Sebenarnya Perdana Menteri pernah janji nak bagi RM600 kat orang bujang melalui BR1M

Dekat-dekat Pilihan Raya Umum ni kita boleh tengok ada macam-macam drama politik. Kalau ahli politik ni berlakon dekat mana-mana filem, kitaorang rasa pelakon Hollywood pun kalah ohhh. Kalau korang perasan, setiap kali ada pilihan raya, mesti parti-parti politik yang bertanding akan bagi macam-macam janji. Macam korang bagi janji dekat pasangan koranglah, supaya hati dia terpikat gitu.

Gua janji lah bro, lu budak relaks je. Imej dari Giphy

Korang kena ada perangai macam pasangan korang, selalu menagih janji yang dah diberikan. Kalau korang buat tak tahu dengan janji kelompok yang selalu buat muka kasihan masa nak undi korang dulu, mesti diorang akan happy gila. Macam kalau korang dah janji hari-hari nak baca artikel kitaorang, kalau korang mungkiri kitaorang akan merajuk. Kitaorang gurau je, kitaorang tahu korang pembaca setia.

Hari ni kitaorang akan cuba semak beberapa janji popular parti politik masa nak Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) dulu, bolehlah korang tahu siapa sebenarnya yang kaki sembang. Cuba tutup mata korang kejap, lepas tu cuba bayangkan…Eh, tengah tutup mata mana boleh baca. Okay, cuba korang bayangkan apa janji PRU13 yang korang paling ingat?

Kita mulakan dengan…

1. BN janji nak tingkatkan bantuan baucer buku, bantuan sekolah dan BR1M

Kalau kitaorang cerita tentang BR1M, mesti korang semua dah biasa dengarkan? BR1M ni adalah bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat yang memerlukan untuk mengurangkan beban kos sara hidup. BR1M ada tiga kategori – bujang, keluarga bergaji RM3,000 ke bawah dan keluarga bergaji diantara RM3,001 – RM4,000. Pada tahun 2013, mereka janji untuk tingkatkan jumlah pemberian kepada RM1,200 untuk pendapatan isi rumah dan RM600 untuk bujang.

“Pemberian BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012. Ia akan memanfaatkan 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dari seluruh Malaysia.” – Dipetik dari website 1Malaysia

Korang dapat berapa? Kalau tak dapat maksudnya korang tak cukup miskin. Imej dari Sayap Tempur

Kalau korang perasan, Barisan Nasional dah tunaikan janji diorang – RM1,200 seorang untuk keluarga yang layak, tapi diorang cuma bagi RM450 untuk individu. Asalnya diorang nak bagi RM600, kurang RM150 untuk kategori individu. Maksudnya diorang dapat capai janji ni, tapi untuk kategori bujang tak selari dengan janji.

Sebenarnya ada lagi janji-janji diorang yang tak dapat nak dicapai, contohnya diorang pernah janji akan bagi RM300 untuk baucer buku. Kalau korang nak tahu, baucer buku ni dah ditukarkan kepada Kad Diskaun 1 Malaysia (KADS1M). Fungsi KADS1M ni macam kad debit, pelajar yang  boleh keluarkan duit diorang. Asalnya diorang janji nak beri RM300, tapi okaylah kot kurang RM50 je dari jumlah yang diorang janji.

Bantuan sekolah pun sama, pelajar dapat RM100 daripada RM150 yang dijanjikan.

Aku nak RM50 tu! Imej dari Giphy

2. Menurunkan harga rumah supaya rakyat tak tinggal atas pokok

Kalau korang sedang pening kepala sebab harga rumah semua mahal-mahal, sebenarnya Barisan Nasional dah berjanji nak sediakan perumahan mampu milik kat rakyat. Ni antara janji diorang tentang rumah mampu milik ni;

  • Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA.
  • Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.
  • Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.
Sebab rumah bawah atas tanah mahal sangat, baik kita buat rumah atas pokok. Imej dari Giphy

Bagi sesiapa yang tahu apa lagi Perbadanan Perumahan 1 Malaysia (PR1MA), diorang akan rancang, bina dan tawarkan perumahan untuk rakyat. Kalau korang nak memohon, pendapatan keluarga korang mestilah dalam lingkungan RM2,500 – RM15,000. Harga rumah dia pulak bermula dari RM100,000 hingga RM400,000. Korang rasa murah tak?

Kalau korang nak tahu, kewujudan PR1MA ni untuk bantu golongan M40 supaya diorang dapat miliki rumah. Tapi menurut pakar ejen hartanah Ernest Cheong, harga rumah yang bernilai lebih daripada RM250,000 sukar untuk dimiliki oleh orang Malaysia. Sebabnya? Gaji orang Malaysia selalunya tak naik-naik!

“Mereka perlu terima hakikat yang gaji orang ramai tidak naik. Mereka mungkin boleh simpan RM1,000 dan dengan itu membolehkan mereka dapat pinjaman RM200,000. Realitinya ialah mereka tidak mampu membeli hartanah melebihi harga RM250,000.” – Ernest Cheong, dipetik dari The Malaysian Insight

Kalau korang nak tahu, dikatakan ada 30% lagi rakyat Malaysia yang takde rumah. Maksudnya kalau kerajaan betul-betul nak bantu golongan yang takde rumah, diorang kena kerja keraslah. Sebab rumah PR1MA ni pun tak berapa nak murah sebab banyak gaji pekerja yang tak naik-naik.

Untuk pengecualian duti Setem, kerajaan dah mansuhkan untuk rumah yang bernilai RM300,000 ke bawah. Kurang RM100,000 daripada jumlah yang diorang janjikan. Again, tak kurang mana pun kan, kitaorang yakin korang okay je. Rakyat Malaysiakan rakyat yang bersyukur!

3. Biasiswa Menteri Besar Selangor untuk pelajar aliran agama je

Sebenarnya kitaorang dah pernah check janji-janji Pakatan Rakyat kat Selangor. Hari ni kitaorang akan check beberapa lagi janji diorang masa nak Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) dulu. Korang tahu tak diorang pernah berjanji nak wujudkan Biasiswa Menteri Besar Selangor? Biasiswa ni dikatakan untuk pelajar-pelajar cerdik dari Selangor. Bolehlah diorang ada “Bank Pemikir Negeri Selangor.”

Setakat ni, biasiswa ni hanya ditawarkan pada budak-budak aliran agama je. Tu pun kitaorang perasan baru mula tahun ni. Takkanlah Bank Pemikir Negeri Selangor nanti nak kumpul budak-budak aliran agama je kan?

Hmm…masalah air?! Nak buat macam mana ni? Fikir…Imej dari Giphy

Nampaknya, setakat ni Biasiswa Menteri Besar Selangor tak adalah gempak mana. Baru je diorang buat biasiswa ni, sebab nak PRU kot. Maksudnya diorang tak serius mana pun dengan janji diorang pasal nak buat Bank Pemikir Selangor ni. Masa Azmin Ali ditanya berkenaan isu biasiswa ni, dia jawab;

“Perkara ini sepatutnya dibawa ke dalam perbincangan Jabatan Perbendaharaan negeri supaya apa yang kita janjikan dapat ditunaikan bergantung kepada kedudukan kewangan.” – DS Azmin Ali, dipetik dari Utusan.

Salah satu lagi janji yang tak ditunaikan oleh kerajaan Selangor adalah bina 3 pusat kebudayaan untuk bangsa Melayu, Cina dan India. Katanya pusat kebudayaan ni nak dibina di bandar Klang. Tujuan utamanya nak jadikan Klang ni macam bandar budaya yang boleh dikunjungi, alaa macam Melaka gitu.

“Pembinaan pusat kebudayaan seperti ini adalah penting supaya adat budaya kita kekal di samping terus membesar dan membangun seiring dengan kemajuan negara. Tiada gunanya menjadi negara maju tetapi hilang asasnya iaitu adat kebudayaan kita,” – Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas MB Selangor, dipetik dari Selangorkini.

Bolehlah diorang tambah pendapatan dari pelancongan kalau 3 pusat kebudayaan ni dibina. Tapi sampai hari ni takde khabar berita tentang projek ni. Adakah ini yang dinamakan janji dicapati? Terpulang koranglah nak anggap macam mana.

4. Harga air naik di Pulau Pinang supaya rakyat boleh jimat air

Salah satu manifesto Pakatan Rakyat adalah nak turunkan harga air. Masa nak PRU13 dulu, diorang kata kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan kena bekerjasama untuk pastikan rakyat bayar kos pengendalian yang berpatutan. Masalah air ni famous dekat Selangor, tapi kalau korang nak tahu, kat Pulau Pinang pernah ada isu takrif air yang naik.

“Ada banyak alternatif lain untuk mendidik pengguna mengurangkan penggunaan air. Contohnya menambah baik sistem saluran paip yang bocor. Saya dapati banyak tempat yang paip bocor.” – Mat Jamil, dipetik dari Sinar Harian

Korang boleh terima tak kalau diorang kata harga air naik supaya korang belajar jimatkan air? Sekarang ni korang memang tak jimat air ke? Sebab tak pernah lagi kitaorang dengar orang bukak Sunway Lagoon kat rumah di Pulau Pinang. Okay, kitaorang gurau.

Masa PRU13, antara manifesto Pakatan Rakyat yang famous adalah nak buat rumah kos rendah kat Pulau Pinang. Kalau sebut manifesto pasal rumah, mestilah nampak gempak sebab semua orang nak beli rumah.

“Kerajaan akan meneruskan Tabung Perumahan Mampu Milik sebanyak RM500 juta dan membina 22,000 unit rumah mampu milik di George Town, Teluk Kumbar, Butterworth, Bukit Mertajam, Batu Kawan dan Juru.” – Lim Guan Eng, dipetik dari MStar

Nanti kalau nak pindah rumah, gunalah cara ni. Imej dari Giphy

Masalah kat manifesto ni, menurut laporan audit, ada je orang-orang yang tak layak ditawarkan rumah kos rendah. Ada 4 kes permohonan diluluskan melibatkan pemohon yang ada pendapatan melebihi RM8,500. Laporan tu juga sebut ada 666 pemohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) belum mendapat rumah walaupun mendaftar permohonan melebihi 15 tahun.

“Pengurusan pengagihan rumah kurang memuaskan kerana kegagalan menawarkan sebahagian unit rumah dan ini menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hasil sewa dan tindakan proses pengisian unit kosong juga perlahan walaupun terdapat pemohon dalam senarai menunggu,.” – Laporan Audit 2016, dipetik dari FMT

5. Kelantan ada masalah air yang menyusahkan rakyat

Manifesto PAS masa PRU13 ni berbeza sikit, diorang banyak guna ayat yang subjektif. Maksudnya susah nak cari kayu ukur nak tahu manifesto tu berjaya atau tak. Contohnya manifesto meningkatkan mutu hidup ke arah masyarakat madani. Maksud mutu boleh jadi macam-macam – taraf hidup, pendidikan, pekerjaaan. Tapi kitaorang ada dapat beberapa isu yang terkait dengan manifesto PAS masa nak PRU13 dulu.

Antara isu yang besar adalah janji PAS nak bina lebuhraya kat Kelantan. Ada satu pertubuhan yang gelarkan kumpulan mereka Pertubuhan Barisan Darulnaim Negeri Kelantan (BADAR) siap bagi “Dokumen Kuning, Catatan Rakyat” sebab nak tuntut janji tu.

Tapi kalau ada highway, diorang kena pastikan air banjir tak naiklah. Imej dari Giphy

Cuba korang teka lagi apa masalah kat Kelantan? Hmmm…macam dekat Selangor dan Pulau Pinang tadi, kat Kelantan pun ada masalah air. Mungkin uruskan air ni susah sangat kot, sampai banyak negeri ada masalah ni. Hidup tiga hari tanpa elektrik okay lagi, kalau tanpa air? Sah-sah badan akan berbau!

“Setiap kali musim cuti sekolah, penduduk Kelantan akan mengalami masalah kekurangan air. Saya sendiri sudah tiga hari terpaksa menggunakan air telaga kerana air tidak ada. Isu ini bukan baru dan rakyat sudah terlalu lama bersabar dengan isu air yang sejak sekian lama berlarutan tanpa sebarang penyelesaian.” – Datuk Hanafi Mamat, dipetik dari UMNO Online

Sekarang dah ada website untuk korang check janji-janji ahli politik

Kalau korang nak tahu, sekarang dah ada tempat korang boleh semak janji-janji politik ni. Kitaorang kat SOSCILI siap interview pengasas projek non-profit ni. Nama projek ni OpenPromises, dia beritahu SOSCILI yang dia nak rakyat Malaysia tahu janji-janji yang pernah ditawarkan oleh ahli politik. Kata Nazreen, dia asaskan projek ni supaya ahli politik ni ada report card.

Macam kita kat sekolah lah dulu, masa ambil report card, punyalah berdebar sebab mak bapak ada sekali! Punyalah dia semangat sampai sanggup guna duit sendiri untuk bangunkan projek ni. Kalau korang nak sokong projek ni, korang boleh pergi website diorang.

Ni antara janji ahli politik yang diorang catat. Nanti senanglah sikit korang semak. Imej dari Fanpage OpenPromises

Apa yang lebih menarik, korang siap boleh hantar janji-janji ahli politik kat website diorang. Kalau korang nak tanya macam mana diorang kumpulkan janji-janji, kitaorang nak beritahu diorang ambil janji-janji ni dari laporan-laporang berita. Maksudnya, takdelah diorang suka-suka je tulis. Janji-janji ni memang dah dilaporkan kat media-media utama.

“Adalah sesuatu yang mustahil untuk menjamin 100% kesahihan berita, kami mengawal ini dengan memastikan sumber berita datang dari portal berita utama dengan pelbagai kecenderungan politik. Kita boleh mengatakan bahawa kita 99.99% neutral dalam menjejak janji ahli politik.” – Dipetik dari website OpenPromises

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka