Tunggu gaji besar baru beli hadiah kat mak? Kenapa bukan sekarang?

Kalau korang dapat membeli-belah pada tarikh 11 November bulan lepas, mesti korang ingat jualan 11.11 gila-gila yang terdapat kat mana-mana je yang korang pandang. Kawan-kawan kita kat Lazada pun ada bagitahu kitorang rekod jualan diorang sebelum ni dipecahkan SEBELUM PUKUL 9 PAGI hari tu. Tapi bukan tu je…

  • Pada waktu paling sibuk, sebanyak 3,000 TRANSAKSI dilakukan dalam SEMINIT.
  • Rancangan TV secara langsung diorang mendapat seramai 4.5 JUTA penonton!
  • 27 TAN MILO dibeli dalam masa dua jam pertama jualan 11.11 tu.
  • Lebih 13,000 handfon Xiaomi dan lebih daripada 4.5 JUTA lampin bayi telah dijual juga!

Pergh. Pastu kalau korang ingat mesti dah takda jualan macam ni lagi dah lepas ni, Lazada bagitahu kitorang jugak yang diorang akan mengadakan SATU LAGI jualan besar – Jualan Hebat Akhir Tahun 12.12!

Kitorang pun tertanya jugak sebenarnya. Imej dari Imgflip.

Jadi kitorang pun tanya Andrew Gnananantham, Ketua Pegawai Pemasaran Lazada, sama ada diorang yakin kalau rakyat Malaysia akan membeli-belah pada Jualan Hebat Akhir Tahun 12.12 yang akan datang ni.

“Ya, dan mesti korang terperanjat. Kebetulan juga, ada beberapa jualan 12.12 kita yang telah melebihi jualan 11.11 dulu!” – Andrew Gnananantham, KPP Lazada.

Malah, bukan Andrew je yang cakap ni – Shopback, suatu program ganjaran balik tunai, juga telah melihat trend ni pada tahun lepas. Kalau korang nak tau juga, walaupun jualan 11.11 hari tu hanya berlangsung untuk sehari, Jualan Hebat Akhir Tahun 12.12 ni pula akan berlangsung selama 3 HARI dari 10 hingga ke 12 Disember! Bukan tu je, pembeli-belah pada Jualan ni juga akan dapat menikmati promosi-promosi dan tawaran baru, seperti…

1. Untuk kali pertama, Lazada akan mengadakan livestream dengan selebriti-selebriti terkenal!

Dengan rancangan terbaru ni, korang akan boleh bersembang dengan penjual, jenama, atau juga pelanggan lain secara langsung! Dari 8hb Disember, korang boleh tengok demonstrasi penggunaan barang-barang yang dijual, dapatkan jawapan kepada soalan-soalan korang, ajak penjual-penjual cantik berdating, dan memenangi baucar-baucar eksklusif!

Dari 8hb Disember, korang boleh lepak dengan selebriti-selebriti termasuk Yasmin Hani, Sharifah Sakinah, dan ramai-ramai lagi!

Tambahan pula, katakan korang sedang menonton Yasmin Hani guna, sebagai contoh, pistol Nerf. Pada 8hb hingga ke 10hb Disember, korang akan boleh tambahkan produk itu kat dalam cart korang, manakala dari 10hb hingga ke 12hb Disember korang akan boleh pergi terus kepada laman web barang tu dan beli kat situ juga! Sementara tu juga, korang boleh tinggalkan komen dan tanya pembeli-pembeli lain sama ada diorang dah cuba produk tu ke belum, atau kongsikan video tu dengan kawan-kawan korang supaya korang boleh tengok siaran tu sekali.

Sebenarnya, siaran langsung dalam app Lazada ni adalah satu cara efektif untuk jenama dan pembeli berinteraksi dengan pelanggan diorang. Jadi, kalau pak cik korang yang ada jual barang kat Lazada tu tiba-tiba jadi selebriti internet, korang paham-paham la camne dia boleh terkenal.

2. Dapatkan rebat percuma… hanya dengan Lazada Wallet

Mungkin ada antara korang yang mengalami masalah semasa mencuba membayar pada jualan 11.11 yang lepas. Tapi bukan pelanggan Lazada je yang menghadapi ni. Pelanggan-pelanggan laman web membeli-belah yang lain juga telah mendapati isu ni berlaku juga, jadi… apa yang berlaku sebenarnya?

Lari-lari nak cuba beli barang murah, tetiba hilang rezeki.

Pada tengah malam 11.11, kita mendapati 100 kali ganda lebih bilangan transaksi di laman web kita. Infrastruktur pembayaran di Malaysia pula tak cukup cekap untuk mengendalikan pembelian-pembelian ni, dan oleh itu, kita telah memperkenalkan Lazada Wallet untuk mengurangkan beban laman-laman web tempatan pada jualan ni.” – Christophe Lejune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada.

Sebab tu la, tak salah sebenarnya kalau korang reload je Lazada ‘wallet’ korang sebelum Jualan Hebat Akhir Tahun 12.12 ni bermula. Pembayaran lebih mudah, lancar dan cepat. Malah, pengguna Lazada Wallet baru boleh dapat rebat tunai bernilai sehingga 12% pada top-up pertama diorang, manakala pengguna lama boleh dapat rebat tunai bernilai sehingga 5% pada top-up diorang yang seterusnya. Tambahan pula, korang boleh dapat rebat tunai bernilai RM10 bila korang dapatkan tawaran yang eksklusif kepada pengguna Lazada Wallet.

Nak guna wallet korang, cari je kat sebelah kanan app Lazada. You

3. Main PERMAINAN ‘Slash It’ untuk peluang memenangi… Perodua Axia?!

Nampaknya orang Malaysia memang suka betul permainan ‘Slash It‘. Kalau korang tak tau, Slash It ni satu permainan yang boleh tahan mendebarkan juga di mana korang akan diberi pilihan produk dengan harga yang betul-betul tak masuk akal. Tak masuk akal macam mana? Masa jualan 11.11 hari tu, ada PIANO dan telefon bimbit yang dijual dengan harga hanya RM1.90!!!

Pada jualan 12.12 tahun ni pun, mesti diorang akan ada permainan Slash It ni lagi, cuma kali ni, diorang juga telah menambahSEBUAH KERETA PERODUA AXIA PERCUMA!!!

Kalau korang rasa tahun 2018 ni memang mencabar, mungkin ni peluang korang untuk menjadikan tahun ni bertuah balik.

Dari 10hb Disember, 30 baucar Perodua Axia boleh didapati dari laman web ‘Slash It’. Tetapi, korang kena la berusaha sikit untuk dapatkan baucar tu. Mula-mula, korang akan perlu mendapat sebanyak 101 slash, dan kemudiannya barulah baucar itu akan disimpankan dalam Lazada Wallet korang.

Lepas tu, tambahkan Perodua Axia tu kat dalam cart korang, dan pada waktu 12.12 tengah hari, 12hb Disember, tekan check out terus! Siapa yang check out dulu akan dapat pandu kereta Perodua Axia diorang yang baru!

(Kalau korang tak pernah main Slash It, korang hanya perlu tekan tawaran “Slash It” di laman web utama Lazada. Kemudian, korang akan dapat lihat senarai barang-barangan yang boleh di-slash-kan.

Lepas tu, korang hanya perlu tekan apa korang nak – seperti kereta Perodua Axia tu – dan tekan “Slash It”. Hantar link yang diberi kepada kawan-kawan korang dan mintak diorang tolong “slash”kan harga barang tu. Apa bila korang dah dapat bilangan slash yang diperlukan, korang boleh dapat la tawaran tu selagi ia masih ada lagi!)

4. Jap… korang boleh beli RUMAH masa jualan 12.12??!

Pada jualan 11.11 hari tu, kitorang terkejut ada jugak orang yang berjaya beli kereta baru (Ni kisah benar, diorang berjaya jual 11 buah kereta Volkswagen Polo dalam masa SEMINIT selepas jualan tu bermula). Jadi… boleh ke Lazada buat lagi kali ni?

Untuk jualan 12.12 pula, Lazada telah berpakat dengan syarikat pemaju hartanah Mah Sing Group Berhad untuk jual RUMAH melalui laman web diorang! Kalau korang nak tau, ini merupakan kali pertama di mana HARTANAH akan dijual melalui perdagangan online di Asia Tenggara!

Bukan tu je rumah-rumah yang korang boleh dapat. Tekan sini untuk tengok lagi!

Kalau korang cuba beli rumah Mah Sing dari 10hb hingga ke 12hb Disember, korang akan dapat insentif Lazada eksklusif 5% yang bernilai sebanyak RM20,000-RM30,000; iaitu insentif TERBESAR yang pernah ditawarkan oleh Lazada.

Rumah-rumah ini akan dijual secara siapa-cepat-dia-dapat, jadi jalau korang minat nak beli, cuba tengok rumah-rumah yang ada di laman web Mah Sing di Lazada sekarang! Tambahkan ke cart korang dan beli la masa Jualan Hebat Akhir Tahun ni dari 10 hingga 12 Disember nanti!

5. Pembeli lain dah mula. Jangan tunggu… tambahkan ke dalam cart korang SEKARANG, SEKARANG, SEKARANG JUGA!

Kepantasan adalah kunci yang paling penting masa jualan 12.12 ni, terutamanya masa Flash Deals. Flash Deals adalah tawaran yang sangat murah, tapi masanya terhad. Pada 12.12, tawaran ni bermula dari tengah malam sampai esoknya. Sebab tu kot namanya Flash Deal, tawaran tu datang dan pergi dengan cepat macam kilat! Terlambat, gigit jari je la.

(Kisah benar: Masa jualan yang lepas, telefon bimbit Samsung dijual dengan harga RM1.99 je tapi tak sempat sebab orang lain lagi laju. Sedihnya)

Jadi apa yang korang boleh buat? Senang je – masukkan semua produk yang korang nak beli dalam ‘Add to Cart’. Pastu bila sampai masanya, korang beli je!

Sampai tahap ni jualan 12.12 tahun ni.

BTW, ‘orang dalam’ Lazada ada bagitau kitorang yang ni adalah antara beberapa barangan yang ada untuk Crazy Flash Deals tahun ni…

  • Milo pada harga 99 sen (!!!)
  • Maggi pun 99 sen
  • Midea vacuum cleaner pada harga RM58.90
  • Set Tefal Provencal yang ada 7pc  pada harga RM199
  • Headphone berjenama dari RM9.90

Dan mestilah korang kena guna fungsi ni untuk barangan lain juga, bukan barangan untuk Flash Deals je. kadang-kadang tu, barangan yang korang dah berminggu-minggu perhati tu boleh habis sekelip mata je pada 12.12!

6. Terdapat lebih daripada RM12 JUTA baucar untuk dikutip!

Lazada kali ni pemurah gila, diorang dengan selamba ‘membebaskan’ baucar beberapa kali sehari, dari 8hb hingga ke 12hb Disember. Korang boleh tekan/goncang/buatpapeyangkorangkenabuat untuk dapatkan baucar-baucar Lazada yang boleh disimpankan dalam Lazada Wallet korang.

Tambahan lagi, korang juga boleh dapat kod QR di stesen-stesen MRT tertentu, seperti di bawah…

Untuk menggunakan fungsi ni, korang klik je butang ‘scan’ (macam point #1). Lepas tu, korang pilih je ‘scan QR’ kat bahagian bawah halaman tu.

Benda biasa yang korang boleh jumpa dalam train.

Kitorang tahu korang pun excited, jadi jangan lupa untuk berhati-hati bila berbelanja

Anggap je la ni PSA dari Soscili. Memang best bila dapat barang yang korang nak, tapi yang penting sekali, hati-hati terutama sekali dengan web pancingan data (phishing sites), atau web copycat yang berpura-pura nampak macam Lazada. Kadang-kadang URL dorang pun nampak hampir serupa!

Sebelum korang klik pada pautan (link), periksa dulu. Ia mestilah bermula dengan https, BUKAN http. Takde ‘s’, tak ‘safe’, ok? Semua pautan ke Lazada mesti bermula dengan https://www.lazada.com.my atau https://www.pages.lazada.com.my. Dan apabila korang buat pembayaran, JANGAN berikan pin 6 digit korang (a.k.a. OTP) kepada sesiapa. Malah, Lazada juga takkan hubungi korang melalui WhatsApp! Jadi berhati-hati la kalau ada yang tiba-tiba hantar mesej dan minta butiran sensitif korang.

Cara terbaik untuk selamat adalah dengan membeli secara langsung pada aplikasi mudah alih Lazada. Kalau korang belum muat turun, dapatkan di sini (iOS) atau di sini (Android). Ia juga akan membolehkan korang untuk mengakses semua fungsi sepenuhnya dalam artikel ni, dan banyak lagi.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku pada 11.11 selain dari apa yang kita dah sebutkan. Jadi jangan lupa untuk follow dorang kat Facebook untuk kemas kini atau periksa aplikasi setiap hari untuk bermacam jenis kejutan. Ok lah, kitorang nak sambung shopping barangan untuk tahun depan… dan hadiah Krismas… dan hadiah hari jadi… dan bekalan pejabat…

[Nota pengarang: Artikel ni ditulis pada awalnya untuk memperkenalkan tip-tip untuk jualan 11.11 Lazada. Ia kini telah dikemas kini dengan tip-tip 12.12 pula]