Agama

Star Wars rupanya dah tunjukkan jenis PEMAKAIAN TUDUNG orang Islam

Macam yang semua orang tahu pemakaian tudung dan evolusinya sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Dan kalau kita ikuti perkembangan tudung sekarang ni, macam-macam jenis yang ada. Dari tudung jenis ikan sehinggalah ada jugak tudung jenis itik. Tak ketinggalan tudung saji. (Hehe).

Sebelum ni, kitaorang pun ada tulis artikel pasal tudung ni, boleh klik sini dan klik sini untuk baca artikel tu. Tapi, korang nak tahu tak yang rupa-rupanya ada satu filem bersiri Hollywood ni dah tunjukkan gaya dan jenis pemakaian tudung orang Islam dekat dunia ni?

Filem bersiri tunjukkan watak dengan gaya pemakaian tudung

Bila sebut je pasal cerita ataupun filem bersiri Star Wars, mesti semua orang tahu. Kalau korang tak tahu mungkin korang ikut katak duduk kat bawah tempurung? (Hehe gurau). Dalam filem tu semestinya ada banyak karakter-karakter dan watak yang berbeza dan tersendiri yang menjadikan filem tersebut dapat menarik perhatian ramai tanpa mengira peringkat umur. Dan ada yang sanggup tengok cerita ni berulang kali pulak tu.

Siapa dah tengok semua ni? Imej dari Games Radar

Yang pastinya semua orang menantikan turutan filem bersiri ni supaya diaorang tak ketinggalan mengikuti perkembangan filem tu. Klip trailer filem ni pun dah mencecah jutaan penonton yang tengok filem sebenar apatah lagi. Tak gitu?

Dan, kalau kita lihat dan selidik satu persatu, ramai je dalam kalangan rakyat Malaysia yang berebut dan kumpul koleksi barang-barang keluaran Star Wars ni. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata nak kumpul figura ataupun barang-barang lain yang berkaitan dengan karakter Star Wars ni. Korang ada yang macam tu ke? Kalau ada boleh lah geng. ?

Tapi, bukan pasal tu yang kitaorang nak bagitahu. Korang tahu tak sebenarnya cara dan trend pemakaian tudung ni ada ditunjukkan dalam filem Star Wars tu? Tak percaya tengok gambar kat bawah ni.

Haa dah terbukti kan? Imej dari Facebook Namira Islam

Kalau kita tengok cara karakter dan watak tu mengenakan pakaian dan fesyen diaorang, kalau yang perempuan mesti dah sinonim sangat dengan cara dan gaya jenis pemakaian tudung dalam trend semasa ni kan. Jadi, watak dalam filem Star Wars memang 100% tunjukkan jenis tudung yang dipakai perempuan Islam sekarang ni.

Gaya pemakaian tudung mengikut watak filem Star Wars

Dalam gambar tu, kita dapat tengok nama-nama jenis pemakaian tudung yang perempuan Islam gayakan, siap ada penerangan lagi. Tapi mesti korang terfikir kan ada je gaya yang korang tak pernah nampak? Yang korang tahu semuanya hijab (lagi-lagi yang lelaki tu, eh bukan perempuan pun ada je yang tak tahu).

1. Burka: Dilapokan diwajibkan oleh orang Taliban

Nampak sama tapi bukan dia…

Burka / Burqa merupakan pemakaian tudung/hijab yang digayakan oleh orang Afghanistan. Ia menutupi satu sosok badan dan cuma ada kain sikit je kat bahagian mata yang ada lubang kecil yang boleh membuatkan orang yang pakai burka tu dapat melihat. Dan pemakaian burka ni sebenarnya diwajibkan oleh orang Taliban untuk melindungi perempuan-perempuan kat sana. Kiranya kalau perempuan tak pakai burka, diaorang akan dikenakan hukuman kat sana.

2. Niqab: Hanya kawasan mata diperlihatkan

Tak ketinggalan jugak jenis yang ini. Imej dari penulis

Niqab merupakan pemakaian tudung/hijab yang digayakan dengan tutup kepala, leher dan muka tapi cuma memperlihatkan kawasan mata je. Biasanya niqab ni adalah kain yang berasingan dan berbeza daripada kain tudung tu sendiri.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Niqab ni dipakai oleh perempuan waktu zaman Jahiliyyah dan cara pemakaian niqab ni sebenarnya tak diwajibkan dan tak jugak diharamkan. Ia mengikut syariat. Tapi sekarang ni ramai je perempuan Islam yang kita nampak berniqab sebab ada di antara diaorang yang rasa selesa dan beranggapan cara macam tu berikan privasi kat diaorang.

3. Hijab: Membawa maksud kesopanan

Yang ini famous jugak.

Macam yang semua orang tahu, hijab adalah tudung biasa yang perempuan Islam selalu pakai. Hijab ni lah sebenarnya tudung dan menerusi hijab lah ada jenis dan gaya yang lain. Dalam Arab pulak, pemakaian hijab merupakan gaya tudung yang paling sederhana berbanding dengan gaya lain.

Tapi pada dasarnya, hijab adalah perkataan dari bahasa Arab iaitu ha-ja-ba yang bermaksud penghalang, untuk tabir, untuk lindung. Dan menerusi konsep Islam, hijab bagi maksud yang meluas – kesopanan, bersendirian dan akhlak.

4. Chador: Pemakaian mengikut tradisi Iran

Lepas ni jangan tersilap panggil pulak.

Chador adalah cara pemakaian tudung mengikut tradisi Iran, Afganistan dan sesetengah negara timur tengah. Chador bermaksud ‘kain besar’ ataupun ‘lembaran kain’ dalam bahasa Parsi moden. Ia macam jubah, dan kebiasaannya berwarna hitam, menyelubungi kepala, badan, dan kadang-kadang muka jugak. Waktu lebih kurang tahun 1978-1979, Chador yang berwarna hitam khas untuk dipakai waktu ada kematian.

5. Shayla: Selendang panjang Teluk Parsi dan Arab

Bukanlah shampu Safi Shayla.

Kalau sebut nama gaya ni mesti korang ingat macam shampu kan? Bukan itu ye kawan-kawan. Gaya tudung Shayla pulak pada asalnya ia merujuk kepada selendang panjang berbentuk segi empat tepat yang popular kat kawasan Teluk Parsi dan Arab.

Gaya tudung Shayla ni sebenarnya adalah selendang yang dibalut kat kepala dan dipin kat bahu. Dan pemakaian ni longgar tak macam gaya yang lain. Sekarang ni rasanya dah popular dah gaya ni kat Malaysia.

6. Al-Amira: Dua dalam satu

Lepas ni boleh lah panggil tudung al-amira. Bukan tudung sarung lagi.

Al-amira yang dimaksudkan kat sini bukanlah nama orang ataupun adik beradik korang. Al-amira adalah sejenis hijab tapi tak semua hijab adalah al-amira. (P/S: Sebab semua jenis dan gaya tudung adalah hijab). Tudung jenis ni biasanya ada dua helai kain tudung yang berbeza.

Satu dijadikan anak tudung dan satu lagi penutup kepala. Ala macam tudung instant (tudung sarung) yang mak-mak korang selalu pakai tu. Sebenarnya tudung al-amira ni maksudnya puteri, jadi tudung ni kat negara Timur Tengah sana dipanggil gaya tudung puteri.

7. Khimar

Garangnyaaa.

Sebenarnya, Khimar ni lah yang dimaksudkan sebagai tudung dalam al-Quran (Surah Nur ayat 31). Tapi orang ramai lebih mudah memanggilnya sebagai hijab. Okay, Khimar ni adalah tudung yang panjang dan labuh, labuh dia atas pinggang.

Kalau kat sekolah, mungkin korang akan jumpa ustazah korang pakai Khimar ni. Jenis tudung yang macam ni menutup penuh seluruh rambut sampailah bahu, tapi masih menampakkan bentuk muka. Selalunya orang akan pakai Khimar ni dengan niqab. ?

Islam menitikberatkan kecantikan dalam penampilan

Sejak zaman dulu lagi kaedah pemakaian tudung ni mengikut trend dan dah ada fesyen yang tersendiri. Dan ada banyak jenis yang berbeza. Dalam konteks fesyen gaya pemakaian tudung ni ternyatalah agama Islam ni sangat menitikberatkan kecantikan dalam penampilan dan mementingkan kekemasan. Sebab tu lah ada banyak jenis tudung yang boleh digayakan oleh perempuan Islam ni. Supaya semuanya tak satu jenis je. Mata kita pun sedap je memandang. (Jangan cuci mata pulak!)

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya ALLAH itu cantik dan amat sukakan kecantikan. la sukakan melihat kesan-kesan nikmat kepada hamba-Nya serta ALLAH benci kesusahan dan bala bencana. (Riwayat al-Baihaqi).

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend