6 pemimpin dunia yang kejam gila, tapi mati sebelum sempat dihukum

*Artikel ini asalnya disiarkan pada 17 Oktober 2017*

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Rasanya, itulah moral yang selalu diterapkan oleh mak ayah dan cikgu, sejak kita sejak kecil. Sejarah dunia pun membuktikan siapa yang buat jahat, pasti ada hukuman yang menanti.

Tapi, tahukah korang yang ada je pemimpin kejam seluruh dunia yang dah membunuh bukan sorang dua, tapi beratus, beribu, malah sampai berjuta-juta orang, tapi akhirnya dia mati macam biasa je?

Kekejaman apa yang diorang buat dan macam mana pulak diorang ni semua boleh terlepas daripada hukuman mahkamah dunia? Kami senaraikan.

1. Ariel Sharon, penyembelihan di kem Sabra & Shatila

Ariel Sharon. Daripada Menteri Pertahanan kepada Perdana Menteri Israel. Imej dari cnn.com

Ariel Sharon merupakan Menteri Pertahanan Israel ketika berlakunya pertumpahan darah di Kem Sabra dan Shatila pada tahun 1982. Kem tu sebenarnya dah lama ditubuhkan, iaitu pada tahun 1949.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah menubuhkan kem tersebut untuk rakyat Palestin yang menjadi pelarian selepas Palestin dirampas oleh Israel, dan dihalau daripada tanah air sendiri. Kem Sabra dan Shatilla merupakan antara kem pelarian Palestin yang terletak di Lubnan.

Dalam kes pembunuhan Kem Sabra dan Shatilla, Ariel Sharon terlibat secara langsung dengan pembunuhan beramai-ramai ni sebab dia yang mengarahkan kem-kem ni dikepung oleh tentera Israel dan angkatan bersenjata Kristian Lubnan, “Phalangist”.

Kem Sabra Shatilla sebelum diserang Israel dan Kristian Phalanges. Imej dari YouTube

Masa peperangan di Lubnan berlaku, Israel berjaya mengawal bandar Beirut, dan kemudian mengepung dua kem ni supaya pelarian-pelarian Palestin tak boleh melarikan diri. Kalau nak tahu, kebanyakan yang tinggal dalam kem ni adalah kanak-kanak, perempuan dan orang tua yang langsung takde senjata untuk berperang.

Tujuan kem-kem ni dikepung adalah untuk menghapuskan pelarian-pelarian Palestin ni. Pembunuhan tersebut berlangsung selama 40 jam, di mana ramai yang ditembak, kanak-kanak disembelih, kaum wanita dirogol, manakala lelaki pula disuruh menghadap ke dinding dan kemudiannya ditembak sampai mati.

Imej dari Youtube
Imej dari salem-news.com

Terdapat percanggahan yang berlaku tentang bilangan mangsa yang terkorban. Suruhanjaya KAHAN yang ditubuhkan Israel menganggarkan seramai 700-800 orang terkorban. Tapi Pertubuhan Palang Merah Palestin pula melaporkan seramai 2000 orang telah menjadi mangsa di dalam kes penyembelihan beramai-ramai ini.

Hampir 20 tahun kejadian ni berlaku, akhirnya kes ini telah dibawa ke mahkamah Belgium pada tahun 2001 oleh waris kepada mangsa-mangsa pembunuhan. Pada 12 Februari 2003, Mahkamah Agung Belgium memutuskan bahawa Ariel Sharon didapati bersalah dalam peristiwa penyembelihan ni.

Tapi, Belgium gagal mengheret Sharon untuk menerima hukuman apabila tiada kerjasama daripada negara antarabangsa yang lain. Kerajaan Israel juga telah mempertahankan Sharon dengan mempersoalkan hak mahkamah Belgium untuk membicarakan kes ini.

Ariel dalam satu ucapan sombongnya,

“Israel mungkin mempunyai hak untuk membiarkan orang lain dibicarakan, tetapi yang pasti tidak ada orang yang berhak untuk meletakkan rakyat Yahudi dan Negara Israel dalam percubaan”-alasan Ariel Sharon yang ‘menghalalkan’ tindakannya

Ariel Sharon digesa supaya dilucutkan jawatan, tapi tak dipedulikan. Malah beberapa tahun lepas tu, dia ‘dinaikkan pangkat’ pula menjadi Perdana Menteri Israel pada tahun 2001 tanpa apa-apa hukuman.

Imej dari BBC

Tapi masa Ariel Sharon masih lagi jadi Perdana Menteri Israel pada tahun 2006, dia diserang strok pada bulan Januari, dan masa tu kuasanya diserahkan pada timbalannya. Empat bulan jatuh sakit, kabinet Israel akhirnya memutuskan yang jawatannya dilucutkan sebab kurang upaya.

Keadaannya semakin teruk selepas tu dan Ariel kemudiannya koma selama LAPAN TAHUN. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2014. Walaupun Ariel Sharon tak dihukum terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukkannya, ramai yang mengutuk dan mengatakan dia takkan tenang selepas mati. 

Masa kematian Ariel Sharon diumumkan pun, hanya gambar ilustrasi je yang ditunjukkan. Imej dari en.alalam.ir

2. Joseph Stalin, dan Holodomor di Ukraine

Stalin dan propagandanya. Imej dari ouisproyect.org

Joseph Stalin memerintah Kesatuan Soviet selama lebih dari dua dekad, menggantikan Vladimir Lenin yang berjaya menggulingkan institusi beraja Rusia. Stalin juga adalah pemimpin yang bertanggungjawab membantu Kesatuan Soviet mengalahkan Nazi dan dalam masa yang sama menjalankan pemerintahan secara keganasan.

Merupakan diktator Kesatuan Soviet dari 1929 hingga 1953, pemerintahan di bawah Stalin berubah. Daripada sebuah masyarakat petani, Rusia kemudiannya menjadi kuasa besar dalam industri dan tentera. Disebabkan perkara ni jugalah lebih kurang 60 juta rakyat Kesatuan Soviet meninggal semasa pemerintahannya yang kejam,

  • 1927-1929: Sejuta orang dituduh mensabotaj dan ahli pembangkang
  • Awal 30-an: 9 hingga 11 juta petani dihalau dari tanah diorang sendiri, dan ramai yang terbunuh
  • 1932-1933: 6 hingga 9 juta terbunuh kerana mati kebuluran
  • 1935: Sejuta orang dibuang dari Moscow dan Leningrad sebab diorang adalah keluarga bekas bangsawan, pedagang, kapitalis dan pegawai.
  • 1937-1938: Lebih kurang sejuta orang dibunuh, manakala 4 hingga 6 juta orang dihantar ke kem buruh paksa dan tak pernah kembali lagi
  • 1940: 2 hingga 3 juta dihantar ke kem kerana melanggar undang-undang buruh yang ketat
  • Perang Dunia Kedua: 10 juta hingga 12 juta ‘tertindas’ dalam Perang Dunia II, termasuk jutaan orang Soviet-Jerman dan etnik minoriti lain yang dipindahkan secara paksa.
  • 1946-1953 (Kematian Stalin): Lebih dari satu juta ditangkap atas dasar politik
Kanak-kanak ‘Holodomor’ di Ukraine yang kebuluran teruk pada tahun 1932-1933. Imej dari worldwithoutgenocide

Antara salah satu kejadian tersebut, Stalin memaksa berjuta-juta penduduk di kampung berpindah ke bandar supaya Kesatuan Soviet boleh ambil alih tempat tu dan buat projek industri.

Pergolakan yang berlaku ni la yang menyebabkan ramai mati kebuluran pada tahun 1932-1933, dan dikenali sebagai Holodomor di Ukraine. Holodomor bermaksud ‘membunuh dengan membiarkan kelaparan’. Sepanjang Holodomor ni je, ada la sekurang-kurangnya lima juta orang meninggal dunia.

Dunia kata pergi, kubur kata mari. Punyalah brutal Stalin ni, masa umur dia 70 tahun pun, dia masih lagi bagi arahan dekat orang-orang suruhan dia untuk bunuh sesiapa saja yang dia nak. Stalin terlampau berkuasa masa dia memerintah, sampai tak ada sebarang perbicaraan dibuat.

Tak lama lepas tu, dia mengalami masalah kesihatan pada 1952, dan kemudian mati pada tahun 1953. Mayatnya tak ditanam, sebaliknya diawet dan dipamerkan bersebelahan dengan mayat Lenin, dan dinamakan Makam Lenin-Stalin.

Makam Lenin-Stalin. Imej dari wikimedia.org

3. Mao Zedong, dan ‘Revolusi Kebudayaan’nya

Mao Zedong merupakan seorang ketua tentera, negarawan, dan juga pengasas Republik Rakyat China yang memimpin Revolusi Kebudayaan bangsanya. Dia juga berkhidmat sebagai Pengerusi Republik Rakyat China dari tahun 1949 hingga 1959, dan memimpin Parti Komunis China dari tahun 1935 sampai dia mati.

Mao punya pemikiran adalah nak jadikan China sebuah negara berjaya, jadi dia perkenalkan “Great Leap Forward” dan “Revolusi Kebudayaan” untuk mencapai tujuannya sebagai negara yang ada pendirian. Disebabkan perkara ni, pengaruh dia semakin kuat dalam masyarakat China di mana dia ada pentaksub tersendiri yang kalau dia lalu je, orang mesti bersorak, macam fan-girl-ing gitu.

Lebih kurang macam ni la Red Flag masa Mao Zedong lalu dan melambai. Imej dari giphy

Tapi, demi nak mencapai tujuannya tu, ramai yang terkorban disebabkan mati kelaparan. Masa Mao perkenalkan ‘Great Leap Forward’ pada tahun 1958, dia dah bagi tanah kepada seramai 75,000 petani untuk diusahakan, segalanya berjalan lancar. Tapi tahun selepas tu, terjadinya banjir yang merosakkan tanaman diorang selama tiga tahun, menyebabkan seluruh penduduk kampung kebuluran sebab tanaman adalah punca makanan utama diorang.

Jadi pada tahun 1959 dan 1961, kira-kira 45 juta orang terkorban akibat kebuluran dan ia juga dikatakan sebagai antara sejarah kebuluran terburuk yang pernah terjadi di dunia. Perkara ni cuba dirahsiakan daripada negara dan seluruh dunia, hanya orang-orang Mao je yang tahu, tapi rahsia ni bocor juga menyebabkan dia kurang dapat sokongan rakyat.

Disebabkan kegagalan ni, Mao mendiamkan diri selama beberapa tahun sebelum membuat kemunculan kembali pada tahun 1966, dan melancarkan ‘Revolusi Kebudayaan’ pulak. Ramai orang-orang muda yang lupa pasal kegagalan dia sebelum ni, jadi dia ambik kesempatan ni untuk brainwash balik diorang dengan mengatakan

“Kelas pertengahan perlu dihapuskan kerana mereka tunjang kepada kapitalisme “- Mao Zedong

Basuh kasi bersih

Jadi, terbentuklah satu kumpulan anak muda yang dipanggil ‘Red Flag’, membuat ‘pembersihan’ ni. Mao kembali berkuasa dan mengarahkan sekolah-sekolah ditutup, dan orang bijak pandai semua dihantar ke kawasan luar bandar untuk brainwash diorang balik dan suruh diorang kerja keras sebagai orang kampung. Revolusi ni memusnahkan banyak warisan budaya tradisional China, kemudiannya mewujudkan huru-hara dalam ekonomi dan sosial di China. Bila semua orang kerja kampung, lagi la senang kerja dia, dan dia naik balik sebagai pemimpin di China.

Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 9 September 1976, secara mengejut. Sebelum meninggal, dia ada mengarahkan keluarganya untuk bakar mayat dia. Tapi disebabkan dia ni orang yang berpengaruh, isteri Mao dan juga pegawai tinggi China merasakan yang lebih baik mayat Mao diawet, supaya dia boleh dijadikan ‘pameran’, sebagai pengasas Republik Rakyat China, mempimpin Revolusi Kebudayaan bangsanya.

4. Pol Pot, mengguna pakai idea Maoist (China) komunisme serta Stalinisme (Soviet).

Pol Pot recycle idea Stalin dan Maoist. Imej dari usefulstooges.com

Kekejaman Pol Pot terhadap rakyat Kemboja juga merupakan antara sejarah yang dahsyat pernah dicatatkan. Semasa pemerintahan Pol Pot dan rejim  Khmer Rougenya, dianggarkan sebanyak 1.5 juta daripada lapan juta penduduk Kemboja mati disebabkan kebuluran, kepenatan terlampau dan pelbagai penyakit.

Mereka yang terbunuh pun bukan orang kampung je, tapi mereka yang  berpendidikan tinggi dan berkelas pertengahan. Buktinya, beratus-ratus ribu masyarakat kelas pertengahan dan berpendidikan diseksa dan dibunuh di pusat-pusat khas. Masa dia memerintah juga, duit jadi tak bernilai, dan semua orang dikerahkan untuk berkerja dalam bidang pertanian sebab senang nak kawal tindak-tanduk rakyat.

Mangsa-mangsa pembunuhan Pol Pot yang tak ditanam. Imej dari worldwithoutgenocide

Selain tu juga, Pol Pot menggunakan terma “Year Zero” atau “Tahun Kosong”, kononnya untuk “pembersihan” daripada pembunuhan orang intelektual dan kumpulan minoriti, kapitalism, budaya barat, kehidupan bandar, agama, dan pengaruh asing.

Pol Pot merupakan peminat setia Maoist (China) komunisme serta Stalinisme (Soviet). Dia dibayangi ‘penciptaan baru’ Kemboja berdasarkan model Mao-Komunis, dengan menggunakan pertanian dengan idea Maoist. Patutlah bunyi macam familiar je!

Walaupun ramai antara pengikutnya dulu ‘berpaling tadah’ dengan membongkarkan kekejamannya supaya dia dapat hukuman yang setimpal, nampaknya dia pun akhirnya terlepas daripada hukuman yang sepatutnya.

Pol Pot akhirnya dibicarakan pada tahun 1997, dan cuma dikenakan tahanan rumah seumur hidup. Dia meninggal dunia dalam tidur pada 15 April 1998, iaitu pada usia 72 tahun. Punca kematiannya adalah kegagalan jantung.

Kata mangsa-mangsa Pol Pot. Ilustrasi dari robrogers.com

5. Augusto Pinochet, menggulingkan kerajaan Chile dan terlibat dalam ‘Colonia Dignidad’

Augusto Pinochet, membunuh seramai xxx. Imej dari telegraph.co.uk

Augusto pula merupakan ketua kepada rampasan kuasa Chile pada tahun 1973, menjatuhkan Salvador Allende, presiden Chile yang asal. Masa pemerintahan kuku besinya, mangsa-mangsanya ditahan, diseksa, dan tak kurang juga yang ‘hilang’, atas alasan politik oleh pihak kerajaan Pinochet. Dianggarkan, seramai 3,200 yang terbunuh, dan seramai 38,000 yang menjadi mangsa penyeksaan semasa pemerintahannya di Chile.

Selain pihak pembangkang, sebuah dokumen perisikan mendedahkan yang Pinochet merupakan dalang bagi pembunuhan diplomat Chile di Washington, Orlando Letelier, yang dibom pada tahun 1976. Letelier merupakan pegawai tertinggi presiden yang digulingkan Pinochet tiga tahun sebelum tu, di mana dia sempat diseksa dan dipenjara, tapi berjaya melarikan diri ke Amerika.

Selain tu juga, diktator Pinochet ni juga pernah bekerjasama dengan Paul Schaefer, pemilik Koloni Nazi Jerman, iaitu Colonia Dignidad yang kitorang ada tulis tak lama dulu. Penentang rejim Pinochet dihantar ke koloni tu untuk dipenjarakan, diseksa dan ada juga yang dibunuh.

Klik untuk baca

Pemerintahan kuku besi Augusto Pinochet akhirnya terhenti pada tahun 1990, dan dia menghilangkan diri. Pada tahun 1998, dia kemudiannya berjaya ditahan di London semasa menjalani rawatan pembedahan sakit belakang. Diktator tersebut dibawa balik ke Chile untuk dibicarakan atas pelbagai tuduhan termasuk menculik dan melakukan pembunuhan.

Tapi yang sedihnya pada tahun 2001, hakim memutuskan supaya Pinochet dibebaskan sebab bekas pemimpin kuku besi tu tak sihat untuk datang perbicaraan dan pendakwaan. Jadi, semua mangsa dan keluarga yang terlibat tak puas hati.

Dia hanya diletakkan di bawah tahanan rumah dan masa menunggu perbicaraan, dia akhirnya meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2006 sebelum prosiding undang-undang penuh dijalankan.

6. Idi Amin, merekrut ‘tentera’ untuk merampas harta dan membunuh orang awam

Idi Ain, pemimpin kejam Uganda. Imej dari ukzambians.co.uk

Idi Amin merupakan seorang pemimpin Uganda pada tahun 1971. Dia juga dikatakan sangat sombong dan suka mengutuk pemimpin negara lain. Contohnya seperti:

  • Keputusan Hitler membunuh enam juta orang Yahudi adalah perkara yang sepatutnya berlaku
  • Menghina Presiden Tanzania, Julius Nyerere sebagai perempuan tua, penakut, jalang, dan merendahkan martabat presiden tu dengan mengatakan yang dia akan berkahwin dengan Nyerere kalau dia seorang perempuan
  • Menghina Kenneth Kaunda, iaitu Presiden Zambia sebagai imperialis dan patung boneka
  • Dia kata, dia mengharapkan Ratu Elizabeth menghantarnya ”pengantin perempuannya yang berumur 25 tahun” pada perayaan ulang tahun perak penobatannya.
Oh no, you didn’t! Imej dari giphy

Masa pemerintahannya, dia dikatakan dah bunuh ramai orang tanpa sebab munasabah. Antara mangsa-mangsanya terdiri daripada peladang, pelajar, kerani, peniaga dan orang awam. Diorang ni ditembak, dipaksa memukul satu sama lain, dan bermacam-macam seksaan.

Seramai 18,000 lelaki direkrut oleh Idi Amin untuk dijadikan tenteranya. Diorang ni bebas memilih siapa mangsa diorang ni walaupun diorang tak buat sebarang kesalahan pun. Diorang dijadikan mangsa semata-mata untuk dapatkan duit, rumah ataupun perempuan, dan menjadi mangsa penghinaan.

Disebabkan dia rekrut terlampau ramai jugalah, perbelanjaan ketenteraan semakin meningkat, dan membawa kepada kemerosotan ekonomi negara. Perkara ni menyebabkan Uganda mengalami krisis untuk beberapa dekad.

Orang-orang elit tak terkecuali, sebab antara mangsa Idi Amin adalah menteri kabinet, hakim Mahkamah Agung, diplomat, rektor universiti, ahli gereja yang terkenal, pengarah hospital, pakar bedah. Ada juga beberapa menteri yang dibuang ke dalam tasik dipenuhi buaya di Lake Victoria, dan ada juga ura-ura yang menuduh Idi Amin mengamalkan kanibalisme.

Pembunuhan yang dilakukan bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai dan menyampaikan mesej yang Idi Amin mempunyai kuasa, dan nak diorang mati. Mangsa Idi Amin dianggarkan sebanyak lebih kurang 500,000 daripada 12 juta penduduk.

Hidup ni macam roda, sekejap kat atas, sekejap kat bawah. Lepas bermacam-macam kekejaman yang dia buat masa berkuasa, pengikut setia dia semakin berkurangan dan ada yang berpaling tadah. Tak kurang juga yang lari ke negara sempadan iaitu Tanzania. Dia tuduh Presiden Julius Nyerere, presiden Tanzania yang menyebabkan pemberontakan tu berlaku.

Disebabkan mulut dia yang celupar tu, Presiden Julius Nyerere yang memang banyak kali bengang dengan pelbagai tuduhannya yang pelbagai mula bertindak. Nyerere bertindak dengan menyerang dan tawan Sungai Kagera yang Idi Amin mengaku dia punya, dibantu oleh Tentera Tanzania dan orang-orang Uganda yang hidup dalam buangan.

Punyalah happy rakyat Uganda masa Idi Amin tu digulingkan. Imej dari bbc.co.uk

Bila Idi Amin tahu yang dia tak boleh menang, dia melarikan diri bukan sorang-sorang, tapi dengan empat orang isterinya dan 30 orang anaknya ke Libya pada tahun 1979 selepas digulingkan.

Kali ni, dia pula hidup dalam buangan. Dia akhirnya meninggal di Jeddah, Arab Saudi pada tahun 2003 disebabkan kegagalan buah pinggang.Pengarah Pendakwa Khas Hak Asasi Manusia pun kesal sebab tak sempat bawa Idi Amin ke muka pengadilan.

Walaupun pemimpin ni dianggap kejam, tapi masih ada yang menyokong mereka

Walaupun kebanyakan pemimpin ni dibenci, tapi tak kurang juga yang masih disanjung mereka sehingga kini, kerana diorang berjaya mencipta revolusi yang mengubah sesebuah negara tu menjadi seperti sekarang. Contohnya seperti Mao di mana gambarnya masih digantung di Kota Larangan, dan 13 tugu Stalin di seluruh Rusia.

“Dalam bancian yang dilakukan oleh Carnegie Endowment for International Peace mendapati 65% rakyat Rusia bersetuju yang Stalin merupakan seorang diktator yang kejam, tak berperikemanusiaan dan bertanggungjawab membunuh jutaan nyawa yang tak berdosa.

Manakala 45% rakyat Rusia pula memberikan pandangan positif terhadap Stalin.” – Petikan dari TheWeek.com

Walaupun diorang tak menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan diorang di dunia ni, tapi bagi kita yang yakin dengan hukuman Tuhan di alam sana, kita serahkanlah kepada-Nya.