SPONSORED

Terlepas 11.11? Ini benda yang korang patut tunggu untuk 12.12!

Sedar tak sedar, dah dua minggu rupanya Jualan Hebat Lazada 11.11 ni berakhir, dan rata-ratanya barangan yang korang beli pun mesti dah sampai. Apa yang hebatnya, kawan-kawan kitorang kat Lazada ada bagitahu yang rekod jualan diorang sebelum ni berjaya dipecahkan mengalahkan tahun-tahun sebelumnya! 

Jadi, Lazada juga nak ucapkan terima kasih kat korang sebab jadi penyumbang dalam jualan terbesar 11.11 tahun ni, dan terima kasih juga dari kami sebab sokong livestream CilisosXLazada haritu!

Dan tahniah pada kesemua pemenang!

Tak kisahlah korang ni pelanggan tetap Lazada atau tak, tapi korang pernah terfikir tak, apa sebenarnya yang rakyat Malaysia beli masa 11.11 haritu? Jadi, kitorang korek rahsia sikit dari Lazada untuk dapatkan data…

Rupa-rupanya, duit kita banyak melayang kat…

Kusangkakan mendung, rupanya hujan.

Masa 11.11 pulak, kusangkakan iPhone, rupanya….

1. Makanan

Masa kitorang borak dengan Lazada, kitorang terus tergelak bila Lazada bagitahu yang tiga benda paling laku masa 11.11 ialah Milo, Nescafe dan Maggi! Kalau korang pernah dengar – orang Melayu zaman dulu kata, sesebuah rumah tu tak lengkap kalau takde garam, asam dan cuka. Tapi nampaknya zaman sekarang ni, tak lengkap la kalau takde Milo, Nescafe dan Maggi pulak.

Tak cukup Malaysian la kalau takde 3 barangan utama ni kat rumah

Sesuai dengan title rakyat Malaysia sebagai ‘foodie’, selain dari tiga jenama ni, boleh dikatakan lebih dari suku barangan yang laku macam pisang goreng panas masa 11.11 adalah makanan dan barang dapur, seperti snek, susu tepung dewasa, biskut dan macam-macam lagi. Ingatkan benda macam ni lagi murah kalau beli dekat pasaraya, rupa-rupanya online pun murah!

MOOD

2. Barangan ibu dan anak

Selain makanan, kitorang sebenarnya agak terkejut dengan barangan yang jatuh di tempat kedua ni, iaitu barangan ibu dan anak, seperti susu, lampin dan tisu bayi.

Kitorang takde la pula data untuk tahun lepas, tapi memandangkan PKP dah berlangsung selama 8 bulan… survey bulan Mei kitorang pun ada menunjukkan yang ramai rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa atas katil 👉  👈

Faham ke faham?

3. eVouchers

Seterusnya, rakyat Malaysia juga sangat sukakan diskaun dan juga harga rendah. Sebabnya, ramai yang membeli kupon diskaun masa 11.11 yang lepas. Tapi, bila kitorang selidik dengan lebih lanjut, rupa-rupanya kupon yang paling laku adalah… kupon makanan!

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Antara kupon yang sempat disambar oleh pengguna di platform Lazada adalah Baskin Robbins, Tealive, Secret Recipe, Llao Llao dan macam-macam lagi. Selain makanan, antara eVoucher paling laku keras adalah baucar PETRONAS dan juga Photobook. Nampak tak? Betul-betul rakyat Malaysia. Takde diskaun, mana boleh borong banyak-banyak camni!

4. Barangan Keperluan Rumah

Makan, makan juga. Tapi kebersihan rumah kena la jaga juga. Jadi, antara barangan tertinggi selepas makanan adalah keperluan rumah, seperti sabun pencuci pinggan, sabun baju, tisu dan cecair pembasmi kuman.

Wah! Kitorang seriously ingat korang banyak beli gajet, barangan elektronik, tapi rupanya… makanan? Jadi nampaknya apa yang korang beli ni mencerminkan hidup kita semasa PKP ni. Makan, cuci rumah, jaga baby, pastu sambung makan lagi…

Terasa pedas ke tu?

Jangan rasa bersalah, sebab sebenarnya, kesemua pembelian ni juga banyak membantu para peniaga tempatan. Seperti yang kita semua tahu, ramai peniaga yang hilang sumber pendapatan masa awal PKP dulu. Dan disebabkan tu juga, Lazada pun memperkenalkan ‘Pakej Kedai Pintar’ untuk menggalakkan mereka untuk buka kedai online di Lazada.

Yang menarik lagi, terdapat pertambahan sebanyak 40% penjual Lazada baru melalui pakej rangsangan Lazada ni, dengan sebanyak  680,000 barangan yang berjaya terjual oleh peniaga-peniaga baru di Lazada, semuanya atas sokongan korang!

11.11 juga ada 11 kali jaminan wang dikembalikan, dan kitorang sebenarnya berjaya tuntut! – SUMPAH TAK MENYESAL!

Kalau korang ada tengok livestream kitorang atau baca tentang kelebihan shopping di Lazada masa 11.11 haritu, korang mesti tahu pasal jaminan pulangan wang yang disebutkan Lazada. Macam mana tu?

Banyak kali Ain Edruce sebut

Untuk berikan korang harga termurah, Lazada ada menjamin pulangan wang sebanyak 11 kali atas perbezaan harga kalau korang jumpa barang yang lebih murah kat platform lain, tertakluk kepada terma & syarat. Jadi, betul ke janji diorang ni?

Sebenarnya, ada kawan kitorang dari video team yang beli barangan elektronik dari Lazada. Dan bila dia cari benda sama di website lain, kawan kitorang ni berjaya jumpa harga yang lebih murah! Jadi apa lagi, dia terus kemukakan tuntutannya pada Lazada!

Like durian fall to the ground, katanya.

Jadi persoalannya masa 12.12 nanti, Lazada berani buat macam ni lagi ke..?

Dan selepas beberapa kali kacau Leon nak tahu pasal update tuntutan Leon terhadap Lazada… Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba! Leon baru je update kitorang yang dia dapat email dari Lazada yang mengatakan…

“Anda menerima kupon RM100.00”! Amboi, shopping sakan pulak la untuk 12.12 ye?

Iya! Lazada pada bulan ni pula lebih konfiden untuk tambah sehingga 12 kali ganda pulangan wang demi menjanjikan jaminan harga terendah! Itu pun kalau korang betul-betul boleh jumpa harga lebih rendah di platform dalam talian yang lain lagi macam kawan kitorang Leon ni.

Tapi belum terlambat lagi, sebab Lazada 12.12 tiba dengan lebih banyak tawaran!

Kalau korang tak sempat berbelanja apada 11.11 haritu jangan risau, sebab Jualan Besar Akhir Tahun Lazada 12.12 yang akan datang ni ada lebih banyak tawaran menarik! Dengan lebih 3 juta produk kempen 12.12 daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa dan tempatan, ada pelbagai tawaran bersubsidi yang dapat membantu para pelanggan berjimat, nak nak pula masa tempoh pemulihan ekonomi ni.

Antara benda yang korang paling tak patut lepas adalah:

Beli 1, Dapat 2 – Sempena 12.12 ni, korang boleh dapatkan tawaran bersubsidi Beli 1, Dapat 2 daripada Lazada dengan diskaun sehingga 90%, ke atas beratus-ratus produk. Cun apa! Beli satu, satu lagi boleh la bagi kat famili atau kawan-kawan… atau simpan sendiri kalau korang suka sangat produk tu. Berbaloi!

Lazada Mesti Beli – Jangan ketinggalan untuk dapatkan diskaun sehingga 90% bagi produk-produk seperti Samsung Galaxy Note 10 Plus, realme Buds Wireless Pro, SOKANO OC006 Computer Office Chair, Hada Labo Kouji Cream Mask dan banyak lagi.

Big Brands Surprise – tambahan pula, ada baucar potongan 50% untuk para pengguna yang berbelanja di Lazada mulai 12 tengah hari hingga 2 petang pada 12 Disember. Baucar ni korang dah boleh kutip dari 5 Disember lagi tau!

Dan khas untuk rakyat Malaysia, sekali lagi…

Lazat – Dapatkan pelbagai tawaran daripada Marrybrown dan Xing Fu Tang, Burger King Deals bawah RM12, dan juga pencuci mulut dari Baskin Robbins, Secret Recipe dan Tealive, Burger King, Salad Atelier, Marrybrown, O’Briens dan Gindaco.

Makanan lagiiiiii!

Haha ok bukan makanan je tau, ada juga tawaran menarik lain macam Jimat Borong  di mana korang boleh beli secara pukal ke atas barangan seperti produk Olay, Colgate Sensitive Pro Relief Repair and Prevent Toothpaste, MILO Activ-Go dan juga Norwegian Frozen Salmon Steak Cut Bundle! Malah, diskaun best gila dari produk Apple iPhone XR 128GB, Edifier X3 True Wireless Earbud, Dyson Supersonic™ Hair Dryer, Philips Air Fryer, Laneige Sleeping Water Mask di LazMall!

Kalau korang rasa korang tak perlukan apa-apa dan rasa macam nak bantu mereka yang dalam kesusahan pada waktu begini, Lazada juga menganjurkan sebuah acara amal mengumpulkan dana menerusi platform bantuan digital Lazada, iaitu LazadaForGood, untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti UNICEF, Zoo Negara, Hospis Malaysia dan banyak lagi. Masa ni la nak beramal, kat sini! 

Dan macam biasalah, jangan lupa untuk Chup Dulu barangan yang korang nak dalam troli Lazada mulai 1 hingga 11 Disember, dan dapatkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12! Jadi, korang tunggu apa lagi? Isi troli Lazada korang penuh-penuh sekarang dan beli masa 12.12 untuk dapatkan diskaun terbaik!

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend