Cerai sebab suami langgar kontrak kahwin? Ni jenis-jenis cerai dalam Islam

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan pembentangan Hannah Yeoh selaku Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga berkenaan sebab-sebab perceraian berlaku. Banyak daripada sebab-sebab tu memang tak masuk akal (nanti kita sembang banyak). Bagi yang dah berkeluarga tu – bolehlah korang baca artikel ni, kalau punca-punca perceraian yang bakal kitaorang sebut ni korang tengah hadapi, baik korang betulkan awal-awal.

Untuk tengah bujang memanjang pulak – dah, usap air matamu bebeh. Korang pun boleh baca artikel ni, bolehlah korang tahu siap-siap benda yang korang wajib elakkan kalau nak kahwin nanti. Sebabnya sebelum kahwin semuanya indah belaka, wajah pasangan kita bak putera raja dan Puteri Gunung Ledang. Lepas dah beberapa tahun tinggal bersama – tengok muka pasangan pun dah macam tengok muka zombie.

Sebelum kahwin, semuanya manis. Kentut pun wangi. Bila dah kahwin? Imej dari Giphy

Sebelum tu, korang tahu tak…

Kes cerai kat Malaysia dah jadi makin serius, dah cecah 100k kes

Kalau korang nak tahu – masalah perceraian semakin teruk sejak akhir-akhir ni. Kalau korang nak cari statistik terbaru perceraian memang korang takkan dapat, sebab diorang keluarkan statistik hujung tahun ni. Dalam satu laporan tahun 2017 – dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ni, perceraian yang babitkan orang Islam je dah cecah 171,252 kes! Lebih 100K weh orang bercerai.

“Penyelesaian segera perlu diusahakan bagi memperbaiki semula kerapuhan institusi keluarga Islam dan mengukuhkan kembali konteks sosial masyarakat. Usaha ini perlu dibuat bersungguh-sungguh agar struktur sosial masyarakat boleh diperkukuh kembali seterusnya akan memberi kesejahteraan kepada negara,” – Dr. Mohd Farid Mohd, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), dipetik dari UTUSAN

Nasib baik abang Obama tak kena cerai. Imej dari Giphy

Dalam satu kes kat Terengganu, ada pasangan yang cerai tak sampai 24 jam pun berkahwin. Kalau ikut Ketua Hakim Syarie Terengganu – pasangan berusia di antara 26 hingga 30 tahun yang paling ramai cerai, dan kebanyakan pasangan ni kahwin tak cukup pun 5 tahun. Sebab itulah bab kahwin ni, korang jangan main-main, bukan hangat-hangat tahi kambing. Chewah, dah macam kaunselor perkahwinan pulak kami!

“Fasa perkahwinan belum matang dalam tempoh lima tahun, menyebabkan ramai pasangan memilih perpisahan sebagai penyelesaian masalah yang sebahagian besarnya berpunca daripada ketidaksefahaman dan kewangan. Daripada segi jantina pula, 67 peratus yang memohon perceraian di mahkamah adalah wanita, manakala 33 peratus difailkan lelaki,” – Wan Mohd Zakri, Ketua Hakim Syarie Terengganu, dipetik dari BH

Korang janda ke duda? Imej dari CARI Infonet

Ada 5 jenis cerai kat dalam Islam yang ramai tak tahu

Bila kita sembang tentang cerai, ramai je sebenarnya tak faham yang dalam Islam ni sebenarnya banyak jenis cerai. Benda ni adalah benda basic dalam Islam, lebih-lebih lagi kalau korang dah berkahwin atau ada perancangan nak kahwin. Hari ni kitaorang akan cerita tentang lima jenis talak dalam Islam. Kitaorang akan terangkan dengan simple, so takdelah korang rasa macam kat dalam kuliah subuh.

Proses cerai kat Malaysia. Imej dari Kelab Mama
1. Cerai talak, cerai yang paling selalu kita dengar

Cerai talak ni simple. Bila suami dan isteri setuju untuk berpisah. Tak pun, suami lafazkan cerai kepada isteri. Untuk pengetahuan korang – cerai talak ada dua jenis; talak sharih (langsung) atau talak kinayah (tak langsung). Bahasa mudahnya, cerai talak direct dan cerai talak tak direct.

2. Cerai Ta’liq, perjanjian masa korang tengah kahwin

Korang pernah tak buat apa-apa perjanjian? Masa kahwin pun sebenarnya boleh buat perjanjian – contohnya suami kena benarkan isteri tengok Doraemon setiap hujung minggu. Lafaz perjanjian ni kena diungkapkan masa akad nikah. Itu contoh simple ah. Selalunya perjanjian tu libatkan masalah kalau suami tinggalkan isteri tanpa beri nafkah.

Kalau terbukti suami langgar perjanjian, isteri boleh beritahu mahkamah dan pasangan tu boleh bercerai secara Ta’liq.

Baca perjanjian kahwin tu betul-betul, bukan macam baca time install software. Imej dari Giphy
3. Cerai Khuluk, isteri bagi harta kat suami

Cerai khuluk ni pun agak simple. Si isteri akan berikan suami harta atau duit sebagai pampasan supaya suami nak lafazkan talak cerai. Cerai jenis ni akan dimasukkan dalam kategori cerai ba’in sughra. Maksudnya, suami tak boleh rujuk isteri dalam tempoh iddah (4 bulan 10 hari). Dia kena tunggu tempoh tu habis – barulah suami tu boleh pinang dan nikah semula dengan bekas bini dia.

4. Cerai Fasakh, hakim putuskan perkahwinan korang dibubarkan

Cerai fasakh ni akan libatkan pihak ketiga – hakim kat mahkamah. Hak untuk fasakh ni ada pada isteri dan suami. Tapi, secara logiknya – suami buat apa nak guna? Dia bila-bila masa je boleh lafaz cerai. Selalunya binilah yang pergi mahkamah. Bila hakim dah confident si suami memang tak function – tak bagi nafkah, tinggalkan bini dan zalim kat bini, hakim boleh bubarkan perkahwinan.

Kentut suami busuk? Euw. Imej dari Giphy
5. Cerai Lian, cerai tuduhan zina

Cerai lian ni beza dengan cerai-cerai yang lain. Cerai ni berlaku bila suami confident isterinya berzina dengan lelaki lain tapi takde 4 orang saksi atau yakin anak yang tengah dikandung oleh isterinya tu bukan anaknya. Contohnya – diorang baru kahwin sebulan, tiba-tiba bini dia mengandung 4 bulan. Tak pun, diorang tak pernah bersetubuh, tapi bini dia dah mengandung.

So bila benda ni berlaku – suami kena lafazkan sumpah laknat (4 kali sumpah, sumpah kelima laknat diri dia kalau dia bohong). Kemudian bini dia pun akan bersumpah macam laki dia, sumpah untuk nafikan dia berzina. Bila benda ni terjadi – diorang dah tak boleh kahwin sampai kiamat.

Korang dah tahu jenis-jenis cerai, meh tengok sebab-sebab orang bercerai pulak…

Baru-baru ni Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh buat Parlimen kecoh bila dia sebut sebab-sebab berlakunya perceraian kat Malaysia. Banyak sebab yang dia berikan langsung tak masuk akal. Di antara punca cerai yang sebutkan oleh Hannah Yeoh adalah – bini basuh baju malam-malam, suka ikut rombongan dan bini suka makan kat dalam kereta.

“Antara punca utama dikemukakan menerusi Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) pada 2014 ialah kerana tiada persefahaman yang mewakili 56.2%, manakala isteri curang (11.8%) dan campur tangan mentua atau ipar (10%). Bagi wanita pula, sebanyak 38% menyatakan punca utama perceraian adalah kerana tiada persefahaman, diikuti suami curang (20.5%) dan suami tidak bertanggungjawab (15.2%),” – Hanna Yeoh, dipetik dari BHarian

Hannah Yeoh jangan cuci baju malam-malam eh! Imej dari MalaysiaKini

Kalau korang nak tahu – dua tahun lepas Jabatan Kehakiman Syariah Selangor keluarkan 23 sebab perceraian berlaku. Masa kitaorang baca laporan ni, kitaorang gelak guling-guling. Masa bercinta lautan api pun sanggup untuk direnangi, bila dah kahwin pasangan lupa flush tandas pun boleh sebabkan orang bercerai!

Ni haa 23 sebab tu. Korang rasa mana sebab apa yang paling tak logik? Cuba beritahu kitaorang.

  • Punggung isteri menggerutu.
  • Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
  • Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
  • Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
  • Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
  • Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
  • Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
  • Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
  • Berbeza fahaman politik.
  • Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
  • Gaji suami lebih rendah.
  • Isteri lambat menyediakan makanan.
  • Pasangan bangun tidur lewat.
  • Suami bekerja tidak tentu masa.
  • Anak demam dan tidak sihat.
  • Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
  • Pasangan terlalu cerewet.
  • Pasangan tidur berdengkur.
  • Pasangan gemar membeli-belah.
  • Suami tangkai jering (kedekut).
  • Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
  • Berebut rancangan televisyen.
  • Pasangan lupa pam tandas.

Kursus kahwin tak patut fokus cerita dalam kelambu

Bila kitaorang cerita pasal perceraian ni, seram gak. Yelah, kitaorang ni belum kahwin, ada yang nak try? Kitaorang guraulah. Masa Hannah Yeoh bentang tentang punca cerai – dia ada sebut gak tempoh 5 tahun pertama dalam perkahwinan adalah tempoh yang paling kritikal. Sebabnya 1 daripada 3 kes perceraian berlaku dalam tempoh 5 tahun terawal perkahwinan diorang.

Yessss! Gua kahwin! Imej dari CelahGelegar

Untuk pastikan pasangan yang belum berkahwin bersedia, kursus kahwin diadakan untuk beri ilmu kepada bakal pengantin. Cuma ada orang kata – kursus kahwin ni tak bagi banyak input, banyak sembang isu-isu “dalam kelambu bukannya ilmu perkahwinan yang penting.

So, kerajaan kena pastikan kursus ni betul-betul beri ilmu yang bermanfaat pada bakal pengantin. Kitaorang jugak dapat tahu – kerajaan tengah bincang untuk adakan kursus kahwin untuk pasangan yang non-muslim jugak. Korang dah hadir kursus kahwin belum? Apa pengalaman paling best korang kat kursus kahwin?

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka