5 keberanian Erdogan selain daripada perbalahan tentang kejatuhan Lira sekarang

Baru-baru ni, kita dikejutkan dengan kejatuhan matawang Lira dari Turki. Puncanya, Trump menaikkan cukai logam dan aluminium keluaran Turki sehingga 50 peratus! Disebabkan keluli adalah antara eksport Turki ke US yang penting, maka ramai pelabur yang menarik diri dari pasaran Turki dan menyebabkan permintaan terhadap Lira menyusut teruk. 

1 Lira yang sebelum ni lebih kurang RM 1.25, jatuh kepada RM0.67 setakat 20 Ogos 2018. Imej dari Google Converter

Krisis ekonomi Turki jadi semakin teruk akibat serangan ‘yang disengajakan’ Amerika Syarikat tu. Jadi, Pakistan pula beberapa hari yang lepas melancarkan kempen ‘membeli lira Turki’ sebagai solidariti, mengikut jejak langkah Iran dan Qatar menukarkan dolar Amerika kepada Lira. Manakala rakyat Turki sendiri pula membakar Dolar Amerika sebagai tanda protes terhadap Trump.

Kalau korang ada dollar Amerika sekarang, korang mampu nak buat benda sama? Imej dari birgun.net

“Serangan ke atas ekonomi kami sama sekali tiada beza­nya dengan serangan terhadap bendera dan laungan azan. Matlamatnya adalah sama. Matlamatnya ialah untuk menundukkan Turki dan rak­yatnya.

“Bagi sesiapa yang berfikir bahawa mereka boleh membuatkan Turki tunduk dengan serangan ini, mereka sebenar­nya silap,” – Erdogan, dipetik dari Kosmo.

Ni bukanlah kali pertama Erdogan menunjukkan keberaniannya terhadap Barat, malah kebanyakan darinya agak berkait…

1. Tak tunduk dengan Trump, dan dalam masa yang sama bertindak balas terhadap Amerika

Kalau korang follow story kejatuhan Lira ni, korang akan tahu yang Trump buat macam tu terhadap Turki bila Erdogan tak nak lepas, dan pulangkan Andrew Brunson kembali pada Amerika.

Andrew yang dilepaskan dari penjara, dan kemudiannya dikenakan tahanan rumah. Imej dari washingtontime

Andrew merupakan pastor Kristian berwarganegara Amerika yang ditahan polis Turki sejak Oktober 2016, atas tuduhan terlibat dalam percubaan rampasan kuasa (kudeta) Turki pada pada Julai tahun yang sama.

Percubaan kudeta Turki yang gagal pada 15 hingga 16 Julai 2016. Imej dari worldinwar.eu

Dah la buat masalah besar nak rampas kuasa Turki, lepas tu ingat senang-senang je nak bagi lepas? Disebabkan keengganan Erdogan ni la Trump ambil kesempatan melakukan serangan ekonomi pada negara Eurasia ni. 

Padahal tahun lepas Erdogan pernah minta Trump untuk serahkan Fethullah Gulen, seorang ulama Turki yang turut dikaitkan dengan percubaan kudeta tu. Fethullah dikaitkan dengan kumpulan yang yang diisytiharkan sebagai sebuah kumpulan militan, Fethullah Gulen Terrorist Group (FETO) oleh kerajaan Turki. Tapi, Amerika sendiri tak nak bagi orang yang dikehendaki Turki tu.

Fetullah Gulen, pengasas gerakan Hizmet yang sangat berpengaruh di Turki dan luar negara. Pernah rapat dengan Erdogan, tapi tidak kemudiannya. Imej dari dw.com

Disebabkan kedua-dua pemimpin ni tak nak mengalah, jadi, bermulalah perang ekonomi antara Amerika dan Turki. Trump naikkan harga keluli dari Turki, manakala Turki pula naikkan harga kereta dan barangan alkohol serta  tembakau dari Amerika Syarikat.

Trump dan Amerika bukanlah satu-satunya negara yang Erdogan tak bagi muka, sebab…

2. Pernah kutuk Israel depan-depan presiden negara tu sendiri

Masa dia masih lagi jadi Perdana Menteri Turki pada 2009, Erdogan pernah selamba je sound Israel masa di World Economic Forum di Davos, Switzerland terhadap apa yang berlaku di Gaza masa tu. Malah, dia menyatakan pendiriannya terhadap Palestin.

Dia juga memetik nama-nama orang Israel sendiri, contohnya macam Gilad Atzmon yang mengakui kebiadapan Israel adalah jauh melampaui semua kekejaman yang wujud sekarang ni. Malah, dia juga memetik Avi Shlaim, iaitu Professor Hubungan Antarabangsa di Universiti Oxford yang menulis di Guardian, mengatakan pemimpin Israel sebagai tak bermoral. 

Disebabkan ucapannya yang panas dan semua tak tahan telinga mendengar kebenaran yang ada, moderator yang duduk sebelah dia siap beberapa kali tepuk bahu dia supaya dia berhenti memalukan presiden Israel yang ada betul-betul disebelahnya.

Erdogan yang berang dengan perkara tu kemudian mempersoalkan, kenapa dia cuma bercakap selama 12 minit, dan Peres pula dibenarkan berucap selama 25 minit. Erdogan kemudiannya mengemas semua teks di atas meja dan terus meninggalkan pentas, sebelum memberitahu yang dia takkan datang lagi ke Davos.

Erdogan yang sedang mempertahankan Palestin, dan Presiden Israel, Shimon Peres (kanan) yang berucap sebelumnya. Imej dari NY Times

Malah, Erdogan sempat bagi kritikan tajam terhadap orang-orang yang bertepuk tangan masa Shimon Peres berucap yang dirasakannya adalah salah dan tak berperikemanusiaan.

Memalukan kalian bertepuk tangan terhadap orang ni (Shimon Peres), padahal Israel telah membantai ribuan kanak-kanak dan wanita di Gaza…” – Erdogan, sebelum keluar dari dewan.

Erdogan mengkritik moderator, David Ignatius yang gagal mengawal panel yang nampaknya tak seimbang dan berat sebelah. Peres pula dikatakan menghubungi Erdogan beberapa kali dan meminta maaf.

Erdogan pula disambut rakyatnya apabila tiba di lapangan terbang. Mereka melambaikan bendera Turki dan Palestin dan melaungkan: “Turki berbangga dengan kamu.” Imej dari gulfnews.com

3. Sanggup putuskan hubungan diplomatik dengan Israel bila Baitulmaqdis diiktiraf sebagai ibu negara Israel

Selain Amerika, Israel yang dulu boleh dikatakan rakan paling baik dengan Turki berbanding negara-negara Arab yang lain tu pun Erdogan boleh pandang sebelah mata je.

Masa kes Trump nak pindahkan kedutaan Amerika Syarikat ke Baitulmaqdis tahun lepas, Erdogan la pemimpin Islam pertama yang menempelak keputusan Trump tu. Sebabnya, dah elok-elok ada kat Tel Aviv, apahal nak pindah ke Baitulmaqdis yang merupakan tanah Palestin?

Datuk Bandar Nir Barkat, bergambar pada pembukaan Duta US di Baitulmaqdis. Imej dari malaysianaccess

Erdogan pula memang dikenali sebagai seorang yang ada soft spot terhadap Palestin. Erdogan pertahankan Palestin, dan mengatakan Baitulmaqdis adalah garis merah buat umat IslamTapi nampaknya Amerika dan Israel tak peduli pun, mereka teruskan rancangan. Yang ni la salah satu punca perbalahan antara Erdogan-Trump yang nampaknya terbawa-bawa sampai sekarang ni.

Erdogan sekali lagi tak bagi muka dengan Israel walaupun Turki sendiri pun dah berapa kali putuskan hubungan diplomatik dengan Israel sejak dia mentadbir. Kalau nak diikutkan, Israel dan Turki baru je pulihkan hubungan diplomatik antara dua negara tu pada 2016.

9 aktivis terbunuh, selepas tentera Israel serang Freedom Flotilla di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean. Israel selamba je kata mereka tembak untuk mempertahankan diri. Imej dari dailymail.co.uk

Sebabnya Turki pernah putuskan hubungan dalam protes pembunuhan sembilan aktivis Turki di Palestin pada 2010, iaitu dalam pertempuran dengan komando Israel di atas kapal yang cuba menghancurkan sekatan Israel di Gaza. Dalam kes tu, dia juga memaksa Israel meminta maaf kerana kapal Marmara yang ditembak Israel.

4. Bersuara terhadap golongan tertindas dan pelarian seluruh dunia Islam

Selain Palestin, Erdogan juga sangat mengambil berat pasal kes pelarian dan golongan tertindas macam Bosnia dan Myanmar. Jadinya, dia sendiri pernah telefon pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi. Dalam perbincangan tu, Erdogan mengutuk pelanggaran hak asasi di mana Myanmar menyasarkan minoriti Islam Rohingya sebagai mangsa. 

“Ni tak boleh pakai”. Imej dari aa.com

Myanmar memang dah lama mengalami tekanan dari negara-negara dengan penduduk Islam yang besar. Kita semua dah minta supaya tentera Myanmar hentikan keganasan terhadap kaum Muslim Rohingya. Mana taknya, setakat tahun lepas, sekurang-kurangnya 400 orang terbunuh dan hampir 125,000 melarikan diri ke Bangladesh dalam serangan ganas yang menimpa kumpulan minoriti tu selama beberapa tahun kebelakangan ni.

Macam-macam cara mereka larikan diri, sampaikan ada yang terpaksa menyeberangi sungai bersempadan dengan Myanmar. Imej dari haaretz.com

Erdogan kata, pelanggaran hak asasi manusia ke atas Muslim Rohingya tu ‘amat membimbangkan’ seluruh dunia. Tambahan lagi, Turki mengutuk keganasan dan operasi ke atas orang awam tidak berdosa, malah merupakan satu krisis kemanusiaan yang serius.

Memang ironi lah sebab Aung San Suu Kyi tu pernah terima Anugerah Nobel Keamanan pada 1997, tapi dia tak ‘walk the talk’. Perkara ni juga menyebabkan ada beberapa petisyen dibuat supaya anugerah nobelnya ditarik balik. Manakala salah satu anugerah Freedom of City yang diberikan oleh Universiti Oxford yang terkemuka tu berjaya ditarik balik.

Aduh, pengsannnn. Imej dari newschanne;

Bukan setakat tu je, dia juga pernah stand up masa Mesut Ozil dikutuk masa World Cup pertengahan tahun baru-baru ni. Erdogan dengan lantangnya mengutuk persatuan bola sepak Jerman yang nampaknya rasis dan tak menghormati pemain bola sepak Arsenal yang dah memberikan yang terbaik untuk pasukan kebangsaan Jerman.

Saya orang Jerman masa kami menang, tapi dianggap imigran masa kami kalah” – Mesut Ozil, mengundurkan diri sebab kritikan berunsur perkauman tentang darah Turki yang dimilikinya.

Sebenarnya jadi isu sebelum World Cup lagi bila Ozil jumpa Erdogan. Padahal ada je beberapa pemain lain sama tapi diorang tak kena. Imej dari guardian

5. Mengaku diri sebagai seorang sekularis, tapi masih berjaya menerapkan Islam di Turki

Asyik nampak dia ni berani dengan dunia luar je, macam mana pulak Erdogan terhadap rakyat sendiri? Apa sumbangan dia terhadap Turki?

Dia berjaya mendamaikan dua bahagian Cyprus yang bertikai, menghentikan pertumpahan darah, dan berbaik dengan Etnik Armenia merupakan minoriti Kristian di Turki, sehingga menyelesaikan permasalahan yang dah lama berlaku.

Memperingati peristiwa tragis yang berlaku semasa Perang Dunia I di Empayar Uthmaniyyah ketika, ketika lebih dari satu juta orang Armenia terbunuh atau mati kelaparan. Imej dari sputniknews.com

Malah ketenteraan Turki yang memang diketahui sebagai antara yang terkuat dalam dunia, dan mampu untuk membuat menundukkan kudeta selama 4 kali sejak 1960 . Semasa partinya, AKP menguasai parlimen negara, mereka berjaya membuat referendum untuk mengubah undang-undang, mengurangkan pengaruh ketenteraan sedikit demi sedikit.

Selain daripada pelbagai kemajuan yang dinikmati rakyat Turki sekarang, salah satu yang paling hebat adalah Islamisasi yang diterapkan semula pada negaranya selepas hampir 90 tahun ‘dijajah’ sekular. Erdogan banyak melakukan transformasi Islamisasi menerusi pindaan perlembagaan, perubahan dalam angkatan tentera termasuk bidang kuasa mereka dan juga pemikiran rakyat sejak pemerintahannya.

Kalau dulu sesiapa yang baca Al-Quran boleh kena tangkap, kali ni mereka dah boleh tarik nafas lega. Imej dari reuters

Dia kembali menghidupkan pengajaran Al Quran dan Hadith di sekolah-sekolah yang dulunya diharamkan, membenarkan kebebasan berhijab di kampus-kampus Turki dan parlimen, dan segala perkara tentang Islam yang dihapuskan oleh pemerintah sekular terdahulu. Walaupun empat presiden sebelumnya gagal, Erdogan nampaknya berjaya apabila mengambil beberapa pendekatan berlainan.

Mungkin ada antara korang tertanya-tanya, Turki ni negara Islam atau masih sekular? Sebab, wujudnya fahaman sekularisme yang diperkenalkan Kamal Ataturk sejak empayar Islam Uthmaniah digulingkannya pada 1925.

Siapa sebut nama aku tadi?

Kamal Ataturk dah lama mati. Tapi fahaman sekular yang dibawanya sebenarnya masih agak kuat pada hari ni. Bagi yang tak tahu, di Turki, ada tentera (Turk Silahli Kuvvetleri) berperanan sebagai penjaga sekularisme dalam Perlembagaan. Mereka akan bertindak terhadap sesiapa sahaja yang dikira telah melanggar prinsip sekularisme yang sekali gus dianggap telah mengingkari Perlembagaan Turki.

Dalam Perlembagaan Turki mentakrifkan sebarang elemen selain sekularisme yang boleh ditafsirkan sebagai ideologi, dianggap bercanggah dengan Perlembagaan Turki. Sesiapa yang melanggar Perlembagaan akan dikenakan tindakan undang-undang. Malah dia punya sekular ni dikatakan lagi keras berbanding negara-negara Barat yang ada. Tapi, macam mana Erdogan boleh bawa perubahan Islamisasi kepada negaranya?

Erdogan sebenarnya belajar dari sejarah Turki yang lepas, di mana Perdana Menteri Turki yang ke-9 pernah digantung mati sebab mengaku sebagai Islamis. Malah, pengaruh Adnan Menderes ni la yang melahirkannya sebagai siapa dirinya sekarang dan memperbaiki islamisasi dari dalam. 

Klik sini untuk baca pasal Adnan Menderes. Imej dari Soscili.my

Pemimpin yang mempunyai penyokong yang sanggup berkorban bersama untuk negara

Tahap sayangnya Erdogan kepada negaranya, dia pernah diketawakan pemimpin dunia yang lain apabila dia kutip bendera Turki yang berada di lantai, dan masukkan ke dalam poketnya semasa G20 Rusia, Summit 2009, di Turkmenistan dan beberapa event lain.

Imej dari Dailysabah.com

Nampak macam benda yang simple, tapi itu adalah semacam satu peringatan yang Turki letaknya bukan dibawah, yang boleh diperkotak-katikkan dan dipijak-pijak oleh Barat dan sekutunya.

Semangat cintakan tanah air yang ditunjukkan oleh Erdogan nampaknya turut diikuti rakyatnya yang turun padang selepas diberitahu tentang percubaan rampasan kuasa, melalui Facetime. Dalam ucapannya, Erdogan menyeru pada rakyat Turki untuk mempertahankan negara dan demokrasi mereka. Beribu-ribu orang awam berkumpul di jalan-jalan dan dataran di sekeliling Anatolia untuk menentang rampasan kuasa hanya berbekalkan alatan dapur sebagai senjata.

Rakyat Turki yang membantai askar-askar Turki yang terlibat dalam percubaan kudeta 2016. Imej dari breitbart.com

Kudeta berdarah tu juga menyaksikan sekurang-kurangnya 241 orang terbunuh dan lebih daripada dua ribu orang cedera. Tapi, mereka berjaya menghalang kejatuhan kerajaan Turki seperti yang pernah berlaku beberapa kali sebelum ni. Jelas, ia menunjukkan yang kekuatan negara terletak pada rakyat, dan bukan senjata semata-mata. 

“Perjuangan itu kini menjadi contoh kepada rakyat di negara lain. Rakyat Turki yang tidak gentar kepada senjata yang diacukan kepada mereka oleh pengkhianat akhirnya memperoleh kemenangan pada malam 15 Julai itu.

“Menerusi kejayaan itu, rakyat Turki bukan setakat menumpaskan cubaan rampasan kuasa terbabit, malah menyelamatkan maruah dan reputasi demokrasi seluruh dunia,” – Recep Tayyip Erdogan, dalam ucapannya memperingati ulang tahun kedua tragedi cubaan rampasan kuasa baru-baru ni.

Imej dari wired.com