Lautan Msia antara paling tercemar di dunia? Aplikasi ni boleh mengubahnya…

Kini, walaupun Hari Malaysia dah lepas, tak semestinya kita tak boleh tunjuk cinta kita terhadap negara kita lagi! Kalau tanya kawan-kawan kitorang dekat Boost pula, diorang pun ada cadangan cara untuk menyumbang kepada negara Malaysia kita dengan kempen terbaru diorang, “Boost My Malaysia“!

TUUUURBOOO BOOOOOOST. GIF dari Knight Rider.

Kalau korang pembaca setia Soscili, korang mungkin pernah dengar usaha Boost untuk menjadikan Malaysia negara bebas tunai… tetapi sekarang, diorang ingin menggalakkan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam kempen “Boost My Malaysia” untuk jadikan Malaysia negara yang lebih baik hati, lebih bersih, lebih sihat, lebih adil dan lebih maju!

Tapi mesti korang tertanya… macam mana diorang nak buat semua benda tu?

Korang boleh menyumbang kepada negara kita hanya dengan membayar melalui aplikasi diorang!

Zaman sekarang ni, kalau korang mampu buat pesanan makanan melalui telefon bimbit korang, pastu mendapatnya dalam masa setengah jam… korang patut bersyukur lah kerana terdapat ramai rakyat Malaysia yang tak mampu mendapat secubit nasi pun dalam sehari. Jadi sempena perjuangan untuk menjadikan Malaysia negara lebih baik hati, Boost akan memberi sumbangan kepada Dapur Mesra PERTIWI untuk setiap 100 transaksi bayaran atas talian melalui app diorang dengan tujuan menyediakan bantuan makanan kepada golongan kurang berkemampuan Malaysia.

Untuk Malaysia yang lebih bersih pula, Boost berhasrat untuk menjalankan program pembersihan pantai. Kalau korang tak tau, Malaysia berada di tempat kelapan negera-negara dengan masalah pencemaran plastik di laut yang paling teruk. Untuk setiap 100 transaksi bayaran bil, korang boleh membantu membuang sebanyak 1KG sampah dari pantai-pantai kita sambil menjaga kebersihannya, serta juga menyumbang kepada pertubuhan Reef Check Malaysia.

Imej dari Reef Check.

Sebenarnya, abang-abang kitorang dekat CILISOS pernah tulis pasal usaha Reef Check dekat Pulau Tioman. Kalau korang tak tau, walaupun batu-batu karang di seluruh dunia semakin terjejas, batu-batu karang di Pulau Tioman pula… semakin sihat?! Pada tahun 2013, sebanyak 52% permukaan terumbu Pulau Tioman telah dianggarkan mempunyai perlindungan batu karang (berbanding dengan purata Malaysia yang dianggarkan sekitar 46%). Namun, menurut tinjauan 2017 pula, perlindungan batu karang di Pulau Tioman telah MENINGKAT ke hampir 60%!

Jadi ye la… kitorang pun seronok dengar Reef Check Malaysia akan menerima sumbangan daripada Boost dengan kempen ni, sebab kitorang pun dah lama sokong usaha diorang :)

Walaubagaimanapun, untuk Malaysia yang lebih adil pula, Boost akan berpakat dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam inisiatif Desa Pintar untuk menggalakkan keusahawanan antara golongan penduduk luar bandar serta membawa diorang ke dalam ekonomi digital. Di samping itu, Boost akan menyumbang kepada pembangunan pendidikan khas melalui kerjasama diorang bersama Kementerian Pendidikan dan Pertubuhan Sokongan IbuBapa Dyslexia Malaysia dengan setiap 100 transaksi “Imbas dan Bayar” melalui app diorang.

Agaknya, boleh la petani-petani tengok video internet sambil tunggu padi tumbuh. Imej dari Blogspot I Putu Eka Budi Antara.

Dan akhirnya, untuk Malaysia yang lebih sihat pula? Ni memang susah kot sebab sikit-sikit ada ayam goreng baru dekat sini la ataupun promo makan tengah hari dekat situ… Jadi, untuk setiap 100 transaksi tambah nilai prabayar, Boost akan memberi sumbangan kepada Yayasan MySTEMI di bawah Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia dengan tujuan membantu pesakit jantung mendapatkan rawatan terkini.

Kalau korang nak tau, semua inisiatif ni akan berlangsung sehingga 15 Oktober 2019. Jadi kalau korang nak bantu bersama, teknologinya dah ada dengan korang – korang hanya perlu muat turun aplikasi Boost sekarang dan buat bayaran-bayaran korang melalui app tu! Korang tak akan dikenakan apa-apa caj lebih pun… macam tu je, korang dah boleh bantu semua program-program ni.

Untuk tengok video penuh Boost, tekan sini.

Namun, lepas kempen ni tamat, ia tak bermaksud korang tak boleh menyumbang kepada negara Malaysia juga :) Walaupun secara kecil-kecil seperti menjaga kesihatan korang, ataupun memastikan korang jaga kebersihan pantai bila bercuti-cuti, kalau kitorang nak Malaysia yang lebih baik, kitorang mesti la bermula dengan diri kita sendiri!