Tun M baru je buat China bengang… dan ia mungkin ada kaitan dengan Jho Low?!

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Rasanya, takde apa yang ditakuti Tun Mahathir. Perdana Menteri Malaysia ni memang tegas dengan kata-katanya dan perbuatannya walaupun terhadap kuasa-kuasa besar yang kuat di dunia. Malah dia tak pernah takut untuk bercakap pasal apa yang dalam fikirannya. Walaupun dengan umur 93 tahun, dia nampaknya masih lagi Mahathir yang kita kenal dulu. Tegas dan tak takut apa-apa.

Saya? Takut? Imej dari rojakdaily

Jadi tak hairanlah apabila baru-baru ni bila China tuntut supaya kita pulangkan 11 rakyat mereka dari etnik Uighur yang ditangkap di Malaysia sebagai ‘pendatang tanpa izin’, Dr. M dengan selambanya terus menolak.

Malah dia dengan selambanya tak mempedulikan negara yang mempunyai askar paling ramai di dunia tu. Kita bukan tak tahu, biasanya kalau orang melawan China, mereka selalunya akan tiba-tiba je ‘hilang’. Tapi, apa sebenarnya yang kecoh pasal Uighur ni, dan macam mana sebenarnya keputusan Dr M ni dah pun menjejaskan peluang kita untuk mencari Jho Low, yang disyaki bersembunyi di China?

Uighur? Yang kena tindas teruk dengan kerajaan China tu, kan?

Uighur adalah orang Turki yang bercakap bahasa mereka sendiri dan mengamalkan Islam. Mereka tinggal di sini, di wilayah Xinjiang:

Wilayah Xinjiang di China. Imej daro aljazeera

Berbalik kepada zaman China ada Maharaja, mereka berada di bawah pemerintahan China. Tapi lepas maharaja terakhir jatuh pada tahun 1912, mereka memberontak terhadap kerajaan tempatan, lepas tu buat kerajaan  sendiri dan mengisytiharkan merdeka pada tahun 1933, dan menamakan diri mereka sebagai Republik Turkestan Timur Pertama.

Bendera Republik Turkestan Timur. Imej dari Wikipedia

Tapi mestilah China (yang masa tu belum jadi komunis lagi) tak puas hati. Mereka nak rebut semula rantau ni, tapi masa tu mereka disokong Soviet dan Turkestan pun menang balik dan mengisytiharkan merdeka balik pada 1944, dan menggelarkan negara mereka Republik Turkestan Timur Kedua. Bagaimanapun tak lama kemudian, Mao Zedong dan ideologi komunisnya dah mengambil alih pada tahun 1955, Xinjiang diisytiharkan sebagai wilayah China.

Bukannya mereka ada pilihan pun. Imej dari historyinanhour

Jadi, inilah masalahnya sekarang. Disebabkan Revolusi Kebudayaan Mao dan juga kekayaan sumber di Xinjiang, China membangunkan kawasan tu dan membanjirinya dengan etnik Han (etnik majoriti China aka stereotaip PRC) yang mengambil kerja dan juga pendapatan di kawasan tersebut. Nak dipendekkan cerita, etnik Han nampaknya jadi lebih kaya daripada Uighur di kawasan Uighur tu sendiri. Jadi sebab tu la etnik Uighur ni tak puas hati.

Untuk memberi gambaran mengenai keadaan mereka, penduduk Hans di Xinjiang bertambah dari 220,000 orang pada tahun 1949 kepada 8.4 juta pada tahun 2008!

 

Imej dari Business Insider

Lagipun, Uighur rasa mereka sedang disasarkan sebab mereka Muslim. Malah, mereka juga mengatakan yang China berusaha menghapus budaya mereka. Antara salah satu sebabnya adalah apabila Uighur dilarang memakai tudung dan menjaga janggut. Mereka juga tak boleh suka hati jalan-jalan dan terpaksa menunjukkan kandungan telefon bimbit kepada polis, ditakuti kalau ia mempunyai kandungan anti-China.

Itu belum lagi pasal orang Uighur yang ‘hilang’ dan dihantar ke kem ‘pendidikan semula’ yang akan menjadikan mereka lebih ‘Cina’. Bekas-bekas tahanan Uighur juga mengatakan yang mereka diseksa secara fizikal dan mental, dipaksa makan daging babi dan minum alkohol (harammm!), malah mendorong mereka untuk membunuh diri disebabkan layanan teruk yang diterima mereka.

Dilraba Dilmurat, pelakon terkenal dari Uighur. Imej dari Pinterest

Sebelum ni SOSCILI pernah tulis secara lengkap asal-usul dan sejarah Muslim Uighur. Boleh klik kat link sini.

Patutlah ramai antara mereka yang cuba untuk melarikan diri…

Dan disinilah kisah ni berkait dengan Malaysia. Tahun lepas, seramai 11 orang Uighur yang melarikan diri dari China ke Thailand ditahan sebagai pendatang tanpa izin dan dimasukkan ke dalam penjara. Tak tahulah macam mana, mereka kemudiannya berjaya meloloskan diri dengan menggali lubang di dinding, menyeberangi sempadan dan sampai ke Malaysia, di mana mereka ditahan sebagai pendatang tanpa izin, sekali lagi.

(Pertama sekali, mereka berjaya melarikan diri ke Thailand dari China di mana perjalanan tu sangat jauh. Wah, berani betul mereka ni!)

Jauh gila tu! Imej dari eographicguide.net

Nampaknya keadaan jadi lebih menarik dimana kerajaan China menuntut supaya Malaysia hantar balik mereka ke China, tapi Tun M dengan selambanya lepaskan mereka, malah menerbangkan kesemua mereka ke Turki! Sebabnya?

“Mereka tak buat salah pun di negara ni. Jadi, mereka dilepaskan” – Tun Dr. Mahathir

Apa yang kitorang bayangkan masa Tun M dan kebinet lain, semasa jawab balas kepada China

Ok, sekarang korang mesti terfikir: “Macam mana Tun M membenarkan mereka lepas, padahal kalau nak diikutkan, mereka salah juga sebab melanggar undang-undang negara ni?” Ok, secara teknikalnya bukan Tun M yang lepaskan mereka, tapi pendakwa raya kes tu, yang nampaknya telah menjatuhkan semua tuduhan atas dasar kemanusiaan. Tapi daripada nak hantar mereka kembali ke China seperti yang dituntut kerajaan negara tu, kita memilih untuk menghantar mereka ke Turki (sebab Uighur dan Turki berkongsi bahasa dan budaya yang sama).

Jadi… macam mana China respon terhadap kes ni?

Mestilah mereka tak gembira, dan menganggap ianya satu penghinaan:

“Mereka semua ni rakyat China. Kami amat bertegas jika mahu menghantar mereka ke negara ketiga. “- Kementerian Luar Negeri China

“Dengan tegas menentang”. Imej dari Huffington Post

Perkara ni juga dah tentu takkan membantu hubungan Malaysia yang semakin buruk dengan China. Tapi sejak mula berkuasa (sekali lagi), Tun M nampaknya selalu je buat mereka bengang. Bukan setakat batalkan pelbagai projek China di Malaysia, malah dia dengan beraninya pergi ke Beijing dan bagitahu mereka secara peribadi!

Imej tak diedit dari imgflip.com

Dan sekarang, masa untuk kita bincang pasal China dari Malaysia, iaitu Jho Low. Walaupun apa yang Tun M buat menampakkan keberanian kita, tapi perkara ni membuatkan peluang kita untuk mencari Jho Low semakin tipis. Malah ada spekulasi yang mengatakan sebab sebenar Tun M melepaskan 11 orang Uighur adalah untuk menghantar mesej kepada China yang enggan membantu Malaysia membawa pulang Jho Low.

“Nah, mungkin dia cenderung untuk tawar-menawar atau sesuatu seperti itu.” – Tun Dr. Mahathir semasa ditanya kenapa China tak nak bagi Jho Low

Disebabkan China yang nampaknya semacam tak nak bantu kita, contohnya apabila dah beberapa kali Malaysia cari Jho Low kat China, tapi mereka senang-senang je kata “Oh, dia dah terbang ke tempat lain”. Dan apabila Kementerian Luar China ditanya tentang Jho Low, mereka hanya berkata mereka “tak sedar pasal perkara tu”, tanpa menyebut namanya.

Imej tak diedit dari Daily Mail

Oklah. Sekurang-kurangnya walaupun gagal mengesannya, kita masih lagi boleh bergantung kepada Hishammuddin untuk mengesannya, kan?

Imej dari WS. Kalau tahu siapa owner dia bagitahula, nanti kitorang kreditkan

Betul ke apa yang dibuat Tun M ni?

Macam yang kitorang bagitahu tadi, keputusan Tun M untuk menghantar 11 orang Uighur ke Turki mesti nampak buruk dari pandangan China, terutamanya sejak SOP untuk pengusiran adalah ‘menghantar mereka kembali ke negara asal’,dan negara asal bagi Uighur ni secara teknikalnya adalah China. Persoalan terbesar di sini mungkin: Adakah ia benar-benar atas sebab-sebab kemanusiaan, atau Tun M lakukannya hanya untuk menekan China? Atau kedua-duanya sekali?

Uighur China, baka yang tertindas. Imej dari CITS

Sebab sejak Malaysia tak mengesahkan Konvensyen UNHCR mengenai pelarian, takde kewajipan undang-undang untuk kerajaan kita bagi perlindungan atau membantu pelarian, jadi kenapa pula Tun M membantu 11 orang Uighur melarikan diri ke Turki, memandangkan dia pernah mengancam untuk menembak pelarian sebelum ni? Malah, korang kena tahu yang setakat akhir Ogos 2018, terdapat kira-kira 161,140 pelarian yang tinggal di Malaysia, jadi ada tak apa-apa yang boleh mereka lakukan untuk memberi perhatian yang sama?