Ajaran Syiah rupanya dah masuk ke negara kita sejak penaklukan Portugis? Ini kisahnya

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Pihak berkuasa agama di Malaysia dah beberapa membuat serbuan masa pesta, majlis makan malam, malah majlis perkahwinan dan juga pengkebumian.

Terbaru, pihak berkuasa agama melakukan satu lagi serbuan hanya beberapa minggu lepas. Tapi nampaknya kali ni, serbuan yang dilakukan agak besar melibatkan pihak berkuasa agama di Selangor (JAIS) dan Johor (JAINJ) yang menyerbu acara dan hartanah persendirian di negeri masing-masing, membawa kepada penahanan lebih daripada 23 lelaki, wanita dan juga kanak-kanak.

Dan nampaknya, acara yang dilakukan pun bukanlah acara bersifat peribadi, tapi sebuah perayaan istimewa yang dianjurkan oleh para pengikut Syiah: Ashura.

Antara yang ditahan, termasuk kanak-kanak beberapa minggu lepas. Imej dari FMT

Ashura jatuh pada hari kesepuluh bulan Muharram pada awal bulan ni, di mana ramai masyarakat beragama Islam di Malaysia (Sunni) berpuasa pada hari tersebut. Tapi sebaliknya, penganut Syiah menyambut perayaan Ashura dengan cara yang berbeza – yang akan kita ceritakan selebihnya kejap lagi.

Ini bukanlah kali pertama pihak berkuasa agama menyerbu majlis keraian sebegini. Tapi kali ni, golongan Syiah ni bukan saja ditahan, tapi mereka mendakwa diganggu oleh pegawai polis. Jadi, apa yang dilakukan oleh Syiah ni ? Untuk memahami macam mana semua sentimen ni datang, kita mungkin perlu faham asal-usul Syiah  di Malaysia.

Ajaran Syiah nampaknya dah berada di negara ni sejak… penaklukan Portugis???

Mula-mula, korang kena faham konflik antara Sunni dan Syiah bermula pada tahun 632 di mana ketika Nabi Muhammad SAW wafat. Ini menimbulkan persoalan tentang siapa yang akan mengambil alih kepimpinan negara Islam.

Di satu bahagian, sebahagian umat Islam bersetuju dengan sahabat Nabi pada saat kematiannya di mana pemimpin harus dipilih dari mereka yang mampu meneruskan kerja-kerja dakwah. Sebaliknya pula bagi sebahagian lain, mereka percaya yang kepimpinan tu harus diserahkan secara langsung kepada sepupu atau menantunya, Ali bin Abu Talib.

Dan nampaknya dari sininya bermulalah kepercayaan Syiah. Perbezaa Sunni dan Syiah juga ada pada tradisi dan cara doa mereka tersendiri. Kalau nak tahu, ada buku tersendiri yang perlu dikaji. Korang juga boleh klik kat sini dan kat sini. 

Penganut Syiah di Malaysia berdoa di masjid pinggir bandar di KL. Imej dari Blog Ahlulbayt