- 374Share sekarang!
- Email0
- Facebook374
- Share
Nampaknya sudah terjawab tentang status Tan Sri Mahiaddin Yassin yang dia sudah sah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, ini selepas dia telah mengemukakan surat perletakan jawatan kepada Yang Di-Petuan Agong pada Isnin (16/8/2021). Tindakannya itu sekaligus telah membubarkan sekali Kabinet yang sedia ada.
Namun, kerusi Perdana Menteri sekarang masih lagi diisi oleh Mahiaddin tetapi hanya sebagai caretaker sahaja. Dia akan memegang jawatan itu sampailah Perdana Menteri yang baharu dipilih. Oleh itu, mari kita lihat calon-calon yang berkemungkinan besar akan dilantik menjadi Perdana Menteri selepas ini…
Lima calon utama yang mungkin akan dilantik
1. Ismail Sabri Yaakob
Nama Ismail Sabri sangat hangat diperkatakan untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sekarang ni. Semua mengatakan dia adalah orang yang paling possible untuk dilantik disebabkan status nya sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri. Dia juga mempunyai pengaruh yang agak besar dalam UMNO, jadi berkemungkinan besar parti itu akan menamakan Ismail sebagai calon mereka.
Ada juga sesetengah pendapat di media sosial yang menyatakan Ismail Sabri adalah calon terbaik kerana kurang terlibat dengan aktiviti di mahkamah, sebab sesetengah ahli politik ni ramai yang join aktiviti naik turun mahkamah ni. Tapi kita semua masih ingat, keputusan untuk tidak kuarantin orang-orang dari Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah keputusan dia!
Jadi boleh dikatakan segala kes yang kita ada berpunca daripada keputusan Ismail Sabri. Jadi korang rasa dia layak ke tak?
2. Tengku Razaleigh (Ku Li)
Kitorang kena juga letak nama Ku Li ni walaupun dia tak ada lah ramai peminat sangat, ini disebabkan dia ada juga offer diri dia untuk menjadi Perdana Menteri Interim jika kerajaan Mahiaddin jatuh. Tapi lepas PN dah jatuh, Mahiaddin masih lagi menjadi Perdana Menteri tapi sebagai caretaker sahaja.
Kalau nak diikutkan, ramai agak tak setuju Ku Li ni naik. Ini disebabkan pernah tular dulu tentang kawasan jagaan dia iaitu Gua Musang, di mana masih ramai orang miskin dan juga pembangunan di situ yang sangat perlahan. Jadi netizen agak skeptikal jika MP Gua Musang itu menjadi Perdana Menteri. Tapi, dia ni dah memang ada pengalaman luas dalam ‘melawan’ ni.
Pada 1987, dia antara orang yang berani melawan Tun Mahathir untuk mendapatkan jawatan Presiden UMNO. Dia hampir menang tau! Tapi Mahathir lebih licik sekaligus menyebabkan kekalahan kepada Ku Li. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, tekan di sini. Tak salah pun kalau nak bagi Ku Li ni merasa jadi Perdana Menteri, sebab dia je lah yang agak neutral sekarang ni.
3. Anwar Ibrahim
Nama yang paling popular dalam senarai ketika ini, iaitu Anwar Ibrahim! Ramai ye yang nak dia ni jadi Perdana Menteri, dalam masa yang sama ramai juga tak nak dia jadi Perdana Menteri. Kira sokongan yang Anwar dapat ni berbelah-bahagi lah. Dia ni memang dari dulu lagi mendambakan jawatan Perdana Menteri, patutnya zaman Pakatan Harapan dah boleh jadi tapi Mahathir pula pergi letak jawatan.
Perjuangan Anwar Ibrahim ni dah lama sebenarnya, sejak tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) lagi. Dengan demonstrasi BERSIH yang sudah bersiri-siri, di mana REFORMASI sentiasa dilaungkan, tapi dia tetap tak dapat jawatan tu. Ada yang kata kalau dia jadi Perdana Menteri, negara akan hancur, ada juga yang kata dia akan selamatkan negara. Berbagai ragam penyokong politik kat Malaysia ni.
Namun, Anwar Ibrahim antara calon yang agak solid untuk menjawat jawatan itu. Bagi je lah dia peluang untuk try sekali, bukannya dia nak jual negara kita pun. Lagi pun siapa yang jadi Perdana Menteri lepas ni hanya akan memegang jawatan tu kejap je, jadi tak banyak sangat pun dorang boleh buat dalam jangka masa yang pendek ni.
4. Najib Razak
Kenapa ada nama Najib dalam senarai ni? Sebab memang dia antara nama yang digembar-gemburkan oleh masyarakat untuk menjawat kembali jawatan Perdana Menteri ketika ini. Kalau nak diikutkan, pengikut Najib Razak ni tak pernah hilang dan ramai lagi yang masih menyokongnya. Ada juga yang mengatakan mereka rindu dengan kepimpinan bosskur, tapi tak semua lah.
Nak dijadikan cerita, ada Non-Government Organization (NGO) yang cuba menghantar memorandum kepada Istana Negara supaya Najib Razak diberikan pengampunan diraja untuk segala kes-kes mahkamahnya. Katanya ia supaya Najib sekali lagi boleh diangkat menjadi Perdana Menteri dan sekaligus menyelamatkan negara kita daripada krisis yang melanda sekarang ni.
Itu apa kata mereka lah, kita tak tahu penerimaan orang lain macam mana kan. Pendapat korang, patut ke Najib kembali memimpin negara kita ni?
5. Mahathir Mohamad
Tak boleh kalau tak letak nama Tun Mahathir dalam senarai ni, sebab nama dia sendiri sinonim dengan Perdana Menteri. Mana taknya, dia merupakan orang yang paling lama berkhidmat sebagai Perdana Menteri tau. Dia juga sekarang dah tubuhkan parti baru iaitu PEJUANG, takkan lah penubuhan PEJUANG ni hanya untuk pertunjukan je kan.
Namun, sokongan terhadap Mahathir sekarang ni agak kurang lah berbanding zaman kerajaan PH tengah naik dulu. Sebab dia dapat sokongan pun daripada parti-parti pembangkang yang ketika itu hanya menyokongnya untuk menjatuhkan Najib Razak, jadi sekarang ni kalau dia nak dapatkan sokongan yang sama, dia kena mencari modal politik lain.
Honorable Mention
Khairy Jamaluddin
Walaupun agak sukar untuk seseorang seperti Khairy dapat sokongan majoriti, dia mempunyai kaliber tersendiri apabila setiap kali memegang portfolio menteri, dia mesti perform! Masa zaman dia jadi Menteri Belia dan Sukan, arena sukan kita dilihat meningkat dengan agak ketara. Seperti di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, negara kita berjaya menjadi johan dalam pungutan pingat keseluruhan!
Tak lupa juga dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang telah diketuai Khairy sebagai Menteri penyelaras, mungkin ada ramai yang bengang juga sebab program vaksin kita agak lambat pada mulanya. Namun, selepas stok vaksin yang banyak mula masuk negara kita, kadar vaksinasi dalam negara kita mencanak naik. Sekaligus menjadikan kita negara terpantas di dunia sekarang!
Syed Saddiq
Pasti ramai yang tak berapa setuju sekiranya Syed Saddiq menjadi Perdana Menteri ketika ini, tetapi sebenarnya kita memerlukan calon yang lebih muda! Dalam Parlimen sekarang ni pun kebanyakan kerusi dimonopoli oleh mereka yang lebih tua, jadi tak salah pun kalau pada masa akan datang kita cuba beri peluang kepada orang muda untuk beraksi.
Negara seperti Perancis dah pun cuba meletak orang muda sebagai Presiden, tak adalah muda sangat tapi kalau umur bawah 50 tahun dikira muda lah tu. Kenapa tidak kita mengikut jejak langkah yang sama?
Wan Azizah Wan Ismail
Satu-satunya wakil wanita kita iaitu Wan Azizah, mungkin ramai skeptikal sedikit sekiranya negara kita dipimpin oleh wanita. Tetapi, why not kan? Sedangkan negara yang dah bebas dari Covid-19 seperti New Zealand pun dipimpin oleh seorang wanita, jadi jantina bukanlah sesuatu yang perlu dinilai untuk memimpin.
Sesiapa pun yang dipilih, perlu pastikan fokus hanya pada rakyat
Tak kisah lah siapa yang dipilih pun, mereka perlu memastikan fokus mereka hanya kepada rakyat ketika ini. Sudah-sudahlah berpolitik, berkerjasama antara satu sama lain untuk menyelamatkan negara lebih penting sekarang ni. Kalau bertelagah sebab politik sekarang ni pun bukan boleh buat apa sangat pun, Pilihan Raya Utama (PRU) pun dah dekat ni.
Ramai yang dah hilang pendapatan, hilang kerja dan hilang nyawa! Berhenti berpolitik, fokus kepada rakyat.
- 374Share sekarang!
- Email0
- Facebook374
- Share