4 fakta membanggakan pasal negara Malaysia yang ramai tak tahu sempena Merdeka

Tibanya 31 Ogos tahun ni, kita pun akan menyambut ulang tahun ke-62 Malaya mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British, sebelum menjelangnya ulang tahun ke-56 pembentukan negara Malaysia pada 16 September nanti. Sementara sekolah dan tempat-tempat kerja akan bercuti panjang pada hujung minggu ni, kebanyakan kita mesti akan meluangkan masa kita dengan cara masing-masing untuk menunjuk cinta dan penghargaan terhadap negara ni.

Cara apa lagi? Mesti la dengan tiduuuuur ?. Imej dari SAYS.

Tapi bagi yang masih belum bersedia merayai pesta patriotik ni, mohon korang beri kebenaran kepada kami kat Soscili untuk BOOST-kan semangat Merdeka korang dengan menceritakan sikit apa negara kita dah lalui sejak 62 tahun yang lepas. Jadi, marilah kita mulakan dengan…

Jauh perjalanan yang telah ditempuhi, namun masih jauh perjalanan yang perlu dijejaki ??

Kalau korang tertanya bagaimana prestasi Malaysia setakat ni, korang patut tau ada banyak yang kita boleh banggakan. Tahun lepas, KDNK (PPP) per kapita Malaysia dianggarkan bernilai $32,345 menurut perangkaan Kementerian Kewangan, iaitu setanding dengan negara-negara Eropah seperti Portugal, Poland dan Hungary. Malah, sepanjang tiga dekad yang lepas, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah mengalahkan negara-negara maju di Barat!

Garis Malaysia biru sebab kitorang bagaikan ombak menerpa pantai ?. Imej dari Bloomberg.

Kebanyakannya adalah berpunca daripada dasar perindustrian Malaysia, terutamanya dalam bidang pembuatan alat elektronik. Kini, Malaysia berada di kedudukan keenam antara pengeksport litar elektronik terbesar, kedudukan kesembilan antara pengeksport peranti komputer terbesar, serta juga merupakan pengeluar sel suria photovoltaic ketiga terbesar di dunia!

Segala pencapaian ni cumalah contoh-contoh bagaimana teknologi dan inovasi dah semakin berkembang dalam memudahkan hidup rakyat Malaysia. Lagi-lagi, ada juga syarikat-syarikat tempatan seperti Boost yang beroperasi sejak dua tahun lepas dengan misi membantu rakyat Malaysia menjalani gaya hidup unik dengan menyediakan kemudahan bayaran tanpa tunai.

Cuba bayangkan bila dah tiba masanya di mana korang boleh bayar makan kat mamak tanpa tunai :’). Tangkapan skrin dari Boost.

Jadi sempena Hari Merdeka ni, mesti ramai antara kita yang tertanya-tanya bagaimana lagi negara indah Malaysia kita masih boleh diperbaiki dan ditambah baik. Oleh itu, kawan-kawan kitorang dekat Boost telah mengeluarkan video untuk membuat kita berfikir pasal segala kehendak kita untuk Malaysia – adakah kita nak Malaysia yang lebih bersih? Malaysia yang lebih adil? Yang lebih sihat? Atau juga yang lebih canggih?

Jom la kita tengok sambil merenungkan soalan ni bersama-sama:

Jadi, perjuangan Merdeka kita se-negara haruslah diteruskan lagi ??

Kan semakin senang hidup kalau kita boleh bebas tunai? Imej dari Boost.

Kalau sepanjang 62 tahun ni, korang dah rasa bangga dengan segala pencapaian kita sejak Merdeka, mungkin korang juga boleh teruja dengan segala kemungkinan yang akan datang! Bagi kawan-kawan kami dekat Boost, masih banyak lagi yang perlu diorang buat untuk mencapai matlamat diorang dalam memerdekakan rakyat Malaysia daripada:

  • Wang tunai dan dompet-dompet besar, dengan membenarkan korang membuat transaksi bebas tunai ?
  • Berbaris panjang dekat bank dan mesin ATM, dengan membenarkan korang bayar terus secara atas talian ?
  • Pengurusan tunai lemah, dengan membenarkan korang menjaga perbelanjaan korang melalui e-dompet diorang! ?

Selaras dengan tu, Boost juga ingin mewujudkan suasana yang adil dan sama rata bagi setiap perniagaan, tak kira besar atau kecil. Oleh itu, diorang ingin mengalakkan peniaga-peniaga dan usahawan Malaysia menuju ke arah negara bebas tunai dengan menyediakan:

  • Sistem bayaran senang dan percuma, untuk memudahkan diorang menerima bayaran bebas tunai ?
  • Data dan analisis ke atas pelanggan, untuk mencekapkan operasi harian diorang ?
  • Promo dan pelanggan besar-besaran BOOST, untuk membawa perniagaan diorang ke tahap yang lebih tinggi! ?

Jadi, sempena musim patriotik Merdeka dan Hari Malaysia tahun ni, Boost dah bawa berita baik dengan menawarkan pelbagai jenis promosi dan diskaun di seluruh platform mereka, termasuk BoostMY Makan, BoostMY Shopping, BoostMY Lifestyle, BoostMy Travel, BoostMY Game, BoostMY Mission dan lain-lain lagi!

Banyak petul promo jadi, tunggu apa lagi? Jom la Boost-kan semua transaksi korang sempena musim Merdeka ni!

Maka, dengan tema Sayangi Malaysiaku untuk Merdeka pada tahun ni, marilah kita sama-sama Boost-kan negara, ekonomi, dan rakyat se-Malaysia kita ke arah yang lebih cerah, canggih dan cekap dengan meninggalkan dompet-dompet dan wang tunai kita pada zaman lalu, sambil berjalan ke masa hadapan dengan fon dan app e-dompet Boost!