Prof. Razak Mohaideen: Dekan FiTA UiTM serta filem-filem yang rugi berjuta ringgit

Ramai yang biasa dengar nama Prof. Razak Mohaideen dalam dunia perfileman Malaysia. Dia telah pun dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Ia berkuatkuasa dari 23 Mei 2020 hingga 22 Mei 2022.

Ramai netizen terkejut dengan pelantikan ini. Kami pun turut serta terkejut sebab kami pernah tulis mengenai pencapaiannya dalam dunia perfileman serta pengurusan FiTA Studios milik UiTM.


*Artikel ini pada asalnya disiarkan pada 12 mac 2018

Kita mulakan dengan kegagalan filem Badang di bawah arahan Prof. Razak Mohaideen. Dengan modal RM 2.2 juta, filem Badang cuma berjaya dapat RM74,148.67. Kita doa je lah pelabur filem ni tak pinjam duit dekat Ah Long, kalau dia pinjam confirm tak mampu bayar balik.

FiTA Studio ni dah banyak sangat duit ke? Eh, daripada buat filem yang rugi, baik bagi kita, BR1M tak masuk lagi ni. Imej dari Giphy

Rupa-rupanya filem Badang ni bukanlah filem pertama yang FiTA terbitkan, sebelum ni dah ada 4 filem tempatan yang diorang terbitkan.

Lebih aneh, filem-filem yang diorang terbitkan asyik rugi memanjang. Diorang ni mungkin dah banyak dengar ceramah motivasi, kan pakar motivasi selalu kata jangan takut pada kegagalan. Hmm…tapi FiTA Studio ni guna duit siapa? Asyik menghabiskan duit je…

Wuu…adik beradik pulak tu. Hmm..so, adakah ini yang dinamakan kroni? Jeng jeng jeng. Imej dari Ameno World

Sebenarnya FiTA Studios ni siapa punya?

Kalau ikutkan website rasmi FiTA Studios yang dah lama tak update, FiTA Studios ni anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh UiTM Holdings. Ditubuhkan pada tahun 2015 dan cuba nak jadi syarikat penerbitan yang dah power macam ASTRO dan Media Prima. Diorang siap ada kerjasama dengan syarikat luar negara macam Silverwolf (Singapura), MVP (Indonesia), dan Film Frame (Thailand).

Hahh…itulah sarapan kita pagi esok, kau ok tak? Imej dari UiTM Holdings

FiTA ni sebenarnya ringkasan kepada Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM. Kiranya FiTA Studios boleh bantu pelajar dan pensyarah FiTA untuk tunjukkan karya mereka. Sebab tulah filem-filem tempatan yang dikeluarkan FiTA Studios diarahkan oleh dekan fakulti tu sendiri.

Ada jugak pihak yang persoalkan kehadiran A. Latiff Mohaideen sebagai Penerbit Eksekutif di FiTA Studios. Dia ni adik kepada A. Razak Mohaideen. Syarikat universiti dah jadi macam company adik-beradik pulak kan?

Hang relaks je, hang adik aku kot. Imej dari Giphy

Masa filem Badang awal-awal keluar dulu, ada satu isu pelajar UiTM dikatakan dipaksa membeli tiket filem Badang kalau nak lulus peperiksaan. Punyalah banyak pelajar marah, orang dah hari-hari datang kelas, tiba-tiba sebab tak beli tiket filem Badang nak kena gagalkan. Dalam game ni, paling sedih student yang jual tiketlah, dah tak tahu apa-apa, tiba-tiba kena maki oleh member. Tapi UiTM dah nafikan berita ni.

“Mungkin berlaku salah faham dalam kalangan pelajar dan pensyarah yang mengendalikan aktiviti tersebut. Namun fakulti menggalakkan pelajar-pelajar mengambil kursus lakonan, filem, pengurusan acara kreatif dan animasi imejan komputer yang dihasilkan (CGI) untuk membeli tiket aktiviti tersebut.” – Profesor Datuk Dr A. Razak Mohaideen, dipetik dari MStar

Hmmm…ni kita kena tanya student UiTM ni. Sebelum korang nak pergi mengorat budak FiTA UiTM, korang kena tahu dulu filem-filem yang pernah diterbitkan FiTA Studios. Hari ni kami ceritakan korang filem-filem dari produksi yang paling bermotivasi di Malaysia.

1. Chowrasta filem pertama keluar FiTA Studios

FiTA Studios keluarkan satu filem setiap tahun, filem Chowrasta ni merupakan filem pertama diorang. Untuk filem ni, mereka belanja RM2 juta dan hanya berjaya mengutip RM174,000. Kalau korang takde kalkulator, nilai kerugian filem ini adalah RM1,826,000. Katanya filem ini menceritakan kisah sebenar Naib Canselor UiTM dan dihadiahkan untuk alumni UiTM.

“Filem ini adalah hadiah kepada Alumni UiTM agar mereka menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh UiTM dalam mengubah destini anak bangsa.” – Profesor Datuk Dr A. Razak Mohaideen, dipetik dari HMetro

Budak-budak UiTM, korang nak hadiah apa tahun ni? Kami nak filem FiTA Studios…Imej dari Giphy

Walaupun kutipan filem ni rendah, tapi filem ni berjaya masuk Malaysian Book of Record semasa tayangan perdananya. Seramai 4,416 penonton dicatatkan pada tayangan perdana tu. Menariknya, filem ni masuk ke pasaran pawagam India. Wahh…siap bersaing dengan filem Bollywood gitu.

Bukan tu je, filem Chowrasta dikatakan masuk market Perancis. Kalau ikutkan Dr A. Razak Mohaideen, mereka berjaya kutip RM6 juta di Perancis. Maksudnya orang Perancis lebih minat filem Melayu daripada orang Melayulah?! Hmmm…korang setuju tak? Maksudnya filem ni diselamatkan oleh rakyat Perancislah. Belanja RM2 juta, dapat RM6 juta dari rakyat Perancis!

2. Filem Anak Mami Nasi Kandaq muncul selepas 10 tahun

Kalau korang dah biasa dengan filem Anak Mami, filem Anak Mami Nasi Kandaq ni kira filem sekuel. Sebelum ni ada Anak Mami The Movie (2002), Mami Jarum (2002), Anak Mami Jarum Junior (2003), dan Anak Mami Kembali (2005).

Filem ni tentang seorang duda yang berniaga nasi kandar. Dia ada 5 anak perempuan yang lawa-lawa, Fasha Sanda salah sorang daripadanya. Lepas tu, ada seorang perempuan buka gerai haram dekat restoran dia, dan duda tu hilang pelanggan. Apa lagi, dia pun jadikan 5 anak dia sebagai daya tarikan.

Perbelanjaan filem ni menelan belanja RM1.5 juta dan berjaya mengutip RM353 ribu. Nak kami buat pengiraan lagi tak? Rugi RM1,147,000. Depa buat. eh, terr utagha lah pulak. Filem ni ditayangkan pada satu Syawal, masa korang tengah cari duit raya. Dr A. Razak Mohaideen sendiri kata mereka akan hadapi cabaran sebab mungkin penonton lebih suka beraya…

Kau dah banyak duit rayakan? Jom ke panggung. Imej dari Giphy

“Filem yang ditayang waktu musim perayaan ni berisiko sebenarnya, kerana orang lebih seronok berkunjung ke rumah saudara mara daripada bertandang ke pawagam.” – Profesor Datuk Dr A. Razak Mohaideen, dipetik dari Utusan

3. Filem Soulmate Hingga Jannah tiba-tiba ghaib dari pawagam

Kami tak jumpa rekod yang beritahu kos nak buat filem ni. Tapi kalau lihat artis-artis yang berlakon, kami rasa kosnya lebih kurang filem-filem sebelum ni. Yalah, kami tak pernah lagi dengar artis buat kerja lakonan secara amal, demi akhirat. Apa yang kami tahu, filem ni dikatakan filem yang dapat kutipan terendah berbanding filem-filem lain, hanya berjaya mengutip RM25,000.

Cerita filem ni kami rasa korang dah fimiliar, ada seorang gadis kampung datang ke bandar dan dapat bos yang kejam. Macam biasa, bos dia jatuh cinta. Tapi dilema sebab dah janji dengan arwah isteri dia tak nak jatuh cinta dengan orang lain. Bla bla bla. Kasihan gadis kampung, asyik-asyik diguna jadi watak filem.

Hmm..tapi gadis kampungkan lawa-lawa. Imej dari Grashupper Gallery

Masa filem ni tengah ditayangkan kat pawagam, tiba-tiba ada pawagam hentikan tayangan filem ni. Selalunya kalau filem tak capai jualan yang power, syarikat yang miliki panggung wayang ada hak nak hentikan tayangan. Ada juga yang kata filem ni kurang jiwa.

“Kita terima apa jua keputusan, hakikatnya kutipan pusingan pertama di panggung tidak cukup hebat dan harus perbaiki kelemahan di masa akan datang selain hasilkan filem tepati cita rasa penonton.” – Abdul Latiff Mohaideen, dipetik dari TV14

Asyik nak kritik jeee..bila orang kita nak maju? Imej dari Giphy

Filem keempat dari FiTA Studios adalah 3 Sukuriti, filem ni agak misteri sebenarnya. Kalau korang pergi Youtube pun, trailer filem ni tak wujud. Kalau movie tu tak ada trailer dekat Youtube, kalau bukan sebab penerbit dia confident gila, maksudnya filem tu ada masalah. Again, kita harap bukan sebab dengar ceramah motivasi. Filem tu tampilkan artis popular seperti Azhari Mohd Zain, Saiful Apek, Yassin, dan Jalil Hamid.

Kalau tengok poster, boleh tahan power. Imej dari FiTA UiTM

Katanya filem ni berkenaan Muluk, seorang sekuriti yang mempunyai ijazah. Sekarang ni ada ijazah memang susah nak dapat kerja, baik jadi sekuriti. Siap ada Saiful Apek dan Yassin ohh, mesti cerita ni lawak. Kalau korang google tentang cerita ni, korang hanya akan jumpa malam promosi filem 3 Sukuriti.

Apa sebenarnya yang dah jadi dengan filem 3 Sukuriti? Imej dari Giphy

4. Filem Badang, filem yang dikecam ramai

Berbanding dengan 4 filem terbitan FiTA Studios sebelum ni, filem Badang ni dah famous. Bak kata Aliff Syukri, filem ni lebih power dari filem Black Panther kot. Bajet filem ni dikatakan RM2.2 juta dan hanya berjaya mengutip RM74,148.67. Macam biasalah, sebagai kalkulator korang, kami nak beritahu filem ni rugi RM2,125,815.33. Kalau ada pegawai kat mana-mana syarikat bertanggungjawab kerugian sebesar ni, agak-agak dia akan dipecat tak?

Badang ni adalah kisah legenda orang Melayu. Kalau korang, mungkin kisah legenda korang Ultraman, tapi sebelum Ultraman lahir, Badang dah lawan jin. Filem Badang ni kira filem adiwira macam Cicak Man, takpun Spiderman. Kata pengarah filem ni, kalau nak tengok filem Badang, bayangkan diri korang kanak-kanak.

Weh, kita ada geng baru. Jom kejarrr. Imej dari Giphy

Dalam Internet Movie Database, filem ni cuma dapat rating 1/10. Ramai juga yang mengkritik filem ni, tapi tak ramai yang tulis panjang-panjang. Penat kot tulis panjang-panjang. Tapi kami ada terbaca ulasan Shazwan Zulkiffli, korang boleh baca kat sini. Antara komen dia yang pedas;

“Adegan lucu yang tak lucu. Contohnya adegan Badang dijumpai dalam lemang buluh, yang secara logiknya terlalu kecil untuk seorang bayi, adegan CGI kualiti seperti permainan video Playstation 2.” – Shazwan Zulkifli, dipetik dari TheLevel

FiTA Studios bekerjasama dengan produksi antarabangsa

Kami bukanlah nak semata-mata kutuk FiTA Studios, kami nak beritahu korang apa sebenarnya yang dah berlaku. Di sebalik kontrovesi filem tempatan yang asyik rugi, FiTA Studios ada bekerjasama dengan produksi antarabangsa. Salah satu filem kerjasama yang power adalah filem Realms. Filem ni hasil kerjasama Film Frame Productions dan FiTA Studios.

“FiTA Studios sentiasa membuka ruang dan peluang untuk meneroka pasaran filem luar negara kerana ia mampu memberi pulangan timbal balik terutama dalam aspek ilmu perfileman. – A. Latiff Mohaideen, dipetik dari Kosmo

Ehh…korang minat sinetron tak? FiTA Studios ada keluarkan filem Indonesia hasil kerjasama dengan Multivision Plus (MVP), tajuknya Aach…Aku Jatuh Cinta. Dari tajuk pun korang tahulah ini bukan filem adiwira, tapi kisah romantik. Menariknya, filem Realms dan Aach…Aku Jatuh Cinta kedua-duanya dapat rating 6.6 dalam IMDB masa kami tulis artikel ni.

Hmm…boleh tahan. Imej dari Giphy

Sebenarnya ada je filem Malaysia yang gunakan bajet kecil tapi berjaya meraih keuntungan. Filem tu kalau jalan cerita menarik dan kena di hati penonton, tak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Contoh paling senang, filem Ombak Rindu. Filem Ombak Rindu gunakan bajet RM1.56 juta tapi berjaya kutip RM10 Juta.

Kita harap FiTA Studios ni belajarlah daripada kegagalan filem mereka, tak perlulah dengar ceramah motivasi tentang kegagalan banyak sangat. Sayang kot, buang duit banyak macam tu. Baik diorang bagi dengan pelajar-pelajar FiTA UiTM untuk buat filem, kot-kot ada bakat baru yang akan muncul.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka