Peranti radioaktif hilang di Malaysia? Ini yang berlaku kalau ia jatuh ke tangan pengganas!

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Minggu ni, ada sebuah berita yang agak menggemparkan di mana sebuah Peralatan Radiografi Perindustrian yang mengandungi bahan-bahan radioaktif didapati hilang sejak minggu lepas. Jadi, polis dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) sekarang ni risau kalau-kalau bahan radioaktif tu akan digunakan untuk membuat bahan letupan!

In case korang tak sempat baca sebab sibuk dengan persiapan Raya Haji, ni ha kitorang bagitau kronologi kes tu:

Infografik dari New Straits Times

Jadi, bahan radioaktif ni ada kat luar sana sekarang, dan kemungkinannya, ada dua kemungkinan situasi buruk yang boleh berlaku. Pertama, sesiapa yang jumpa benda ni tapi tak tahu apa akan buka, dan secara tak sengaja mendedahkan bahan radioaktif besar-besaran. Kedua, yang paling menakutkan adalah bahan radioaktif tu mungkin akan digunakan sebagai… bom kotor.

Wehhhh, jadi macam mana kalau Malaysia diletupkan? Adakah mereka yang hidup masih boleh meneruskan hidup di tanah bernuklear ni?

Ini ke Malaysia Baru? Imej dari store.steampower

Bom kotor ni TAK SAMA macam bom nuklear dan… bukankah ia digunakan untuk bunuh orang?

Ok, sebelum korang lari lintang pukang cari hazmat suit, korang pertama sekali kena tahu yang bahan radioaktif yang hilang ni tak boleh dijadikan bom nuklear. Ia hanya boleh dijadikan bom kotor, dan tak sama macam bom nuklear. 

Bom nuklear berfungsi melalui banyak tindak balas pembelahan nuklear yang sangat kompleks. Kejadian-kejadian seperti Hiroshima telah banyak memberitahu kami bahawa ia adalah senjata pemusnah besar-besaran. Setakat ni, tu je la yang kitorang boleh explain sebab kitorang takde ahli fizik kat office ni sekarang. Dan yang paling penting sekali, bom kotor ni takde apa-apa jenis tindak balas nuklear atom yang berlaku. 

Gif dari tenor
Sebaliknya, bom kotor ni merujuk kepada bom biasa yang dibuat dengan bahan letupan biasa (macam C4) yang penuh dengan bahan radioaktif. Jadi, ledakan besar yang berlaku masih mampu membunuh dan mencederakan orang, dan kita juga perlu menangani bahan radioaktif tersebar dari udara yang boleh membahayakan orang (sebab tulah ia ‘kotor’).
Dan sebab ada kebarangkalian yang ia boleh menyebabkan kejatuhan radioaktif (radioactive fallout) yang walaupun takde kerosakan besar-besaran, ia masih dianggap sebagai senjata gangguan besar-besaran akibat panik dan krisis kesihatan yang akan berlaku selepas letupan.
Klik untuk baca tentang Project 4.1, kesan radioactive fallout yang dialami penduduk Pulau Marshall – dijadikan bahan ujikaji Amerika.

Yep, matlamat utama bom kotor sebenarnya bukanlah untuk menghancurkan, tapi untuk mewujudkan huru-hara…

“Letupan itu sendiri akan menjadi lebih berbahaya daripada bahan radioaktif. Walau bagaimanapun, (bom kotor) boleh menyebabkan rasa takut dan panik, mencemarkan harta benda, dan memerlukan pembersihan yang sangat mahal, “- Komision Pengawalan Nuklear Amerika Syarikat

Kita boleh faham la kenapa orang boleh start panik kalau bom kotor meletup sebab ada risiko kecil radiasi, yang mana ada juga risiko untuk kena kanser. Sebab tu la bom kotor ni merupakan ancaman keselamatan nasional bagi mana-mana negara. Bila semua orang dah panik dan keadaan jadi huru-hara, ia kemudiannya boleh menjejaskan ekonomi tempatan dan mencetuskan krisis kesihatan.

Adakan iridium ni mampu mnegubah kanak-kanak menjadi zombie juga? Imej dari medium.com

Lagipun, tak pernah lagi dalam sejarah bom kotor digunakan untuk tujuan ni. Dalam TV dan video game tu banyak la, tapi kalau kisah benar, belum lagi.

Perkara tak pernah jadi bukan sebab susah nak dapatkan bahan radioaktif ni kat Malaysia, sebab sebenarnya…

Agak mudah sebenarnya untuk dapatkan bahan bom kotor di Malaysia

Bahan radioaktif yang hilang – iridium-192 – sebenarnya adalah bahan yang cukup biasa di Malaysia. Syarikat yang ‘hilang’ peranti yang mengandungi iridium dilaporkan terlibat dalam industri minyak dan gas, dan yang masuk akal, sebagai salah satu penggunaan utama untuk iridium radioaktif dalam mesin yang menguji logam.

Mesin radiografi industri yang digunakan dalam industri minyak dan gas. Imej dari MalaysiaKini

Industri minyak dan gas memerlukan mesin ni untuk menguji kekuatan keluli yang mereka gunakan, dimana minyak dan gas menjadi sebahagian besar daripada ekonomi kita. Jadi tak hairanlah yang kita ada iridium-192 kat Malaysia. Bahkan, benda ni juga ada kat hospital, sebab ia bahan yang sama digunakan untuk merawat kanser.

Kalau nak tahu, ni bukan kali pertama radioaktif iridium hilang di Malaysia! Menurut IGP Mohamad Fuzi, kita pernah ada kes serupa dengan iridium yang hilang tahun lepas. Tapi korang tak payah risau la sebab Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) dah berjaya jumpa barangan radioaktif masa tu lepas mereka bawa beberapa alat khas untuk cari.

* Ejen AELB bila nampak bahan radioaktif atas* GIF dari Pinterest

Kalau korang pernah dengar pasal AELB dan tahu apa yang mereka lakukan, tahniah, korang bijak macam kitorang. Bagi korang yang tak tahu pula, AELB ni adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap tenaga dan perkara atom. Mereka ni bantu kerajaan dengan bahan berkaitan nuklear. Jadi bila beberapa iridium radioaktif yang mungkin berbahaya hilang, mereka la antara pihak yang masuk campur.

Selain daripada tolong cari bahan radioaktif ni, tugas utama mereka adalah memberikan lesen kepada syarikat yang menangani barangan radioaktif, macam syarikat yang kehilangan mesin yang mempunyai iridium radioaktif di dalamnya. Mereka dah serahkan lebih daripada 2000 lesen sejak penubuhannya, termasuk loji kontroversi Lynas. Tambahan pula, AELB juga memeriksa kesihatan dan keselamatan para pekerja yang menangani bahan radioaktif, sambil memastikan sisa radioaktif dilupuskan dengan betul.

Jadi bagi kita orang biasa ni…

Apa yang kita boleh buat untuk rasa lebih selamat?

Memandangkan matlamat utama bom kotor ni adalalah untuk membuatkan orang panik, jadi tak payahla sebarkan berita palsu yang iridium yang hilang tu boleh menyebabkan mutasi di mana kura-kura peliharan diorang akan jadi Ninja Turtle.

Imej dari Forbes

Malah menurut Suruhanjaya Pengawalseliaan Nuklear Amerika Syarikat, hanya disebabkan korang ada berhampiran sumber radioaktif untuk seketika je, korang boleh terkena kesan radioaktif yang menyebabkan korang dapat kanser.

Yeke? Ceq legaaaa! Gif dari pinterest

Walau bagaimanapun, sekiranya bom kotor meletus *simpang malaikat 44*, AELB kata mereka dah siap sedia untuk mengendalikannya, termasuklah kalau ada sebarang serangan kimia atau biologi. Sementara tu, polis juga dah menyatakan yang walaupun kehilangan iridium ni adalah satu perkara yang membimbangkan, mereka percaya yang kes ni takde kaitan dengan keganasan.

Seorang

In case korang terdedah kepada bahan radioaktif secara tak sengaja, korang mungkin akan mengalami pening, mual, muntah dan rasa terbakar (surface burns). Jadi kalau korang nampak kotak berwarna terang dengan amaran berbahaya, jangan la sentuh, okay? Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis tempatan atau menghubungi pegawai penyiasat ASP Yong Meng Heng di 019-5753399.