Tayang cadar: Perbezaan tradisi Melayu dulu dan sekarang selepas ‘malam pertama’

Budak-budak sekolah ni confirm syok bulan September sebab banyak betul cuti! Ada Hari Keputeraan YDP Agong, Awal Muharram dan Hari Malaysia. Jadi akan ada banyak long weekend dan ramai keluarga dah merancang nak pergi bercuti ke mana-mana.

Selain tu, ramai juga pasangan mengambil kesempatan untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Senang cerita, weekend  ni banyak makan free la Alhamdulillah. Tapi cakap pasal kahwin ni kan, agak-agak sama tak prosedur sekarang dengan masa atuk nenek kita kahwin dulu?

Dulu ada upacara menyalakan rokok ke? Imej dari akuanakpahang.blogspot

1. Dulu kena merisik sebab arranged marriage, sekarang?

DULU: Sebelum cakap pasal kahwin (amboi tak sabar!), kita cakap pasal merisik dulu jom. Merisik ni merupakan step one untuk berkahwin, di mana pihak lelaki (perempuan pun boleh juga) hadir berjumpa dengan pihak perempuan untuk mendapatkan maklumat tentang perempuan ni. Masa ni lah nak tanya umur, kegemaran dan yang paling penting, dah berpunya ke belum.

Dulu, rombongan merisik ni datang mengejut tau takde nak roger-roger dulu ke apa. Ini bertujuan supaya perempuan ni tak berselindung apa-apa. Selalu, mak pihak lelaki akan buat spotcheck dengan tengok tandas, dapur dan bilik perempuan ni kemas ke tak. Kemahiran perempuan untuk membaca Al-Quran juga akan diujiKalau tak lepas, kira tipis ah peluang dia buat perempuan ni jadi menantu.

Hmmm acano ni? Imej dari Indonesia pasti bisa.

Selepas menyatakan hajat semua, barulah ditanya kepada pihak perempuan sama ada terima atau tolak rombongan ni. Kalau tak on, kira pulang tangan kosong ah. Tapi kalau on, diorang akan pergi ke step 2 iaitu bertunang, di mana hantaran serta tarikh pernikahan akan ditetapkan masa tu.

Hantaran dulu pun lebih simple dan buat sendiri. Antaranya ada sirih junjung, gula, garam dan manisan. Dari segi bilangan pula, selalunya bilangan yang ganjil dan perempuan akan lebih. Contoh kalau lelaki bagi 5 dulang, perempuan kena balas dengan 7 dulang macam tu.

Haaa ni lagi satu ramai tak tahu! Orang dulu suka ‘sorok’ tau hantaran dia. Tapi bukan la sorok kat bawah katil ke apa. Cumanya hantaran tu akan dibalut dengan kain batik atau pelikat supaya orang kampung takkan membawang dengan membandingkan hantaran tu dengan hantaran yang lain. #membawangsince1957

Orang dulu balut hantaran. Korang rasa apa kat dalam? Imej dari Facebook.

Tapi tu dulu, sekarang ada ke lagi merisik ni? Ada ke lagi yang berbalas pantun untuk memetik bunga di taman itu semua?

SEKARANG: Kita kena tahu, dulu kebanyakan perkahwinan diaturkan oleh ibu bapa, di mana ada pasangan yang hanya pernah berjumpa masa nak meminang je. Tapi sekarang sebab dah moden, ramai pasangan sudah berkenalan dan bercinta lebih awal. Malah ibu bapa juga ada yang sempoi sehingga ingin berjumpa dengan teman lelaki/wanita anak mereka malah mengajak mereka untuk menyertai aktiviti keluarga.

Bagi sesetengah ibu bapa, ini lebih baik dari mengongkong anak mereka sampai ada yang nak kahwin lari dan hamil anak luar nikah. Selain itu, tindakan ini juga membolehkan anak mereka untuk mencari calon yang lebih sesuai dengan kehendak diri. Jadi kini, tak banyak pasangan yang buat merisik ni sebab memang dah kenal masing-masing. Tapi ada juga yang buat atas dasar adat walaupun dah kenal sebenarnya.

Rombongan meminang. Imej dari Orang Perak.

Hantaran pun sekarang dah mewah dengan hiasan dulang tu je dah cecah ratusan ringgit! Ada nak letak bunga segar la, sangkar la dan bermacam lagi jenis hiasan. Hantaran itu sendiri pula dah tak main dah gula garam ni. Ada yang bagi telefon pintar, beg tangan berjenama malah bagi kucing pun ada tau! Kalau dia tak tahan nak terkencing masa akad nikah tu macam mana la gamaknya ya?

Tapi ada dua orang perempuan ni dilihat sedang cuba untuk menghidupkan semula tradisi membalut hantaran ni. Ilham Bilaa dan Syaza untuk memulakan perniagaan Hidden Hantaran ni datang bila diorang sendiri nak kahwin dan nak elakkan orang membawang la basically.(Disclaimer: Artikel ni akan ada banyak perkataan membawang)

Jom kita ikut diorang hidupkan balik tradisi membalut hantaran ni! Imej dari Locco.

Okay selesai merisik dan meminang, jadi tiba pula acara pernikahan. Ada tak apa-apa acara sebelum bernikah ni? Kita kan kaya adat.

2. Pengantin perempuan kena tunjuk darah dari kemaluan kat mak ayah untuk buktikan dara dia!

DULU: Sebelum pernikahan, selalunya akan ada malam berinai, bukan satu, tapi tiga malam berinai! Kita mulakan dengan berinai curi di mana ia dilakukan tiga malam sebelum pernikahan dan hanya untuk keluarga terdekat sahaja. Kemudian esoknya, akan diadakan pula berinai kecil dan hanya untuk jiran tetangga dan sahabat handai pengantin. Tiba malam sebelum pernikahan, diadakan pula berinai besar di mana keluarga pihak pengantin lelaki akan dijemput untuk majlis ini.

3 malam… tanpa bintang… Imej dari Shazam.

Semasa itu juga pengantin perempuan akan dijaga oleh emak pengantin (bukan ibu sebenar) yang merupakan mak andam. Dia akan melakukan upacara berandam dan berasah gigi. Rambut perempuan di dahi dan bulu kening perempuan akan dicukur dan giginya akan diasah menggunakan batu supaya rata dan berkilat. Kemudian, dia akan diberikan buah pinang untuk digigit. Sambil melakukan ini, mulut emak pengantin akan terkumat-kamit membaca mantera.

Pada pagi selepas malam pertama, emak pengantin kemudian akan meminta kain putih yang mempunyai darah pecah dara. Kain tersebut kemudian akan ditunjukkan kepada ibu bapa kedua-dua belah pengantin. Kalau tak ada darah maknanya perempuan tu tak suci dan pernah terlanjur!

Siti: Ni dia mak, bukti Siti ni anak dara! Imej dari mimherba.com

Tapi kalau semua okay dan tak ada masalah, majlis akan diteruskan dengan mandi limau, di mana pengantin akan duduk di pelamin dengan berpakaian Melayu biasa dan dimandikan air limau oleh emak pengantin. Banyak betul kerja mak andam dulu ye?!

SEKARANG: Tidak dinafikan, budaya barat sememangnya mempengaruhi gaya hidup rakyat Malaysia sama ada secara positif atau negatif. Contohnya dulu kita ada #kekechallange , #icebucketchallange dan banyak lagi lah challange yang dimulakan oleh mereka.

Di sana masa sebelum perkahwinan, akan diadakan bachelorette party untuk bakal pengantin perempuan (bachelor party untuk pengantin lelaki). Kalau di barat, semasa parti ni mereka akan mengupah penari bogel untuk ‘menghiburkan’ bakal pengantin ni dengan buat lap dance dan sebagainya sambil meminum arak. Tujuan demikian adalah sebab ini merupakan malam terakhir bakal pengantin tersebut berstatus bujang dan ‘bebas’.

Orang Melayu punya takde camni kot? Imej dari Herz Hamburg.

Tapi kat Malaysia takde la sampai upah penari bogel ni! Sebaliknya, mereka akan makan di restoran yang fancysleepover di rumah atau hotel, buat rawatan kuku sama-sama dan sebagainya. Tapi yang selalunya buat ni kaum perempuan lah, ke lelaki pun ramai yang buat? Cuba habaq sikit.

Malam berinai tu masih ada tapi kebanyakan pasangan buat berinai besar sahaja. Lagi, sekarang mak andam hanya bertugas untuk menyolek dan mendandan pengantin sebab pengantin moden lebih suka pergi ke spa dan membuat rawatan muka dan mandi lulur.

3. Wedding planner mengambil tempat orang kampung merewang

DULU: Persiapan majlis perkahwinan banyak dilakukan oleh ahli keluarga di mana merekalah yang menghias dulang hantaran, membawa dulang tersebut semasa pernikahan, menjaga kebajikan pengantin, tolong jadi runner dan sebagainya. Bila masauntuk persiapan makanan, keluarga akan buat hebahan ke kampung untuk meminta tolong penduduk untuk sama-sama merewang.

Ahmad Maslan pun suka merewang tau. Imej dari twitter

Lokasi majlis pernikahan dan walimatul urus juga selalunya akan diadakan di masjid dan rumah pengantin. Upacara dia juga simple dan tak banyak protokol. Selesai semuanya, penduduk kampung sekali lagi akan merewang untuk membersihkan kawasan, membasuh pinggan dan sebagainya.

Lagi satu rewang ni selain murah, ia juga merapatkan silaturahim antara penduduk. Orang nak ponteng rewang ni pun takut juga sebenarnya sebab takut contoh anak dia kahwin nanti, tak ada orang nak tolong ha sudah!

SEKARANG: Tapi sekarang, usahawan melihat upacara perkahwinan ni boleh jadi satu perniagaan yang menguntungkan. Kebanyakan pengantin sekarang menggunakan khidmat wedding planner sebab tak payah pening-pening nak buat semua kerja. Kita hanya datang ukur baju dan bawa badan je masa kahwin nanti.

Tajuk cerita Melayu tak pernah ‘bosan’ kan? Imej dari Dailymotion.

Majlis perkahwinan sekarang juga penuh dengan protokol seperti tayangan video, ucapan pengantin, upacara memotong kek dan bergambar serta macam-macam lagi. Member-member pengantin juga banyak memainkan peranan dalam majlis perkahwinan. Antaranya, menjadi bridesmaid, dulang boys/girls dan pengapit. 

Cakap pasal protokol ni, korang perasan tak sekarang dah tak banyak orang buat menepung tawar?

4. Menepung tawar ditukar dengan salam restu sebab dikatakan amalan khurafat?

Di renjis renjis di pilis
Di tepungi lah tawar
Hai beras kunyit di tabur
Disiram si air mawar…

DULU: Rasanya semua tahu lagu nyanyian R Ismail ni kan? Liriknya menceritakan tentang upacara menepung tawar, satu upacara yang diamalkan masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Tapi dari mana asalnya menepung tawar ni?

Mesti rangup tangan pengantin kalau pakai tepung ni. Imej dari Mydin.

Upacara ni dikatakan berasal dari Indonesia yang menganuti agama Hindu pada masa itu. Menepung tawar sinonim dilakukan ketika dulu ketika kelahiran anak, masuk rumah baru, buka jalan baru dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk mengahalau semangat jahat dan mengelakkan malapetaka.

Ramuan dalam menepung tawar ni macam-macam dan berbeza mengikut tempat, tapi selalunya mesti ada beras dingin, beras kunyit dan bunga rampai. Semua ramuan ni ada signifikan dia tau! Contohnya beras dingin digunakan kerana dikatakan boleh menyejukkan hati dan memberikan kesabaran.

Mengikut hukum, haram menepung tawar sekiranya kita berniat melakukannya untuk membuang sial dan malapetaka sebab khurafat. Lagi, sekiranya kita melakukannya untuk mengikut budaya masyarakat lain, hukumnya juga haram sebab diibaratkan membudayakan budaya orang kafir ke dalam sunah walimah.

Imej dari Harian Metro.

SEKARANG: Oleh sebab itu, di majlis perkahwinan sekarang kita lihat ramai keluarga hanya melakukan upacara salam restu dengan pengantin. Selain itu, salam restu juga dilihat menjimatkan masa dan bebas dari unsur tahyul. Ada juga yang dilihat mengekalkan adat dengan meletakkan barang menepung tawar di atas pelamin, tapi hanya sebagai perhiasan semata-mata.

Adat VS Agama: Nak jaga hati mak ke agama?

Walaupun rukun nikah dalam Islam tidak pernah berubah sejak zaman nabi lagi, kita dapat lihat bagaimana adat dan peredaran masa mempengaruhi serba sedikit format perkahwinan di Malaysia.

Tidak dinafikan yang penambahan baru seperti dulang boys/girls dan bachelor party ni meningkatkan kos perkahwinan sehingga ada yang sampai sanggup berhutang dengan ah long. Pasangan perlulah berbelanja mengikut kemampuan dan bijak sebab lepas kahwin, lagi banyak duit nak pakai tau!

Betul! Sebab tu kami sendiri pun ramai yang bujang ni lol. Takde yang nak PM kami ke huuuuu. Imej dari Kosmo

Islam juga tidak pernah menyuruh penganutnya berbelanja boros, malah masa Rasulullah kahwin dulu pun, dia hanya hidangkan kurma dan susu saja pada tetamu.

Tapi perkahwinan ni merupakan satu upacara yang menjalinkan hubungan bukan saja antara pengantin, tapi juga orang lain. Malah, kita juga dapat pahala kalau buat walimatul urus ni sebab ia merupakan sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad). Tapi make sure korang dalam bajet guys!

About Afiq Jamsari 11 Articles
Hotel yang sama, Harga yang sama?