Kerana nak selamatkan orang asli, pemuda Malaysia ni guna cara yang macam simple tapi genius!

Kalau belajar masa kat sekolah dulu, kita mesti pernah dengar nama adik-beradik Wright yang cipta kapal terbang. Kalau yang jenis tidur dalam kelas pun mesti ingat nama Alexander Graham Bell yang mencipta telefon. Inilah inovasi atau penemuan baru yang telah berjaya mengubah dunia.

Dunia Islam pun tak kurang hebatnya. Semua orang pernah belajar algebra, tapi korang tau tak ianya diambil daripada al-jabr, istilah yang digunakan oleh Al-Khawarizmi? Malah istilah algoritma tu sendiri diambil daripada nama dia.

Kawan kami General Electric (GE) sendiri dah banyak buat inovasi untuk bantu negara kita ni. Antaranya adalah bila mereka memperkenalkan Stesen Jana Kuasa Ultrasupercritical pertama di Asia Tenggara kat Manjung, Perak.

Macam mana dengan orang kita pulak? Ada ke yang boleh dibanggakan. Ha… sebab tu la kali ni kami kat SOSCILI. nak kongsikan 6 ciptaan awesome dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri. Malah ada yang dapat pengiktirafan dunia! Antaranya ialah…

1)  Penapis air dari tenaga solar memberi air bersih untuk perkampungan orang Asli

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagitahu, 2 billion manusia di seluruh dunia masih minum air tercemar bercampur najis. Air yang tercemar ni kalau minum memang boleh bawa penyakit yang korang pun tak suka macam cirit-birit dan taun. Setiap tahun dijangkakan lebih 500 ribu orang mati sebab air tercemar ni. Ingatkan minum air makin sihat.

Ada beberapa buah negara di Asia dan Afrika, wanita terpaksa berjalan purata 6 kilometer untuk mendapatkan air bersih. Peluh yang keluar masa ulang-alik tu pun dah sama dengan air yang dia ambil. Negara kita juga tak terlepas dengan masalah ni, dianggarkan lebih 10% penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman masih ada masalah untuk dapatkan bekalan air bersih.

Dalam botol tu air peluh ke? Imej dari Worldvision.

Kita yang tinggal di kawasan ada air bersih ni pulak, berlumba-lumba cari penapis air yang berkualti. Sebab tulah macam-macam penapis air yang dijual kat pasaran sekarang ni. Sampai ada yang beli bukan satu, tapi dua penapis air untuk diguna kat rumah. Tapi kita lupa pasal saudara-saudara yang duduk kawasan pedalaman. Kadang-kadang bekalan elektrik pun tak ada. inikan pulak nak beli penapis air.

Nasib baiklah ada seorang pelajar yang awesome ni dia cipta penapis air yang tak guna tenaga elektrik. Apa yang dia guna adalah tenaga cahaya matahari (tenaga solar). Ganesh Muren, bekas pelajar kolej INTI berjaya siapkan model penapis air ni pada tahun 2013. Tapi beberapa tahun lepas tu, dia berjaya pasang lebih 500 mesin ni diseluruh Malaysia termasuklah perkampungan orang asli. Awesome gila!

Itu penyerap tenaga solar. Imej dari The Borneo Post.

Cara dia pasang hanya dengan menyalurkan saluran air gunung yang biasa orang asli guna tu masuk ke dalam sistem penapis yang ada. Disitulah segala bakteria akan ditapis. Segala proses ni hanya menggunakan tenaga solar. Lebihan tenaga solar tu pulak akan dimanfaatkan sebagai bekalan elektrik kepada kampung tu. Dahlah dapat air bersih, dapat pulak bekalan elektrik.

Mestilah. Imej dari The Borneo Post.

Ciptaan Ganesh ni juga menyebabkan dia menerima anugerah ‘Here For Good’ 2016 dari Laureate International Universities di Chicago, US. Dalam ucapan tu dia sebut.

‘When I was young I wanted to make a billion dollars. Today, I want to save a billion lives.” – Ganesh Muren, petikan dari The Borneo Post.

I want to save a billion of electric. But I can’t. Dari Giphy.

2) 30 jurutera muda cipta bas elektrik pertama Malaysia

Negara-negara di seluruh dunia dah bersetuju untuk mengawal peningkatan suhu dunia bawah 2 darjah Celsius. Jadi macam-macam cara diorang buat. Bagi kota besar dunia macam London yang terlalu sibuk dengan kenderaan, diorang cuba cari cara untuk kurangkan pelepasan gas tercemar dari kenderaan. Diorang memang tak buang masa sebab dah gunakan bas elektrik sejak beberapa tahun lepas.

Teknologi bas elektrik yang tak lepaskan sebarang gas tercemar ni telah dicipta dan dibangunkan oleh negara China. Kemudian digunakan di Kota London. Tapi jangan kita lupa, Oktober tahun ni bas elektrik pertama Malaysia bakal digunakan bermula di Taping , Perak. Kalau bas tu made in China tak heran la, tapi bas elektrik ni ciptaan orang Malaysia sendiri kot!

Bas elektrik pertama Malaysia. Imej dari Paultan.

Projek ni bermula pada tahun 2011 dan sekarang dah siap hasil gabungan kerja 30 jurutera muda lulusan tempatan. Bas ni telah dinamakan sebagai Bas Elektrik Inovasi Malaysia (EBIM). Apa bezanya dengan bas yang selalu korang naik tu ialah bas ni guna kuasa bateri. Jadi tak adalah pakai minyak semua tu. Tapi, tenaga bateri tu bukan calang-calang.

Teknologi baterinya mampu menggerakkan bas sejauh 200,000 kilometer selaras dengan purata perjalanan operasi bas di ibu kota untuk sehari – Petikan dari Berita Harian

Jurutera yang terlibat. Imej dari Utusan.

Jadi lepas ni jangan terkejut kalau tengok ada bas berhenti tak isi minyak, tapi cas bateri. Sambil-sambil tu bolehlah penumpang caj phone sekali.

3) Kapasitor yang boleh jimatkan hampir separuh penggunaan minyak

Menurut sebuah kajian, Malaysia adalah antara negara yang paling tinggi rakyatnya yang ada kenderaan sendiri berbanding negara Asia Tenggara lain. Bila banyak kenderaan, banyaklah asap hitam yang keluar dari kereta mahupun motor. Asap-asap hitam ni bukan sahaja mencemarkan udara, malah ianya bukti bahawa pembakaran minyak dalam enjin tak sempurna.

Bila pembakaran enjin tak sempurna, minyak yang kita isi tu pun ada sebahagiannya tak digunakan tapi jadi asap hitam. Memang membazir. Kita pun tahu harga minyak sekarang tak menentu. Macam-macam usaha untuk jimat kita buat contoh memandu sambil tak bukak air-cond. Masuk office pun dah macam pergi bersenam.

Sungguh membakar kalori. Dari Giphy.

Tapi kita mungkin tak tahu sebenarnya sekumpulan saintis dari USM berjaya mencipta satu alat untuk menjimatkan minyak. Bukan sikit-sikit, alat tu dikatakan boleh menjimatkan antara 10% sampai 46% bergantung pada jenis kereta. Nak dekat separuh tangki tu weh.

Ia dipanggil sebagai kapasitor jimat minyak yang telah diuji pada Proton Saga, Nissan Livina dan Perodua Viva. Kapasitor ni berfungsi dengan mengawal aliran udara yang menjadikan pembakaran minyak dalam enjin lebih berkesan. Jadinya minyak tadi digunakan sebaiknya untuk bakar enjinlah. Jadinya asap hitam pun berkurang.

Kapasitor jimat minyak. Imej dari Utusan.

Penggunaan alat itu bagi perjalanan sejauh 20,000 kilometer setahun juga dianggar dapat menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1,300 berdasarkan harga minyak semasa. – Petikan dari Utusan.

Pihak USM dah bersedia nak komersialkan alat ni. Harapnya nanti akan mulalah dijual dan digunakan oleh kita semua. Kereta kita akan jadi awesome!

4) Tulang tiruan dari kulit kerang yang mempercepatkan percantuman tulang yang patah

Pernah tak satu malam korang tengah drive, tiba-tiba ada orang terbaring atas jalan berdarah-darah. Terus korang bawak slow. Kita jugak akan rasa kesian dan trauma sebab kalau nyawa orang tu masih panjang pun, mesti ada mana-mana tulang yang patah.

Tulang-tulang yang patah. Imej dari Buzzfeedblue.

Terbukti yang kemalangan jalan raya adalah punca seseorang tu boleh kecacatan tulang. Tulang yang rosak ni boleh dirawat dengan menggantikannya mengguna tulang manusia lain atau haiwan. Disebabkan susah nak dapatkan stok tulang dari manusia dan haiwan, maka tulang tiruan (sintetik) diperkenalkan untuk sambung mana-mana tulang yang cacat atau patah.

Tulang tiruan dari kulit kerang. Imej dari Utusan.

Walaupun macam tu, tulang tiruan ni kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang boleh bagi kesan pada kesihatan manusia apabila digunakan. Maka muncullah ciptaan dari Saintis UPM apabila memperkenalkan tulang tiruan dari kulit kerang. Ya! kulit kerang yang korang biasa tinggal atas pinggan lepas kenyang makan kerang bakar tu.

Sampel tulang yang dibentuk. Imej dari Astro Awani.

Professor Dr Md Zuki Abu Bakar menerangkan bahawa tulang tiruan ni juga bukan sahaja lebih selamat, malah akan bantu kurangkan trauma pesakit. Sebabnya ia dapat kurangkan kesakitan dan mempercepatkan percantuman tulang. Ciptaan ni sedang diuji pada binatang dan tengah tunggu kelulusan Kementerian Kesihatan untuk diuji pada manusia.

Sangat berguna. Imej dari Tripadvisor.

5) Penciptaan sarung tangan Navisense untuk orang buta berjalan tanpa tongkat

Walaupun seseorang tu ada Ijazah Sarjana (Master) sekalipun dan pernah sumbangkan jasa dalam sukan, dia tetap mengakui yang dirinya disisihkan dalam dunia pekerjaan. Itu apa yang terjadi kepada atlet sukan Paralimpik dari United Kingdom yang buta.

Di Malaysia pula, kuota satu peratus diberikan kepada orang yang cacat penglihatan untuk bekerja dalam pelbagai sektor.  Walaupun satu peratus, kuota tu sikit pun tak berjaya dipenuhi sebab tanggapan negatif majikan. Ada juga mereka yang ada Degree tapi tetap tak diterima sebab majikan tak sanggup melabur untuk bagi kemudahan asas.

Tak dapat perhatian. Imej dari Harian Metro.

Orang buta ni macam-macam kemudahan yang diperlukan contohnya laluan khas. Tapi apa yang pasti diorang ada tongkat masing-masing. Laluan khas tu memang digunakan untuk mereka dengan bantuan tongkat. Tapi nampaknya ada berita baik lepas ni sebab tongkat tak diperlukan lagi.

Sekumpulan pelajar dari UiTM berjaya cipta satu sarung tangan yang menggunakan sistem sensor untuk bantu orang buta berjalan. Sarung tangan ‘Navisense’ ni boleh mengesan objek disekeliling diorang. Apabila ada sesuatu halangan kat depan, sarung tangan tadi akan keluarkan suara untuk bagitahu pada orang buta tu.

Sarung tangan dengan sensor. Imej dari Mosti.

Apa yang menarik, ciptaan yang diorang buat ni dapat sokongan Persatuan Orang Buta Malaysia. Sebelum siapkan projek ni, diorang dapatkan dulu maklumat dari komuniti orang buta tentang masalah yang diorang hadapi. Apa yang menggemparkan, kehebatan teknologi diorang cipta ni memang dapat perhatian dunia.

Inovasi itu terbukti memberi impak signifikan apabila dinobatkan juara keseluruhan Pertandingan Rekabentuk Bagi Golongan Cacat Penglihatan (DCVI) 2013 di peringkat Asia Pasifik di Hong Kong baru-baru ini – Petikan dari Majalah Sains.

Ini bukan sarung tangan Navisense. Jangan tertipu dengan salesman. Dari Giphy.

6) Lampu jalan yang boleh perangkap nyamuk Aedes

Siapa tak kenal dengan serangga bernama nyamuk Aedes. Serangga kecil tapi macam-macam penyakit dia boleh bawa termasuk dengi, chikungunya dan zika. Untuk kes denggi sahaja, setiap tahun 390 juta orang kat dunia ni terkena jangkitan. Di Malaysia, dilaporkan dah 100 028 kes denggi. Memang ramai!

Sejak kes denggi pertama negara bermula tahun 1902, macam-macam cara yang digunakan untuk hapuskan nyamuk ni terutamanya fogging. Tiap kali fogging, terpaksalah kita tutup tingkap semua dan berkurung dalam rumah. Nak makan pun tak selera sebab takut makanan dah kena asap. Tak lupa juga aktviti gotong-royong yang selalu orang Malaysia buat. Masa ni lah segala tempat yang ada air bertakung kita bersihkan.

Macam sauna pun ada? Imej dari The Malay Mail Online.

Nampaknya usaha orang kita tak sampai situ je, kerana ada pasukan kejuruteraan dari Universiti Malaya yang gunakan teknologi untuk cipta sesuatu yang sangat bagus untuk hapuskan denggi. Ciptaan tu dipanggil sebagai Lampu Jalan Perangkap Nyamuk. Kiranya dua dalam satu. Sambil menerangi orang awam berjalan, nyamuk Aedes yang ada kat situ pulak masuk perangkap.

Habislah nyamuk. Imej dari Fastcompany.

Apa yang menakjubkan, lampu jalan ni dikatakan menggunakan tenaga angin. Lampu tu dihidupkan menggunakan kipas/turbin yang berputar untuk jana kuasa. Kalau ada angin sikit pun tetap boleh berfungsi. Perangkap yang ada pada lampu ni pulak akan keluarkan gas karbon dioksida yang sangat disukai nyamuk Aedes. Bila nyamuk tadi tertarik dah masuk perangkap, diorang tak boleh keluar sebab kipas halang. Awesome gila!

Rupa bentuk lampu tu waktu siang. Imej dari Fast Company.

Selain tu lampu ni tahan lama sebab pakai LED. Sekarang ni beberapa biji lampu ni dah dipasang dekat beberapa kampus. Projek ni tujuannya untuk membantu mana-mana negara yang ada kawasan pedalaman. Kawasan pedalaman tu pulak susah nak dapatkan bekalan elektrik dan banyak nyamuk Aedes.

“Alat ini telah direka khas untuk negara-negara membangun, di mana bekalan elektrik terputus dan demam denggi adalah masalah biasa bagi penduduk pedalaman” – petikan dari Majalah Sains.

Penemuan dan ciptaan baru bukan sahaja membantu Malaysia, malah dunia

Korang mungkin pernah dengar yang lama dulu, ada rakyat Malaysia yang pernah tercalon untuk menang Hadiah Nobel iaitu Dr. Wu Lien-Teh. Kita juga pernah dikejutkan dengan terlibatnya dua orang anak muda perempuan dalam penemuan bersejarah dunia mengenai Gelombang Graviti dan Supermassive Black Holes.

Dr Wu Lien Teh dan isteri. Imej dari The Star.

Kawan kami dari GE juga telah membuktikan yang semangat inovasi diorang juga telah membantu dunia. GE pernah membantu menaikkan taraf loji rawatan air di Florida, Amerika Syarikat. Peningkatan kualiti air ni juga akan digunakan oleh 350 ribu penduduk. Di Asia Tenggara, GE juga telah membantu negara membangun seperti Myanmar. Kota Yangon yang kadang-kala ada masalah elektrik berjaya dibantu dengan teknologi penjana Kuasa TM2500 mudah alih. Hingga ke kawasan pedalaman pun boleh dibawa masuk penjana kuasa ni.

Terbukti yang tak kiralah kita berasal daripada mana, kita mampu membuat perubahan di peringkat dunia! Sebab itulah kita kena sentiasa membuat inovasi, tak kisahlah dalam bidang apa sekalipun. Inovasi dalam memperbaiki diri sendiri boleh juga. Cewah motivasi gitu.

“Innovation makes the world go round. It brings prosperity and freedom.” – Robert Metcalfe, pengasas Metcalfe’s Law.