Setelah melawat Iran, ini 5 perkara yang mengubah tanggapan aku

Baru-baru ni, penulis  telah ke Iran untuk travel ke sana selama 10 hari. Sepanjang berada di sana, ada macam-macam perkara yang membuatkan penulis terkejut. Tapi penulis bersyukur sebab sepanjang berada di sana walaupun dikelilingi oleh rakyat yang majoritinya menganut ajaran Syiah, penulis masih lagi selamat tanpa sebarang kesan sembelih.

Imej dari meme generator

Rupa-rupanya banyak jugak khabar angin yang tak benar tentang Iran ni sebenarnya. Oleh itu, kali ni penulis akan kongsikan pengalaman penulis selama berada di negara Iran. Sebuah negara yang terkenal dengan pegangan Syiah oleh majoriti rakyatnya.

1. Kami (lelaki) kena pandang serong bila duduk belakang bas!

Sama je macam kat Malaysia, ada pengasingan tempat duduk untuk wanita. Contohnya macam dalam metro Iran ada penghalang khas memisahkan kaum wanita dan lelaki dari bercampur. Dorang pun takde nak letak penguatkuasa untuk pantau keadaan kat dalam metro sebab masing-masing semua dah paham dengan undang-undang yang dikenakan (pengasingan lelaki dan wanita). Oleh tu, semua wajib untuk mematuhi undang-undang tersebut.

Kalau naik bas, penumpang wanita wajib duduk dekat bahagian belakang manakala penumpang lelaki pulak kena duduk kat bahagian depan. Berdasarkan pengalaman penulis, kami kena jeling dengan orang perempuan dalam bas masa duduk kat tempat duduk belakang. Sebab dah terbiasa buat masa di negara sendiri. Selepas tu baru la kami perasan dan cepat-cepat duduk kat bahagian depan.

Pemandangan dalam bas. Imej dari planelesstravellers.com

Lagi satu, sepanjang berada di sana, penulis perhatikan kaum wanita di sana sangat berani bila jalan kaki sorang-sorang walaupun kat laluan yang gelap dan sunyi. Terdetiklah jugak dalam hati kami “wanita ni tak takut kena ragut ke?”. Rupa-rupanya kat Iran, kerajaan dorang melaksanakan hukuman mati (capital punishment) kepada jenayah-jenayah seperti kes bunuh, rogol, cabul, edar dadah dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan korang, korang takkan jumpa orang lelaki di Iran pakai seluar pendek even masa bersukan sekalipun, seperti yang diceritakan oleh sorang penduduk tempatan kat sebuah website travel. Korang hanya nampak lelaki warga Iran memakai baju lengan pendek, tapi lengan panjang adalah normal. Kod pakaian Iran untuk lelaki ialah diwajibkan memakai seluar panjang dan menutup aurat.

Manakala wanita Iran biasanya menutup badan mereka sepenuhnya dengan chador yang longgar. Penutup ni boleh meliputi tudung atau hijab yang dipakai untuk menutup rambut diorang. Pelancong asing wajib mematuhi kod pemakaian tersebut.

Imej dari http://www.theherald.com.au

2. Sunni dan syiah rileks je duduk dalam satu masyarakat

Seperti yang kita sedia maklum, majoriti rakyat di Iran menganut ajaran Syiah. Ada jugak yang menganut ajaran Sunni. Tapi apa yang memeranjatkan penulis ketika berada di sana, diorang semua hidup aman damai. Takde plak nak gaduh sesama sendiri walaupun berlainan ideologi.

Malah apa yang kami perasan sepanjang kat sana, takde pulak nampak orang kena pancung seperti apa yang dilaporkan kat dalam media sosial. Ayam dengan daging jelah yang banyak kena sembelih dekat sana.

Walaupun dorang dapat tahu yang kami ni Sunni, tapi dorang tetap hormat dan takde pun nak soal-siasat, tahan dalam balai polis atau buat macam-macam perkara yang boleh mengancam nyawa kami. Malah dorang ni cool je dan takde pun unsur prejudis walaupun berlainan mazhab.

Orang Iran takde racist walaupun berlainan mazhab..Imej dari Giphy.

Sama je macam kat Malaysia, masjid kat sana pun terbuka untuk semua lapisan masyarakat tanpa ada pengasingan mengikut mazhab. Pelancong asing yang bukan beragama Islam jugak dibenarkan masuk ke dalam masjid asalkan ikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Berdasarkan pengalaman penulis, ketika penulis tengah solat (ikut cara sunni), takde pulak penulis kena pukul atau soal dengan kariah masjid kat sana. Malah dorang siap layan penulis minum air teh sambil borak-borak lagi. Macam dah lama kenal je.

Imej dari https://www.quora.com

3. Tukang jaga kedai jenis pendiam, takde nak hustle korang suruh beli barang

Dekat Malaysia, kalau korang biasa masuk kedai waktu nak beli barang, biasanya pekerja kedai akan tanya barang ape yang korang nak beli. Pastu korang mesti rasa annoyed kan? Tapi kat Iran, situasi dia berlainan sikit di mana orang pekedai dia tak berapa friendly dan macam endah tak endah je.

Tapi pada penulis apa yang bestnya ialah dorang langsung takde nak paksa-paksa untuk beli barang (tak macam kat Petaling Street). Malah kebanyakkan dorang buat dek je bila ada pelancong masuk dalam kedai (ade yang bersembang sesama diorang dan tengok TV ) sampai lah korang sendiri tanya kat dia apa barang yang korang tengah cari atau korang tanya harga baru dia layan.

Imej dr meme generator

Selain dari tu, keadaan di Iran sangat aman dan takde perkara yang tak diingini berlaku macam kes letupan bom di tempat tumpuan pelancong. Khabar-khabar angin yang kata Iran mengamalkan penindasan terhadap mazhab Ahlussunnah juga tidak benar, kerana sepanjang 10 hari penulis disana, takde pulak menyaksikan sebarang insiden seperti yang digembar-gemburkan.

Apa yang lebih menarik lagi ialah, kebanyakkan kedai-kedai yang menjual emas dibiarkan terbuka sahaja tanpa pengawasan pengawal keselamatan yang bersenjata. Ini menunjukkan bahawa tahap jenayah di sana tidak serius. Kalau dekat Malaysia, dalam masa 5 minit je kedai emas dah kena rompak.

Salah satu kedai emas di Iran. Takde pon kelibat pengawal bersenjata. Imej dari thenational.ae

4. Penulis siap kena jemput tidur rumah drebar teksi!

Masyarakat disana juga mesra pelancong dan sedia menghulurkan bantuan sekiranya perlu. Contohnya masa nak beli tiket metro, ada seorang pakcik ni sanggup belikan tiket untuk kami dan tunjukkan kat mana platform untuk kami tunggu.

Selain tu, masa kami berdepan salah faham masalah visa masa tempah hotel, tanpa diduga pemandu teksi kami merangkap pemandu pelancong iaitu Ahmed Rayati ajak kami tumpang tidur semalaman kat rumahnya. Penulis terhutang budi dengan sikap Ahmed yang bersungguh-sungguh ajak kami supaya tidur je kat rumahnya tanpa kena bayar satu sen pun.

Imej dr meme generator
Penulis bersama tuan umah a.k.a pemandu teksi yang baik hati, Mr Ahmed Rayati.
Late night supper yang dimasak oleh Ahmed Rayati
Penulis berkelah di taman bersama Ahmed Rayati, aka supir kami..Yang tengah tu kawan penulis.
Bukti orang Iran mesra pelancong. Pakcik ni mengagihkan kurma secara percuma di taman. Mungkin dia baru terima berita gembira.

5. Pengangkutan awam laju tapi flight selalu delay, Internet pulak slow

Dekat Iran ada banyak transit aliran ringan yang sangat luas. Ia meliputi hampir keseluruhan kawasan di Tehran dan beberapa kawasan negeri lain. Ada jugak disediakan keretapi antara bandar untuk pergi tempat-tempat yang jauh dengan sangat murah.

Pengangkutan awam kat Iran seperti metro sangat cepat. Korang tak perlu tunggu lama-lama. Kekerapan kat sana tak sampai 5 minit. Masa penulis gunakan metro, keadaan dalam metro sangat bersih dan takde langsung vandalism. Lagi satu, tambang metro sangat murah sekitar 4 toman atau 40 000 rial (RM 2), korang bebas gunakan pas tersebut di mana-mana tempat sebanyak 6 kali.

 

Contoh metro map kat Iran. Imej dari irp-cdn.multiscreensite.com
Imej dari meme generator

Lagi satu, penulis berkesempatan mencuba flight domestik di Iran. Kami ingatkan semuanya berjalan dengan lancar sebab kami dah sediakan semua dokumen yang diperlukan dan harap takde lah ape-ape benda tak elok berlaku. Tapi sebaliknya, ape yang kami harap dapat elak terjadi. Iaitu flight delay. Ya! Boleh dikatakanlah jadual penerbangan dekat sini tak pernah nak tepat seperti dalam tiket

Sepanjang penulis menggunakan flight domestik ketika di Iran, kami dapati jadual penerbangan di sini banyak kali delay. Banyak kali jugak kami termenung kat airport. Bayangkan kami dah sampai awal kat airport, bila sampai je, diorang bagitau flight delay. Delay pulak sekitar 3-4 jam. Rasa macam nak bertukar jadi hulk je.

Nasihat kami kepada yang berhajat nak naik flight domestik, baik fikir banyak kali, sebabnya penerbangan domestik di Iran kerap mengalami penangguhan atau perubahan jadual. Jadi pastikan korang beli tiket yang dijadualkan pada waktu malam, selalunya penerbangan waktu tengahari dan petang akan ditangguhkan ke waktu malam.

Contoh tiket flight penulis
Imej dari meme generator

Di Iran, sebarang akses Internet melibatkan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube disekat sama sekali. Ini kerana  laman tersebut dianggap sebagai penjenayah yang akan mencemari ‘kesucian Islam’ atau menghina pegawai awam dan kerajaan.

So kalau nak guna Facebook, kena connect pakai VPN. VPN tu macam seperti berada di negara lain, membolehkan korang melepasi penapisan. Sebelum nak pergi Iran, pastikan korang download dulu apps tersebut. Connect kat VPN dulu, pastu baru boleh bukak Facebook macam biasa.

Lagi satu, kat Iran ni line internet dia memang slow. Berita buruk kepada sesiapa yang kaki upload gambar dan video. Sebab dekat sini proses untuk upload gambar ke Facebook sangat perlahan. Kalau nak dapatkan Wifi yang pantas, korang kena pergi restoran atau hotel yang sediakan Wifi. Takde caj bayaran untuk gunakan Wifi di cafe.

5. Makanan dalam kuantiti banyak & duit banyak nombor kosong

Kalau korang seorang pencinta makanan, seeloknya korang bawa bekal makanan korang sebanyak mungkin. Hal ini demikian kerana Iran mempunyai menu makanan yang sangat terhad dan kurang variasi. Sepanjang 10 hari penulis kat sana, kami hanya makan chello kabab dan sabzi polo, dan hanya ini sajalah menu yang kelihatan di kebanyakan restoran di Iran.

Budaya gastronomi Iran juga tidak berapa suka masakan pedas dan berempah, diorang suka produk tenusu macam yoghurt dan elemen-elemen masam macam tomato dan jeruk. Berita baiknya, semua makanan yang dipesan akan dihidangkan dalam kuantiti yang banyak. Kalau korang bukan seorang pemakan yang tegar, elok pesan makanan untuk satu hidangan dan boleh kongsi berdua.

Iranian chelo kebab. Imej dari gsia.sums.ac.ir

Iran menggunakan Riyal sebagai matawangnya, tapi amalan penduduk setempat adalah menggunakan matawang tak rasmi yang dipanggil Toman. Secara umumnya Toman adalah pemotongan empat angka kosong di belakang Riyal:

10 000 riyal = 1 toman
100 000 riyal = 10 toman
500 000 riyal = 50 toman
1 000 000 riyal = 100 toman

Tips: 1 ringgit Malaysia bersamaan 7267.71 ++ Riyal, namun untuk memudahkan pengiraan anggap je 10 000 Riyal aka 1 toman, sebagai RM 1. Harus diingatkan supaya korang tak tukar duit toman kat Malaysia. Sebaiknya bawa Dollar ke Iran dan tukar kat sana. 100 dollar Amerika bersamaan 300-400 toman, atau 4 juta rial.

Imej dari arwanahias.blogspot

Iran negara yang cantik dan selamat sebenarnya

Kesimpulannya, penulis perhatikan majoriti rakyat Iran tak tahu atau sangat sikit menguasai Bahasa Inggeris. Jadi peluang untuk korang bertemu dengan pemandu teksi atau pengurus hotel yang mahir berbahasa Inggeris adalah sangat tipis. Selain tu, korang boleh buat persediaan untuk belajar Bahasa Parsi sebelum travel ke sana  Untuk itu, disarankan agar korang belajar dulu beberapa patah perkataan di dalam Bahasa Parsi untuk memudahkan urusan.

Akhir sekali, Iran sememangnya sebuah destinasi pelancongan yang berpotensi untuk diterokai. Penulis nak pesan, sebelum travel ke Iran baik tinggalkan sentimen-sentimen korang terhadap Syiah atau amalan dan budaya negara lain. Iran memang negara yang cantik, sebab budaya orang Parsi zaman dulu antara bangsa yang hebat. So budaya pun sama, jadi jangan sebab Syiah, buat korang tak mahu travel ke negara ni.

Dari pengalama penulis sendiri, Iran selamat untuk dilawati dan rakyatnya sangat friendly. Untuk travel ke sana, mudah je korang bawak passport dan kalau nak tinggal lebih dari 15 hari, korang  perlu memohon visa.

About Alif Kadhim 3 Articles
Peminat Liverpool FC