Korang boleh ke tengok video 360º buatan Malaysia pasal gangguan seksual ni sampai habis?

(Artikel ini merupakan translation dari CILISOS, tekan sini untuk baca artikel original atau dalam bahasa English.)

Minggu lepas CILISOS telah dijemput untuk tengok tayangan video di TGV One Utama selama dua minit pasal fenomena yang sedang berlaku kat negara kita sekarang ni. Kalau korang rasa The Conjuring 2 atau Munafik tu seram, korang try tengok pulak video ni.

Amaran: Video ni mengandungi adegan yang berkaitan dengan penderaan seksual kanak-kanak, ianya mungkin terlalu sensitif buat sesetangah pihak.

Video ni adalah dalam bentuk 360° so korang digalakkan untuk tengok guna VR set, kalau takde korang boleh usha video biasa dorang. Tapi kalau korang nak beli VR set, boleh klik kat sini.

Mak aih meremang bulu roma…

StopNurseryCrimes
Tekan kat gambar ni untuk tau pasal #StopNurseryCrimes.

Video kat atas tu merupakan salah satu daripada 3 siri video yang telah dihasilkan oleh agensi pengiklanan NagaDBB untuk kempen Stop Nursery Crimes, sebuah inisiatif dengan kerjasama sebuah NGO iaitu Protect And Save The Children. Video-video ni juga akan ditunjukkan kat semua pawagam TGV (iklan sebelum start movie) bagi movie yang rating dia 18 tahun ke atas.

Selain BM, dia ada versi English dan Mandarin:

Itsy-Bitsy Fingers (video biasa tekan sini)

一二三四五六七 (video biasa tekan sini)

Video-video ni keluar masa Malaysia tengah hangat dengan isu pedofilia. Mula dengankes budak MARA kat UK kantoi miliki 30 ribu bahan lucah kanak-kanak, pastu pasal kes Richard Huckle yang melakukan penderaan seksual terhadap 200 kanak-kanak Malaysia, dan juga pendedahan daripada pasukan wartawan R.age The Star pedofil Malaysia yang cuba tipu budak-budak guna app macam WeChat dan Whatsapp.

Kenapa NagaDBB buat video macam ni?Tak sanggup nak tengok…

tekejut
Gambar Odion Cinemas dari youtube

Kempen Stop Nursery Crimes ni start dua tahun lepas untuk memberi kesedaran pasal penderaan seksual kanak-kanak. Semuanya bermula bila anak perempuan kepada Executive Creative Director NagaDBB yang berusia 9 tahun hampir menjadi mangsa oleh cikgunya sendiri. Nasib baik selamat, tu pun sebab isterinya memang ada ajar anak perempuan dia macamne nak kenali simptom-simptom pemangsa dan turut berikan perhatian penuh bila anak dia bagitau apa-apa.

Idea untuk kempen ni tercetus apabila ECD NagaDBB tadi kongsi cerita ni kat team dia, dan salah sorang dari dorang kata “Eh, apa kata kita ajar orang lain pasal pedofilia dan kepentingan keselamatan kanak-kanak”.

“Kami adalah syarikat pengiklanan, kalau kami boleh yakinkan anda untuk tukar line telefon, takkan kami tak boleh bawak masyarakat untuk ubah persepsi sosial” – Executive Creative Director NagaDBB

Sebenarnya projek ni merupakan projek peribadi dorang. So dorang buat semua ni di samping semua kerja ofis kot!

real mvp

Lepas tayangan video ni smeua, sesi soal-jawab dibuat dengan beberapa wakil termasuklah PDRM dan NGO yang berkaitan. Of course ada yang risau sebab visual yang disampaikan oleh video ni terlalu berat dan tak sensitif… ia boleh menimbulkan rasa tak selesa buat sesetengah pihak, dan boleh membangkitkan kembali trauma bagi mangsa-mangsa penderaan.

Tapi NagaDBB menyatakan video tersebut perlu sensitif sebab ia merupakan masalah yang serius dan membimbangkan negara.

“Tujuan video ni adalah untuk fokus kepada isu tersebut. Pada mulanya kami nak buat video yang lebih sopan tapi lepas berbincang kami telah membuat keputusan untuk mengetengahkan isu ni. Terlalu banyak penafian dan sikap tak peduli oleh masyarakat dan kami kena bawak mereka kepada realiti sebenar apa yang telah terjadi kepada kanak-kanak Malaysia sekarang ni. Proses buat video ni bukannya mudah dan kami harap tiada apa-apa kesilapan mengenainya ” – ECD NagaDBB

Masa buat rakaman video tersebut, dorang telah mengambil banyak langkah berjaga-jaga seperti letak tanda amaran sebelum mainkan kat wayang . Dorang juga amek keputusan untuk tunjuk video ni kat movie yang 18 tahun ke atas saje sebab ada NGO kata yang mungkin sesetengah budak kecik akan nyanyi lagu-lagu tersebut tanpa mengetahui maksudnya.

Dorang juga siap bagitau ibubapa pelakon tersebut untuk bagi penjelasan kat anak masing-masing mengenai iklan yang akan dilakonkan. Ramai juga ibubapa yang tarik diri lepas baca skrip. Team tu juga berkata yang budak-budak tu ada yang tak faham apa yang dorang lakonkan so budak-budak tu just have fun jela time kat set.

“Kami terangkan pada pelakon yang dah besar sikit, budak Cina dalam video tu tau apa yang dia lakonkan dan setiap kali lepas shoot dia mesti pergi bersihkan diri” – ECD NagaDBB

Sebab utama dorang sanggup bersusah payah adalah sebab nak beri impak yang mendalam terhadap penonton.

Ramai pemangsa terlepas sebab pemikiran kita yang masih kolot

no kisses
TAKMAU! Gambar dari Pinterest oleh Katepickle

Korang ingat tak dulu-dulu mak bapak kita suruh hati-hati dengan orang yang kita tak kenal. Mungkin korang ingat yang time kecik-kecik dulu kita pernah kena paksa untuk salam ‘Pak Ngah’ yang kita semua tak suka sebab misai dia gatal atau pun tangan dia bau rokok.

Ajaran macam ni sebenarnya tak elok sebab Dr. Watichalla (Menteri Muda dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat) berkata yang pemangsa berkemungkinan besar adalah golongan yang kenal mangsa macam cikgu, kawan keluarga, mahupun ibubapa tu sendiri.

Timbalan Superintendent Tan dari PDRM juga berkata yang kita selalu tak faham apa yang anak-anak kecil ni cakapkan dan ada setengah ibubapa tu langsung taknak percaya sebab ingatkan anak dorang ni hanya reka cerita.

“Kami disini selalu latih ibubapa dulu sebelum anak-anak. Si kecil tau apa yang dorang suka dan tak suka. Jadi, ibubapa kena selalu dengar apa yang anak-anak dorang cakapkan” – Protect and Save The Children

Lagi satu yang menjadi masalahnya adalah ‘budaya malu-malu kucing kita’. Setengah perkataan macam ‘zakar’ dan ‘faraj’ tak pun topik seperti seks atau rogol sering diabaikan sebab segan.

Protect and Save The Children kata kita kena atasi budaya malu ni sebab ia menghalang komunikasi antara anak dengan ibubapa. Kalau si kecil tu tau yang setengah perkataan atau bahagian badan tu ‘malu’, dorang mungkin tak bagitau langsung atau gantikan perkataan zakar/faraj dengan sesuatu yang ibubapa dorang tak faham.

“Ibubapa sepatutnya tahu perkataan ganti untuk kemaluan untuk anak-anak kecil dan bagi yang dah besar sikit anak-anak tersebut tak sepatutnya rasa segan bila guna perkataan yang betul seperti zakar” – Protect and Save The Children

vagina
Gambar dari Giphy.com

Tapi yang paling teruk, ada kes yang salahkan mangsa.

screenshot pedo
Satu kisah dimana dua beradik lelaki masuk penjara sebab mempertahankan maruah adik perempuan dorang dari dirogol bapa sendiri. Tekan gambar untuk baca cerita penuh.

Nak jadi ibubapa ni bukanlah kerja senang, dan nak sumbat satu topik yang besar kat dalam satu artikel pun macam tak muat je kan tapi korang boleh baca lebih mendalam pasal pedofilia ni kat CILISOS, tekan sini untuk baca. Tak pun korang boleh contact organisasi macam Protect and Save The Children supaya dorang boleh ajar anak-anak dan juga ibubapa macam mana nak baca simptom-simptom pemangsa dan cara untuk mengatasinya.

Tapikan…gomen ada buat apa-apa inisiatif tak? (Yup, time meeting kat TGV tu dorang ada tanya soalan ni)

Secara jujurnya, semua main peranan daripada orang awam sampai ke pihak kerajaan

save tthe children
Gambar dari Giphy.com

Berdasarkan ucapan Datin Che Nariza dari Protect and Save The Children lebih kurang 3000 kanak-kanak didera setiap tahun di mana lebih dari separuh daripadanya adalah mangsa seks.

Pastu kalau korang google pun, angkanya tak lari, pada tahun 2013 sebanyak 2111 kes telah dilaporkan manakala pada tahun 2014 pula sebanyak 1936 kes. Nombor yang dilaporkan ni pula hanyalah sebahagian kecil dari jumlah kes sebenar sebab dijangkakan hanya 2 dari 10 kes dilaporkan. So korang bayangkan betapa ramainya anak-anak kecil ni jadi mangsa.

Dr Watichalla kata sekarang ni pihak kerajaan sedang melihat kepada beberapa rang undang-undang untuk digubal :

  • Pelindung – Orang awam yang ditapis, dilatih, dan diberi kuasa yang mencukupi untuk menyelamatkan mangsa dan bawa dorang pergi ke Pejabat Kebajikan
  • Pendaftaran pemangsa – Mana-mana organisasi yang terlibat dengan kanak-kanak terutama sekali boleh check database ni untuk pemangsa.

DSP Tan juga berkata masalah yang sering timbul adalah orang ramai selalu viral kan satu kesalahan baru buat report polis. Dan bila dah viral, pesalah laku dapat larikan diri sebelum pihak polis dapat buat apa-apa.

Memang senang nak salahkan orang lain lagi-lagi gomen, tapi cuba tanya diri sendiri apa yang kita boleh lakukan untuk halang setan-setan perogol ni dari menyentuh kanak-kanak kecil yang tak bersalah. Tak kisahlah korang ni ibubapa ke, ustaz/ustazah ke, penonton wayang ke, kita sama-sama boleh atasi masalah ni. So bagi ibubapa di luar sana, ajar anak korang pasal seks dan beri perhatian kepada sebarang petunjuk yang dorang berikan.

“Kalau ibubapa tak ajar anak-anak pasal seks dan ruang peribadi, nanti orang lain yang akan ajarkan” – DSP Tan

 

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance