- 7.2KShare sekarang!
- Email21
- Facebook7.2K
- Share
Sejak Hari Raya Haji lepas, mesti korang ada dengar pasal insentif RM50 ePENJANA yang kerajaan nak bagi melalui e-dompet kan?
Sebenarnya, program tu adalah sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang dikenali sebagai Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Ia diperkenalkan sejak Ogos lepas untuk mendorong kita semua berbelanja lebih banyak bagi membantu negara, lebih-lebih lagi melalui pembayaran elektronik. Boleh juga kurangkan sentuh wang tunai sekarang ni, kan musim Covid…
Tapi, sementara kebanyakan daripada rakyat Malaysia cuma tahu pasal RM50, korang tahu tak – sebenarnya ada cara untuk dapatkan lebih dari nilai tu?
Nasib baiklah, kawan kitorang Boost baik hati nak ajar korang cara untuk dapatkan nilai sampai RM130 bagi ePENJANA #KasiTambah korang. Ini dia antara cara-caranya…
1. Muat turun aplikasi Boost dan MySejahtera dalam phone, lepas tu GONCANG!
Sebelum tu, apa kata korang muat turun dan daftar dulu dalam aplikasi MySejahtera. Sebabnya, selain jadi syarat nak dapatkan RM50 ePENJANA, ia juga sebahagian daripada tanggungjawab kita bagi memastikan pengesanan Covid-19 di negara ni berkesan. Pastikan korang isi maklumat yang betul ye, sebab kalau maklumat dalam MySejahtera dan e-dompet korang tak sama, korang tak dapat RM50 tu. Satu lagi, korang juga mungkin akan jadi pembawa Covid-19 yang tak dijejaki dan menyusahkan orang lain pula nanti.
Bila dah daftar MySejahtera, korang muat turun pula Boost kat sini (iOS | Android |Huawei). Bila dah, korang klik je banner ePENJANA untuk tuntut RM50 ePENJANA – yang mungkin akan ambil 5 hari untuk diluluskan. Tapi nasib baik jugalah, sebab Boost ada tracker yang paparkan progress permohonan korang tu:
OKAY, bila korang dah dapat RM50 tu dan korang akan perasan ia muncul dekat “dompet ePENJANA-nya” sendiri pada bahagian “My Rewards” di laman utama aplikasi. Jadi nanti, mudahlah korang nak tahu berapa banyak dari RM50 yang dah dibelanjakan dengan tracker perbelanjaan ni. Selain tu, korang boleh je bayar apa-apa macam biasa, sebab ia akan secara automatik ditolak. Senang dan mudah!
Tapi… jangan berhenti sampai situ je, sebab banyak lagi sebenarnya yang korang boleh dapat!
Apa kata, korang pergi pula ke bahagian SHAKE Rewards dalam aplikasi Boost. Kat sana, korang akan nampak beberapa mesej yang memang menggoda korang untuk klik.
Apa lagi, korang klik la pada mesej pertama dan GONCANGGG! Nanti, korang akan dapat baucer Celcom XPAX – Lite Postpaid bernilai RM60! Melalui rebat ni, korang dapat diskaun RM5 setiap bulan selama SETAHUN, yang sekaligus menjadikan bil korang tu cuma RM33 je sebulan untuk kuota 8GB internet, akses Youtube tanpa had dan panggilan tanpa had. Kalau nak dibandingkan dengan prepaip top-up RM30, dah sah-sah plan ni lebih berbaloi.
Korang juga boleh bagi rebat ni kepada orang lain, kalau korang tak gunanya. Tapi, pastikan yang korang tebusnya sebelum 31 Oktober di Celcom Online Shop, Kedai Celcom Terpilih atau mana-mana cawangan Celcom Bluecube berhampiran.
Untuk yang seterusnya ni…
2. Cepat gunakan ganjaran korang dengan Tealive, Mydin, Secret Recipe, Kenny Rogers dan banyak lagi!
Kemudian, apa kata korang buka pula bahagian My Rewards, kat situ korang akan nampak banyak ganjaran yang disediakan. Kalau tak nampak, takpe – tu maknanya, korang masih belum unlock ganjaran lagi.
Untuk unlock, korang kena belanjakan sekurangnya RM5 dari duit ePENJANA korang tu – tak kisahlah secara online, offline, bayar bil, beli top-up atau isi minyak dekat stesen petrol Boost pun boleh! Belanja je dekat mana yang korang suka dan tak lama lepas tu – korang akan dapat ganjaran tambahan bernilai RM20!
Apa je ganjaran yang ada? Kalau korang nak tahu, ganjaran-ganjaran tu termasuklah dapat makan ayam panggang di Kenny Rogers, pasta di Secret Recipe, bubble tea di Tealive, kopi di Old Town White Coffee, serta pulangan tunai dari Petron, Mydin, Sushi King, Tesco, Bata, Setel secara eksklusif di Petronas, insurans Great Eastern dan macam-macam lagi!
Bila korang tuntut ganjaran-ganjaran ni, apa yang korang kena buat adalah bayar macam biasa dan jumlahnya akan ditolak dari dompet jenama tu – sama macam “dompet ePENJANA” yang kitorang bagitau awal tadi. Tapi, pastikan juga yang korang periksa tarikh penggunaan dan gunakannya sebelum ia tamat tempoh pada 15 Oktober 2020.
Kalau masih tak puas…
3. Dapatkan 8 Boost Coins untuk terima pelbagai lagi diskaun!
OK OK… yang ni lebih menarik. Sebagai pengguna Boost, korang nanti mesti akan tahu pasal Boost Coins yang korang boleh kumpul untuk tebus lebih banyak lagi baucer, hadiah dan tunai 🤑.
Malah sekarang ni, korang boleh dapat sampai 8 Boost Coins untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di level yang lebih tinggi! Apa yang korang kena buat untuk naik level, cuma memenuhi jumlah perbelanjaan dan bilangan transaksi yang ditetapkan. Senang!
4. Korang senang-senang boleh menang Myvi dan Ysuku!
Tolonglah Boost, jari kitorang dah lenguh dah ni. Kenapalah pemurah sangat Boost ni? Banyak betul ganjaran yang diorang nak bagi.
Benda ni kitorang letak akhir sekali sebab banyak hadiah lumayan yang korang boleh menang. Kita sekarang ni bukan cakap pasal hamper, tapi pasal Myvi, Ysuku (Yamaha Y15ZR), Samsung S20 Ultra dan TV pintar Samsung 50″ 4k UHD! Lebih menarik lagi, bila Boost nak bagi hadiah-hadiah ni tanpa korang isi borang atau klik apa-apa pun.
Sebabnya, setiap yang berjaya dapat RM50 ePENJANA, korang secara automatik berpeluang untuk menang hadiah-hadiah yang best gila ni:
Siapa sangka, disebabkan korang guna Boost – korang boleh dapat Myvi dan Ysuku kan? Namun seperti mana yang korang nampak, hadiah-hadiah ni terhad. Jadinya, cepat-cepatlah korang dapatkan RM50 ePENJANA dari Boost sekarang.
ALAMAK, saya dah tuntut ePENJANA kat tempat lain! Macam mana ni?
Jangan gelabah, bertenang. Nasi belum jadi bubur lagi, sebabnya Boost masih ada sesuatu untuk korang! Bersempena dengan istimewa Merdeka dan Hari Malaysia, korang masih boleh dapat tawaran hebat Rakyat Cashback dengan rakan kongsi (partners) Boost yang kitorang dah senaraikan kat atas tadi.
Apa yang korang kena buat adalah cuma capai perbelanjaan minimum yang diperlukan dan korang akan dapat Partner Wallet Cashback yang korang boleh guna bila berbelanja dengan jenama tu di masa akan datang. Lagipun, kalau nak nak beli barang-barang rumah atau makan luar, korang nanti bolehlah berjimat dengan Boost kan?
Akhirnya, kita sebagai rakyat Malaysia nanti mesti akan ke sana ke sini. Jadinya, kita kenalah melaksanakan tanggungjawab dengan mendaftar dalam aplikasi MySejahtera bagi memastikan tiada kes Covid-19 yang tak dapat dijejaki. Kalau ada kes yang terlepas dan bilangan kes bertambah serius – bolehlah kita sama-sama ucap selamat tinggal dengan kebebasan yang ada sekarang ni.
Dalam masa sama, bukan virus je yang berbahaya. Tapi juga kepada mereka yang kurang pendapatan dan melalui keadaan sukar di masa mendatang. Dengan cara penjimatan kreatif (macam pelan data yang lebih murah dengan Celcom) dan perbelanjaan kreatif (macam memanfaatkan tawaran dan ganjaran sebelum ia tamat), diharapkan semoga rakyat Malaysia menjalani hidup dengan lebih ceria dan penuh keyakinan 😃.
- 7.2KShare sekarang!
- Email21
- Facebook7.2K
- Share