. Sehingga kini, mereka dah melahirkan lebih 100,000 graduan!

Dan kalau korang nak tahulah macam mana rupanya belajar di universiti 50 tahun yang lalu, korang boleh baca kat sini!

Kesalahan boleh dijadikan pengajaran buat semua negara terlibat

Sejujurnya, pengalaman ke Sukan SEA di Filipina ni agak menarik sebenarnya walaupun dengan kesesakan jalan raya, masalah check-in hotel, dan bermacam lagi. Tapi, mungkin sebenarnya Filipina dah cuba sebaik mungkin untuk menjadi hos untuk sukan negara-negara ASEAN tahun ni. Bagi sebuah event yang besar, banyak kesilapan yang boleh berlaku. Sedangkan sukan Olimpik sendiri pun tak ketinggalan dalam buat salah. 

Jadi, buang yang keruh, ambil yang jernih sebab sebenarnya semua kegagalan yang kita nampak pada hari ni boleh diperbaiki pada masa depan oleh negara-negara yang terlibat.

Setakat ni, nampaknya Malaysia berjaya membawa pulang sebanyak 55 pingat emas, 58 pingat perak dan 71 pingat gangsa. Walaupun ia bukanlah pencapaian terbaik Malaysia, tapi, tahniah buat kesemua atlet yang terlibat!