Zoo Negara dan HABIB buat syiling emas edisi terhad, dan sumpah comel gila

Kalau korang macam kami, korang mungkin ingat zaman kanak-kanak masa kali pertamanya mak ayah bawak korang ke… Zoo Negara πŸ˜©πŸ‘ŒπŸ’¦πŸ¦πŸ˜.

Zoo Negara Habib Banner
Siapa last masuk pintu ni, dia baboon. Image daripada Kosmo.

Ha, kalau korang tak tau, bulan ni genap ENAM PULUH TAHUN sejak Zoo Negara mula bukak kepada orang awam pada November 1963! Jadi untuk sambut ulang tahun diorang kali ni, Zoo Negara bekerjasama dengan jenama barangan kemas tempatan HABIB untuk keluarkan syiling emas yang bertemakan haiwan yang ada di Zoo Negara. Dan menariknya…

 

Syiling emas Zoo Negara kali ni ada haiwan-haiwan yang lebih rare!

Sebenarnya ni bukanlah kali pertama HABIB bekerjasama dengan Zoo Negara. 3 tahun lepas, sempena pembukaan semula Zoo Negara lepas PKP, diorang ada kempen di mana diorang lancarkan set enam syiling emas yang menampilkan haiwan liar yang ada kat Zoo Negara: kancil, orang utan, harimau Malaya, gajah Asia, enggang, dan panda.

Set syiling pertama. Imej dari HABIB.

Kali ni, sempena ulang tahun Zoo Negara ke-60, HABIB telah menyumbangkan RM100,000 kepada Zoo Negara DAN pada masa yang sama, melancarkan koleksi HABIB x Zoo Negara 2023 yang termasuk panda, menampilkan 5 haiwan baru lain!

Ni packaging kalau beli set enam sekaligus. Wau!

Kalau korang perasan, dalam lukisan kat bungkusan di atas, syiling-syiling emas ni nampak macam matahari lepas waktu subuh. Ni memang niat diorang: tema untuk koleksi 2023 adalah fajar di habitat hidupan liar, melambangkan cara haiwan memulakan hari baru dan juga permulaan baru bagi Zoo Negara. Selain lawa, tiap-tiap syiling seberat 0.2 gram ni diperbuat daripada 999.9 emas, atau dalam kata lainnya 99.99% emas tulen dan hanya 0.01% terdiri daripada logam lain.

Maksudnya syiling ni bukan je elok sebagai sebahagian daripada koleksi atau hadiah – dia juga cara sesuai untuk memperkenalkan anak-anak korang kepada pelaburan, dan membiasakan diorang dengan menyimpan wang sambil menghargai nilai emas. Apapun, semua haiwan yang dipaparkan kat syiling ni boleh dilihat di Zoo Negara, jadi jom terjah lebih lanjut tentang tiap-tiap design!

 

1. Harimau Bengal Putih/White Bengal Tiger

Gambar kanan dari FB Zoo Negara Malaysia.

Sebenarnya spesies harimau Bengal putih ni sama je dengan harimau Bengal biasa yang oren, cuma bulunya kekurangan pigmen disebabkan variasi genetik. Hitam belangnya pulak sebenarnya dari warna kulit, jadi belangnya tak terjejas: kalau korang cukur harimau ni sampai botak, dia masih akan ada belang. Secara semulajadinya, warna harimau ni agak rare, cuma 1 dalam 10,000.

 

2. Panda gergasi/Giant panda

Gambar kanan dari FB Zoo Negara Malaysia.

Siapa tak kenal rupa panda? Mungkin sebab comel sangat, ini kali kedua ia dijadikan design untuk syiling emas HABIB dan Zoo Negara.

 

3. Burung pegar emas/Golden pheasant

Gambar kanan dari FB Zoo Negara Malaysia.

Juga dipanggil burung kuang emas, ni satu lagi spesies yang berasal dari China. Dilihat sebagai simbol tuah dan kekayaan, burung ni dikatakan agak pemalu dan suka bersembunyi.

4. Singa Afrika/African Lion

Gambar kanan dari FB Zoo Negara Malaysia.

Nampak macho, tapi penyayang. Singa jantan yang selalunya jaga anak dan kawasan sementara singa betina keluar memburu.

5. Zirafah/Giraffe

Gambar kanan dari FB Zoo Negara Malaysia.

Nama saintifik haiwan ikonik ni adalah Giraffa camelopardalis, merujuk kepada bentuknya yang ada iras-iras unta (camel) dan corak bertompok yang serupa harimau bintang (leopard).

6. Raja Cheetah/King Cheetah

Gambar kanan dari FB Zoo Negara Malaysia.

Macam harimau bengal putih, raja cheetah ni pun sebenarnya sama dengan cheetah lain, cuma mutasi genetik menyebabkan dia ada corak yang lain dari yang lain kat belakang: garis-garis lurus hitam kat sepanjang belakangnya. Raja cheetah di Zoo Negara dinamakan Bolt, dan dikatakan salah satu dari hanya 30 raja cheetah yang ada kat seluruh dunia sekarang.

 

Lawanya! Nak! Nak! Kat mana nak beli?

Sama ada korang nak buat koleksi, melabur, jadikan hadiah/angpau, atau sekadar nak sapot, cepat-cepat pergi ke bilik pameran HABIB terdekat. Korang juga boleh dapat online kat laman web dan TikTok diorang, ATAU melalui Shopee, Lazada, and Zalora pada harga RM118 setiap satu/RM708 untuk satu set penuh (bak kata pepatah Melayu, alang-alang menyeluk pekasam). Tapi kalau korang nak, jangan tunggu lama sangat pulak. Edisi terhad kan.