Senoi Praaq: Unit PDRM Orang Asli yang bekerjasama dengan British & CIA

British Special Air Service yang melakukan rondaan di hutan Tanah Melayu. Imej dari NAM

Dan sebuah unit polis tempatan yang wujud ni dah bersedia untuk menghadapi perang hutan: mereka adalah unit gerila Orang Asli PDRM, iaitu Senoi Praaq. Digelar ‘tough nuts’ oleh pegawai Inggeris yang bekerja di samping mereka. Kegigihan, kekuatan, dan pengetahuan mereka yang hebat tentang hutan tu la yang menjadi peranan dalam kemenangan Malaya melawan komunis.

Tapi, siapa suku Senoi ni, dan apa yang menjadikan mereka seorang pahlawan yang digeruni pihak lawan?

Suku Senoi yang berasal dari bahagian tengah Semenanjung Malaysia

Juga dikenali sebagai ‘sakai’ (memang perkataan tu datang dari mereka, jadi jangan sebut sembarangan), Senoi adalah salah satu daripada 3 kumpulan utama Orang Asli di Malaysia tengah (Negrito, Senoi, dan Proto-Malay), dan mereka terdiri daripada 6 kumpulan kecil yang berbeza, iaitu:

Dengan budaya mereka yang berakar umbi dalam mistik dan kerohanian, mereka mengamalkan shamanisme dan bergantung kebanyakannya pada pertanian cara Swidden (menebas dan membakar hutan bagi membersihkan tanah). Sebagai contoh, Mah Meri terkenal dengan tarian Genggulang mereka, sebuah aktiviti yang sangat spiritual.

Orang-orang Mah Meri, salah satu kumpulan suku Senoi. Gambar dari Iluminasi

Malah pada tahun 1934, budaya Senoi menarik perhatian psikologi dari Barat yang mempelajari ilmu mimpi. Penyelidik tersebut, Kilton Stewart, yang tinggal bersama suku Senoi di Tanah Melayu ketika itu, mendakwa yang suku kaum tersebut menggunakan ritual bermimpi yang jelas untuk membentuk pembangunan diri mereka.

Walaupun kajian Stewart kemudiannya diteliti penyelidik-penyelidik lain sebagai #fakenews, kaedah Senoi tersebut didakwa berjaya mengumpulkan ramai pengikut, dan menjadi ilham untuk “gerakan kerja mimpi” pada akhir abad ke-20. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh sambung baca pasal Senoi Dream Theory kat sini.

Tapi, kembali kepada kisah di mana Senoi merupakan salah sebuah pejuang terbaik.

Pada tahun 1956, Senoi dipanggil untuk berperang melawan komunis

Semasa kecoh pasal pemberontakan komunis hidup berdekatan dengan komuniti Orang Asli di dalam hutan, sorang pegawai mat salleh ni yang juga lulusan antropologi dari Cambridge, R.O.D Noone, kemudiannya memutuskan untuk merekrut Orang Asli sebelum mereka jatuh ke tangan komunis. Dia telah mempelajari budaya Tanah Melayu sebelum perang dan menganggap bahawa pengetahuan hutan Orang Asli sangat penting untuk mereka menang dalam peperangan ni.

Dan, disebabkan itulah lahirnya Senoi Praaq (‘orang perang’ dalam bahasa Semai), sebuah unit Orang Asli yang terdiri daripada Senoi dan kaum Orang Asli yang lain.

Unit Senoi Praaq yang paling awal. Imej dari Iluminasi

Berkomunikasi sama ada dalam Bahasa Melayu atau melalui penterjemah, British Special Air Service (SAS) melatih kumpulan yang asalnya terdiri dari 40 Orang Asli dan menganugerahkan mereka dengan beret merah yang pada masa tu merupakan sesuatu yang eksklusif bagi SAS.

Ditugaskan untuk mewujudkan kawalan hutan dengan membunuh atau convert anggota komunis, Senoi Praaq mengejutkan mereka dengan kekuatan fizikal yang tak dijangka, disiplin, dan kesediaan untuk mengikut arahan. Menggabungkan kemahiran unik mereka dan latihan SAS, Senoi Praaq berjaya membentuk reputasi diri mereka sebagai unit polis yang paling ganas, sampaikan komunis sangat gentar dan cuba sebaik mungkin untuk mengelakkan diri dari terserempak dengan unit ni dalam pertempuran!

Antara kebolehan mereka merangkumi:

“Kami dikenali sebagai pasukan yang mengikut arahan tanpa banyak soal, dan kadang-kadang bertindak sendiri.” – Rapi Bata, konstabel Senoi Praaq yang sudah bersara

Lambang Senoi Praaq, yang menggambarkan tiang sumpit ikonik mereka. Imej dari Orang Perak

Selepas Merdeka, Senoi Praaq juga membantu operasi anti-komunis di luar negara

Perkhidmatan unit Orang Asli ni tak terhad kepada Tanah Melayu je. Pada tahun 1960, iaitu setelah kemerdekaan Tanah Melayu, Senoi Praaq dihantar pula ke selatan Thailand untuk mengubah masyarakat Orang Asli yang mempunyai lebih daripada 3,000 komuniti Orang Asli di sana yang didakwa telah di’brainwash’ oleh Ah Soo Chye, seorang pemimpin PKM yang fasih berbahasa Temiar.

Senoi Praaq cemerlang dalam operasi tempatan dan antarabangsa. Imej dari Orang Perak

Kemudian satu dekad seterusnya, Senoi Praaq direkrut pula oleh CIA untuk membantu operasi mereka di luar negara, terutama sekali sebagai sebahagian daripada Pengakap Montagnard di Vietnam, serta sebuah operasi rahsia di Laos.

Misi Laos adalah satu bukti yang menunjukkan betapa kuatnya unit ni: walaupun CIA lepas tangan, mereka masih berjaya berkumpul dan berjuang sehingga berjaya pulang kembali! Malah, sebuah buku telah ditulis mengenai operasi legenda Senoi Praaq, bertajuk: ‘Death Waits in the Dark: The Senoi Praaq, Malaysia’s Killer Elite’.

Dan hari ini, Senoi Praaq kebanyakannya ditugaskan untuk memburu pemburu haram dan bertugas membuat rondaan sempadan, tetapi masih diperlukan ketika kemahiran khas mereka diperlukan, seperti keberhasilan mereka mengesan empat kanak-kanak lelaki yang hilang di Bukit Fraser pada tahun 2005, dan juga kes kehilangan gadis Ireland, Nora Anne Quoirin, yang kemudiannya ditemui mati secara tragis.

Unit Senoi Praaq sedang mencari Nora Anne Quoirin. Gambar dari Astro Awani

Walau bagaimanapun, di sebalik sumbangan mereka dalam sejarah kita…

Orang Asli masih mengalami diskriminasi dan kemiskinan yang meluas

Walaupun perkataan ini membawa makna yang sangat menghina pada masa ini, istilah sakai dulu menjadi istilah bagi seluruh masyarakat Orang Asli di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan, setelah British melabelkan mereka sebagai demikian dalam bancian nasional:

(Orang Sakai) sememangnya dibenci oleh semua anak kecil di kampong, yang memperolok-olokkan aksennya, pemakaiannya (atau lebih tepatnya caranya), cara berjalan, dan apa-apa saja yang dilakukan mereka’ – W.E. Maxwell, Setiausaha Kolonial Negeri-Negeri Selat

Sebenarnya, mensakai dalam bahasa Senoi bermaksud bekerjasama, yang juga sama maksud dengan gotong-royong dalam bahasa Melayu. Baru korang tahu, kan?

Walaupun jumlah mereka agak kecil, Orang Asli telah banyak berkorban untuk negara. Imej dari FMT

Dan walaupun Sakai ni la yang dah mensakai habis-habisan untuk negara, tapi malangnya mereka masih didiskriminasi dan mengalami penindasan dalam masyarakat. Malah, anak-anak Orang Asli juga selalu dibuli dan diejek nama mereka di sekolah:

“Saya dibuli. Semasa saya di sekolah, orang biasa memanggil saya Sakai bodoh. Tapi itu yang membuatkan saya ingin menjadi pintar sehingga mereka dapat memanggil saya Sakai pandai. Pada akhirnya, saya memang menjadi Sakai yang pandai.”Juli Edo, ketua pengarah Jabatan Orang Asli (Jakoa)

Dan tambahan pula, mereka adalah antara yang paling teruk terjejas disebabkan wabak Covid-19 yang sedang melanda, sebab mereka adalah antara komuniti termiskin dan paling rentan di Malaysia. Ini kerana kebanyakan Orang Asli mencari rezeki dengan menjual hasil tanaman mereka.

Disebabkan penduduk tempatan sangat takut dengan penularan virus tersebut, mereka terpaksa menghalang orang luar masuk ke kampung mereka. Dengan itu, kerajaan telah memperuntukkan bantuan makanan bernilai RM11 juta kepada Orang Asli, yang diharapkan dapat mengurangkan beban mereka.

Salah satu sekatan jalan raya Orang Asli. Gambar dari: Jasni Amat / Siakap Keli

Kita tak boleh lupa yang Orang Asli memainkan peranan penting dalam sejarah negara kita. Sayangnya, sumbangan-sumbangan mereka ni seringkali diabaikan. Sebagai bahagian berharga dari warisan negara kita, mereka harus dilindungi, kerana satu masa dulu, merekalah yang melindungi kita.