Sempena Shopee 12.12, korang boleh menang SETAHUN tol percuma!

Kalau korang jenis yang suka shopping online, mesti korang tahu yang hampir tiap-tiap bulan ada je promosi kat tarikh yang berganda. Sekarang, dah sampai masa untuk promosi yang paling dinantikan: Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi!

Disebabkan 12.12 juga adalah ulang tahun bagi Shopee, kempen kali ni lebih istimewa, sebab…

Shopee dan Touch ‘n Go berkolaborasi untuk bagi korang tol percuma selama setahun!

Pergh! Kalau kami tak payah bayar tol ulang alik ke ofis setahun, jimat RM1k lebih kot. Belum kira nak balik kampung lagi tu.

Senang cerita, Shopee akan adakan event jualan live 12.12 Roda Shopee setiap hari bermula 1 hingga 15 Disember pada pukul 8 malam sempena kempen Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi diorang. Sangat meletups la kali ni, sebab Datuk Aznil Hj Nawawi yang jadi hos, dan diorang jugak ada kolaborasi dengan Touch ‘n Go.

Waw! Waw! Urut dada anda dan bertenang!

Hasil kolaborasi ni, 50 orang bertuah akan berpeluang menang tol percuma selama setahun dalam permainan 12.12 Roda Shopee!

Camne nak join? Shopee akan ada sebuah microsite di mana korang boleh tebus kod unik yang membolehkan korang join Shopee Live pada setiap hari event. Buat sebarang pembelian melalui Shopee Live, dan lagi banyak korang beli, lagi tinggi peluang untuk terpilih sertai 12.12 Roda Shopee.

Tiap-tiap hari event, 3 orang bertuah akan terpilih. Pada 12 Disember pula, 8 orang berpeluang untuk main. Kalau korang terpilih, korang hanya kena jawab satu soalan mudah dan pilih arah dan kekuatan yang korang nak putar roda Shopee tersebut.

Tak perlu jerit “Saya putar Pak Nil!”, tapi takde sapa halang. Imej dari FB IRDK.

Kalau korang berjaya buat semua ni dan nasib korang baik, dapatlah tol percuma setahun. Tapi kalau nasib korang kurang baik pun…

Banyak lagi hadiah dan promosi menarik lain sempena Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi

Menurut Shopee, daripada 50 orang yang terpilih untuk main Roda Shopee ni, kesemua 50 orang berpeluang menang tol percuma. Tapi kalau tak dapat, hadiah lain atas roda tersebut pun lumayan jugak.

Selain lebih dari 3 juta syiling Shopee untuk dimenangi, korang juga boleh menang baucar eksklusif untuk beli barang di Shopee Live.

Dan walaupun tak terpilih untuk main Roda Shopee, masih berbaloi untuk join show ni kalau korang memang dah ada niat nak membeli-belah atau sekadar nak berhibur.

Selain Pak Nil, akan ada artis-artis tempatan seperti Izzue Islam, Adam Lee, Khai Bahar, Diana Danielle, Dato’ Seri Vida dan banyak lagi yang akan muncul, baucar eksklusif terhad untuk beli barang setiap hari event, dan 30 minit untuk dapat tawaran-tawaran menarik bagi produk fesyen, kecantikan dan sebagainya.

Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi dah bermula!

Nikmati 12PM Tawaran Super Seringgit, Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum, dan Peluang Menangi 1 Tahun Tol Percuma setiap hari hingga 15 Disember!

Jadi kalau korang nak join event beli-belah hujung tahun yang gempak ni, jangan tunggu lagi! Tetapkan alarm kat kalendar korang hari ni juga!

*Tertakluk kepada terma dan syarat.