Sejarah & Politik

Pemimpin Malaysia mana paling popular? Kami gali data daripada Facebook dan ini jawapannya

Semakin dekat kita dengan pilihanraya, semakin dekat la kita dengan macam-macam gambar ahli politik berjiwa rakyat kat Facebook, dan antara pilihan kegemaran kami adalah:

Gambar MB Pahang, Adnan Yaakob naik basikal:

Orang biasaa~~~ baaasikal tuaa~~~ (eh ke terbalik). Gambar dari Berita Harian.

…gambar MB Pahang, Adnan Yaakob tanggal kasut dalam majlis.

Fleksibel sungguh MB kita. Selalu stretching ni. Gambar dari MalaysiaKini.

…dan video Zahid Hamidi mintak maaf atas kelakuan MB Pahang, Adnan Yaakob:

Eh tapi artikel kali ni bukan nak cerita pasal Adnan Yaakob, tapi nak cerita pasal pemimpin-pemimpin senior kita. Tapi kami tak buat research kompleks macam INVOKE atau petik portal antarabangsa macam Malaysiakini. Kajian SOSCILI simple je, takde santifik pun, hanya berdasarkan likers kat Facebook masing-masing, iaitu:

  • Facebook Tun Mahathir (2.5M fans), 296 status dikira semenjak 24/2/2016
  • Facebook Najib Razak (3.3M fans), 1240 status dikira semenjak 24/2/2016
  • Facebook Anwar Ibrahim (1.6M fans), 1024 status dikira semenjak 24/2/2016
  • Facebook Hadi Awang (333.7K fans), 558 status dikira semenjak 24/2/2016
  • Facebook Lim Kit Siang (341.2K fans), 1279 status dikira semenjak 24/2/2016

Kenapa kira daripada 24/2/2016? Sebab pada tarikh tu Facebook mula perkenalkan emoji (like, love, haha, wow, sad, angry). Of course la ramai yang tekan ‘Like’ secara automatik, jadi kita kira emoji yang lain. Dan ini apa yang kami dapat…

(Data adalah paling terkini sehingga 17/9/2017)

1. Likers Tun Mahathir paling ramai sayang dia

Oppa~~ ottoke~~ gambar daripada South China Morning Post.

Walaupun ada fans yang banyak, Che Det yang sekarang ni berusia 92 tahun paling kurang post berbanding page yang lain. Tapi daripada post yang kami kira, dia yang paling banyak dapat banyak ‘love’ emoji, mengikut peratus. Apa status Facebook yang paling ramai orang klik ‘love’ tu? Ini dia:

1. Video Dr M (cuba) nyanyi lagu raya

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Teaser Raya Tun M

Mereka minta saya nyanyi lagu raya… maaflah sumbang sikit..

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Jumaat, 23 Jun 2017

2. Gambar Dr M dan Dr Hasmah naik MRT

Tun bayar guna syiling ke Touch N Go? Klik untuk link FB.

3. Gambar Dr M dan Dr Hasmah untuk Whatsapp kat anak-anak agaknya

Bila fotographer kata ‘buat gaya freestyle!’ Klik untuk link FB.

4. Tun sambut birthday dia yang ke 92

Eh baru 29 tahun? Sebaya la dengan saya, Tun. Klik untuk link FB.

5. Gambar admin untuk harijadi Dr M

Satu-satunya gambar Tun yang takde Dr Hasmah dalam Top 5 ni. Mungkin sebab Dr Hasmah yang ambil gambar kot, sampai tersengih lebar. Klik untuk link FB.

Pendek kata, post daripada page Tun Mahathir yang paling banyak dapat ‘love’ adalah gambar-gambar #relationshipgoals. Malah waktu perhimpunan Bersih yang paling baru ni, viral bila Dr Hasmah kata dia risau kat Tun Mahathir sebab Tun tak boleh kena hujan.

2. Likers Anwar paling banyak sayang dia sambil… bersedih?

Kat mana aku letak spek tadi. Gambar daripada Surara.TV

Walaupun terpenjara, Facebook Anwar adalah antara yang paling aktif post dalam Facebook. Tapi daripada gambar kat atas ni, kita boleh tengok perbezaan antara emoji tu tak banyak sangat. Dan saingan hebat adalah antara ‘love’ dan ‘sad’.Jadi untuk senarai ni, kami pilih 3 post paling banyak dapat ‘love’, dan dua paling banyak dapat ‘sad’.

1. (Love) Gambar Wan Azizah sambut cucu baru lahir

Ololo tomei tomei tiut tiut. Klik untuk link FB.

2. (Love) Video undian antara Najib dan Anwar (bukan untuk pilihanraya)

Er… Datuk Seri… kalau buat undi macam ni ofkos la ramai klik ‘Like’. Dah tu upload kat page Datuk Seri pulak… Klik untuk link FB.

3. (Love) Gambar kolaj ulangtahun Anwar dan Wan Azizah (aww)

Sedih bersama tawa pun bersama. Klik untuk link FB.

4. (Sad) Gambar pelukan terakhir Anwar dengan isterinya?

Mengikut Mahkamah Tinggi, setiap banduan pun dibenarkan sentuhan fizikal yang terhad dengan ahli keluarga. Klik untuk link FB.

5. (Sad) Anwar dimasukkan ke Hospital

Anwar dikatakan mengalamai pelbagai masalah kesihatan, termasuk ketumbuhan dan hilang berat badan. Klik untuk link FB.

Kisah Anwar mungkin yang paling banyak naik turunnya. Macam senarai kat atas, sekejap hepi, tiba-tiba runtun hati. Apa pun, hashtag #BebasAnwar jangan dilupai.

3. Likers Hadi paling mengasihinya, tetapi…?

Hang dah kenapa? Gambar dari Borneo Post Online.

Fans kat FB Hadi Awang paling sikit dalam senarai ni, ratus-ratus ribu berbanding jutaan fans kat pemimpin lain (kecuali Lim Kit Siang). Jadi adakah likers dia memang penyokong tegar? Itu kami tak boleh cakap, tapi bila tengok top 5, ada satu benda yang sangat menarik. Tapi sebelum tu, jom kita layan dulu post yang paling banyak dapat ‘love’…

1. Kenyataan Hadi berkenaan 1MDB

Post panjang sangat kami tangkap gambar kat bawah je. Untuk status penuh, klik link FB.

2. Gambar Hadi menyambut Tahun Baru Cina dengan menantu

Ni nak bagi duit raya ke ang pau… ang pau mahal sangat… Klik untuk link FB.

3. Hadi berjumpa dengan Ustaz Azhar Idrus

Sesi bersembang bersama rodong. Eh, itu loghat Temerloh. Klik untuk link FB.

4. Gambar Hadi ucap Selamat Hari Raya

High-five sebijik! Don’t leave me hanging~~ Klik untuk link FB.

5. Album Hadi berjumpa dengan Zakir Naik

Apa rahsianya baju kekal putih berseri? Tentunya Daiya! Klik untuk link FB.

Ok, apa yang paling menarik pasal senarai Top 5 ni adalah post yang paling popular tadi, iaitu kenyataan Hadi mengenai 1MDB. Walaupun post ni dapat 2K ‘love’, ia juga dapat hampir 10K ‘angry’!. Waktu kami screenshot, ini jumlahnya:

Mungkin sebab Hadi Awang dilihat sebagai seorang yang bertukar-tukar pendirian demi politik, malah dia dulu marah sangat dengan UMNO sampai keluarkan Amanat Hadi 1981 yang dikatakan membawakan kepada Peristiwa Memali.

4. Likers Lim Kiat Siang paling banyak bagi… ‘haha’?

Senyum seindah suria, yang membawa cahya~~ Gambar dari Malaysiakini.

Walaupun page Lim Kit Siang punya fan antara yang paling sikit, ia antara paling rajin update, setanding dengan page Anwar dan Najib. Tapi kenapa dia paling banyak dapat ‘haha’? Dia buat stand-up comedy ke kat page dia? Jom kita tengok…

1. Lim Kit Siang kantoi main Pokemon

Yang penting jiwa kena remaja. Klik untuk link FB.

2. Komen Lim Kit Siang pasal saman DOJ

Apandi Ali tunjuk apa tu. Lambang 1 Malaysia ke. Klik untuk link FB.

3. Lim Kit Siang post link pasal Gelang Patah

At least waktu ni Hishamuddin tak keluar keris. Klik untuk link FB.

4. Lim Kit Siang post link pasal kenyataan Hadi

“Wa tak kacau sama lu, lu jangan kacau wa” Klik untuk link FB.

5. Lim Kit Siang post pasal kenyataan Zahid Hamidi

Suka betul LKS dengan Malay Mail Online. Klik untuk link FB.

Apa yang menarik, berbanding dengan pemimpin-pemimpin lain dalam artikel ni, post Lim Kit Siang yang dapat banyak reaksi bukanlah pasal dia atau keluarga dia sendiri (kecuali yang pertama tu la), tapi link yang dia bagi mengenai isu semasa. Dan kebanyakannya tak bagi komen tambahan pun, post link macam tu je.

5. Likers Najib paling ramai marah dia

Apalah nasib diriku yang malang~~ gambar daripada Today Online.

PM kita, Najib Razak, ada paling banyak likers antara page-page lain dalam senarai ni. Dan dia jugak paling banyak dapat ‘angry’. Dan ini semua adalah post yang orang ramai paling marah sekali…

1. Pembentangan Bajet 2017 oleh Najib

Er… yang ni… tak payah komen banyak pun takpe… boleh agak kenapa orang marah. Klik untuk link FB.

2. Gambar Najib beli kopi

Eh, minum kopi pun kena hentam? Ni mesti rakyat Malaysia ramai pengeteh kot, tak main la Kopi O ataupun duit kopi… Klik untuk link FB.

3. Gambar Najib bersembang

La… dah minum kopi pun tak boleh, bersembang pun tak boleh. Dah kenapa. Klik untuk link FB.

4. Gambar Najib tanam beli jagung

Ok sekarang serius kami tak faham dah rakyat Malaysia ni. Klik untuk link FB.

5. Gambar Najib baru sampai Arab Saudi

Najib melawat Arab Saudi selama empat hari, mungkin untuk berbincang pasal derma. Klik untuk link FB.

Cuba tengok balik nombor 2, 3, dan 4 – kenapa orang marah sangat Najib makan minum apa semua? Bukankah itu sekadar lumrah manusia? Tekaan kami adalah semuanya bertarikh 24/2/2016, iaitu hari pertama emoji Facebook dilancarkan. Jadi… ramai yang ada perasaan terpendam kot…

Tapi kalau korang tengok kebanyakan post kat page Najib mesti banyak komen #respectmyPM sampai berbuih air liur. Ini kerana page tu dikatakan menggaji cybertrooper, malah baru-baru ni siap bagi phone Samsung free lagi. Jadi kalau komen korang kena padam kat Facebook dia… faham-faham la kenapa.

Tapi kan… cuba korang teka post apa paling banyak dapat share?

Persaingan sengit adalah antara FB Tun M, Najib, dan Anwar… dan pemenangnya adalah… Anwar Ibrahim!

Dr Maza jugak yang kena, huhu… Klik untuk link FB.

Walaupun status ni dah kena post tahun 2013, ia masih mendapat share terbanyak, dan tempat kedua adalah penerangan balas Tun M pasal tuduhan Najib.

Tempat ketiga adalah pengumuman cuti Sukan SEA oleh Najib. Ramai betul share. Tak kisahlah kes 1MDB ke, kes kapal Altantuya ke, Isa Samad asyik kena lantik ke, cuti tetap cuti ok. Jangan kacau hak kami.

Apa pun, tak terlambat rasanya untuk kami ucapkan Selamat Hari Malaysia!

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend