Ekonomi

Elaun pelajar praktikal dah dipersetujui sejak 2011, tapi kenapa tak ada hasil?

Baru-baru ni Dewan Rakyat dah pun luluskan pindaan undang-undang bagi menurunkan had kelayakan mengundi untuk pilihan raya daripada 21 tahun ke 18 tahun. Dan, kita semua pun sedia maklum yang banyak negara lain dah laksanakan undang-undang ni, dan Malaysia pun menyusul jugak. (Boleh klik sini untuk baca artikel kitaorang pasal tu).

Bukan atas sebab nak ikut trend semasa, tapi pada perspektif dan pandangan umum, seawal umur 18 tahun, golongan tersebut berhak untuk buat pilihan dan menyuarakan pendapat diaorang mengenai aspek politik. Dan kematangan tu bukan dinilai dari faktor umur seseorang. Tapi bila Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) dah luluskan benda tu, warga net kat media sosial, mula bising pasal hal ni:

Imej dari twitter izzudinshahrom

Bagi elaun kat pelajar latihan industri boleh bebankan majikan?

Disebabkan hal tersebut, timbulnya banyak cerekarama, luahan dan drama dalam media sosial yang menyuarakan pendapat masing-masing berkaitan isu elaun praktikal ni. Ramai diantaranya mengadu tak diberikan elaun ataupun wang saguhati waktu diaorang berkhidmat kat syarikat tertentu sewaktu latihan industri. Lagi-lagi dengan keadaan ekonomi sekarang ni, tak semua student senang. Maggi tu dah dikira hidangan wajib untuk budak uni. Siapa yang rasa benda sama, angkat tangan. ?‍♂️

Tapi apa yang berlaku sekarang ni kat situasi pelajar latihan industri adalah kebanyakan daripada pelajar tu tak diberikan bayaran/elaun berdasarkan kerja yang diaorang buat. Tapi tak semua syarikat yang buat macam tu! (Jangan risau, kalau korang intern kat sini, kitaorang bagi korang elaun, sebab kitaorang percaya tak semua kerja kat dunia ni, free. Hehe). Dan ada di antaranya diaorang kena paksa buat kerja lain.

Mungkin lepas ni boleh try baca buku ni? Imej dari Instazu

Tapi bila sebut pasal elaun praktikal ni, pada bulan Mac hari tu, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching ada sebut pasal isu hangat ni. Dia ada bagitahu yang…

“… penetapan atau pemberian elaun kepada pelajar praktikal adalah bergantung kepada peruntukan majikan masing-masing,” – Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan, sumber dari BERNAMA.

Dia jugak ada bagitahu yang kalau pemberian elaun tu diwajibkan, ia sebenarnya berkemungkinan boleh membebankan majikan sebab nak bayar elaun untuk pelajar praktikal yang bukannya pekerja kat syarikat tu. Tapi bukan ke diaorang buat kerja dan tolong operasi kat syarikat tu jugak?

Walaupun hal ni nampak macam remeh bagi orang lain, ia sangat terkesan kat mahasiswa-mahasiswa sekarang ni. Bukan apa, kebanyakan daripada diaorang dapat tawaran latihan industri kat tempat yang jauh dari kediaman diaorang. Jadi, banyak kos yang diperlukan. Kalau itu pun dah dikira sebagai bebanan kepada majikan, apatah lagi mahasiswa yang tak diberikan apa-apa peruntukan untuk diaorang survive.

Agak-agaknya ramai yang habis intern macam ni kot? Imej dari FB UPSIan Talk

Teo Nie Ching ada jugak bagitau mengenai tujuan penempatan mahasiswa untuk latihan industri. Ia untuk mengaplikasikan apa yang diaorang belajar secara teori melalui kerja yang diaorang buat. Selain tu, ia merupakan pendedahan awal bagi diaorang untuk berdepan dengan alam pekerjaan yang sebenar.

Jadi, isu elaun ni bergantung pada ihsan majikan tempat tu lah. Tapi sebenarnya pada tahun 2011 dulu, kerajaan dah luluskan nak bagi pelajar latihan industri / latihan amali dengan elaun sebanyak RM15 sehari. Jeng…jeng…jeng…


Rupanya, syarikat-syarikat ada yang bagi elaun selain tunai

Sebenarnya, isu tu ditimbulkan dalam Dewan Rakyat pada bulan Mac lepas mengenai tindakan pihak kerajaan untuk tetapkan elaun bagi pelajar praktikal. Pihak kerajaan sekarang sedang berusaha untuk usulkan atau tengah kaji untuk menetapkan elaun minimum untuk mahasiswa sepanjang latihan praktikal yang dijalankan sama ada dalam sektor swasta ataupun bagi sektor awam.

Walau bagaimanapun, hal tersebut perlukan kajian dan perincian yang mendalam sebelum buat apa-apa keputusan. Ia untuk fikirkan semua pihak dan kepentingan semua jugak. Tapi sebenarnya tak semua majikan yang tak bagi elaun kat pelajar yang buat praktikal ataupun latihan industri kat syarikat diaorang.

YB Teo Nie Ching. Imej dari Sinar Harian

Banyak je syarikat yang tawarkan elaun lumayan, tapi ia jugak dinilai menerusi skop kerja dan tugas yang diberikan waktu diaorang praktikal tu. Dan ramai jugak orang cakap yang praktikal kat sektor swasta kebanyakannya akan diberikan elaun berbanding dengan praktikal kat sektor awam. Dan, ada jugak sektor awam yang ada banyak unit/jabatan macam ‘pilih bulu’, emmm… maksudnya?

Contohnya, dalam agensi yang sama tapi unit dan jabatan yang berlainan, jabatan A sediakan elaun untuk pelajar praktikal, manakala jabatan B tak sediakan apa-apa elaun pun kat diaorang. Nampak macam tak adil tapi itu lah kenyataan yang harus ditelan. ? Tapi bila dikaji semula, tu semua bergantung pada ketua jabatan ataupun atas ihsan pihak pengurusan yang mengendalikan hal tersebut. Bukannya salah operasi syarikat yang terlibat.

“Kawan saya intern kat unit komunikasi strategik dekat organisasi sama tapi dia tak dapat elaun. Benda tu tak patut. Sebabnya kerja kat situ non-stop, bila intern ramai unit tu dapat “pekerja” free untuk mudahkan kerja diaorang. Gunakan tenaga tanpa bayaran.

Diaorang tunjukkan pekeliling tu, tapi diaorang tak bagi hak yang sepatutnya kat student intern. Saya punya elaun pun ada isu jugak, elaun kena potong dari 60 hari ke 40 hari sebabnya kira jumlah bulan bukan jumlah hari.” – Syakir Asyraf, bekas pelajar praktikal di organisasi sektor awam, ketika dihubungi Soscili. 

Tapi, sebenarnya, macam yang kitaorang ada cakap sebelum ni (yang kat atas tu), berkenaan pada tahun 2011 yang pihak kerajaan dah setuju untuk bagi pelajar praktikal elaun yang ditempatkan dalam sektor awam. Keputusan tu semua dibuat berdasarkan hasil kata sepakat dalam Mesyuarat Panel 3P. Dan kenyataan tu mengikut beberapa syarat tertentu, salah satunya pelajar yang praktikal tu kena menjalani latihan industri diaorang paling maksimum tempohnya selama 3 bulan je.

Surat Edaran JPA ?. Imej dari docs.jpa.

Bila cakap pasal elaun ni, korang tahu tak sebenarnya elaun boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Tapi, tak semestinya elaun tu diberikan dalam bentuk duit ye kawan-kawan.

Sebenarnya, elaun ada dua jenis, elaun monetary dengan elaun benefit. Elaun monetary lebih kurang macam gaji lah, yang berbentuk wang ringgit ? dan diberikan setiap bulan. Pelajar praktikal selalunya diberikan elaun yang berbentuk macam ni tapi dalam jumlah yang lebih sikit lah berbanding pekerja kat situ. Yelah takkan nak lebih-lebih pulak kan? Sebab diaorang kan ‘pelajar yang menjalani latihan industri’. Dan mungkin tugasan diaorang pun lebih ringan.

Satu lagi elaun benefit. Elaun benefit tu elaun tambahan yang majikan bagi contohnya macam elaun pengangkutan, elaun perubatan dan kebajikan lain. Dan tu semua bergantung kat syarikat tu nak bagi yang mana. Bukan diwajibkan. Tapi ikut jugak syarat dengan peraturan dalam sesuatu syarikat tu.

Bila waktu intern semua benda dapat, mesti happy macam ni. GIF dari Giphy

Kenapa tak nak bebankan majikan, tapi pelajar yang terbeban?

Memandangkan pihak kementerian pendidikan perlukan penilitian semula supaya tak bebankan mana-mana majikan. Jadinya, ramailah yang tak berpuas hati dengan kenyataan tu. Sebab ia nampak macam lebih nak jaga kebajikan industri berbanding untuk menjaga dan penuhi keperluan pelajar dalam situasi ekonomi sekarang ni.

Pelajar-pelajar mahasiswa jugak ramai yang merungut supaya pihak kementerian jangan pandang remeh pasal isu ni. Ia perlu dipandang dengan lebih serius untuk menimbang kira tuntutan dan keperluan sara hidup pelajar mahasiswa sekarang.

Sebabnya, tak semua tempat akan sediakan ruang untuk pelajar buat latihan industri, kebanyakannya ada kat bandar-bandar besar, dan umumnya orang tahu yang kos kehidupan kat bandar besar tinggi berbanding yang lain. Ditambah lagi tuntutan pelajar untuk menyewa rumah, kos pengangkutan dan lain-lain.

Setiap hari makan macam ni biar kenyang satu hari terus. Imej dari Imghabit

Selain tu, semua sedia maklum yang pelajar-pelajar universiti ni tak semuanya dapat tajaan biasiswa untuk menampung kehidupan diaorang waktu belajar. (Dan jugak tak semuanya terdiri daripada golongan kaya raya harta tak habis sampai 7 keturunan…). Masing-masing kebanyakannya dah terikat dengan pinjaman pendidikan, duit pun terhad, habis-habis belajar je dah terikat dengan hutang untuk bayar balik pinjaman tu.

Jadi, kalau pihak industri yang terima diaorang untuk buat latihan industri/praktikal kat syarikat diaorang bagi bantuan kewangan menerusi pemberian elaun, jadi pelajar-pelajar ni takdelah rasa terbeban sangat. Dan mungkin dapat buat kerja dengan lebih produktif sebab diaorang rasa dihargai dan usaha diaorang tak sia-sia? Gitu?

“Jika tiada sebarang elaun yang diberikan bukan sahaja mereka bakal tersepit dengan masalah kewangan, akan tetapi seolah-olah dilihat mahasiswa yang menjalani latihan industri itu sebagai tenaga kerja percuma.

Industri dapat manfaat, mahasiswa hilang kudrat dan ia tidak adil sama sekali,” – Nur Faizal Kasri, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Sukan dan Keagamaan Dewan Muda Johor (DMJ), sumber dari Utusan Online.

Walau bagaimanapun, tak semua pelajar latihan industri mengalami nasib yang sama. Ramai je yang beruntung sebab diberikan elaun yang lumayan sewaktu diaorang buat latihan industri kat syarikat-syarikat tertentu. Yang jadi persoalannya bagi yang menjalani latihan industri di syarikat dan agensi sektor awam khususnya. Dan kadang-kadang diaorang kena buat kerja yang luar dari bidang kemahiran diaorang.

Kitaorang pun sama, jangan risau! Kadang-kadang siap dapat makan free. Imej dari Twitter @nazhanasuffi

Isu-isu anak muda akan jadi priority utama bagi kabinet menteri

Bila soal nasib anak muda ni diketengahkan oleh ramai pihak, ia nampaknya disambut baik dan diberikan respon utama daripada Menteri Belia dan Sukan sendiri untuk membela nasib anak-anak muda ni.

Memandangkan kematangan tu tak dinilai daripada umur, slogan ‘youth power’ dah jadi inspirasi baru untuk semua anak muda bersuara sama ada dari segi pendapat dan untuk pembelaan nasib anak muda pada zaman yang agak mencabar sekarang ni.

Mereka bebas, mereka pemikir yang kritis, pembuat keputusan dan tiada siapapun akan melihat mereka dan berkata anda tidak berhak bersuara dalam agenda pembangunan negara.” – Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan, sumber dari R.AGE.

Siapa rasa dia anak muda? Share artikel ni sekarang kat kawan-kawan =)

 

Popular

To Top

Send this to a friend