Sejarah & Politik

Sampai mufti pun kata haram, kumpulan undi rosak ni bahaya sangat ke?

Musim Pilihan Raya Umum (PRU) dah semakin hampir, Perdana Menteri kita cakap PRU14 ni bapa segala pilihan raya. Kalau korang perasan, parti-parti politik dah mulakan kerja-kerja kempen diorang. Ramai calon berpontensi untuk bertanding dah mula turun padang untuk dapatkan perhatian pengundi. Selalunya mereka akan adakan program-program berikan barang percuma untuk menarik perhatian orang ramai, benda free siapa tak suka!

Ohhh, awak ni wakil rakyat sayakan? Lama tak nampak. Imej dari Giphy

Dua gabungan parti politik utama kat Malaysia ni, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dah kata manifesto mereka adalah yang terbaik untuk rakyat. Bagi sesiapa yang dah pernah melalui waktu-waktu dekat PRU ni, mesti dia dah terbiasa tengok ahli politik bentang manifesto dengan macam-macam gaya. Ada yang siap nangis-nangis, bentang macam nak pergi perang dan ada yang ala-ala ceramah agama.

Tapi ada kumpulan suruh kita rosakkan undi

Sedang kita dalam mood nak pilihan raya ni, ada pulak kumpulan yang minta kita rosakkan undi tanda protes. Kumpulan ni tak adalah besar mana, tapi hashtag #undirosak trending di media sosial dan portal berita. Apa yang lebih mengejutkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memberi galakan untuk kumpulan undi rosak ni. Tapi bekas pengerusi SPR kata, penyokong Barisan Nasional lah yang perlu lakukan undi rosak atau tak keluar mengundi.

“Saya galakan orang sebelah sana yang rasa benci kepada pemimpin mereka tetapi tak berani bersuara (mengenai rasa tak puas hati) tentang kleptokrasi, tak payah keluar mengundilah penyokong mereka ni, (biar) yang keluar mengundi penyokong kita saja.” – Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, dipetik dari MalaysiaKini

Kami cuba mencari dari mana kumpulan undi rosak ni muncul. Yalah, takkanlah tiba-tiba je ada kumpulan muncul, mesti ada permulaan pada semua ni. Menurut sebuah artikel yang disiarkan di Projek Mail Online (Projek MMO);

“Dalam keadaan rakyat keliru untuk memilih kerajaan pada PRU nanti, datang pula sekumpulan manusia yang entah dari mana mencadangkan agar kempen #UndiRosak dijalankan semasa pilihan raya umum nanti. Walaupun ramai cuba menjadi hero seolah-olah merekalah pencetus di sebalik idea #UndiRosak ini, hakikatnya antara yang terawal mencadangkan #UndiRosak ini ialah akhbar China Press yang bertarikh 15 April 2017.” – Hafidz Baharom, Dipetik dari Projek MMO

So korang rasa logik tak kumpulan undi rosak ni? Imej dari Giphy

Antara perkara yang paling menyerlah dalam hujah penyokong-penyokong undi rosak adalah mereka sebenarnya tak nampak beza pun perangai Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Diorang tengok macam sama je, macam minuman Coca Cola dan Pepsi gitu.

“Ia adalah pertaruhan antara dua gandingan parti politik yang memiliki kepentingan masing-masing. Terdapat wajah koruptor dan diktator, sungguhpun bergelar bekas, dalam barisan dan pakatan masing-masing. Meminjam kiasan popular, ia umpama pilihan antara Pepsi dengan Coke.”

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

“Maka kita terdengar seruan untuk membuang undi rosak sebagai tanda protes, khususnya terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN). Mesejnya berbunyi, sokongan rakyat tidak harus diambil kesempatan sewenang-wenangnya. Seandainya pembangkang gagal menawarkan alternatif yang lebih baik, maka tiada kewajipan untuk rakyat menyokongnya.” – Lim Hong Siang, dipetik dari MalaysiaKini

Kami tanya penganalisis politik tentang undi rosak

Garang juga Fathi ni kalau tengah berforum. Imej dari Youtube

Kami rasa tak lengkap kalau kami tak tanya penganalisis politik yang neutral dalam isu undi rosak ni. Jadi kami pergilah berjumpa dengan seorang pemerhati politik ni, nama abang cool ni Fathi Aris Omar yang bekerja sebagai editor Projek Malay Mail Online. Soalan pertama yang kami tanya kepada Fathi Aris adalah pandangan dia tentang undi rosak ni.

“Saya rasa undi rosak ni protes berbentuk simbolik saja, barangkali orang yang rasa nak buat undi rosak ni dia rasa “alienated”. Mereka tidak dirujuk, mereka tidak ditanya. Dalam tempoh selepas PRU13 ni, politik kita tak stabil, aksi-aksi Pakatan Harapan ni buat orang meluat. Contohnya langkah Kajang, tukar Menteri Besar Selangor dan pelantikan Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri.” – Fathi Aris Omar ketika ditemubual Soscili

Saya nak protesssss! Imej dari Giphy

Kami pun tanyalah Fathi, kalaulah undi rosak ni nak hantar protes dekat Pakatan Harapan, agak-agak tokoh Pakatan Harapan akan ambil kisah ke?

“Tidak akan ada impak, orang politik ni memang keras kepala. Kecuali geng undi rosak ni dapat jumlah yang besar, then they will listen. Kalau jumlah undi rosak ni satu juta sebagai contoh, barulah orang akan ambil perhatian.” – Fathi Aris Omar ketika ditemubual Soscili

Sebelum kami berpisah dan bersalaman macam pagi hari raya dengan Fathi Aris, kami tanyalah pandangan dia tentang apa akan jadi dengan undi rosak ni lepas PRU14. Kalau-kalaulah ada kemungkinan kumpulan ni nak buat parti politik ke atau nak buat Non Government Organization (NGO).

“Saya tak rasa mereka akan buat parti politik atau NGO, sebab kita kena faham mereka muncul secara individu. Kumpulan ni sedikit sebanyak sama macam gerakan reformasi, ia datang atas sebab sentimen dan bersifat tak tersusun.” – Fathi Aris Omar ketika ditemubual Soscili

Macam ni ke nak buat undi rosak? Foto dari Siakap Keli

Komen tentang undi rosak dan agama Islam

Gerakan undi rosak rosak ni boleh tahan power jugak, walaupun kita tak tahu siapa sebenarnya yang ketuai kumpulan ni, tapi mereka mendapat perhatian banyak pihak. Salah satu komen yang popular datang daripada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang kata kumpulan ni musuh Islam.

“Maka seruan ke arah memulau pilihan raya atau undi rosak adalah sebahagian daripada agendanya, supaya kuasa politik umat Islam dilemahkan atau diserahkan kepada pihak lain, sama ada memilih bukan Islam atau memberi peluang kepada pihak lain menguasai negara melalui pilihan raya. Ini berlaku apabila beranggapan politik tidak penting atau dikatakan sebagai amalan kotor yang mesti ditinggalkan oleh umat Islam.” –TG Haji Abdul Hadi Awang, dipetik dari Harakah Daily

Menurut TG Haji Abdul Hadi, kempen undi rosak ni musuh Islam dan musuh negara. Imej dari HarakahDaily

Kenyataan TG Haji Abdul Hadi ini disambut baik oleh penyokong PAS. Menurut Dr Alias Razak yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Dua PAS Terengganu, ahli-ahli PAS tidak akan terpengaruh dengan kempen-kempen macam ni. Dia turut menyatakan keyakinan terhadap pengundi-pengundi PAS kerana mereka adalah pengundi bijak dan kerap mendengar penerangan pimpinan parti itu.

“Kita ada anak, ada generasi kita dan kita tidak mahulah mereka ini hidup dalam keadaan yang menderita suatu masa kelak akibat dari kesilapan yang dibuat pada hari ini.” – Dr Alias Razak merujuk kumpulan undi rosak, petikan dari Harakah Daily

Nampaknya PAS betul-betul yakin undi rosak akan menjejaskan masa hadapan negara. Imej dari Giphy

Kalau korang nak tahu, mufti pun dah keluarkan fatwa tentang gerakan undi rosak ni. Mufti Wilayah Persekutan telah mengharamkan rakyat untuk melakukan undi rosak. Kalau korang nak baca fatwa penuh, boleh baca kat sini.

“Kami cenderung untuk menyatakan bahawa haram merosakkan undi. Begitu juga haram hukumnya daripada sudut syarak untuk tidak mengundi dan mendaftarkan diri sebagai pengundi. Sehubungan dengan itu, kami menyeru kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi agar mendaftarkan diri dengan segera untuk mengundi.” – Mufti Wilayah Persekutuan, dipetik dari Astro Awani

Kami adalah tengok komen-komen korang dekat Facebook Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan kempen undi rosak ni. Kami tertarik dengan satu komen yang mempersoalkan fatwa yang dikeluarkan. Kami kongsikan dekat bawah ni, korang rasa komen ni saja-saja mengarut ke atau ada betulnya?

Korang rasa macam mana? Foto dari fanpage Mufti WP

Pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Harapan setuju undi rosak ni salah

Kalau korang rasa pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Harapan tak dapat bersatu dalam satu-satu isu, korang dah tersilap. Untuk isu undi rosak ni, kebanyakan pemimpin PH dan BN setuju rakyat sepatutnya tak buat undi rosak. Menurut Perdana Menteri kita semasa ditanya tentang undi rosak;

“Semua orang ada hak untuk menggunakan kuasa yang diberikan Perlembagaan kepada setiap rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar (sebagai pemilih). Jadi inilah masa untuk kita menggunakan hak kita menentukan kerajaan, ini pilihan kita sebab itu adalah (menjadi) tanggungjawab kita sebagai seorang individu menentukan siapa yang patut menjadi kerajaan Malaysia.” – Dato Seri Najib Tun Razak, dipetik dari Projek MMO

Bagi Tun Mahathir Mohamad pula, dia berpandangan undi rosak ni kerja-kerja yang didalangi oleh UMNO. Menurutnya jika rakyat memboikot PRU14, dah tentu-tentu BN akan menang dengan lebih mudah. Korang setuju atau tak?

“Ada segelintir orang yang buat promosi boikot pilihan raya. Kebanyakan mereka ini datangnya dari parti sebelah sana, parti Umno. Kononnya tidak ada beza antara Harapan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tidak payah undi. Rosakkan kertas undi. Macam-macamlah. Mereka tahu, kalau ramai tidak mengundi, ia akan bantu Umno dapat kemenangan.” – Tun Mahathir, dipetik dari Projek MMO

Hmmm…aku nak dengar cakap siapa ni? Imej dari Giphy

Dekat negara lain ada kotak none of the Above (NOTA) masa pilihan raya

Oleh sebab isu utama kumpulan undi rosak ni tak percayakan parti politik di negara kita, jadi kami nak beritahu korang dekat negara lain ada pilihan tu. Kalau pengundi rasa parti-parti yang ada tu tak boleh pakai, mereka boleh pangkah kotak None of the Above (NOTA). Tapi dekat Malaysia, kita belum ada pilihan macam ni.

Macam nilah kotak NOTA tu. Imej dari Tribune

Ada banyak negara yang ada kotak none of the above ni, contohnya Brazil, Sweden, Perancis dan Greece. Kotak ni macam protes formal kepada parti politik yang bertanding sebab tak dapat sediakan calon atau polisi parti yang boleh dipercayai pengundi.

Pilihan “None of the Above” boleh menjadi alat yang penting untuk mengukur keinginan sebenar pengundi secara lebih tepat, terutamanya dalam sistem politik yang seolah-olah tidak dapat dielakkan daripada dikuasai oleh dua parti politik.” – Dipetik dari care2.com

Alang-alang kami dah jumpa Fathi Aris, kami tanyalah juga apa pandangan dia kalau kita letak kotak Non of the Above dalam kertas undi dekat negara kita ni. Dia kata itu cuma angan-angan je, banyak lagi masalah teknikal dalam pilihan raya yang kita tak dapat diselesaikan.

“Kita boleh cadang macam-macam, tapi kalau isu persempadanan semula pun kita tak boleh settle, idea lain cuma jadi angan-angan jelah”. – Fathi Aris ketika ditembual Soscili

 

 

 

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend