Kajian menunjukkan orang Pahang paling aktif atas katil musim MCO ni?

[Nota Editor: Survey ni mengandungi gabungan pautan dan mesej jenama. Kitorang nak ucapkan terima kasih kepada penaja dan pembaca yang dah menyokong kitorang sepanjang tempoh ni. Sayang korang semua!]

Memandangkan MCO fasa ketiga hampir berakhir, nampaknya terkurung dalam rumah sendiri dah membuatkan ramai rakyat Malaysia buat benda yang kita tak pernah buat sebelum ni. Korang sendiri pun tak terkecuali, kan?

Dan masa kitorang tulis artikel ni, sebanyak 2.1 juta kes dilaporkan di seluruh dunia, sampaikan kitorang sendiri penat menulis kesemua artikel ni. Jadi ini yang membuatkan kitorang terfikir, kalau kitorang sendiri dah buat benda-benda yang kitorang tak pernah buat ni, macam mana pula dengan orang lain? Sebab tu la beberapa minggu yang lepas, kitorang buat Survey Duduk Rumah, dan nampaknya, banyak benda kelakar, depressing dan pelik tak tau nak habiaq melalui statistik tu!

Dan sebelum kita bergelek bergelak ketawa, ni adalah statistik responden:

  • Jumlah responden: 1,274
  • Tempoh survey: 3 April – 16 April 2020
  • Kumpulan umur: Bawah 17 – lebih 60, tapi kebanyakannya berumur 30 – 39 (34.1%),
  • 5 lokasi tertinggi: Kebanyakannya Selangor (41%), KL (21%), Penang (7%), Sarawak (7%)… dan negeri-negeri lain
  • Jantina: 57.6% wanita, 41.5% lelaki, 0.9% lain-lain
  • Kena kuarantin bersama: Orang lain (89.4%), berseorangan (10.6%)

OK, jiommm!

1. Walaupun lepas MCO berakhir secara rasmi, 24.3% akan terus duduk di rumah

Ha! Korang ingat lepas MCO ni semua orang akan keluar rumah dan pergi sana-sini? Nampaknya… hampir 1/4 daripada responden kita percaya yang tak selamat lagi untuk keluar rumah walaupun ada pengumuman rasmi yang mengatakan kita dah boleh keluar.

Tapi ada sebilangan rakyat Malaysia yang nampaknya begitu berani sekali (3.8%), mengatakan yang diorang akan terus keluar travel sebaik saja MCO habis! Yakinnya kamuuu. Dan kebanyakannya adalah lelaki (2x ganda berbanding perempuan). Dan 1% pula akan teruskan plan travel diorang walaupun masih MCO. Serius ahhh? -_-”

Manakala yang lain pula mengatakan yang diorang tak plan nak travel dalam masa terdekat (43.6%), 27.2% akan travel 6 bulan lepas MCO habis. 15.7% akan tunggu setahun, manakala 9.7% akan tunggu sebulan je.

Ground control to Major Tom. Imej dari Lim Huey Teng (Reuters) via thestar.com.my

Bila kitorang tanya pasal kebimbangan terbesar mengenai travel, kebanyakannya masih bimbang yang tak cukup selamat lagi untuk kita travel (78.8%). Manakala 34.8% bimbang pilihan agak terhad untuk travel sementara dunia pulih, sementara 34.4% nampaknya macam trauma sikit – manalah tahu kena lockdown sampai terperangkap kat tempat yang diorang tak familiar.

Imej dari 9gag.com

2. Orang Penang la paling chill, bak hang

Kalau orang di negeri-negeri lain sibuk berebut kumpul beras dan makanan lain, responden dari Penang pula macam relaks je.

That CKT hits differenty. Imej tak diedit dari malaymail.com, arup.com, freemalaysiatoday.com

Penang memang dikenali sebagai syurga makanan🤤🤤🤤, dan santai berbanding negeri-negeri lain (hai orang Lembah Klang, hai everything), jadi kitorang terkejut jugalah bila takde sorang pun responden dari negeri ni, (0%) mengaku yang diorang buat pembelian panik untuk topeng muka dan sanitizer lepas MCO diumumkan.

Malah, 41.6% dari mereka tak rasa pun yang situasi akan jadi teruk macam sekarang ni. Walaupun begitu, hanya 29.9% saja yang beli stok barangan runcit, dan 19.5% pula selalu bertanya khabar keluarga mereka. Berbeza dengan orang di Lembah Klang, kita lagi banyak shopping dan kurang bertanya khabar orang lain 🤦‍♂️

Dan bila kitorang tanya apa yang diorang buat lepas terima bungkusan, nampaknya majoriti responden Penang (56.6%) mengatakan yang mereka cuma buka balutan bungkusan tu tanpa sanitise dulu. Tak tahu la apa yang diorang makan, tapi masa artikel ni ditulis juga, Ketua Menteri Pulau Pinang mengesahkan yang tiada kes baru dari kluster Covid-19 fasa kedua, Hebat bak ang!

3. Hampir kesemua sektor terjejas, kecuali sektor pertanian yang berjaya buat duit

Dengan pelanjutan MCO, banyak laporan yang menunjukkan ada yang sampai terpaksa dibuang kerja, atau pendapatan kurang daripada yang sepatutnya. Malah SEPARUH daripada responden kitorang (42.1%) mengatakan yang pendapatan mereka terjejas, di mana suku darinya cuma dapat separuh saja dari pendapatan sepatutnya. Mereka ni juga berlatarbelakangkan pelbagai industri, yang kebanyakannya dari pendidikan, insurans/kewangan/perbankan, dan penjagaan kesihatan (healthcare).

Tapi, ada juga antara responden kitorang ni berjaya buat duit masa MCO, dan mereka ni datang dari background industri pertanian. Kalau korang perasan, ada banyak hasil tanaman segar yang dijual secara online, dan terima kasih juga kepada platform macam Lazada yang dah bantu peniaga macam mereka ni.

Petani Cameron Highland, yang masuk platform ni dalam waktu kurang dari 48 jam, berjaya menjual 1.5 tan sayur-sayuran kepada hampir 200 isi rumah dalam satu hari.

Malah, baru-baru ni Lazada melancarkan pakej rangsangan RM10 juta mereka yang dikenali sebagai dana tunai ‘Pakej Kedai Pintar’, yang disasarkan untuk membantu sekitar 50,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menjual secara dalam talian, menstabilkan pekerjaan, dan menyokong ekonomi tempatan terutamanya pada masa ni.

“PKS tempatan adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi negara serta kehidupan masyarakat, dan dengan membantu mereka, kami berharap untuk meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia di tengah-tengah kegawatan COVID-19. Ini adalah tanggungjawab semua pengendali platform untuk menyokong para peniaga yang telah memberi kepercayaan kepada kami selama ini,” kata Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia.

Bantuan tu juga terdapat dalam pelbagai faedah khas untuk semua jenis penjual, terutama sekali dalam kategori makanan segar dan runcit. Ada perkhidmatan penghantaran percuma, pembayaran tetap secara mingguan, dan perkhidmatan pasukan sokongan khusus untuk memulakan, melatih, dan mengembangkan kempen penjualan yang disesuaikan melalui Lazada University mereka sendiri. PKS dari kategori makanan segar dan runcit, serta penjual Lazada baru juga layak mendapat komisen sifar dan yuran penyenaraian sifar serta akses kepada kemudahan pinjaman mikro.

Kalau korang kenal sesiapa yang nak bantuan untuk berniaga secara online, bagi je link ni kat diorang. Sign up bila-bila masa dari sekarang sampai Jun, dan dapatkan 100% kos berniaga diorang (servis disediakan oleh Lazada Malaysia, e.g penghantaran, penyenaraian produk, dll).

Dan pada awal bulan Mei ni, Lazada akan melancarkan sebuah laman kerja digital untuk membantu mereka yang mencari kerja berhubung dengan peluang pekerjaan. Seorang wakil dari Lazada bagitau kitorang yang sampai sekarang, hampir 50 syarikat akan memanfaatkan traffic Lazada untuk terus berhubung dengan rakyat Malaysia. Bunyinya macam berita gembira untuk 42.1% responden kita!🙂

4. Pak cik mak cik di Malaysia PALING pembersih (62.3%), manakala remaja pula sebaliknya…

Mak korang terlebih pembersih tak masa musim MCO ni? Kebanyakan orang berumur macam ni akan berperangai sama, sebab 62.3% rakyat Malaysia yang berumur 50-59 tahun akan sanitise semua bungkusan yang diterima sebelum buka bungkusan tersebut.

Dan bukan diorang je, nasib baik jugalah kebanyakan rakyat Malaysia agak berhati-hati, di mana 49.4% daripada kita akan sanitise dulu sebarang bungkusan yang diterima sebelum membukanya, manakala 49.1% rakyat Malaysia pula akan jaga kebersihan diri masa MCO ni.

Tapi… BUKAN semua rakyat Malaysia berhati-hati macam ni. Remaja Malaysia yang berumur sekitar 18-20 tahun biasanya akan buka je bungkusan tanpa sanitise telebih dahulu (58%). #YOLO

#dontjudge

Bukan tu je, nampaknya ada sebilangan rakyat Malaysia tak ambil serius sangat bab kebersihan, sebab 20.4% daripada mereka pernah nampak orang kat supermarket bersin dan batuk tanpa menutup mulut! Apeniiiiiii🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

5. Hartanah paling KURANG orang nak labur (9.2%)… Tapi dana persaraan pula👍👍👍

Memandangkan kita sedang dalam serba ketidakpastian sekarang, kebanyakan rakyat Malaysia mengatakan yang mereka akan mengumpul lebih banyak duit pada masa hadapan (56.6%). Dan itu mungkin satu langkah yang paling bijak untuk dibuat pada masa ni memandangkan macam-macam yang terjadi pada tahun 2020 ni. Tak hairanlah pelan insurans (19.8%) adalah pilihan kedua yang paling popular – memandangkan kita semua perlukan safety net, in case apa-apa terjadi.

Dan yang menariknya juga, ramai memilih untuk melabur dalam dana persaraan mereka sendiri (17%), hampir sama popularnya, mungkin sebab ia bukan pelaburan semata-mata… tapi juga menabung untuk masa hadapan. Dengan apa yang berlaku sekarang ni, siapa tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan, kan? Dan kawan kitorang di PPA (Private Pension Administrator Malaysia) yang merupakan pentadbir pusat bagi Skim Persaraan Swasta (PRS) bagitahu kitorang:

“Ia satu perkara yang menggembirakan untuk melihat orang menunjukkan minat menabung untuk persaraan mereka. Menabung secara berkala memupuk satu tabiat baik yang akan menjadikan sesiapa pun bersedia untuk keperluan persaraan mereka dan lebih bersedia untuk sebarang kejadian yang tak dijangka.” – Husaini Hussin, CEO PPA

Ia memang satu idea yang baik untuk menabung lebih awal. Kalau korang nak hidup lebih selesa di masa tua, korang boleh tengok di PRS dan macam mana PPA melindungi kepentingan korang sebagai ahli. Korang akan dapat menyimpan lebih banyak untuk persaraan, supaya lebih kemungkinan boleh menikmati tahun-tahun emas tanpa perlu risaukan kewangan korang. Dengan PRS Online, korang juga boleh menyimpan dari rumah sekarang.

Apa yang diperlukan hanyalah smartphone, dan beberapa langkah mudah, selesa dan selamat🙂

Jadi selain tu… rakyat Malaysia fikir nak melabur kat mana lagi? Emas (11.3%), unit trust (11.1%), dan saham (10.4%) dalam senarai seterusnya. Dan nampaknya, hartanah adalah yang terakhir sekali, iaitu cuma 9.2%. Mungkin disebabkan pelbagai faktor, termasuklah proses membeli rumah yang sangat panjang dan berlapis. Lagipun, pasaran hartanah agak sukar dalam beberapa tahun kebelakangan ni, dan MCO juga dah membuatkan ramai cukup-cukup makan je untuk hidup, apatah lagi nak buat pelaburan besar yang agak berisiko buat masa ni.

6. SEPARUH rakyat Malaysia terima mesej palsu Covid-19… (dan 4.1% mengaku yang mereka forward pada yang lain)😒😒😒

Aduh, tak faham lagi ke? Walaupun dah banyak kali kerajaan bagi amaran, tapi nampaknya ada je yang forward kat kita. Buktinya, 51% mengaku yang mereka terima mesej palsu pasal Covid-19. Jadi tak hairanlah yang polis dan SKMM menyiasat sebanyak 217 kes berita palsu berkaitan Covid-19.

Tak cukup dengan tu, 4.1% rakyat Malaysia juga mengaku yang mereka pernah forward mesej berita palsu ni. Kepada korang ni (dan sesiapa je yang pernah buat tapi tak nak mengaku), korang boleh check sebenarnya.my untuk mengesahkan mesej-mesej ni sebelum korang forward kepada orang lain.

Dan ini bukanlah satu-satunya benda nakal yang rakyat Malaysia buat setakat ni. Walaupun lebih dari separuh (54.1%) mengaku yang mereka mematuhi undang-undang MCO, 16.4% pula simpan makanan walaupun dah ada banyak kat rumah, manakala 20.7% lagi sengaja mencari ‘alasan’ untuk keluar.

Jangan la macam ni uncle… Imej dari Tyh YouTube

Dan dengan itu, cuba teka apa benda #1 yang orang Malaysia paling menyampah masa MCO ni? Orang yang ambil ringan sangat pasal MCO (71%)!

7. 37.1% orang yang tinggal dengan atuk nenek diorang… naik berat badan

Korang tahu-tahu je la, tiap tahun bila atuk nenek datang melawat je, korang mesti nampak macam ni…

Mengata aku la tu! Imej dari The Spruce Pet

Tapi berbeza kali ni, kalau korang tinggal dengan diorang waktu MCO ni korang nampaknya akan bertambah lebih berat badan berbanding biasa, kalau nak dibandingkan dengan mereka yang tinggal dengan anak-anak. Dan menurut 37.1% responden kitorang, orang yang tinggal dengan atuk nenek ni mengaku yang diorang memang naik berat badan masa tempoh MCO ni.

Jangan melawan, k?

Tak kisahlah tinggal dengan atuk nenek atau tak, 40% daripada responden kitorang mengatakan yang diorang berjaya mengekalkan berat badan diorang. Manakala 20% lagi naik 1-2 kg, dan 14.8% pula turun berat badan sebanyak 1-2kg. Tak kisahlah mana pun kategori korang, kitorang takkan body shaming korang sebab ni dalam waktu pandemik , di mana kesihatan fizikal dan mental korang sangat penting. Dan nampaknya…

8. Mereka yang tinggal dengan anak-anak paling kurang cenderung daripada mengalami gangguan emosi

Baiklah, sekarang untuk perkara yang lebih serius, kesihatan mental. 39.8% mengatakan MCO telah mempengaruhi kesihatan mental diorang secara negatif, dan daripada jumlah tu, wanita adalah 3 kali ganda lebih banyak berbanding lelaki.

Kitorang juga nampak ada hubungan antara kesihatan fizikal dan mental, sebab 100% responden yang kata mereka rasa tak sihat secara fizikal juga kata yang diorang akan rasa negatif secara mental.

Menariknya, responden yang tinggal bersama anak-anak menunjukkan yang diorang kurang cenderung pada gangguan emosi, kegelisahan, atau gejala kemurungan. Cuma 16% daripada mereka yang tinggal dengan anak-anak mempunyai gejala sebegini, berbanding 28.3% yang tak tinggal dengan kanak-kanak. Perkara ni berlaku terutama sekali pada mereka yang tinggal bersendirian, di mana diorang dua kali lebih cenderung melaporkan sentimen negatif ni berbanding dengan mereka yang tinggal bersama kanak-kanak.

Tak hambar, bukan ayah.

9. Sebab #1 kenapa orang bergaduh adalah disebabkan… tugas membersih (18.7%)?!

Kitorang boleh bayangkan yang orang boleh bergaduh hanya disebabkan sebatang sudu yang ditinggalkan dalam sinki, seharian. Dan kalau korang rasa mudah sangat tersinggung masa MCO, bukan korang je tau, sebab penyebab pergaduhan paling biasa dalam rumah tangga adalah cepat rasa jengkel (8.3%), diikuti terlampau OCD (5.6%)

Boleh relate? Imej dari Serious Mom Sheet

Jadi, apa yang dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk mengelakkan pergaduhan? Tak menghairankan pun, 52% rakyat Malaysia menunjukkan cinta mereka melalui makanan! Tapi yang agak mengejutkan, adalah dua kaedah utama seterusnya untuk mengelakkan bergaduh adalah dengan… bercakap dan… tak bercakap? 40% rakyat Malaysia memilih untuk diam bila tak perlu bercakap, sementara 28% mengatakan yang mereka memilih untuk berbual perkara yang lebih bermakna dengan orang di rumah. Awww…

5.6% rakyat Malaysia juga mengatakan yang mereka juga bercakap macam Doraemon untuk mengelakkan drama di rumah. Apa yang lebih kelakar, perpecahan jantina adalah 50-50! Jadi… lelaki dan perempuan, dua-dua sekali gunakan teknik ni untuk pastikan pasangan kuarantin mereka bahagia.

YTJT

P/S: Kalau korang nak tahu, kitorang pernah tulis artikel pasal wanita di sebalik suara Doraemon versi bahasa Melayu, dan dia rekod suara ni khas untuk korang. Jadi kalau korang perlukan rujukan macam mana suara Doraemon, ni la bunyinya…

 

10. Orang Pahang paling sibuk atas katil, manakala orang Selangor… suka mengintai?

Memandangkan masa MCO dipanjangkan sekali lagi, ada spekulasi yang mengatakan akan ada ledakan kelahiran bayi pasca Covid-19. Disebabkan kitorang suka menyibuk ambil tahu, kitorang cuba tengok, negeri mana yang paling sibuk dalam bilik? Sementara 11% responden mengaku yang diorang banyak buat ‘senaman atas katil’ untuk menghabiskan masa, orang Pahang adalah yang paling reproduktif, iaitu sebanyak 27%! Manakala Johor dan Kedah pun takde la jauh beza, iaitu dengan 20% dan 19%.😏😏😏

Sebaliknya, negeri yang paling kurang exercise atas katil pula adalah Penang (8.8%), KL (6.9% teehee) dan Sabah (5.9%). Tapi yang peliknya, walaupun tak ramai orang Penang mengaku yang diorang menari tango secara horizontal (faham-faham je la k), diorang juga adalah negeri #2 paling banyak beli kondom, kalah kepada Sarawak. Jadi, kalau orang Penang tak sexercise, korang sebenarnya guna condom untuk buat belon bentuk binatang ke apa?

Sementara itu di Pulau Pinang… Imej dari Campus Labs

Gurau je k? Tapi, korang tahu tak, yang MCO ni kemungkinannya akan menyebabkan masalah kekurangan kondom global? Jadi kalau korang rasa korang perlukan getah perlindungan peribadi ni, kawan kitorang kat P’sang, pengeluar kondom tempatan, akan hantar sampai depan pintu rumah korang dengan 100% kerahsiaan (takde logo, nama jenama, atau keterangan produk yang tertera pada slip penghantaran).

Oh, dan korang juga akan dapat potongan 10% untuk pembelian pertama menggunakan kod diskaun kitorang: SAVEMANI

Gunakan kod ‘SAVEMANI’ untuk dapatkan diskaun 10% untuk pesanan P’sang pertama korang!

Dan jawapan kepada persoalan korang tu adalah… YA, kondom diorang memang bau macam pisang! Takde la bau latex yang tak menyelerakan tu akan rosakkan masa-masa bersama yang sepatutnya indah😏😏😏. Oh, dan P’sang juga ada perisa bubblegum juga, yang bau dan rasa pun macam bubblegum.

Berbalik pada topik asal tadi, orang Selangor ni lain macam sikit ah. Walaupun cuma 10% orang Selangor dilaporkan bersenam di atas katil, 3% daripadanya mengaku yang diorang… mengintai jiran… dan jumlah tu juga paling ramai berbanding mana-mana negeri di Malaysia ni (Eh, tak baik tau!)

Macam-macam la perangai orang Malaysia ni…

Sebabnya bagi kebanyakan dari kita, ini adalah kali pertama kali kita hadapi situasi macam ni! Wabak pandemik, ditambah dengan keadaan ekonomi yang tak menentu di masa depan, membuatkan kita terfikir, macam mana kita nak jalani kehidupan kita? Nasib baik juga ramai rakyat Malaysia yang prihatin, dan mengenengahkan sesuatu yang penting dalam masa-masa sukar ni. Sama ada untuk membantu barisan hadapan atau memberi makan kepada mereka yang kurang bernasib baik, inilah jenis berita gembira yang membantu mengembalikan kepercayaan kita sesama umat manusia. 🙂

Dan nampaknya, MCO juga dah bantu Malaysia menguruskan wabak ni dengan lebih baik daripada yang diramalkan, dan negara kita juga mendapat pengiktirafan antarabangsa (terima kasih atas sebab yang betul kali ni).

Bantuan kepada mereka yang memerlukan. Imej dari MalaysiaKini

Jadi kami di Soscili juga nak berterima kasih kepada korang yang secara tak sedar, berperanan membantu melawan musuh yang tak kelihatan. Bersama-sama, kita akan keluar dari kepompong ni dengan perspektif dalam kehidupan yang lebih baik! Oh, dan korang yang tak puas lagi baca penemuan survey kitorang, nah, ni antara statistik bonus yang ada:

  • Rakyat Malaysia agak produktif! 59.9% sibuk mengemas, membersih dan menyusun rumah mereka, cuba resipi baru (41.8%), dan mencari jalan untuk perbaiki diri (29.2%). Hanya 0.4% je yang hanya scroll media sosial!
  • 22.8% buat Dalgona coffee, dan lebih dari separuh adalah responden wanita. Jadi ke tak, belakang cerita.
  • Cuma 3.2% buat video TikTok… yang sebenarnya agak mengejutkan sebab penulis rasa banyak je video TikTok yang ada kat timeline ni. (mungkin responden malu nak mengaku?)
  • 29% rakyat Malaysia habiskan masa main game online macam DOTA… Yang mengejutkan, 11.4% adalah pakcik makcik yang berumur 50 keatas!
  • Walaupun banyak laporan yang menggembirakan, menunjukkan rakyat Malaysia membantu frontliners masa darurat ni, tapi sebenarnya… ia merangkumi hanya 2% rakyat Malaysia, yang kebanyakannya adalah wanita.
  • Walaupun ada video pesta balkoni yang viral kat media sosial, hanya 1.6% rakyat Malaysia yang turut serta. Rakyat Malaysia lebih suka melakukan perkara lain macam bagi makan pada haiwan terbiar (7%) atau menghantar pakej kejutan pada orang tersayang(6.7%). 🙂
  • Walaupun 31.6% responden kitorang tak boleh relate bila kitorang tanya pasal tempat kerja, kebanyakan dari mereka (24.7%) menyesuaikan diri dengan kerja dari rumah dengan baik. Dan, nampaknya, orang Kelantan sangat merindui tempat kerja diorang, manakala mereka yang berasal dari Melaka sebenarnya benci tempat kerja dan rakan sekerja mereka. #Oof!
  • 24.5% rakyat Malaysia mengaku yang diorang habiskan masa time MCO ni untuk solat dan meditasi, dan kebanyakannya berumur 60 tahun dan keatas (43.08%). Malah, ada antara responden kita yang mengaku tempat pertama diorang akan pergi lepas MCO tamat, adalah gereja (ya, bukan Melayu Islam je ambik survey ni)
  • Dan ibu bapa, jangan rasa bersalah macam mana korang layan anak. 23% daripadanya mengaku bagi tengok phone/tablet lebih masa musim MCO ni.

Ok itu je. Semoga selamat semuanya, dan harap bersabar, k!