Macam mana Msia jadi negara PALING TERDEDAH kepada jenayah siber di Asia Tenggara?!

Kalau cakap pasal duit, banyak yang kita perlu fikir, termasuk cara paling selamat untuk simpan duit tu. Tambah-tambah lagi, dalam era internet dan teknologi sekarang ni, di mana terdapat macam-macam benda lagi yang kita perlu berwaspada. Menurut satu kajian yang melibatkan responden-responden dari Malaysia, India, Singapura, dan Thailand, rakyat Malaysia merupakan pengguna internet yang PALING TERDEDAH kepada kes penipuan internet berbanding dengan pengguna-pengguna internet dari negara lain!

Pada tahun lepas sahaja, sebanyak 8,313 kes penipuan siber telah direkodkan dari Januari hingga Oktober, dengan jumlah wang yang terbabit melebihi kira-kira RM300 JUTA. Kebanyakan daripada kes-kes ni merupakan kes panggilan palsu (RM162.6 juta) serta juga kes scam 419 (RM80 juta), dan juga termasuk penipuan dalam talian, penipuan kad kredit, kecurian identiti, dan pencerobohan data.

Muka perompak bila dapat masuk akaun bank korang. GIF dari Giphy.

Tapi, semua berita yang merisaukan ni dah mula buat kami senang hati balik apabila kitorang dengar…

Kini, Malaysia ada e-dompet PERTAMA yang jamin balik duit korang daripada kena curi!

Biar betul jaminan pulangan wang diorang ni… Imej dari TNG Digital.

Kalau korang tak tau, kawan-kawan kitorang kat Touch ‘n Go eWallet telah memperkenalkan polisi 100% Pampasan Terjamin untuk kali PERTAMA dalam kalangan e-dompet kat Malaysia sebagai usaha untuk mengekalkan keselamatan dan kemudahan akaun pembayaran mudah alih semua penggunanya.

Maksudnya macam ni – katakan phone korang kena curi ataupun akaun Touch ‘n Go eWallet korang tak pasal-pasal kena hack. Kemudian, si pencuri ataupun si hacker ni pula guna wang Touch ‘n Go eWallet korang untuk beli apa-apa. Asalkan korang dah mengesahkan akaun korang, korang akan hanya perlu laporkan apa-apa transaksi tak sah yang dilakukan dari akaun korang untuk dapatkan pampasan PENUH dalam tempoh lima hari bekerja!

Memang semudah ni je! Imej dari TNG Digital.

Kalau korang nak tau cara untuk mengesahkan akaun korang pula:

1. Mula-mula, korang kena tekan “Verify Your Account” dekat app Touch ‘n Go eWallet korang.

2. Kemudian, korang boleh tangkapkan gambar IC ataupun apa-apa kad pengenalan lain yang korang ada melalui app tu.

3. Last sekali, korang kena selfie sikit sebelum menekan butang “Let’s Go!” untuk hantar pengesahan korang.

Dan macam tu je, akaun korang akan disahkan dalam tempoh 48 jam atau kurang ? Selain daripada 100% Pampasan Terjamin yang kita cakap tadi, korang juga akan boleh hantar duit kepada keluarga dan kawan korang tanpa caj tambahan, serta besarkan saiz wallet korang sebaik sahaja korang sahkan akaun Touch ‘n Go eWallet korang!

Saiz dompet dah besar, boleh la korang simpan banyak-banyak duit dalam tu lepas ni. GIF dari Soul Fit Entertainment.

Jadi kalau korang dah memang guna Touch ‘n Go eWallet, korang boleh rileks sebab dah tahu yang wang korang akan tetap selamat dalam apa-apa situasi atau senario yang boleh terjadi. Tetapi, bila sembang pulak pasal keselamatan dalam talian dan kelebihan mengguna e-dompet berbanding dengan kad atau cash…

Korang kini boleh dapatkan tips-tips keselamatan Touch ‘n Go daripada Detektif Fahrin!

Eh, terpegun sekejap. GIF dari Touch ‘n Go eWallet.

Baru-baru ni, Touch ‘n Go eWallet telah mengeluarkan siri video Rahsia: Bebas Tunai diorang yang dibintangi oleh pelakon dan pengacara TV, Fahrin Ahmad ?. Dalamnya, Detektif Fahrin berkongsi tips-tips untuk jaga keselamatan korang dengan cara-cara berikut termasuk…

…macam mana untuk lindungi akaun eWallet korang kalau phone korang kena curi…

…tips-tips untuk jaga maklumat peribadi waktu melayari internet…

…dan juga apa korang boleh buat sekiranya wang akaun korang telah digunakan secara tak sah!

Korang boleh tontoni siri video Rahsia: Bebas Tunai ni di laman web Facebook Touch ‘n Go eWallet ataupun juga dekat channel diorang di YouTube! Jadi, tunggu apa lagi? Pilih lah cara paling selamat untuk bawa duit korang bersama dengan Touch ‘n Go eWallet, satu-satunya e-dompet kat Malaysia yang memberi 100% Pampasan Terjamin kepada penggunanya, dan jom la tengok siri video Rahsia: Bebas Tunai bersama kitorang untuk tau lebih pasal keselamatan dalam talian!

Lepas ni, rasa macam nak tinggal dompet kat rumah je lah…

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang juga boleh tengok video kat sini: