Ekonomi

Wanita bertudung susah dapat kerja? Kami tanya siapa bayar kajian ni

(Untuk korang yang nak semak sesuatu berita atau kenyataan menteri tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)

Sejak minggu lepas, ada satu kajian dari think-tank ni yang dapat perhatian dari pelbagai media dan masyarakat. Kajian tu datang dari Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) yang dapati ada unsur-unsur diskriminasi kaum dalam sektor swasta di Malaysia.

Antara laporan media, hasil dari kajian ni. Imej dari Sinar Harian.

Berdasarkan kajian, Cent-GPS dah buat 3,829 permohonan pekerjaan kepada lebih 500 peluang pekerjaan. Untuk setiap permohonan tu, diorang dah hantar 7 resume berbeza, yang setaraf dari segi kelayakan.

Kesemua calon tu ada ijazah perniagaan dan graduan dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terkemuka di negara ni. Apa yang lebih menarik, kesemua calon fasih dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Cumanya, mereka terdiri dari kaum-kaum berbeza iaitu Melayu, Cina dan India.

Calon wanita Melayu pula ada dua jenis penampilan iaitu bertudung dan tidak bertudung. Tapi bila kajian ni siap dijalankan, hasilnya agak mengejutkan bila…

Memang…wujud diskriminasi kaum dalam sektor swasta

Itulah hasil kajian think-tank ni dan itulah yang dilaporkan dalam banyak media di Malaysia. Cent-GPS merangkumkan:

  1. Graduan berbangsa Melayu didiskriminasi dalam sektor swasta berbanding graduan berbangsa Cina. Apabila graduan berbangsa Cina mendominasi panggilan temuduga.
  2. Bagi calon wanita, graduan Cina menerima kadar panggilan temuduga sebanyak 43.88%, berbanding calon Melayu (12.80%) dan calon India (8.96%).
  3. Bagi calon lelaki pula, graduan Cina mendapat kadar panggilan temuduga sebanyak 32.72%, berbanding calon Melayu (7.86%) dan India (3.66%).
  4. Mandarin jadi antara faktor utama yang membantu graduan untuk dapatkan peluang pekerjaan.
  5. Pemakaian tudung beri kesan peluang untuk graduan wanita memohon pekerjaan.

Hahhh…ini yang kitorang maksudkan. Imej dari Fakir Ilmu

“Pada sudut pandangan berbeza, Nicola (Cina) hanya perlu memohon dua pekerjaan untuk mendapatkan satu panggilan temuduga. Sakinah (Melayu), calon wanita berhijab perlu memohon 13 pekerjaan bagi satu panggilan temuduga.

Malangnya, Thiavakar, graduan lelaki India perlu memohon sebanyak 28 pekerjaan hanya untuk mendapat satu panggilan temuduga. Jika Thivakar memohon 200 pekerjaan, satu bulan, beliau hanya akan menerima 28 panggilan temuduga,” – dipetik dari kenyataan media Cent-GPS.

Antara hasil kajian. Imej dari Cent-GPS.

Tambah kajian tu, walaupun ada pekerjaan yang nakkan bahasa Mandarin, dan kesemua calon (ketiga-tiga kaum) fasih dalam bahasa tu, tapi yang dipanggil interview cuma yang berbangsa Cina. Selain tu, calon wanita Melayu yang tak bertudung juga dapat panggilan temuduga lebih tinggi, berbanding dari calon Melayu yang bertudung.

(Klik sini, kalau nak baca laporan penuh dalam PDF)

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Kitorang tanya ketua pengkaji siapa yang bayar diorang

Bagi yang tak kenal Cent-GPS ni, diorang adalah firma penyelidikan sains dan tingkah laku sosial untuk Kuala Lumpur. Diorang tengok terdapat keperluan mendesak untuk pusat penyelidikan yang gunakan pelbagai disiplin ilmu. Diorang jugak mengaku yang diorang bukanlah milik mana-mana parti politik, diorang berhasrat untuk berikan penilaian dan perisikan yang betul untuk membantu proses pembinaan polisi yang betul,

Diorang nak sediakan data statistik dan penilaian empirikal ke atas isu-isu tertentu ia harus menjadi panduan yang berharga – untuk bantu kerajaan buat keputusan dan dasar. Macam biasalah, kitorang ni bila jumpa je researcher atau badan-badan macam ni kitorang akan tanya beberapa soalan yang panas, jeng je jeng.

Hahh…ini dia abang handsome yang kitorang tanya. Imej dari Yahoo News Singapore

Pertama kitorang tanyalah – siapa yang bayar diorang untuk buat kajian ni? Diorang jawab; kajian tempoh hari tu tak dapat penajaan dari mana-mana pihak dan ia merupakan hasil kerja penyelidik dalaman Cent-GPS, tapi diorang sebenarnya terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa yang berminat nak buat kajian.

Muka kitorang bila nak tanya soalan. Imej dari Giphy

Soalan paling panas kitorang bagi – adakah diorang ni sebenarnya dimiliki oleh Barisan Nasional, sebabnya ada khabar angin yang kata macam tu. Diorang pun jawablah;

“Tidak betul dan saya faham mengapa ada pihak yang menimbulkan perkara ni, ini kerana salah seorang yang berada di belakang Cent-GPS ialah seorang Senator dari BN iaitu Khairul Azwan Harun dan ada di antara penyelidik kami merupakan bekas pemegang jawatan di dalam Pemuda BN. Tidak, Cent-GPS bukan milik BN ataupun laporan ini dikeluarkan kerana hendak membantu BN.” – Zaidel Baharuddin memberitahu SOSCILI

Bukan setakat kajian diskriminasi kerja, ada banyak lagi kajian yang diorang buat

Cent GPS bukan je buat satu kajian ni, ada beberapa lagi kajian yang menarik untuk kita ambil tahu. Antaranya:

Apa yang ramai tak tahu dan perlu bagi perhatian adalah kajian mereka mempunyai pembinaan MRT. Kajian ni dah menjawab secara terperinci serta menjawab persoalan “apakah stesen-stesen MRT ini mesra untuk golongan B40 dan M40?”. Ada jawapan mengejutkan apabila mereka mengkaji nilai hartanah di semua stesen MRT.

Pengasas MRT. Imej dari Mole.my

“Apabila mengambil kira harga per kaki persegi hartanah yang ada di stesen-stesen MRT, tiada stesen yang memilik hartanah yang mampu dimilki golongan B40.

Hanya 8 dari 31 stesen (kebanyakan berdekatan Kajang) yang disifatkan sebagai mampu dimiliki golongan M40. Kesemua yang lain berada di atas garisan mampu milik.”- Petikan kajian Cent-GPS

Untung siapa rumah dia dekat dengan MRT ye. Imej dari Tune Hotel

Dalam kajian ini juga mengkritik pembinaan stesen MRT yang tak mampu memberi sebab kepada golongan B40 dan M40 untuk menaikinya. Dengan tiada satu pun perumahan PR1MA yang ada dalam lingkungan 1km berdekatan stesen-stesen MRT serta hanya satu hospital kerajaan yang ada berdekatan stesen, maka ia menyusahkan lagi golongan B40 dan M40 untuk menaiki MRT.

Kajian yang muncul dengan data, perlulah dipandang serius

Pusat kajian seperti Cent-GPS samalah juga macam pusat kajian lain. Korang mesti pernah dengan Ihlam Centre, Merdeka Centre, Invoke dan lain-lainnya juga. Ada kajian yang boleh korang setuju dan ada yang tak setuju. Begitu juga, kajian mengenai diskriminasi kaum dalam dunia pekerjaan di Malaysia yang ada beberapa pihak tak setuju.

Setuju atau tak, jangan sampai jadi Shaker

Apa yang penting, keputusan-keputusan kajian dibuat perlu diambil serius dan dibincangkan bagi mereka yang bertanggungjawab. Sama ada penggubal polisi mahu pun pemimpin atasan. Kita tak perlu takut jika kajian tu tidak menyebelahi pihak kita kerana ia sendiri boleh bantu kita untuk memperbaiki apa yang masih kekurangan.

(Untuk korang yang nak semak sesuatu berita atau kenyataan menteri tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend