Silat Siku Dua Belas Penang, MMA pertama di Malaysia

(This article is a translation. For the original, visit our brother site CILISOS)

Pada zaman sekarang, silat dikenali sebagai ilmu beladiri yang mostly digunakan untuk exercise dan juga banyak dipersembahkan di kenduri kahwin. Tapi kita juga tahu silat ini digunakan sebagai elemen kombat utama orang nusantara pada zaman orang Melayu lama dahulu lebih-lebih lagi semasa peperangan dan juga pertahanan diri.

Dikatakan juga, banyak pihak telah berdepan dengan silat ni semasa mereka menyerang Tanah Melayu dahulu. Ia juga dipercayai telah digunakan semasa Melaka berdepan dengan Portugis apabila Alfonso de Albuquerque datang bersama dengan bala tenteranya untuk menawan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511.

Portugis menyerang Melaka pada 1511. Imej dari Malaysia Track

Korang juga kena faham yang silat ni tiada satu bentuk ‘sebenar’, terdapat beratus jenis silat yang wujud dalam dunia ni. Segala gerakan, buah silat, bunga dan langkah adalah sangat berbeza. Setiap satunya boleh dikatakan mempunyai keistimewaan mereka sendiri dan juga dipengaruhi oleh keturunan, geografi dan juga pergerakan binatang. Even Thailand dan Indonesia ada silat dorang sendiri.

Tetapi antara semua jenis silat yang ada ni, ada satu jenis silat yang digelar Seni Silat Siku 12 atau gelaran lainnya adalah Silat Halilintar mempunyai keunikan mereka tersendiri. Itu semua disebabkan gaya mereka yang tersendiri dan juga sejarahnya yang menarik.

Ia dicipta secara senyap dalam usaha melawan orang Jepun

Siku Dua Belas dicipta oleh seorang lelaki berpendidikan dari eropah bernama Sheikh Mohamad Ghulam Merah (juga dikenali sebagai Dada Meah). Dia merupakan orang Pulau Pinang yang mempunyai darah Jawi Peranakan, Minang, Arab, Benggali dan Pashtun. Kalau nak dijadikan cerita, silat ini dilahirkan ketika peperangan; penjajahan Jepun terhadap Malaya menjadi sebab utama.

Sheikh Mohamad Ghulam Meah aka Dada Meah. Imej dari Pinang Press

Zaman Jepun dulu, penduduk Malaya telah dilarang untuk mengadakan perjumpaan atau latihan seni bela diri, tetapi Dada Meah menyedari bahawa komuniti di Malaya perlukan ‘cara’ untuk defend diri mereka terhadap penjajah Jepun. Dada Meah yang juga pengamal pelbagai seni bela diri, dia telah develop Siku Dua Belas yang merupakan campuran banyak jenis silat.

Dia juga ada masukkan seni bela diri barat yang dia tahu, dikatakan juga pengaruh utama Dada Meah adalah seorang legenda tinju di Amerika Syarikat tahun 1920-an, William Harrison ‘Jack’ Dempsey (aka ‘The Manassa Mauler’).

“Sebenarnya Siku Dua Belas ini, berdasarkan apa yang saya lihat ia sangat berbeza (daripada silat yang dah ada)… silat itu adalah berdasarkan dia (Dada) punya pengalaman dalam gaya persilatan asli Penang dan juga latihannya dalam seni bela diri yang lain termasuk tinju barat,” Zainal Abidin & Sutton, ‘Silat Tua: The Malay Dance of Life’

Jack Dempsey, ‘The Manassa Mauler’ . Imej dari Our Community Now

Siku Dua Belas mengajar dua belas cara untuk menggunakan siku

Dada Meah enyedari bahawa seni bela diri Melayu memerlukan nafas baharu untuk berdepan dengan ancaman baharu, tapi dalam masa yang sama mengekalkan aspek tradisional. Disebabkan itu dia telah mengambil elemen-elemen daripada seni bela diri yang lain ke dalam silatnya itu, antaranya adalah silat, tomoi (Muay Thai), judo, jiu-jitsu, silambam, yoga, kenjutsu dan juga taichi (ada lagi sebenarnya).

Dada Meah ketika sesi latihan. Imej dari Majoo Media

Style yang cuba dibawa oleh Dada Meah ni agak sama dengan Jeet Kune Do yang dicipta oleh Bruce Lee, senang cerita semua perkara yang terbaik dalam seni bela diri luar digabungkan dan menjadi satu sistem bela diri yang baru. Sistem itu mempunyai tiga silibus yang menumpukan serangan, pergerakan yang ‘lembut tetapi pantas’ dan termasuk juga latihan dengan senjata.

Dada Meah ni boleh dikatakan sebagai ‘orang kuat’ yang old school, mana taknya, dikatakan dia sendiri menumpukan ketahanan badan yang tinggi dengan mengamalkan latihan angkat berat, tekan tubi dan macam-macam lagi senaman berat.

Tiga silibus itu digelar dari segi fasa untuk melengkapkan pengetahuan yang mendalam kepada pelajar Siku Dua Belas. Fasa pertama adalah pengenalan kepada pelajar tentang cara basic menyiku. Fasa kedua pula, latihan bersama pasangan, di mana semua gerakan yang dipelajari semasa fasa pertama akan dipraktikkan bersama dengan partner masing-masing.

Fasa terakhir iaitu yang ketiga adalah sparring, percubaan di mana pelajar akan dihadapkan dengan latihan pertempuran secara live. Fasa pertama dan kedua itu memakan masa dalam dua atau tiga tahun, namun fasa ketiga pula dikatakan melibatkan pembelajaran seumur hidup pelajar itu sendiri. Falsafah yang biasa digunakan dalam seni bela diri Jepun.

Scene ‘The Last Samurai’ yang menunjukkan penggunaan Kenjutsu, salah satu style yang dimasukkan dalam Siku Dua Belas. Imej dari Ninja State

Kalau korang tengok daripada pergerakan mereka untuk pertama kali, mesti korang akan fikir ini adalah tomoi. Ini disebabkan penggunaan siku yang agak kerap dalam pergerakan mereka, pengamal Siku Dua Belas juga selalu mendekatkan jarak ketika bertempur dan ini termasuk juga dengan sepakan menyerang dan juga bertahan yang sama seperti tomoi. Korang boleh tengok kat video bawah ni…

Even dalam video pun ada orang sebut yang dorang tu main tomoi. Namun, komponen gerakan utama dalam Siku Dua Belas ini dikatakan lebih banyak dipinjam daripada Silambam, sebuah seni bela diri daripada India.

Untuk mengelakkan diri daripada mencari nahas dengan Jepun, Dada Meah dan pengikutnya memulakan dan mengamalkan ‘silat hibrid’ ni secara rahsia tapi sambutan daripada penduduk tempatan meningkat dengan pantas. Dari situ, makin ramai orang Penang yang join Siku Dua Belas ni daripada budak sekolah sehingga lah orang tua.

Dukacitanya, Siku Dua Belas merupakan seni yang semakin pupus

Dengan Bruce Lee menjadi ‘bapa’ kepada Mix Martial Arts (MMA), ia agak mengejutkan apabila seorang rakyat Pulau Pinang mempunyai idea yang sama, lagi awal pula tu! Tetapi berbeza sedikit dengan Jeet Kune Do, terdapat beberapa sebab mengapa korang baru tahu pasal benda ni.

Yang pertamanya adalah, Dada Meah sendiri tidak menggalakkan pengikutnya mengajar melainkan mereka dah betul-betul kuasai Siku Dua Belas ni. Perkara itu dianggap sebagai ‘mustahil’ kerana fasa ketiga tu pun memerlukan pembelajaran dan pengalaman seumur hidup, yang kedua pula adalah seni bela diri dari Penang ini kurang liputan dari media kita. Mungkin sebab masih lagi nak ikut langkah ‘berahsia’ kot.

Tetapi Siku Dua Belas masih lagi diajar sehingga hari ini di Penang, cuma tak berapa popular sangat lah. Tapi mereka juga ada misi mereka, iaitu memartabatkan seni silat tempatan di persada dunia. Siapa lagi yang nak bangga dengan silat selain diri kita sendiri kan.