- 203Share sekarang!
- Email26
- Facebook177
- Share
(This article is a translation. For original, visit our sister site, CILISOS)
Bagi korang yang belum dengar lagi, baru-baru ni Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan yang mereka dah bayar faedah sebanyak RM208.8 juta untuk satu bon 1MDB (nanti kitorang terangkan dengan lebih lanjut). Malah, nanti ada lagi dua jenis faedah yang akan dibayar MOF pada tahun ni, di mana kedua-duanya berjumlah RM361.45 juta. Wah, banyaknya jumlah tu! Dan tu baru faedah je.
Jadi korang mesti terfikir, berapa banyak lagi hutang 1MDB yang kita masih belum bayar? Untuk itu, kitaorang pun cari la orang yang bertanggungjawab atas hal ni dan kitaorang berbincang dengan wakil dari Kementerian Kewangan yang bagitahu kami bahawa jumlah hutang 1MDB sehingga kini adalah… RM31 BILLION!
Berita buruk yang korang tak tahu adalah KITA DAH PUN MULA BAYAR hutang 1MDB ni sejak 2017 lagi. Menurut sebuah jadual yang wakil MOF tu tunjukkan pada kitaorang, kerajaan sebelum ni dah bayar RM7.7 billion secara rahsia. Kalau korang rasa kitorang gebang, ni ha jadualnya:
Jadi apa yang kitorang nak buat sekarang ni adalah dengan mengira secara kasar, berapa banyak kita rakyat marhaen ni dah bayar, dan akan sambung bayar hutang 1MDB ni. Kita mulakan dengan RM31 billion, ditambah faedah, dan apa-apa yang boleh dikurangkan (melalui rundingan atau penjualan aset), dan akhirnya, angka yang secara teorinya, ‘paling tepat’.
DISCLAIMER: Ada beberapa perkara yang kita takkan bincangkan, contohnya: penjualan TRX dan loji janakuasa 1MDB, dan turun naik mata wang, sebab 1MDB ni pun dah rumit gila.
1. Bon Faedah: Ini sebab kenapa kita masih perlu bayar (+ RM11 bilion)
Bond ni macam IOU la, kawan pinjam RM100 daripada korang (dan beberapa ribu orang yang lain) untuk buat bisnes. Untuk melakukan perkara ni, korang kena ada kawan yang betul-betul boleh dipercayai. Sebab tu la kebanyakan bon yang dikeluarkan oleh kerajaan atau, dalam hal ini dana kekayaan berdaulat (SWF), dijamin oleh kerajaan. Dan sama seperti pinjaman, bon hanya dibayar apabila tiba masanya (tarikh matang).
KEJAP. Jadi, kenapa orang akan beli dan jual bon/IOU ini? Selain daripada dapat balik wang asal korang, korang JUGA dibayar faedah/bunga setiap tahun (misalnya RM100 duit korang, ditambah RM5 setiap tahun sampai dia janji untuk pulangkan balik RM100). Benda ni la yang menjadikan bon tu lebih menarik. TAPI, kalau peminjam gagal bayar bunga tu, jadi seluruh pemilik bon akan bertukar jadi ahlong dan cari pengeluar tu.
Walaupun ada persepsi negatif terhadap 1MDB, tapi so far kita tak pernah lagi terlepas sebarang deadline untuk bayar faedah bon. Kenapa? Sebab reputasi syarikat dan penjamin (kerajaan Malaysia) akan jatuh. Kalau tak, takde siapa pun nak berurusan dengan diorang.
Macam mana kalau 1MDB hanya beli semula bon? (selesaikan pinjaman jadi kita tak perlu bayar faedah)
Tu juga bukan perkara mudah sebab bon ni sedang didagangkan secara aktif di pasaran. Harga bon 1MDB juga menurun pada PRU14 (sebab pelabur mula rasa nervous sama ada bon akan dibayar balik). Tapi, sebahagian besar harganya naik balik terutamanya lepas kerajaan kata yang kita akan penuhi komitmen 1MDB. Baguslah untuk reputasi Malaysia, tapi tak bagus untuk dompet kita :(
Masalah pembelian balik bon jugan kerajaan tak mampu menanggung sebanyak RM31 billion untuk sekali bayaran sekaligus. Jadi, ia cuma boleh bayar beberapa bon je pada satu masa. TAPI, kalau pelabur dapat tahu yang kerajaan beli balik bon 1MDB, jadinya harga untuk bon-bon tu akan naik, malah melebihi RM31 billion!
Mungkin sebab ni la MOF tak nak komen pasal kemungkinan yang ada. OKOK, jom kita buat kira-kira yang mudah sikit…
2. Aset: Macam beg tangan dan… tanah di Pulau Indah? (- RM7.98 bilion)
Jom cakap pasal skandal macam kes coklat serbuan kat rumah PM Najib, Equanimity dan beberapa aset 1MDB pulak. Korang pernah terfikir tak berapa sebenarnya nilainya, dan kalau duit tu boleh digunakan untuk bayar balik hutang tu?
Pihak polis berjaya merampas sehingga RM1.1 bilion dalam bentuk wang tunai, barang kemas, beg tangan berjenama dan barangan mewah. Walau bagaimanapun, wang yang dirampas dari serbuan ini MUNGKIN TAKKAN digunakan untuk bayar balik hutang-hutang 1MDB. Menurut MOF, mungkin sukar untuk kesan mana asalnya duit tu dan betul ke ia berkaitan dengan 1MDB.
Selain tu juga, penting untuk kita tahu beberapa aset 1MDB dah pun dipindahkan ke MOF, berdasarkan cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Akaun Awam (PAC). Tapi macam yang kita bagitahu kat intro, TRX mungkin berita lama sejak tanah tu dijual untuk membantu 1MDB buat pembayaran faedahnya dalam tempoh 7 tahun yang lalu.
“Sejak 2004, Amerika Syarikat dah pulangkan berjuta-juta hasil rasuah untuk mengimbangi mangsa di seluruh dunia. Ini termasuklah kira-kira 119 juta kepada rakyat Itali, 115 juta kepada rakyat Kazakhstan, lebih daripada 20 juta untuk Peru, dan berjuta-juta lagi kepada rakyat Nicaragua, Korea Selatan dan Taiwan.” – Peguam Negara AS, Jeff Sessions
Jadi, kitorang pun buat la kira-kira dengan kesemua aset yang ada, termasuklah…
- Kapal Equanimity yang sedang dilelong – RM1037.5 juta
- 318.42 hektar tanah Pulau Indah yang baru-baru ni dipindahkan ke MOF – RM277 juta
- Aset 1MDB yang dirampas oleh DOJ AS, tak termasuk kos kapal Equanimity – RM6.66 bilion
Dan juga rizab tunai dari 1MDB melalui jualan pejabat, tapi kitorang tak jumpa sumber untuk ni. Sekiranya aset-aset ni akan dicairkan, kerajaan mungkin mempunyai RM7.98 bilion dalam tangan. Tapi tunggu jap, ada benda yang lebih penting dari perkara ni…
3. Perniagaan kerajaan Malaysia yang… meragukan (- RM26.48 billion)
Korang pun confirm la pernah dengar pasal benda pelik antara 1MDB dengan Arab Saudi ni. Sementara tu, 1MDB sebenarnya bayar syarikat yang sama sebanyak dua kali pada tahun 2017. Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC), syarikat pelaburan milik kerajaan Abu Dhabi yang nak 1MDB untuk BAYAR LAGI USD6.5 bilion (RM28 bilion). Kenapa? Sebab nampaknya, 1MDB bayar hutangnya kepada syarikat yang ‘salah’, iaitu Aabar Investments PJS Ltd daripada syarikat subsidiari sebenar IPIC iaitu Aabar Investment PJS.
Sejak kerajaan baru ambil alih, Tun M dan Lim Guan Eng nampaknya mungkin akan buat rundingan semula tawaran-tawaran tu.
“Asas cabaran bagi undang-undang Malaysia di Mahkamah Tinggi di London adalah pemberian persetujuan diperoleh melalui penipuan atau dengan cara yang bertentangan dengan dasar awam.” – Peguam Negara, Tommy Thomas, petikan dari NST.
MOF mungkin tak dapat bagi apa-apa kenyataan dengan perancangan untuk duit tu sebab kes tu masih lagi dipertikaikan dan jika berbuat demikian, ia akan jadi sub judis (kes atau perkara tertentu sedang dibicarakan atau dipertimbangkan oleh hakim atau mahkamah).
Dalam satu berita baru-baru ni, Tun Mahathir nak dapatkan balik kira-kira 7.7% daripada yuran Goldman Sachs. Tapi, dalam berita yang paling baru, kerajaan tengah cari jalan untuk dapatkan balik USD600 juta atau lebih. Jadi, Malaysia mungkin akan dapat sekurang-kurangnya RM2.49 bilion kalau kita berjaya dapatkan duit tu balik.
Kalau Malaysia menang kedua-dua kes, jadi kita mungkin boleh hapuskan RM26.48 billion dari hutang ni.
Wah nampak macam bagus je. Tapi, berapa yang rakyat Malaysia kena bayar?
Mungkin ada antara korang yang fikir, ni semua #teorikonspirasi. Jadi kitorang fikirkan dua kemungkinan.
Yang pertama ni adalah kemungkinan yang baik. Iaitu kita boleh beli balik kesemua bon, dan dapatkan balik duit kita.
RM31 bilion (hutang semasa) + RM7.7 bilion (sudah dibayar) – RM7.98billion (aset) – RM26.48 bilion (Perjanjian IPIC) = RM4.2 bilion
Jadi bahagikan antara 32.2 juta rakyat Malaysia = RM130.43 setiap rakyat
Wah, ok la kan? Not bad… macam kita bagi 1MDB sebuah set headphone yang berkualiti je. Kecuali… kemungkinan untuk berlaku adalah agak mustahil. Kalau kita dapat balik duit dari DOJ, oklah. Tapi takkanlah takde bayaran untuk sebarang faedah, kan? Dan juga, perjanjian IPIC kemungkinan besar akan melibatkan BEBERAPA pembayaran, dan angka-angka faedah ni dapat kita duplicate dengan pulangan DOJ. Jadi angka ni akan ada la ‘penambah rasa’nya sikit sebanyak.
Sekarang, macam mana pulak dengan kalau senario buruk berlaku?
RM31 bilion (hutang semasa) + RM7.7 bilion (sudah dibayar) + RM11 bilion (faedah penuh) = RM49.5 bilion
Jadi bahagikan antara 32.2 juta rakyat Malaysia = RM1537.27 setiap rakyat
Ok, angka sekarang ni nampaknya mencekik darah juga la. Maksudnya setiap rakyat Malaysia, termasuk yang kurang berkemampuan, bayi, orang tua… umpama kena bagi 1MDB sebuah Sony Playstation 4 Pro. SETIAP ORANG. Malah setiap sebuah isi rumah yang mempunyai 4 orang akan memberikan 1MDB sebuah kapcai bernilai RM6k.
Nampaknya kemungkinan yang kedua adalah lebih tinggi. Sebabnya, kita tak kira kira sekali tanah yang dijual murah oleh kerajaan kepada 1MDB sebagai aset permulaannya (contohnya Tanah TRX dijual dengan harga RM194 juta, kemudian dinilai semula harga asalnya adalah RM6.2 bilion), yang sebenarnya dilihat oleh rakyat sebagai kerugian.
4 tahun yang lalu, masa 1MDB masih belum lagi dikenali, kita ada tulis artikel ni untuk mendedahkannya kepada korang semua. Kitorang bahagikan hutang pada masa tu (RM42 bilion) oleh sebuah isi rumah seramai 4 orang untuk membuatkan topik tu lebih relevan kepada pembaca kitorang. Malangnya, jumlah tu pun bukanlah anggaran yang tepat pun.
Dalam kes ni, kita tak dapat nafikan yang 1MDB adalah salah satu punca kepada perubahan kerajaan yang kita lihat pada hari ni, dan seterusnya membawa kepada pembongkaran ahli yang terlibat.
We lost because of 1MDB.
The end. https://t.co/hxKREJEZdT
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) November 3, 2018
- 203Share sekarang!
- Email26
- Facebook177
- Share