Superhero Marvel ni berlawan guna seni mempertahankan diri dari ALAM MELAYU!

Siapa peminat hero Marvel kat sini? Jangan buat-buat tak tahu pula yang Daredevil musim ke-3 dah mula ditayangkan kat Netflix bermula 19 Oktober 2018. Persoalannya, kenapa SOSCILI tiba-tiba bising pulak nak cerita pasal drama Daredevil ni? Apa bezanya pun dengan cerita hero Marvel lain yang akan jumpa musuh lawan-lawan sebab balas dendam kematian ayah, ayah angkat atau aweknya?

Ini yang kitorang nak korang tahu bahawa untuk Daredevil ni, ada cerita melibatkan budaya dan seni dari alam Melayu atau nusantara kita ni. Bukan seni biasa-biasa, seni ni ramai yang tahu dan digunakan sendiri dalam lakonan Daredevil.

Daredevil berlawan guna beberapa teknik seni mempertahankan diri termasuklah…

Orang yang tahu seni je akan nampak…

Benda ni bukanlah kami yang teka atau tilik. Tapi ia diakui sendiri oleh Philip Silvera yang merupakan koreografer drama Daredevil ni.

“Dia (pelakon Daredevil) sudah mempelajari semuanya dari wing chun ke trapping ke SILAT hinggalah kali.”- Petikan dari Vulture

Wing Chun, Trapping, Kali dan Silat semuanya digunakan dalam aksi berlawan si Dardevil ni tadi. Tujuan semua elemen ni dimasukkan adalah untuk menggabungkan ia semua dan membentuk satu stail uniknya yang tersendiri.

Dan korang pun kena tahu yang Daredevil ni bukannya hero Marvel yang sempurna, dia adalah seorang hero yang buta. Maknanya korang akan tengok orang buta yang bersilat (walaupun berlakon je).

Walaupun buta, dia ada misi balas dendam untuk ayahnya

Asal rupa rupa Daredevil. Imej dari Wiki

Lepas tahu silat dipersembahkan dalam Daredevil ni, mesti ramai yang dah mula minat dengan hero Marvel ni. Jadi, tak terlambat untuk kami ceritakan secara ringkas macam mana Daredevil ni boleh buta dan kenapa dia nak berlawan dengan orang lain.

Sejarah asal-usul Daredevil ni ada diceritakan dalam Komik Marvel #1 pada tahun 1964. Nama asalnya adalah Matt Murdock anak kepada “Battling Jack” Murdock seorang ahli tinju. Walaupun selalu bertinju, ayahnya selalu ajar Matt betapa pentingnya pendidikan dan tidak berlaku ganas kepada sesiapa. Semestinya seorang ayah nak anak dia jadi lebih baik dari dirinya.

Dia dah mengamuk wei! Imej dari Ranker

Malangnya, pada suatu hari, Matt cuba selamatkan seorang orang buta dari dilanggar sebuah trak, namun bahan radioaktif dah terkeluar dari trak tu terkena padanya yang menyebabkan Matt buta. Pendedahan dia kepada radioaktif tu dah menjadikan dia mempunyai deria yang takda pada manusia biasa. Walaupun buta, dia boleh mengesan bentuk dan lokasi objek disekitarnya.

Ayahnya, Jack dah kembali ke gelanggang tinju untuk mencari pendapatan bagi menyara anaknya. Dia pun dapat kontrak untuk bertinju dari si Fixer. Namun, ada suatu hari ni, dia menolak untuk bertinju sebab anaknya, Matt menjadi salah seorang dari penonton ketika itu. Macam yang kami cakap kat atas tadi, dia kalau boleh tak nak ajar anaknya benda-benda ganas ni. Akhirnya, ayahnya dibunuh oleh salah seorang orang Fixer. Dari situlah bermulanya kisah perjalanan si Matt yang digelar Daredevil.

Layan jangan tak layan. Imej dari Den Of Geek

Banggalah bila filem luar guna seni budaya kita

Tak banyak filem yang betul-betul ketengahkan budaya dari negara dan nusantara kita ni. Kalau ada pun pelakon negara kitalah dua tiga orang macam dalam filem Crazy Rich Asian. Dalam dunia game pulak, ada lah seorang brader ni berjaya masukkan budaya makanan dalam game Final Fantasy. Memang gempak!

Klik gambar untuk baca artikel pasal ada teh tarik dalam Final Fantasy

Mana peminat seni silat nusantara dan IP Man dah boleh mula layan Daredevil musim pertama dan tengok terus sampai musim ketiga yang dah mula ditayangakan tu. Best of luck!

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT